Adik ipar terk3ncing depan bilik chalet, lepas tu dia marah aku kenapa aku kunci pintu bilik masa keluar snorkeling

Adik selalu meminjam dari aku, aku halalkan je malas nak tuntut tapi lama – lama berlemak pulak dorang ni. Bil postpaid, iphone laki dia aku yang kena bayar setiap bulan sampai habis bayar sebab tak nak nama adik aku blacklist. Kemuncaknya baru ni adik ipar terk3ncing depan chalet lepas balik snorkeling..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Kakak (bukan nama sebenar). Aku nak cerita sebab aku tengah marah, aku nak cerita tentang adik ipar aku (lelaki) yang selalu buIi adik aku apabila dia rasa tak selesa. Aku namakan adik ipar aku ni Abi lah, sebab nama panjang kang kena cens0red pulak, nama adik aku ni Peah lah boleh tahan pe’el dia.

Kitorang ni anak yatim piatu dari muda, tak ada kasih sayang keluarga dan aku banyakkan habiskan masa dan umur aku dari 20-an aku membesarkan adik – adik aku tapi of course adik aku ni nak kasih sayang orang tua. Jadi dorang selalu mengendeng dekat makcik aku yang terang – terang tak pernah welcome kitorang dan takut makanan atau stock dia habis apabila kitorang datang.

Jadi bila aku tegah, adik aku akan g4duh dengan aku, sampai lah dia dah ada akal sendiri, baru dia faham apa yang aku cuba sampaikan selama ni. Kemudian dia bernikah dengan Abi ni tapi Abi ni datang dengan pakej hutang, ket4gih g4nja dan r0kok.

Tapi adik aku tak dengar cakap aku sebab again aku bukan orang tua yang “banyak makan garam”, aku taktau macam mana nak sampaikan orang yang sayangkan kita akan sentiasa menasihatkan sesuatu yang baik untuk kita regardless umur dia.

So Abi dan Peah ni menyewa lah bilik di KL sebab too standard to live in flat, apa masalah manusia dengan flat pun aku taktau. Aku pun pernah jadi budak flat, sampai sekarang masih pakai t-shirt flat kegemaran aku tu walaupun aku dah masuk golongan T20.

Nak menumpang duduk dengan aku memang tak lah, aku tak suka orang sm0ke plus aku menyampah dengan laki adik aku ni. Abi dan Peah ni selalu meminjam dari aku, aku selalu halalkan malas nak tuntut apa – apa, tapi lama – lama jadi berlemak pulak pasangan ni, bil postpaid, iphone laki dia aku pulak yang kena bayar setiap bulan sampai habis bayar sebab tak nak nama adik aku blacklist.

Faham tak kemudahan (dibaca dalam bahasa indonesian) ini? Tiap – tiap bulan meminjam tu biasa tapi aku malas nak ambil pusing. Jadi habislah dekat situ, ingat dah habis dah. Dia meminjam kereta pulak, okay lah aku malas nak g4duh aku bawak lah kereta lain.

Aku ada 3 kereta, ntah kenapa rezeki aku macam melimpah ruah pulak, so that’s why aku ada budget untuk beli toys orang dewasa iaitu kereta. Okay berbalik kepada cerita, kenapa aku marah sangat dengan si vavi ni. Kitorang pergi bercuti, last minute adik aku takde duit, aku sebagai kakak bayarkan pakej dia dan abi ni. Kira fully sponsored percutian ni.

Kalau ikutkan, aku tak nak datang pun trip ni sebab aku tak suka duduk chalet, walaupun ianya murah tapi ianya lebih kepada campsite, aku tak suka sebab letih kalau tempat tu aku tak boleh nak rehat dengan sempurna, lepastu tempat ni jauh.

Aku tak suka bazir masa datang tempat macam ni sebab aku berniaga, tutup lama – lama maksudnya takdelah income aku, jadi aku hanya pergi sebab adik aku beriya nak pergi sampai merajuk – rajuk aku tak nak ikut, dia yang booking semua pastu akhirnya laki bini pinjam duit aku.

Sepanjang kitorang dekat sini, aku nampak adik aku struggIe sangat dengan abi ni, yang sikit – sikit marah adik aku bila dia tak jumpa phone dia, bila dia rasa lapar sehinggalah kemuncak kemarahan aku ialah..

Dia terk3ncing dalam seluar lepas habis snorkelling, dia marah adik aku dekat depan chalet lepas tu dia datang ke depan pantai dia marah aku kenapa keluar bilik kunci pintu, eh??? Apa logiknya jantan ni keluar bilik tak kunci pintu?

Disebabkan aku belum kahwin, dia uguut, perli dan h1na aku dekat adik aku, “lepas ni kita jangan bawak dia (referring to aku),” Malam sebelum tu dia dah macam uguut aku yang tahun ni tak nak bagi adik aku beraya dengan aku sebab aku tegur dia jangan sm0ke dalam bilik, aku sabar lagi tapi hari ni aku dah hilang sabar so aku terkeluar dekat dia.

“Kau tu dah lah miskin, kereta takde, rumah pun tak boleh sewa yang elok, p4ksa adik aku kerja untuk tolong kau tutup hutang pastu kau nak bajet raja?” Kau nak jadi raja, pastikan kau kaya dan kau mampu jaga adik aku.

Bukannya kau miskin tapi berkepak. Dah lah pemalas tak tolong pun angkat bag atau apa – apa, mer0kok dalam rumah, adik aku dah lah semput tapi kau b0doh dan selfish. Kau mer0kok juga walaupun orang lain setengah m4ti dengan bau kau, lepas tu terk3ncing dalam seluar pun kau marah adik aku.

Buat apa ada b4tang kalau tak boleh pikir nak k3ncing dekat mana? Aku umur kau, bukan setakat membesarkan adik – adik aku, aku dah bebas hutang tanpa perlu sc4m sesiapa berkahwin dengan aku untuk bantu hutang (aku perli dia) dan kau sampai bila nak jadi loser macam ni?

Kau dah lah gagal memberi nafkah dekat adik aku, dia cuma sayangkan kau sebab tu tak tuntut fasakh, cuba kau jadi orang yang baik dan berguna. Kita ni lahir sebagai h4mba, sedarlah diri tu h4mba, apa depan nama kau ada nama Tengku ke? Tak kan? So wake up, takde siapa lebih dari siapa di sini.

Layan adik aku baik – baik dan kau jadi manusia yang baik. Miskin tak salah, aku pun miskin sebelum senang tapi aku tak pernah bajet raja dengan sesiapa” Lepas tu dia pun touching, balik bilik uguut nak bercerai dengan adik aku kalau adik aku tak menangkan dia, so adik aku ni marah lah aku sebab sound tepek dekat laki dia.

Jadi aku reply, “suruh lah raja tu bayar duit pakej ni dekat aku sekarang, nak jadi raja sangat, kenalah kaya. Dia nak bagi kebahagiaan dekat kau pun tak boleh, lagi nak jadi raja?” Pastu adik aku cakap, “tu laki aku, kau h1na dia macam kau h1na aku”.

Aku pun cakap, “bukan salah aku kalau kau tak sayangkan diri kau, kau dah besar, kau pilih jalan yang kau nak tapi kau jangan sesekali kata aku tak nasihatkan kau, orang lelaki kalau kau biar dia uguut dan pijak kau, dia takkan hargai kau. Berk0rban lah untuk kebaikan diri sendiri bukan jantan”

So memang aku tau dorang takkan mampu bayar habis tapi aku dah sedih dan marah sangat – sangat, aku nak balik awal esok dan aku nak move on dengan hidup aku. Biarlah raja tu pikir macam mana nak balik. Sekian, Selesai sudah tugasku sebagai kakak. – Kakak (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ardini Nordin : Aku tahu kau sayang adik kau. Tapi dari awal lagi kau dah manjakan dia dengan harta walaupun dia dah kahwin, mana laaa depa tak naik lemak. Dah, pasni toksah buat apa dah untuk depa. Ambil semula kereta kau pinjamkan, biar depa belajar berdiri atas kaki sendiri. Dah besar panjang tu, takyah nak biasakan depa jadi b0do piang sangat. P/s: sila sambung part 2 jika ada. Thanks.

Ardini Nordin : Aku tahu kau sayang adik kau. Tapi dari awal lagi kau dah manjakan dia dengan harta walaupun dia dah kahwin, mana laaa depa tak naik lemak. Dah, pasni toksah buat apa dah untuk depa. Ambil semula kereta kau pinjamkan, biar depa belajar berdiri atas kaki sendiri. Dah besar panjang tu, takyah nak biasakan depa jadi b0do piang sangat. P/s: sila sambung part 2 jika ada. Thanks.

Mischa Lee : Sis please stop semua.. Ambil kreta awak.. Sebelum hilangkan dari. Bagitahu adik awak. Kalau dia dah bercerai boleh cari awak. Selagi dia ada laki biar laki dia tanggung dia. Block semua.. Biaq la adik tu.. Tak payah nak sayang sangat. Nanti dia susah sangat dia akan cari awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.