Aku suruh bapak halau diorang keluar tapi bapak aku tak sampai hati. Adik post status dekat whatsapp burukkan aku dan paling aku geram, dia sengaja post gambar aku tak tutup aur4t..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sebelumnya, minta maaf sebab aku ini tidak pandai hendak susun cerita sangat. Harap anda semua yang membaca faham. Ini bukanlah masalah rumah tangga aku ke apa. Tetapi ini masalah per4ngai adik aku yang sem4kin teruk sudah.
Macam mana ya hendak mula, dia dengan lelaki dia tinggal serumah dalam rumah bapa aku. Kalau sudah tinggal sama ini fahamlah, aur4t semua hendak kena jaga, macam aku pula sudah macam orang asing di rumah ini. Aku belum kahwin lagi.
Dari tahun 2021 kahwin sampai sekarang tidak reti hendak bawa anak bini tinggal sendiri di luar. Padahal aku sudah bising sudah sebelum ini. Mereka lelaki bini macam tidak faham – faham. Malah aku pula disuruh keluar, padahal aku masih bawah tanggungan bapa aku. Dia itu yang sudah berkeluarga lah yang patut keluar.
Masalahnya di rumah buat macam menyewa bilik, macam buat hotel pun ada. Duduk bilik sahaja bukan reti hendak tolong apa lelaki dia itu. Jangan kata hendak tolong, hendak bertegur dengan orang tua pun tidak. Keluar bilik bila hendak makan, hendak mandi, hendak keluar jalan sahaja.
Selain itu dalam bilik, baik menyewa bilik di luar, lebih kurang juga terperap dalam bilik anak beranak. Hahahaha tetapi okay lah juga biar mereka terperap sahaja dalam bilik itu. Yang lagi tidak tahu malu, lelaki dia sudah lah menumpang di rumah bapa aku.
Lepas itu siap cakap kepada bini dia, “Bagus lagi aku tidak ada di rumah.” Memang tidak sedar diri langsung ya sudah lah menumpang di rumah mak bapa aku. Hahahahaha masa itu dia mesej lelaki dia kemudian siarkan di status WhatsApp… yang beritahu aku adalah adik aku yang seorang itu.
Bini pun tak tahu malu semua benda hendak dihebahkan di WhatsApp, secara tidak langsung menunjuk b0doh diri sendiri. Memang tidak tahu malu lah. Sampai makcik – makcik aku pun sudah tahu dah kalau ada status di Facebook ke WhatsApp ke memang ada dia cari hal dengan aku.
Lagi aku geram dia pernah post gambar aku tidak menutup aur4t, hendak bagi orang lelaki tengok dan dia nak s4kitkan hati aku sebab siarkan aku yang tidak tutup aur4t. Ya Allah tidak tahu hendak cakap orang begini, jahiI ke apa.
Macam – macam dia burukkan aku dekat WhatsApp sebelum ini, di Facebook semalam ada dia post, ini pun makcik aku yang beritahu, kalau tidak memang tidak tahu. Dia cakap macam – macam, cakap per4ngai aku jahat lah, tetapi tidak sedar per4ngai dia sendiri sudah teruk dari sy4itan.
Tetapi bab dia buat jahat kepada anak orang tidak beritahu pula satu media sosiaI itu. Aku pernah beritahu dengan bapa aku suruh keluar mereka itu, yelah per4ngai sudah tidak tertolong lagi dah. Tetapi bapa aku ini pun lah, takut sangat dia itu kecil hati.
Padahal dia ketua rumah dalam ini. Dia pun tidak fikir aku. Aku sangat – sangat tidak tahu dah hendak minta tolong siapa. Sebab mak bapa sendiri pun tidak ada hendak tolong apa – apa. Nasihat pun tidak. Sangat str3ss aku duduk rumah ini.
Rasa nak lari tetapi tidak ada tempat hendak lari dari orang jahat begitu sebab seram tinggal serumah dengan orang begini. Apa – apa semua aku kena mengalah dari dulu sampai sekarang. Apa – apa jadi semua salahkan aku. Walaupun dia yang jahat. By the way, aku anak sulung.
Lagi teruk, dia dengan lelaki dia beli beras dekat rumah ini, siap h4ramkan beras aku makan. Dia cakap, “Aku tidak halal beras dibeli kami dua itu.” Aku jawablah, kalau sudah tidak hendak bagi orang makan jangan letak dekat dapur, bawa masuk bilik semua.
Dah hidup pun serumah kan, memang semua kongsi, kalau tidak hendak orang makan jangan duduk serumah, keluar lah dari rumah. Aku pernah cakap juga sebelum ini tetapi aku pula disuruh keluar. Mereka lelaki bini memang tidak ada kesed4ran langsung.
Macam tidak sanggup hendak hidup susah di luar. Semua hendak sudah tersedia di rumah. Sebelum ini aku pernah terpakai susu pekat dia, itu pun memang yang sudah hendak habis sudah sebab dalam itu ada diisi air sahaja sedikit.
Aku pakailah habis sebab ingatkan mak aku punya, mak aku biasa letak di situ. Terus dia marah, sebab aku pakai susu dia itu. Ya Allah tidak tahu hendak cakap kedekut giIa b4bi punya orang. Aku cakap dekat dia, kalau tidak hendak orang pakai tulis nama dekat tin.
Ini bab lain pula. Sebelum ini, dia mengasuh anak orang dari umur 2 bulan tidak silap, sampai budak itu umur 3 tahun sekarang, dan baru berhenti bulan 7 itu. Sebab katanya hendak sekolah. Aku pun bersyukur budak itu sudah tidak dijaga bawah jagaan dia.
Sebab kasihan sangat dekat anak orang itu. Aku pula baru balik ke rumah bulan 6 sebelum ini ikut orang kerja di Kuala Lumpur. Balik itu lah macam tidak sangka dan terk3jut tengok dia layan budak yang dia jaga itu, kasihan sangat dengan budak itu sebab dia suka sumpah budak itu.
Hendak bagi mandi marah – marah, disuruhnya budak itu buka baju sendiri. Makan disuruh suap sendiri. Aku pernah suap budak itu makan sebab kesian, terus dia marah cakap jangan suap dia makan. Adik aku yang 2 orang cerita dekat aku, macam mana dia buat dekat budak tu.
Selalu marah – marah budak tu, sampai adik aku yang darjah 1 pun faham. Dia cakap, “Kalau dekat depan mak budak tu, baik – baik je dia.” Yang adik aku seorang cerita juga dekat aku, yang paling aku terk3jut sangat dia cerita, sampai dia cakap, “Macam itu lah anak tidak ada bapa.”
Aku dengar terus macam, Ya Allah, beraninya cakap dekat anak orang macam itu, tidak fikir anak sendiri lagi dah. Kalau Allah itu hendak baIas kata – kata dia itu, memang sekelip mata sahaja anaknya tidak ada bapa. By the way budak dia jaga itu bukannya tidak ada bapa, cuma mak bapa dia long distance relationship.
Jadi dia memang tinggal dengan mak dia sahaja dari kecil. Aku yang tidak jaga budak itu pula yang sayang dengan budak itu. Dia sedikit pun tidak ada rasa kasih sayang ke anak itu. Lepas budak itu tidak dijaga lagi, kadang – kadang ada sahaja budak itu datang rumah sebab hendak main dengan adik aku yang kecil itu.
Pernah sekali budak itu datang, dia siap cakap, “Apa datang ke sini lagi, sibuk sahaja.” Masing – masing masa itu diam sahaja dengar dia cakap macam itu. Kemudian baru – baru ini. Budak itu datang lagi. Aku pelik ehh sejak bila dia baik dengan budak ini.
Laa patutlah baik semacam, rupanya mak budak itu bagi kek dekat dia. Kasihan maknya, tidak tahu anaknya dibuat orang itu teruk. Kalau aku jahat, memang aku beritahu sudah dekat mak budak itu apa yang adik aku buat dekat anak dia.
Lagi satu, mak aku ini jaga anak orang 2 orang, aku tidak tahu lah dia ini mental ke apa, memang per4ngainya buruk begitu agaknya. Satu hari itu, anak mak aku jaga ini berebut mainan dengan anak dia, lepas itu, adik aku ini terus tolak anak orang itu sampai tersungkur dekat bawah lantai. Masa itu mak aku tidak ada dekat rumah, aku yang tolong jaga.
Aku marah terus lah, aku cakap, “Kenapa buat anak orang macam itu?!!” Tahu apa dia jawab? “Berd4rah ke kepala dia?!!” Ulang – ulang jawab itu sahaja. Habis itu nak tunggu kepala anak orang itu berd4rah ke baru tidak buat begitu?
Aku macam hendak sahaja bagitahu dekat mak budak itu tetapi macam kesian dekat mak aku. Nanti mak aku juga yang kena. Mak bapa aku itu pun satu, bukannya tidak tahu dan tidak nampak apa yang dia buat dekat anak orang selama ini, tetapi semua diam membisu sahaja, semua tidak berani hendak tegur, tutup mata sahaja semua kalau nampak apa dia buat.
Sebab sudah macam takut dah dengan dia itu. Sebab itu lah juga dia sentiasa rasa apa dia buat betul. Dia s4kit hati dengan aku, sebab aku sahaja yang berani tegur dia buat anak orang begitu. Lagipun dia memang dengki iri hati dengan aku dari dulu lagi, aku tidak tahu apa yang diiri, aku yang tidak ada harta apa pun didengki, apa lagi kalau aku ada itu ini. Lagi lah.
Anak dia itu pun memang buas juga, sebab sebelum ini suka gigit anak yang mak aku jaga itu sampai biru anak orang. Suka pukuI mainan dekat anak orang. Tolak anak orang. Macam sudah ikut maknya sahaja aku tengok per4ngai.
Hmmm, dah lah. Banyak sahaja lagi hendak cerita wey, cuma tidak mampu dah nak taip panjang panjang. Cuma aku ini tidak tahu dah cerita dekat siapa dah, tidak tahu hendak minta tolong dengan siapa dah. Sebab keluarga sendiri pun tidak ada hendak membantu. Apa tah lagi orang luar kan… Sungguh memang buntu dah aku ini.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.