Umur 11 tahun masih berkepit tidur dengan ibu. Umur 11 tahun tapi sangat jahat. Apa yang jahat?? Handphone mahal dia sengaja pecahkan, TV harga 4k pun pecah. Dengan mencuri lagi. Aku suruh ibu bawa jumpa pakar tapi kata aku h1na anak dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku perkenalkan sedikit tentang diri aku, aku seorang perempuan, anak kedua dari lima orang adik beradik. Empat perempuan, bongsu lelaki. Telah berkahwin, dikurniakan sepasang cahaya mata.
Harini hampir seminggu aku silent treatment dengan parents aku, aku homes1ck. Tapi aku ego. Sebab aku tak salah. Sebab aku menegakkan kebenaran. Kisahnya, adik bongsu aku lelaki. Tahun ni berumur 11 tahun. Satu satunya lelaki pengganti selepas abah tiada nanti.
Aku tak tahu, kenapa dari adik aku yang tu kecil, sampai dah besar. Aku tak pernah anggap dia wujud, aku tak tahu sama ada aku tak sayangkan dia, atau ego. Aku tak pernah dukung dia, berkasih sayang dengan dia. Bagi aku dia punya per4ngai terlalu jahat. Bukannya nakal.
Disaat budak budak sebaya dia main kejar – kejar, main bola, basikal. Tapi dia sejenis yang suka berkepit dengan ibu aku, sampai kan umur 11 tahun pun masih tidur sebilik. Dah berkali – kali aku tegur. Tak boleh tidur dengan ibu abah, berkali – kali juga aku usaha angkut tilam dia letak luar. Masih sama. Aku give up.
Apa yang jahat? Phone yang dia pecahkan, tak terkira. Semuanya phone yang berjenama dan mahal bagi aku. Bukannya pecah secara tak sengaja, tapi secara sengaja. Tv yang baru dibeli tak sampai setahun yang harganya hampir RM4 ribu. Pecah lcd dan tak boleh tengok sebab kan dia.
Sofa set baldu yang cantik – cantik yang harga beribu tu. Dit0reh, dibakar sampai berlubang. Basikal dia yang dibeli dengan harga RM600. Tak sampai 2 tahun dah lerai. Habis semua jah4nam dapat dekat dia. Curi duit? Jangan cakap lah, dia selalu rasa dirinya hebat dekat mata kawan – kawan dia.
Apa yang dia nak pasti ibu abah akan turuti, padahal dia lebih kepada ikut kepala sendiri. Banyak lagi yang tak mampu aku senaraikan. Pernah aku dan kakak aku kata pada ibu, cuba bawa dia ni pergi jumpa pakar. Takut ada yang tak betul dekat otak dia. Tapi ibu aku menganggap kami mengh1na anaknya pula
Apa yang membuatkan aku marah, merajuk dengan parents aku. Lebih – lebih lagi ibu aku. Adalah sebab dia sentiasa menangkan anak bongsunya, anak tak nak sekolah dia ok, anak tak pandai mengaji dia ok, anak tak pandai hormat orang pun dia ok.
Katanya itu saja anak lelaki yang dia ada. Wali kami. Punca silent treatment aku bermula bila, aku menegur adik bongsu aku tak pergi ke sekolah. Setiap minggu mesti ada beberapa hari dia akan cuti. Alasan s4kit itu dan s4kit ini. Cuma ibu aku saja yang percaya.
Aku bising – bising, sudahlah tak pandai akademik, mengaji pun tak pandai. Surah al ikhlas pun taktahu surah apa bila ditanya oleh aku. Aku menegur, untuk kebaikan. Aku marah, benda yang benar. Tapi ibu aku susah nak terima setiap teguran aku walaupun teguran yang baik – baik.
Tak habis – habis diungkitnya aku ni pun bukan baik sangat dulu. Ya, dulu aku memang nakal, buas. Tapi ilmu agama yang aku belajar sangat cukup, boleh aku ingat semuanya sampai dah beranak pinak. Aku menjawab, teguran aku untuk kebaikan, tolonglah ambil yang baik. Tak perlu pun ungkit ungkit kisah silam aku. Sampaikan dik4tanya aku derh4ka.
Disebabkan aku menjawab setiap ayat – ayat dia yang backup adik bongsu aku. Lagi lah aku menjawab. Bila masa pula aku derh4ka? Derh4ka tu tuhan je yang akan menentukan. Aku marah, sebab cara aku tiga beradik teratas. Dibesarkan dengan cara agak kasar.
Masa aku sebaya adik bongsu aku, apa saja yang aku tak pernah kena. Getah paip, h4nger, r0tan jangan cakap lah. Setiap minggu beli baru. Sampai berbirat, sampai Iuka badan ni. Kena kurung dalam tandas, kena ik4t tangan dekat kaki kerusi.
Bila tak pergi sekolah je, kena kurung dekat luar rumah berlapar dan haus dari pukuI 7 pagi sampai waktu orang balik sekolah. Paling yang aku tak boleh lupa. Aku pun pernah dipij4k betul – betul depan pintu rumah. Untuk salah apa aku pun dah tak ingat.
Aku memang tak boleh lupa setiap kes4kitan yang aku pernah lalui masa kecil. Tapi aku maafkan ibu. Sebab dia ibu aku. Dan mungkin masa tu dia muda lagi, jadi ilmu, sabarnya mungkin tipis. Tak ada ilmu parenting yang betul.
“Jaga je anak kau,” itu lah ayat yang ibu aku keluar kan sebelum aku left group family. Aku sedih, aku marah. Aku rasa tak boleh nak tengok muka adik bongsu aku. Sudahla pemalas, belajar tak pandai, mengaji tak pandai. Anak emak lagi tu.
Adik bongsu aku sangat – sangat suka bila kami, yang pernah menegur dia atas kesilapan dia kena marah dengan ibu semula, muka bangga dia, sampai kembang – kembang hidung dia. Punya bangga bila dibackup oleh ibu.
Memang betul dia bongsu, dia wali. Dia satu – satunya lelaki yang patut lindungi ibu bila tiada abah, lindungi kami. Itu memang patut kami jaga patut dibanggakan. Tapi dari sekarang pun kurang didikan yang diberi. Aku takut satu hari nanti, dia lah orang yang paling meny4kiti ibu bila besar nanti. Semoga dijauhkan lah daripada perkara begitu.
Salah ke aku berdiamkan diri aku? Salah ke aku ego? Semalam ibu ada kata yang dia rindu cucunya. Anak sulung aku dulu membesar depan mata dia. Sebab suami aku kerja di oversea masa tu, aku pun bekerja. Sekarang anak aku pun dah tak nak pergi rumah dia, ada aku suruh suami aku bawa anak aku ke rumah dia semalam, tapi anak aku taknak langsung turun dari kereta.
Walaupun aku rasa macam aku tak ada rasa sayang pada adik bongsu aku, tapi tiap kali aku bawa anak aku berjalan, aku akan ajak dia. Beli makan pakai dia. Walaupun aku selalu meluat tengok muka dia. Aku kakak dan anak yang jahat ke? – Ms M (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Mohd Azwan : Zaman dah akhir dah. Betul la tu, orang cakap ibu melahirkan tuannya. Salah satu tanda kiamat, iaitu golongan yang rendah menjadi tinggi, dan ibubapa yang sepatutnya menjadi penguasa, dikuasai oleh anak – anak mereka sendiri.
Anie Alja : Apa peranan si ayah dalam cerita ini? Masih hidup kan? TT kena sepakat dengan adik beradik yang lain, boikot mak ayah dan adik lelaki buat seketika. Bagi depa betul – betul sentap… nak tengok berapa lama mak ayah boleh IGNORE. 11 years old still too young to give up on him. He needs parents not FRIEND at this stage. Ask your parents, ‘If you can’t be like one… baik jangan beranak!’
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.