Adik beradik selalu kutuk aku gemuk, pemalas tapi bila anak nak kahwin diorg minta duit aku

Ketika berkumpul dengan keluarga, tiba – tiba aku dipanggil dengan panggiIan gemuk selantang – lantangnya. Dah sedap h1na aku, tiba – tiba suruh aku beli macam – macam nak buat makan besar. Sedangkan tadi baru sahaja gelakkan aku secara berjemaah. H1na aku. Tapi bila bab nak keluar duit terus aku jadi mulia!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Terima kasih jika cerita aku ini disiarkan. Cerita ni tak best pun. Beribu – ribu kali aku fikir sebelum menulis. Last – last aku buat keputvsan menulis juga.

Malas nak cerita lebih – lebih tentang diri Aku. Sebab aku ni tak ada apa yang best pun. Aku ni gemuk. Aku pemalas. Aku selalu menyusahkan hidup orang. Itu ayat yang family Aku selalu Iontarkan kepada aku sampai aku dah muak.

Serious, jika diikutkan rasa str3ss, aku tak nak tengok muka family aku. Tapi aku pujuk hati. Aku masih ada ibu bapa. Suka tak suka itu ibu bapa Aku. Aku mesti jaga kebajikan mereka. Walaupun kebajikan aku kadang – kadang tak ada siapa yang jaga.

Aku kerja kilang. Disebabkan hidup aku yang tak ada warna – warni, maka aku bekerja siang malam. Walaupun badan aku letih tetapi sekurang – kurangnya itu lebih baik daripada telinga aku mendengar sindiran t4jam daripada family aku.

Poket aku pun tebal. Bila poket tebal, aku mewahkan ibu bapa aku. Aku labur sungguh – sungguh untuk mereka. Mereka sebut sahaja apa pun, pasti aku tunaikan. Yang tak sebut pun aku bagi. Kereta ayah aku bayar. Duit minyak aku bagi.

Untuk mak aku bagi duit belanja 4 angka. Tinggal untuk aku sikit pun tak apa. Ada baki sikit – sikit lagi aku labur pula untuk ahli keluarga yang lain. Hujung tahun lepas kakak aku minta “sumbangan” untuk majlis kahwin anak dia.

Aku plan nak bagi beberapa ratus sahaja. Tapi dari ri4k wajah kakak, Aku tahu dia mengharapkan lebih. Aku turutkan Demi ik4tan kekeluargaan. Tak apalah, aku bagi untuk adik – beradik aku juga bukannya orang lain.

Anak buah aku nak masuk universiti, kakak aku yang lain pula datang tersengih – sengih minta sedikit saguhati katanya. Sedangkan kakak aku tu barang kemas sahaja sampai ke siku. Tapi datang juga menadah tangan kat aku atas alasan aku dah tolong along masa kenduri anak dia.

Jadi sekarang aku kena tolong angah pula. Anak angah pun anak buah aku juga. Serious Aku rasa macam nak m4ki. Tapi Tak apalah.. Demi anak – anak buah aku. Mak ayah s4kit demam?? Bertalu -t alu call aku dapat suruh beli itu ini.

Panadol sepapan pun aku yang kena beli. sedangkan kakak abang aku bukannya suri dan sura rumah. Semua bekerja. Semua cerdik pandai. Ketika mak aku terjatuh tangga surau dan patah paha mak aku tak boleh beralan 4 Bulan.

Aku kerja siang malam. Kakak abang aku muncul sesaat dua melawat mak kadang – kadang. Jadi aku suarakan hasrat untuk mengupah mak cik aku untuk jaga mak. Tugas mak cik cuma mandikan dan masak untuk mak ayah.

Cadangan aku dibaIas dengan seguni m4ki hamun oleh along. Kata along sebab kau yang pandai – pandai offer mak cik jaga mak, kaulah yang bayar. Kakak dan abang yang lain pun buat b0doh juga. Whatsapp sekadar bluetick.

Sepatah h4ram tak reply. Akhirnya aku juga yng kikis sana sini bayar upah mak cik walaupun mak cik menolak. Kata kak ngah, mak cik bukan nak upah pun.. dia ikhlas jer tolong. Mak adik ipar dia. Kau tu yang lebi h- lebih.

Ok, Tak apalah aku yang lebih – lebih, asalkan aku tahu nilai budi orang. Macam – macam lagiIah kalau aku nak cerita. Senang cakap semua benda atas bahu aku. Kalau raya macam aku sorang anak mak ayah. Semua yang lain busy di rumah masing – masing.

Rumah mak ayah tak payah risau. Si gemuk pemalas ni ada. Akulah yang tak tidur malam raya. Akulah yang tak pernah pakai Baju Raya di pagi Raya. Kadang – kadang Baju Raya pun aku tak beli untuk diri sendiri.

Dari beli barang, memasak, hidang, cuci semuanya aku. Tapi di mata family tetap aku ni si gemuk pemalas. Kenapa aku ungkit itu ini? Adakah aku tidak ikhlas? Entahlah.. aku pun tidak pasti ikhlas itu perasaannya macam mana.

Tetapi ikhlaskah aku jika baru balik kerja tengah hari dan baru nak merebahkan diri sebentar, tiba – tiba kakak aku datang rumah mak. Aku dengar perbualan mereka. Mana ***??? Tanya kakak aku. Mana lagi… Tidurlah.. itu sahaja kerja dia, baIas mak aku.

Patutlh gemuk. Pemalas. Asyik tidur jer! Tambah kakak aku. Allah.. Tergur1snya hati aku. Aku tahu aku gemuk tetapi aku baru balik kerja. Petang nanti aku masuk kerja lagi. Salahkah aku berehat seketika?

Aku bekerja keras untuk memperoleh duit yang banyak dan duit itu aku taburkan untuk family. Tak kan mereka tidak nampak termasuk mak aku sendiri? Ketika berkumpul dalam majlis ahli keluarga, tiba – tiba aku dipanggil dengan panggiIan gemuk selantang – lantangnya.. itu sudah biasa.

Depan – depan orang aku di cerita suka tidur petang. Malas memasak. Tahu makan jer. Anak d4ra tak laku. Itupun sudah biasa. Telinga sudah kebaI. Hati juga sudah tepu. Tapi yang peliknya, baru sebentar tadi kutuk aku macam – macam, tiba – tiba tanpa rasa bersalah boleh pula cakap begini:

Esok kita makan ramai – ramai di rumah mak. Kau balik kerja singgah beli ayam, udang. Beli juga blablabla. Dan macam – macam yang dipesan. Sedangkan tadi baru sahaja gelakkan aku secara berjemaah. H1na aku. Tapi bila bab nak keluar duit terus aku jadi mulia!

Pernah aku berkawan dengan seorang lelaki yang aku betul – betul sayang. Entahlah macam mana suatu hari aku terserempak dengan abang aku ketika dating. Bayangkan, di depan – depan kawan aku tu abang aku panggil aku gemuk.

Gemuk! Kau dating ekkkkk? Ayat seterusnya, Abang aku kata, Tak sangka gemuk pun ada orang nak. Ya Allah sedihnya aku.. aku malu giIa. Kawan lelaki aku tu cuba pujuk aku. Dia kata aku bukan gemuk sangat pun.

Dia kata dia sayang aku. Tapi entahlah. Aku malas nak teruskan sebab aku rasa lama – lama dia pun str3ss jika dia tahu macam mana aku lalui kehidupan dalam sindiran ini sejak kecil. Akhirnya aku mengambil keputvsan untuk menyepikan diri.

Biarlah.. Aku memang tidak layak untuk semua itu. Beberapa hari lepas ada majlis hari jadi anak buah aku. Kek Tema kartun tu aku yang sp0nsor. Memang aku lapar sebab time tu aku baru balik kerja. Aku jarang makan di kantin kilang sebab aku selalu letih.

Disebabkan aku lapar aku ambil kek dahulu. Aku p0tong agak tebal sedikit. Serta merta kakak aku menyindir. Amboi tebalnya kek.. Nak topup lagi ke lemak kat badan tu?? Kalau s4kit semua orang susah nak urus kau.

Boleh Tak dalam hidup ni jangan susahkan hidup orang lain? Allah aku terkedu… Tergur1s sangat hati aku. Aku Tak jadi nak makan kek. Aku letak balik p0tongan kek tu. Aku masuk bilik sampai ke sudah.

Tak ada siapa pun yang perasaannya aku tidak ada dalam majlis tersebut. Biarlah, dah itu nasib aku. Itu sahaja cerita daripada aku, korang baca ke cerita aku ni? Tak baca pun tak apa, bukan best pun.

Cuma aku nak pesan, hati – hatilah dengan lidah Kita. Kerana kata – kata yang tidak baik itu lebih t4jam daripada pis4u. Dan belajarlah untuk berterima masih sesama makhluk. Semoga hidup Kita sentiasa diberkati, aminn. Doakan aku tabah. – Minah Kilang Gemuk

Komen Warganet :

Nur Syafiqah : 1. Keluar daripada rumah parents tu. Sewa di luar. Sewa bilik pun tak apa.

2. Stop bagi atau sumbang segalanya. Limitkan hanya untuk parents sahaja. Tu pun kira langsamkan sekali. Contoh bagi 1k untuk kegunaan parents, tak kisah parents nak buat apa. Nak isi minyak ke, nak bayar kereta ke. Terpulang. Tapi set limit tetap tiap – tiap bulan. Tak lebih, tak kurang.

3. If ada yang t4gih sp0nsor daripada adik beradik, senyap – senyapkan diri. Bagi bluetick juga. Kalau rasa diri tak diperIukan dalam majlis family, bagi lah apa – apa alasan untuk tak hadir. Hati tak s4kit, diaorg pun tak d0sa sebab sindir orang / s4kitkan hati orang.

4. Start kumpul aset senyap – senyap. Sebab awk ada poket tebal, cuba buat passive income dengan sewakan aset hartanah awak pada orang / company.

5. Apa – apa hal pasal diri sendiri, update apa – apa, tak perlu cerita kat family. Diam – diam je sudah. Citer kat bestfriend 1 ketul je cukup.

Azriza Acetylcysteine : Hakak yang str3ss baca kisah kau dik, boleh tak kau simpan sikir duit kat masuk asb. Dorang ambik kesempatan kat kau ni je dik. Nnak buat apa – apa pun dengan org kena berpada – pada dik.

Mulai tahun ni adik tukar azam simpan duit masuk asb ke tabung haji ke. Walaupun keluarga pun dik kalau kau susah tetap la sorang – sorang dik. Kau pahat tu kat ingatan kau, jaga diri ye dik.

Siti Nurfarahin Samsudin : Kak, ko keluar dari umah parents ko, sewa rumah ke bilik. Kecil pun tak pe. Rasanya dah boleh stop sp0nsor anything yang b0doh untuk kakak – kakak dan abang ko yang tak kenang budi.

Lepas tu ko da boleh hadkan bulan – bulan untuk duit mak ayah ko kak, simpan untuk diri mu diri sebab nanti kalau ko s4kit, diorang tu akan lepas tangan je kat ko kak. Boleh jadi dia hantar ko kat umah c4cat lagi barangkali.

Tolong laa kak sedar diri, bangkit. Ko sedang dipergunakan oleh orang sekeliIing.  Bangun, bangkit, keluar dari tempurung sekarang.

Ir Muhammad Azmir : Tolonglah BERSUARA di hadapan mereka. Lagi dipend4m yang s4kit nanti anda. Dengan str3ss bekerja ditambah pula str3ss memikirkan t0hmahan oleh ahli keluarga sendiri. Kata kunci, LUAHKAN.

Anda kuat dan tidak adil mereka terus perlakukan anda sedemikian. Angkat kaki dari rumah itu tindakan singkat tanpa diperju4ngkan hak dan suara anda. Hidup kita ini singkat. Jangan dipenuhi dengan bebanan yang sebenarnya kita boleh atasi dan kawal.

Julie Hawa Majid : Cuba u keluar dari rumah. Sometimes u need a time on your own. Sewa bilik ke. Kalau mampu, sewa sebiji rumah. Untuk saya, its ok we alone in our own world. Tanpa kira pandangan orang, fikiran orang, kecaman dan sebagainya.

U mampu kan, manjakan diri. Time macam ni pun orang tak endah kan u.. Heh.. If u live nearby KL come and contact me. Saya pun gemuk. Jom jalan – jalan sama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.