Adik ipar suka datang rumah aku bila suami takde. Dia bawa besi buruk, barang antik. Dia kata nak tumpang je. Sehinggalah, dia bawa motor 125 dan RXZ

Adik ipar selalu datang bila suami aku tak ada dekat rumah. Dia pula datang tak pernah beritahu dulu. Tahu – tahu dah depan rumah. Aku syak barang – barang tu barang curi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min, tolong hidekan Facebook aku. Aku ni anak orang kampung. Kami empat orang adik beradik dan semua adik beradik aku kerja kerajaan. Alhamdulillah, cuma aku sorang je dulu kerja sebagai leader kilang sebab aku dulu belajar banyak main.

Suami aku pula anak penjawat awam. Dia ada tiga orang adik beradik dan dia nombor dua. Dia ada kakak dan adik lelaki. Tiga – tiga ada latar belakang pen4gih d4dah dan tokan d4dah. Sekarang yang berubah cuma kakak dia dan suami aku.

Suami aku berubah sebab aku yang masukkan dia ke dalam Pusat Pemulihan. Kakak dia pula berubah sebab nak kahwin. Baru berubah. Itu pun masih bersubahat dengan adik suami aku. Asal adik dia kena tangkap sahaja, tak kiralah kena tangkap khalwat atau kena tangkap polis, dia dan suami dia akan jadi orang pertama yang jamin. Okey, ni kisah pertama.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka walaupun mak dia mula – mula tak sukakan aku sebab aku kerja swasta, tak macam mak bapa dia yang kerja polis. Dah dekat tujuh tahun aku kahwin dan ni pernikahan kami kali kedua sebab sebelum ni kami dah bercerai hampir tiga tahun juga.

Sebab aku masukkan suami aku dalam pusat pemulihan, jadi keluarga dia memang benci giIa dekat aku. Aku memang tak tahu suami aku pen4gih masa tu. Yalah, dia pula chubby masa tu. Kerja dengan bapa dia. Katanya buat sub contract. Aku pun percaya masa tu sebab bapa dia polis. Aku fikir mungkin dapat tender dengan PDRM.

Bila dah kahwin baru aku tahu. Aku bersabar sebab anak sahaja. Dari anak dalam perut sampai umur tiga bulan, macam – macam aku hadap. Masalah rumah tangga aku habis adik beradik dia masuk campur. Mertua aku pula sikit – sikit tag suami aku dalam Facebook pasal poligami.

Tapi dulu bila bapa mertua aku kantoi ada anak luar nikah dengan teman wanita dia, tahu pula dia mer0yan. Suami aku pula biasa kantoi curang. Dia kantoi dengan polis. Bila aku cakap dekat mertua aku, diorang kata aku mer0yan. Kononnya aku tertekan dengan sikap suami aku yang suka balik lewat malam.

Lepas lebih tiga tahun, aku nampak perubahan dia. Dia dah tak hisap d4dah, dah normal, solat tak tinggal, kerja elok. Dia datang balik pujuk aku, jadi aku terima dia semula. Alhamdulillah, semua okey sampailah kakak dia bercerai tahun lepas.

Kakak dia ni dah umur tiga puluh lima tahun. Anak dua orang dah. Selepas dia bercerai, hak penjagaan anak – anak dia, dia dan bekas suami dia serahkan dekat mertua aku kononnya nak cari kerja. Dulu aku duduk dengan mertua aku sekali dengan anak – anak kakak ipar aku. Dia lepas tangan semua.

Anak – anak dia memang mertua aku jaga. Kalau aku masak, takkanlah aku nak biarkan diorang tak makan. Baju kalau aku basuh, takkanlah aku nak biarkan baju diorang. Anak – anak dia makan pun kena suap. Anak aku lima tahun pun makan sendiri. Anak dia umur sepuluh tahun dengan tujuh tahun pun aku kena bersuap.

Lepas tu masalah anak – anak dia suka berg4duh, pukuI anak jiran. Masalah terbaru pula anak lelaki dia mer4ba budak perempuan dekat sekolah. Anak dia baru sepuluh tahun min. Bila aku marah, mertua cakap budak – budak tu kurang kasih sayang.

Aku tegur sebab aku ada anak perempuan. Korang pun faham macam mana perasaan aku masa tu kan? Aku takut sangat kalau anak dia nanti buat bukan – bukan dekat anak aku. Silap – silap aku pula jadi orang jahat dalam kisah ni nanti.

Aku dah malas nak berg4duh dengan suami aku. Aku balik kampung bawa anak – anak. Biarlah keluarga mertua nak kata aku jahat atau aku zaIim dengan anak – anak kakak ipar aku. Aku tak kisah. Diorang sedap – sedap buat anak, aku pula yang kena jaga lebih lebih. Maaflah, aku bukan malaikat dari syurga.

Sekarang ni suami aku dah sewa sebuah rumah dekat dengan kampung aku juga. Mula – mula hidup kami okey. Sampailah adik lelaki dia mula bawa barang antik dan barang motosikal dekat rumah sewa aku. Bila aku tanya, dia cakap letak sementara.

Kononnya ada orang Cina entah dari mana bagi dekat dia. motosikal 125, RXZ dan barang rumah antik, perhiasan serta lampu siling, besi buruk pun ada. Aku tahu dia menipu. Dia tu tak bekerja. Selalu kawan – kawan aku nampak dia usung perempuan dengan kereta mertua aku.

Hampir setiap hari dia lepak dekat pusat beli belah kawasan aku. Dia kata dia kerja dekat Pulau Pinang, padahal kami dekat Perak. Allahu, aku memang betul – betul letih dengan masalah keluarga suami aku. Bernanah telinga suami aku dengar aku membebel. Dia cuma cakap dia dah tegur. Selebihnya hak adik dia.

Masalahnya barang – barang ni entah – entah barang curi. Letak pula dekat rumah aku. Dia selalu datang bila suami aku tak ada dekat rumah. Aku ni nak menipu tak boleh sebab memang nampak kereta aku dekat luar rumah. Dia pula datang tak pernah beritahu dulu. Tahu – tahu sahaja dah depan rumah.

Aku dah buat report dekat balai pasal dia. Tapi semua dekat balai tu kenal mertua aku sebab dulu dia pernah kerja dekat balai tu. Aku nak pergi balai lain pun jauh. Polis cakap report alamat aku kena buat dekat balai yang berdekatan. Tahu – tahu sahaja mertua aku dapat tahu aku report pasal anak dia. Mungkin ada orang yang cerita dekat dia.

Memang aku berg4duh dengan mertua aku. Aku tanya kenapa nak bela anak dia. Dah salah tu salah sahajaIah. Dia kata aku punca anak dia jadi buruan polis. Dia malu satu balai bercerita. Aku pun dah tak ada hati dengan keluarga ni. Jadi aku pun meIawan dia.

Bertahun aku sabar dengan mertua yang suka salahkan orang lain. Kononnya sebab anak orang lainlah anak dia jadi jahat. Semalam aku dah mula buat per4ngai. Aku str3ss dengan anak – anak, str3ss dengan masalah keluarga dia lagi. Aku dah cakap dekat suami aku, aku dah tak nak bersubahat dengan keluarga dia. Aku tak nak tanggung d0sa. Hidup aku tak tenteram sebab masalah ni.

Aku sayang suami aku. Dia dah berubah banyak. Dia baik, taat perintah agama, sayangkan anak – anak aku. Tapi bab keluarga dia, dia hanya membisu dan biarkan sahaja adik dia suka – suka masuk keluar rumah aku. Aku betul – betul dah habis sabar, habis ikhtiar.

Aku rasa aku dah tak kuat nak hadap lagi. Aku dah faham sangat dengan sikap suami aku. Aku mengalah. Memang cerai tu bukan kehendak aku, tapi aku rasa tu yang terbaik. Maaflah aku tak pandai nak karang penulisan. Cukuplah setakat aku luahkan apa yang terbuku dalam hati.

Doakan aku supaya tabah dan kuat menghadapi dugaan yang akan datang. Doakan aku supaya kuat besarkan anak – anak aku yang masih kecil bersama keluarga aku. Doakan aku dan suami aku mampu jalani hidup masing – masing. Akhir kata, aku minta maaf kalau penulisan aku ni berterabur sikit. Assalamualaikum.

Ulasan Pembaca :

Nazratul Nadia : Buatlah pilihan yang terbaik. Elok ke anak – anak hidup dalam persekitaran macam tu? Sepupu dah mer4ba anak orang lain. Nanti anak sendiri pula jadi m4ngsa r0goI sepupu sendiri. Nak report polis dah sah – sah mertua polis.

Memang takkan terbela nasib anak tu. Daripada jadi benda yang tak elok, baik jauhkan diri daripada keluarga macam tu. Bukanlah fikir yang bukan – bukan atau minta yang bukan – bukan. Tapi dengan zaman sekarang ni, kes macam tu terlalu banyak dan tak must4hil akan jadi kalau tak ambil tindakan awal.

Delta Alfa : Bagi kata dua dengan adik ipar tu. Ambil barang – barang dia atau kau buang dalam tong sampah. Kalau dia datang jangan buka pintu. Tukar semua kunci pintu. Kalau dia degil, report pencerobohan dalam kawasan rumah. Yang mertua kau tu anggap sahaja tak nampak. Lain – lain, semoga tabah dan kuat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :