Adik bongsu 0KU, ibu ayah langsung taknak jaga. Pernah sekali aku tak balik 3 hari. Pampers adik langsung tak bertukar

Bagi ibu, tugas dia melahirkan sahaja. Aku yang kena urus adik aku. Hari – hari aku solat dan doa supaya Allah tarik nyawa adik bongsu aku. Aku nak keluar dari rumah, bekerja semula dan capai impian aku.

#Foto sekadar hiasan. Kenalkan diri aku, anak sulung dalam keluarga. Aku ada 2 orang adik. Dua – dua lelaki. Aku membesar dalam keluarga yang sekecil benda pun nak marah dulu baru bincang. Ayah dengan ibu hari – hari berg4duh, hari – hari akan ada sahaja benda yang tak kena pada mata mereka.

Ibu ayah juga sangat strict tapi cuma pada aku anak perempuan. Dari kecil aku tak dibenarkan buat keputusan sendiri. Hatta pakaian dalam pun ibu akan buat keputusan warna apa, jenis yang macam mana. Aku ingat lagi aku duduk asrama, aku kena gelak dengan kawan – kawan satu dorm sebab pakaian dalam aku semua design macam orang tua.

Aku pernah ikut makcik aku keluar, temankan dia beli barang raya dan dia belanja kasut yang aku teringin. Akhirnya, ibu marah – marah sebab bagi dia design tu langsung tak elok. Sampai sudah aku tak dapat pakai kasut tu.

Berbeza dengan adik kedua aku, semua benda ikut apa yang dia berkenan. Dari kecil apa yang dia nak diikut. Sudahnya aku membesar jadi seorang yang timid dan low confident level. Umur aku 17 tahun, aku dik3jutkan dengan berita ibu mengandung.

Tapi doktor nasihatkan ibu untuk buang sebab ibu ada beberapa peny4kit. Dan anak yang lahir kemungkinan akan ada komplikasi peny4kit. Ibu aku sejenis ada peny4kit tapi takmau makan ubat. Dia lebih percaya ubat ubatan jamu tradisional.

Aku nak tegur tapi nanti kena marah kena lempang. Aku takut. End up adik ketiga aku lahir dan s4kit. Celebral palsy. Bagi ibu, tugas dia melahirkan sahaja. Sudahnya sementara aku tunggu keputusan spm, aku yang kena urus adik aku.

Ibu tak bekerja. Tapi sibuk dengan benda benda dunia lagha. Sampai ada orang ingat aku mengandung luar nikah dan adik tu anak aku sebab aku yang uruskan semua termasuk teman dia ketika di hospitaI. Ayah pulak sejenis panas baran.

Baginya tugas dia hanya sedia duit tapi duit tu tak pernah cukup. Sebab ayah aku hobinya buat loan. Gaji yang sebulan 5-6k hanya tinggal 1.5k dek semua hutang yang ada. Aku dapat tawaran ipta, tapi ibu ayah tak bagi aku pergi.

Katanya tak ada duit sebab adik bongsu ni banyak guna duit. Kecewanya aku masa tu sebab memang impian aku untuk sambung belajar. Duit tak ada tapi adik kedua siap dihantar tuisyen mahal walaupun otak dia useless asyik gagal periksa sebab hobi dia game dan lepak je.

Tapi kekecewaan terubat bila urusan sambung belajar aku nenek dan pakcik aku masuk campur. Nenek siap keluarkan simpanan dia untuk bagi duit aku daftar belajar. Ayah ibu akur tapi dengan syarat aku perlu balik tiap – tiap minggu sebab ipta aku dengan rumah dekat.

Sepanjang 3 tahun aku belajar, 1 sen pun ibu ayah tak bagi. 100% aku harapkan ptptn dan kerja part time yang aku buat semasa belajar. Itupun ibu selalu mintak duit dekat aku sebab katanya bil tak bayar, nak ke kIinik dan lain lain.

Pampers adik bongsu pun banyak aku yang belikan. Habis je belajar aku diterima bekerja di satu company dengan gaji permulaan biasa sahaja. Tapi aku perlu berulang alik dari rumah sebab ibu tak bagi aku menyewa. Seawal 6 pagi aku dah naik bas dari rumah.

Ayah takde inisiatif untuk tolong hantar alasannya jauh minyak mahal. Bulan – bulan aku habiskan hampir 1k untuk bantu keluarga, kalau miss sebulan ke apa ibu pasti tarik muka. Ayah pasti perli perli kononnya aku tak mengenang jasa.

Kemuncak kesusahan aku bila setelah 2 tahun bekerja, ibu meninggaI dunia akibat str0k. Ayah masih sihat dan bekerja. Dia suruh aku berhenti kerja sebab tak ada orang yang nak uruskan si bongsu. Padahal adik kedua aku dah habis spm. Duduk rumah je. Kerja tak. Mintak sambung belajar pun tak.

Adik bongsu tu bukan susah untuk diurus hanya pastikan lampin bersih dan susu ikut waktu sahaja sebab dia hanya boleh terbaring tapi ayah aku berkeras untuk aku berhenti kerja. Sampai masuk campur jumpa terus bos aku semua.

Malu aku masa tu nasib la bos aku dan staff di situ semua baik. Bermula la episod aku berhenti kerja tanpa simpanan. 100% kerja di rumah aku yang buat. Masak, mengemas dan uruskan adik. Salah sikit aku pasti ditengking. A

Adik kedua juga dah hilang hormat pada aku. Aku burnout teruk sampai hampir tamatkan nyawa aku. Doktor dah sahkan aku alami severe depr3ssion dan perIukan pantauan. Tapi bagi ayah aku, dia kata aku tak kuat iman sebab tu senang je nak tamatkan nyawa aku.

Hari – hari aku solat dan doa supaya Allah tarik nyawa adik bongsu aku. Aku nak keluar dari rumah, bekerja semula dan capai impian aku. Aku masih bertahan sebab adik bongsu aku sahaja sebab aku simpati pada dia.

Perasaan sayang untuk keluarga aku ni dah lama hilang. Yang tinggal simpati. Aku pernah warded sebab masalah kesihatan selama 3 hari. Bila aku pulang, adik aku lampin pun tidak ditukar. Aku penat. Penat nak penuhi ekspetasi orang.

Katanya aku perlu berk0rban aku anak sulung. Tapi perIukan peng0rbanan kalau hanya untuk 1 pihak yang tersiksa? Aku dah 32 tahun ni. Tapi sebarang pencapaian aku tak ada sebab peng0rbanan sia sia ini. Ada kereta pun dah kena tarik. Hutang belajar pun tak mampu nak bayar.

Aku hanya buat perniagaan kecil – kecilan untuk tampung diri aku. Nasib baik adik aku ada bantuan dari pelbagai pihak. Adik kedua aku masih lagi jadi manusia tak berguna. Bekerja sebulan berhenti, jadi biawak berbulan bulan, itupun ada hati nak bernikah.

Ayah aku tengah mabuk bercinta, duit yang tak berapa nak ada itu pun habis dilabur pada perempuan tak guna. Doakan aku kuat walaupun ada dah tak mampu nak bertahan.. – Mawarputih (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ain Fathihah Fhm : Kita sebaya. Awak dipergunakan oleh ayah awak. Tanggungjawab dia untuk jaga dan uruskan anak dia. Bukan kewajiban kakak sulung untuk k0rbankan diri demi adik beradik. Apatah lagi demi ayah yang m4buk cinta macam tu

نور العزة : Hai awak,saya berumur 33 tahun, anak perempuan sulung. Saya tahu, nasib kita jauh berbeza tapi saya nak awak tahu, awak kena keluar dari kehidupan macam tu. Awak adalah sebutir permata yang duduk di dalam lumpur. Keluarkan diri awak dan berhenti meng0rbankan diri. Awak dah dewasa, awak ada suara dan nilai diri. Awak bukan lagi budak – budak yang boleh ditolak ke kanan ke kiri.

Salwani Bt Sanubari : Awak kena keluo dari hidup yang t0ksik. Kalau bab adik bongsu awak. Awk terp4kse letakkan adik awak dalam pusat jagaan yang istimewa. Tak tahu ape nama dia. Tapi bulan – bulan awak kene bayar duit dekat pusat tu.

Awak keluar.. capai impian family awak. Awak tolak tepi. Adik bongsu awak bila awak masukkan dalam pusat jagaan tu selamat dah adik awak, tak perlu risau. Cuma awak kena rajin datang. Bayar bulan – bulan. Pergi… Jauhi diri awak dari mereka.. awak kuat.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.