Lama kahwin takde anak, aku izinkan suami kahwin lain. Diam-diam suami ambil borang cerai. Aku dengan redha isi bahagian aku..

Sehinggalah hari yang dia mengaku yang dia dah tiada hati, perasaan, jiwa, dan tanggungjawab. Sampai nak sentuh aku pun tak rasa apa – apa. Kata suami, dia dah lama bersikap k3jam dekat aku. Silap – silap dah jatuh dayus…

#Foto sekadar hiasan. Maaf, tajuknya mungkin agak tipikal… Aku dalam dilema… Aku perIukan pandangan daripada kalian, mungkin boleh aku jadikan panduan. Aku seorang isteri yang agak lama berkahwin tetapi belum dikurniakan rezeki yang paling ditunggu – tunggu oleh pasangan berumahtangga, iaitu anak.

Aku dan suami aku tak pernah berhenti berusaha. Apa sahaja cara dan kaedah, asalkan orang cakap sahaja, semua kami buat. Baik dari segi Islamik, tradisional mahupun artificial. Kadang – kadang rasa seperti badan ini dah rosak pun ada. Namun, masih belum menunjukkan tanda – tanda keberhasilan.

Kadang – kadang masing – masing sampai rasa ingin menyerah, tetapi masing – masing memujuk hati kembali. Tak boleh berputus asa; jika tak, masing – masing tak akan kuat. Kami sayang satu sama lain. Pakar mengesahkan bahawa kami berdua tak mempunyai masalah, baik dia mahupun aku. Cuma mungkin belum rezeki kami. Ini hanyalah kata -kata doktor… Selebihnya, aku tak tahu.

Persoalannya, suami terlalu menginginkan zuriat daripada d4rah dagingnya. Terlalu inginkan kerana dah agak lama juga, bukan? Ya, aku faham. Lelaki mana yang tak mahu anak apabila berkahwin? Dan lelaki mana yang tak tersinggung apabila berkahwin tetapi tak dikurniakan anak? Itu belum masuk lagi kawan – kawan yang suka mempermainkan.

Aku tak salahkan dia. Bukan kami yang minta ditakdirkan begini. Dia tak nampak mendesak aku tapi aku tahu dia tersangat – sangat nak anak. Mungkin dah tak boleh menunggu lama lagi. Banyak perkara yang dah berlaku dalam keluarga kami disebabkan isu tak mempunyai anak ini.

Kadang – kadang melibatkan keluarga dan secara tak langsung mempengaruhi kehidupan rumahtangga kami. Dah banyak kali seperti nyaris – nyaris tak ada jodoh… (Adalah dua kali kot). Tetapi mungkin jodoh dan sayang kami masih kuat, sebab itu masih bertahan sehingga hari ini.

Sekali lagi isu ini berbangkit. Aku tak tahu bagaimana. Aku terlalu sayangkan dia. Aku mahu dia bahagia. Lalu, aku telah menyatakan kesanggupan aku untuk dia berkahwin lagi andai itu yang dia mahu (aku rasa lelaki mana tak mahu, kan?).

Isteri mana yang sanggup membenarkan suami berkahwin lagi kalau diberi pilihan? Aku juga tak semulia itu tapi aku tak ada pilihan. Aku pun tak mahu pentingkan diri sedangkan Islam sendiri menyatakan sebab untuk lelaki itu berkahwin lagi kalau isteri tak boleh memberikan zuriat, bukan? Aku reda. Aku mahu dia bahagia.

Persoalan lagi, dia sesungguhnya tak mahu melepaskan aku… (Aku pun tak sanggup). Tetapi dia takut dia tak mampu. Dia takut dia berd0sa nanti apabila dia dah berkahwin, dia tak mampu menanggung kedua – dua keluarga. Ya, dia sedar diri. Dia memang tak kaya raya. Cuma dia terlalu nak anak.

Dia juga takut… Kalau dia masih ada aku, mungkin calon – calon dia tak boleh menerima aku pula. Bagaimana dia mahu meneruskan hajat dia dengan calon yang bakal dia jumpa itu (atau dah ada ke, aku tak tahu lah… Sebab aku dah tak mahu sibuk – sibuk sesakkan hati dan nafas aku untuk ambil tahu)? Dilemanya…

Dengan berkata aku izinkan dia berkahwin, aku seolah – olah sekarang telah membuat dia berada dalam dilema dan tekanan. Dia tahu isu ini bukan kecil dan banyak yang perlu difikirkan. Baik dari pihak aku, dia, mahupun bakal calon dia.

Maka sekarang hidup aku sehari – harian dah tak sama sangat seperti dulu. Disebabkan keserabutan dia. Apakah yang harus aku lakukan sekarang? Beri masa dia bertenang dan berfikir? Atau haruskah aku yang mengundur diri?

Aku beri kebenaran sebab aku tak mahu perkara – perkara yang tak elok berlaku di belakang aku, dan aku tak mahu mementingkan diri kerana dia berhak, bukan? Aku tahu dia juga bukan jenis mahu membelakangkan aku atau sembunyi – sembunyi berkahwin ke apa… Sebab itu aku siap – siap beri kebenaran supaya hati aku tak bengk4k.

Kalau boleh aku tak mahu benda ini tak berkesudahan, menyiksa diri masing – masing. Baik aku mahupun dia. Sebab sebelum ini aku yang seperti tak izinkan kerana masa itu baru lagi dan tak berapa rasional kot dan aku tak setabah seperti sekarang mungkin.

Kalau aku tak cakap izinkan pun benda ini akan berulang sama dan sama, dan tak tahu apa kesudahannya. Sekarang dah izinkan pun aku tak tahu juga apa kesudahannya. Tolong jangan marah aku, weiii… Siapa tak sayang suami, weiii?

Sambungan… Terima kasih kawan – kawan yang tak jemu – jemu beri sokongan padu kepada aku. Aku sangat terharu dengan sokongan kalian. Sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat.. Entahlah, mungkin dah tiba masanya… Hatinya dah taw4r, mungkin..

Saban tahun dia menaikkan semangat aku, sehingga tiba masanya semangatnya sendiri telah hilang dan tak mampu untuk dipulihkan lagi… Sekali lagi ingin aku nyatakan, aku tak pernah sekalipun salahkan dia atas apa yang berlaku.

Cuma, jodoh tak memihak kepada kami. Tiada apa yang kurang padanya di mataku, dan MUNGKIN aku juga begitu padanya (berdasarkan apa yang dia akui). Cuma keadaan tak memihak, mungkin anak itu hanyalah penyebab yang sebenarnya jodoh kami tak panjang.

Walaupun sukar untuk aku terima semua ini, tetapi aku harus redha. Aku percaya Allah tahu yang terbaik untuk aku. Aku reda mendengar alasan kenapa dia mahu lepaskan aku pergi, walaupun aku meraung – raung dan tak peduli.

Sambil mengalirkan air mata dan suara tersekat – sekat, katanya… Dia dah lama bersikap k3jam terhadap aku. Silap – silap dah jatuh dayus. Dia sedar dia tak mampu, dan dia sedar dia dah bersikap tak adil terhadap emosi dan perasaan aku.

Di belakang aku, dia rasa bersalah bila dia ada hati untuk mencari calon lain, sedangkan dalam masa yang sama dia tak mampu menolak keinginan itu. Katanya lagi, dia tak punya perancangan apapun dan dia minta aku jangan salah faham.

Dia lepaskan aku kerana tak mahu terus – menerus menyiksa aku (dan sementara masih ada masa), dia mengharapkan jodoh yang lebih baik untuk aku. Yang lebih setia, kerana dia bukan suami yang baik untuk aku. Katanya, ketahuilah bukan mudah untuk dia buat semua ini tapi dia nak yang terbaik untuk aku.

Mungkin ya, dia yang ada masalah untuk mendapatkan zuriat. Tetapi dia buat aku begini… Makan hati… S4kit hati… Telan semua ini… Dia rasa dia telah menzaIimi diri aku. Dia tak mampu menjanjikan apa – apa kepada aku, dan SAMPAI bila dia tak tahu.

Katanya, peng0rbanan aku selama ini tak mungkin terbaIas olehnya. Dan katanya lagi, dia sendiri tak pasti apakah nasibnya dan hidupnya akan lebih baik daripada apa yang dia ada sekarang… Tragisnya kisah hidup aku, kan?

Kami berpisah secara baik. Aku tak tahu bila masa dia ambil borang permohonan cerai, sebab dia tak cakap pun kepada aku. Aku yang curi – curi masuk bilik rahsia dia, kemudian terjumpa borang itu (aku tahu dia tak tergamak nak beritahu aku tentang borang itu).

Maka dengan sendirinya, tanpa disuruh, aku pun dengan redha telah mengisi bahagian aku. Apapun yang berlaku, dia pernah menjadi suami terbaik untuk aku. Aku pernah melalui hari – hari yang sangat bahagia bersamanya.

Sehingga saat saki – baki bergelar seorang isteri, aku masih bahagia. Aku redha. Aku terima. (Mudah cakap benda dua ini, bukan?). Jodoh ini tak panjang. Pedih? Perit? TerIuka? Ya, sebagai manusia aku tak menafikan semua perasaan itu. Memang aku akui.

Emosi kadang – kadang jahat. Sy4itan memang selalu menyucuk. Buat apa meratap? Meratap sebab tak sangka kedahannya begini. Meratap sebab nak pujuk hati supaya bangkit. Salahkah aku jika aku tak mahu berfikir yang dia lepaskan aku? Sebab memang s4kit, kan, bila fikir begitu. Boleh tak aku fikir yang aku yang lepaskan dia kerana aku sayangkan dia?

Betul, benda dah berlaku. Dan “aku lepaskan dia bersama kenangan – kenangan yang sangat indah.” Sekarang aku memang sibuk. Sibuk bekerja. (Kebetulan memang waktu – waktu sekaranglah kerja bertimbun – timbun, seperti tahu – tahu pula, kan?).

Untuk pengetahuan semua, kami dah tak tidur bersama pun. Masing – masing bilik. Masing-masing bilik air. Buat hal masing – masing. Bukan aku yang nak semua ini. Aku masih berusaha nak jadi isteri yang baik. Masak, sembang, layan, dan sebagainya. (Walaupun rasa seperti menjatuhkan harga diri). Tetapi kerana demi Allah nak jadi isteri yang baik, kononnya, buat juga. Rendahkan juga hati.

Tetapi dia cuma tak endahkan segala yang aku buat, sehinggalah hari dia mengaku yang dia dah tiada hati, perasaan, jiwa, dan tanggungjawab. Sampai nak sentuh aku pun tak rasa apa – apa. Sekali lagi, aku pun tak tahu apa tujuan dia buat begini. Apa motif dia, ek? Sampai jadi begini.

Mungkin nak bagi aku rasa benci, meluat, segala – galanya, kot… Dan berhenti buat semua itu. Jadi, aku rasa sangat – sangatlah seperti h1na. (Seperti aku ini tak halal dan tak sah sahaja – ini aku yang rasa, walaupun mungkin dia tak suruh aku rasa begitu).

Sejak itu, aku dah tak buat apa – apa lagi. Aku cakap kepadanya, aku minta maaf. Setakat ini sahajaIah yang mampu aku buat. Sama – samalah kita menjawab di akhir4t. Rutin aku sekarang, seawal pagi selepas Subuh aku keluar pergi kerja.

Semalam selepas Isyak baru aku balik. Memang tak nampak lagi bayang dia. Hujung minggu pun aku keluar. Kalau tak pergi kerja, aku lepak di rumah kakak aku. Barang – barang pun dah aku kemas. Sebak memang sebak.

Banyak juga barang – barang remeh aku dalam rumah itu, sampai seperti give up pula nak kemas. Yelah, kemas seorang diri pula tu… Sedikit demi sedikit aku buat, tetapi tak habis – habis lagi. Rasa macam nak buang sahaja segala barang yang tak terkemas.

Siap berkemas, aku akan angkutlah. Walaupun dia degil tak mahu lafaz kata – kata azimat sang suami itu, aku minta izin untuk keluar. Sila izinkan jika tak mahu tambah d0sa aku dan dia. Tetapi, kalau kalian nak tahu, tengah – tengah malam bila dia balik, aku dah tidur masa itu.

Kalau tak tidur pun buat – buat tidur, dia akan jenguk bilik aku. Pastikan aku berselimut atau tak. Civm pipi aku, dahi aku berkali – kali. PeIuk aku. Kemudian dia keluar. Motif dia apa? GiIa ke? Atau nak buat aku yang giIa? Sesungguhnya aku tak mengerti. Kenapa buat aku begini?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.