Suami tiba2 s4kit str0ke tak boleh bangun. Inilah masa aku lari minta cerai. Aku tak kisah orang pandang h1na

Aku pinjam kereta mak untuk teruskan kerja cari duit dan nak cari semula hak aku yang hilang. Aku bangkit balik, sekarang dah dapat semula hak aku yang hilang, aku mampu nafkahi diri sendiri. Aku halau suami tapi dia buat muka tak malu duduk macam takde perasaan..

#Foto sekadar hiasan. Salam min, min tolong hide profile aku ye nanti. Maaf cerita aku agak panjang, aku cuma berkongsi dan cuma nak minta pendapat. aku nikah dengan suami aku dah 6 tahun, ada nak sorang umur 3 tahun.

Sebelum kahwin dengan suami, aku pernah janda selama 9 tahun dan ada anak sorang. Jadi aku dah terbiasa dengan hidup berdikari. Berkahwin dengan suami sekarang pun adalah atas pilihan keluarga, sebab terlalu lama hidup dengan anak berdua, keluarga suruh kahwin juga sebab dorang cakap anak tu perIukan kasih sayang sorang bapa jugak.

Kalau ikutkan, saya tak ada keinginan nak kahwin sebab masih fobia dengan perkahwinan pertama dulu. Bekas suami kaki pukuI, jadi kahwin pilihan keluarga ni, aku belajar redha atas pilihan keluarga, cuba dan terus mencuba bak kata orang bercinta lepas kahwin tu kan indah.

Masih ingat lagi dari ingatan, baru 2 jam lepas akad nikah, dia dah tunjuk per4ngai panas baran dia, m4ki – m4ki meng4mok sebab seluar untuk sanding tak muat, itu pun sebab salah dia yang tak pergi fitting. Sejak pada tu, f0bia aku m4kin kuat dan memang hati rasa lain.

Aku masih teruskan hidup cuba belajar menerima, ujian demi ujian Allah llah bagi, aku jadi hilang hormat, memang tak boleh nak hormat. Selepas nikah kami PJJ, sebab dia masih duduk dengan mak ayah dia, alasan nak jaga mak ayah dia yang dah tua dan s4kit.

Aku tak selesa nak duduk sekali dan memilih untuk teruskan bekerja di luar negeri. Hari demi hari, bermacam fitnah dia tabur sebab aku kerja jauh, orang kalau baru kahwin mesti rindu la apa la kan, tapi aku tidak, nak balik pun rasa malas dan menyampah.

Dia selalu tuduh aku macam – macam ramai jantan la, ada dato bela la dan macam – macam la. Aku jadi str3ss. Kadang – kadang balik pun mesti g4duh – g4duh, takde rasa nikmat indahnya perkahwinan pun. Pertama kali dia angkat tangan dekat aku depan mak dia sendiri guna kipas stand tu.

Sayangnya mak dia sikit pun tak tolong, malah menyalahkan saya dan ungkit atas fitnah yang diberi. Aku pergi buat laporan polis dan tuntut cerai tapi keluarga dia marah kata aku buka aib dan sebagainya. Aku minta cerai cara baik pun m4ti – m4ti dia cakap tak nak lepaskan aku.

Aku  tetap teruskan juga tuntutan, kaunseling dan sebagainya. Lama – lama dia merayu janji bagai minta peluang lagi, tak nak ulang lagi dan janji nak berubah. Ini belum aku cerita bab nafkah lagi, sepanjang berkahwin 6 tahun ni, macam – macam lagi lah jadi.

Dia p4ksa aku berhenti kerja, dia tak percaya aku kerja jauh, tapi aku cakap aku banyak komitmen, anak aku, kereta semua nak kena bayar, dia cakap dia mampu bayar, aku pulak b0doh percaya. Akhirnya kereta pun tak berbayar dan surat tarik kereta keluar dan diam – diam dia jual kereta aku tanpa pengetahuan aku bagi orang sambung bayar.

Barang kemas aku habis dijualnya sampai aku takde apa – apa dah. Aku sampai tak balik rumah keluarga aku, tak call keluarga sebab aku tak nak mak ayah aku risau. Aku nekad nak cari kerja semula. Bila dah dapat kerja, baru seminggu kerja macam tu, dapat tau aku mengandung pulak, mabuk teruk yang memang tak boleh nak kerja.

Maka bermulalah hidup jadi surirumah jaga mak ayah dia dekat rumah. Hari – hari aku terp4ksa makan hati dengan mak dia yang jenis kuat mengata, bercerita pasal anak dekat orang luar dan dia cakap aku ni tak guna, menyusahkan anak dia dah la tak kerja semua.

Hidup aku m4kin hari m4kin susah, kadang – kadang makan nasi putih aje dekat rumah, nak beli lauk pun takde duit. Suami aku pulak, lepak dengan member – member, hujung minggu je pergi ride sini sana, langsung tak ingat aku dekat rumah.

Aku nak pergi mana – mana kereta dah takde, dah kene jual. Hari – hari makan hati, diam dan tawakal sampai la aku selamat bersalin. Bila dah bersalin, pantang pun macam tak pantang dah sebab aku nak cari kerja jugak. Dah la masa bersalin baju anak pun harap orang bagi je.

Aku masih kunci mulut tak bagitau keluarga apa yang aku tanggung selama ni, aku takut nak cerita, dalam kepala bercampur baur. Aku tak nak dorang susah hati, kahwin pun atas pilihan dorang kan. Pasal kereta kene jual semua aku tak cerita dekat keluarga, hanya cakap rosak.

Jadi aku pinjam kereta mak untuk teruskan kerja cari duit dan nak cari semula hak aku yang hilang. Alhamdulillah rezeki Allah, aku bangkit balik, sekarang dah dapat semula hak aku yang hilang, aku kerja mampu nafkahi diri sendiri, anak semua aku sendiri yang bela.

Kemudian, suami aku ni s4kit. Dia jatuh s4kit macam orang str0ke, tak boleh bangun dan urus diri, walau hati aku benci, aku p4ksa juga diri jaga sampai dia sihat. Bila dah sihat, lupa diri balik, ulang per4ngai lama. Walaupun dia dah tak pukuI aku lagi, tapi dia main mentaI em0si aku.

Mulut mem4ki mengh1na ikut suka. Lepas tu buat macam takde benda berlaku, macam tu la ulang – ulang. Aku dah tak terkira berapa kali minta cerai selama 6 tahun, tapi tak diendahkan. Sekarang aku betul – betul kuatkan hati, aku lari balik rumah keluarga, hati jiwa aku dah rasa m4ti.

Aku minta cerai, tak diendah juga, nak pergi mhkamah lagi, rasa dah tak terulang, masa nak bicara je asyik bagi mc. Saya tak tahu dia nak apa lagi, ada suami macam tak ada. Layan aku pun bukan macam isteri. Pergi mana – mana semua orang pandang h1na dekat aku sebab katanya aku tinggalkan suami s4kit, sedangkan Allah je tahu apa yang aku lalui selama ni.

Bila aku kerja, aku dah boleh sewa rumah sendiri, beli kereta sendiri. Suami aku selamba je masuk rumah aku cuci kaki je, nafkah apa pun tak bagi. Aku halau tapi dia buat muka tak malu duduk macam takde perasaan.

Sekarang aku tinggalkan je semua, ambil lah apa nak ambil, janji lepaskan aku. Tapi dia buat tak tahu je macam takde benda berlaku. Aku rasa tertekan sangat. Apa perlu aku buat lagi.

Komen Warganet :

Amysophiani Ha-Eun Adeni : Rasanya ramai yang tak baca habis ni. Dia dah buat semua yang mampu. Report polis – keluarga suami kata bukak aib. Minta cara baik – m4ti – m4ti taknak lepaskan. Kaunseling – buat janji minta peluang tak ulang lagi dan nak berubah. Tuntut mahkamah – suami tak datang dan asyik bagi alasan mc.

Nur Aimi Taqinah Ilham : Mesti mak ayah awak menyesalkan kahwinkan awak. Lepas mulut buaya masuk mulut naga. Eyh dia tuduh fitnah awak macam – macam supaya awak balik jaga mak bapak dia / orang gaji keluarga dia kat rumah mak dia. 1 keluarga mentua awak dan suami awak semua tak guna.

Fatin Suri Abdul Shukor : Kesian akak.. Sedih saya baca nasib perempuan kadang – kadang seelok mana dia jaga diri tetap akhirnya jadi m4ngsa. Kuat dan terus berjuaang, jangan terus biar nasib menguasai hidup akak. Ubah takdir dan cari laluan lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.