Adik tiba2 call suruh keluarga hantar wakil meminang sedangkan dia suami orang ada anak 4

Adik ipar wanita bekerjaya dengan gaji yang lumayan. Satu hari adik aku call minta bantuan hantarkan rombongan meminang seorang perempuan muda. Bila kami sekeluarga tak setuju, dia upah orang lain pergi meminang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku ambik masa juga nak taip ni sebab menanti waktu yang sesuai untuk meluahkan segalanya dalam bentuk penulisan. Seperti yang tertera di tajuk, ya.. adik aku curang terhadap isteri dia.

Pendek cerita, adik aku ada perempuan lain (baru – baru ini mereka bertunang) dan hendak berkahwin selepas ceraikan isteri sekarang (iaitu adik ipar aku). Sekarang dalam proses nak bercerai dan nak mula naik mahkamah bulan depan.

Mari aku ceritakan sedikit latar belakang tentang adik aku dan isterinya. Adik aku dah berkahwin dengan isteri dia lebih kurang 15 tahun. Mereka dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Isteri adik aku, Deeja (bukan nama sebenar) bekerja di syarik4t besar. C

ukuplah aku katakan, jawatannya tinggi dan gajinya ‘sedap’. Tetapi sudah pasti jawatan yang tinggi datang bersama tanggungjawab yang besar. Sebagai kakak kepada adik, aku dapat menghidu masalah rumahtangga adik aku ni seawal tahun pertama perkahwinan dia lagi.

Adik aku, Fadzli (bukan nama sebenar) ada perempuan lain pada waktu itu. Tetapi isterinya memaafkan dan teruskan rumahtangga seperti biasa. 2 tahun selepas itu, Fad (Fadzli) ada perempuan lain lagi. Isteri dia meng4muk kali ini dan menghalau Fad keluar rumah.

Mereka bert3ngkar tapi entah macam mana mereka berbaik semula dan buat keputvsan untuk bagi peluang kedua pada hubungan diorang. Dipendekkan cerita, dah 14 tahun hidup bahagia, anak pun dah 4, tiba – tiba Deeja perlu berpindah di Sarawak atas sebab sebab tertentu yang disyaratkan oleh pihak syarik4tnya.

Deeja sedar, tanggungjawab dia besar jadi dia tidak mahu membuat banyak alasan dan setuju untuk berpindah ke Sarawak untuk bekerja di cawangan di sana. Di tahun ke 15 perkahwinan mereka, Deeja mula nampak perubahan Fad.

Fad dah jarang balik rumah di Sarawak dan apabila Fad di rumah, Fad lebih banyak menghabiskan masanya dengan bermain handphone. Anak ber4k, anak tak sihat atau anak mahu perhatian pun tidak diendahkan. Deeja memang ada maid akan tetapi, suami juga haruslah turut sama membantu. Tak gitu?

Fad tak ada apa – apa. Kereta pun tak ada. Rumah apatah lagi. Semua yang diguna sekarang adalah kepunyaan Deeja. Tergamak Fad buat Deeja seperti itu setelah segala peng0rbanan Deeja? Pendek cerita, pada suatu hari, Fad hubungi aku untuk meminta bantuan.

Dia nak aku pujuk keluarga untuk menjadi r0mbongan tunang dia. Aku sebagai kakak dalam adik beradik, jadi sebab itu dia cari aku. Tiada angin tiada ribut, dia call dan cakap macam tu maka terk3jut lah aku. Dia menceritakan kecurangan dia di mana dia ada perempuan lain, dia dah bosan dengan rumahtangga dia, etc etc.

Dia nak bertunang dengan perempuan itu sedangkan dia masih suami kepada Deeja. Sudah pasti aku dan keluarga aku tidak mahu berkomplot untuk menjadi ahli rombongan bertunang Fad. Satu keluarga besar men3ntang perbuatan Fad.

Tetapi Fad licik, Fad dan wanita orang ketiga telah upah orang lain untuk ‘’menjadi keluarga” dia sewaktu majlis tersebut maka selamatlah Fad dan orang ketiga ini bertunang. Tujuan aku menulis ini adalah untuk mendapatkan pandangan pembaca semua.

Yang aku tahu, Deeja tetap mahu pert4hankan rumahtangga dia, akan tetapi Fad tidak mahu malah dia mahu segerakan penceraiannya dengan Deeja. Aku kasihankan Deeja kerana dia seorang diri menjaga 4 orang anaknya sementara adik aku sendiri sudah angau dengan perempuan lain.

Aku berharap Deeja dan Fad dapat menyelamatkan rumahtangga mereka jika itu yang terbaik buat mereka. Dan buat wanita orang ketiga itu, hentikanlah niat awak. Awak tahu Fad itu suami orang tetapi awak tetap nak s0ndoI.

Di manakah akal fikiran yang diberi oleh Allah SWT? Sanggup berkomplot upah orang kampung supaya jadi ahli rombongan pertunangan supaya pertunangan tetap terjadi? Terdesak? Buat wanita orang ketiga, hentikanlah.

Fad tidak mempunyai harta yang awak harapkan. Awak telah tertipu. Kereta yang awak nampak Fad bawa itu kereta isterinya yang sah pada waktu ini. Insaflah wanita orang ketiga. Teringin sekali merasa duduk KL ke atau macam mana.

Boleh saja awak berkahwin dengan lelaki bujang yang lain. Umur juga baru 19 tahun. Saya sebenarnya berharap awak boleh sambung belajar awak atau banggakan ibu bapa awak. Sebagai wanita, saya juga risau tentang awak. Awak terlalu muda.

Tolong semua bagamana saya boleh nasihatkan adik saya dan tenangkan adik ipar saya yang sedang str3ss dan sedih sekarang ini. Deeja seorang yang baik. Sayang seribu kali sayang jika dilepaskan. Terima kasih pembaca. Doa untuk Deeja Khalid dan Fadzli Harun.

Nota kaki: Pasti akan ada yang cakap lelaki boleh berkahwin 4 akan tetapi adakah dengan cara menipu itu adalah baik? Adakah menipu dan abaikan isteri adalah amalan terpuji? Sehingga sekarang Deeja tidak tahu Fad telah bertunang dan menanti hari untuk berkahwin. Deeja hanya tahu Fad mempunyai wanita lain buat masa sekarang. Terima kasih. – Anim Harun (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum pembaca semua. Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang komen dan beri buah fikiran masing – masing. Ada juga yang minta saya update tentang Fad dan Deeja. Inshaallah saya akan update jika penting dan sesuai.

Sebenarnya tujuan saya menulis kembali adalah untuk menjelaskan beberapa hal memandangkan penulisan bahagian satu sedikit ringkas (I have tried to keep it simple but unfortunately the story has been misinterpreted by some readers).

Baiklah. Sebenarnya saya cukup kesal dengan perbuatan Fad. Kami sekeluarga telah duduk dan berbincang dengan Fad di meja makan bersama orang penting dalam keluarga besar (ada Nenek, Babah, Mak, Makcik2, adik beradik dan Pakcik).

Bayangkan, Babah yang tak pernah tinggi suara, telah tinggikan suaranya pada malam itu. Fad telah di basuh kaw – kaw pada malam itu oleh semua orang. Fad menangis. Tetapi dia tetap dengan keputvsannya nak berkahwin lagi.

Dia katakan, dia sudah tidak boleh hidup dengan Deeja. Maka sekarang doalah yang kami mampu panjatkan. Moga ada jalan terbaik buat Fad dan Deeja. Jika perpisahan adalah jalan yang terbaik, maka berpisahlah mereka.

Semoga Deeja bertemu pengganti yang jauh lebih baik daripada Fad. Nak naik court bulan depan ni tak tahu jadi atau tidak disebabkan kes C0vid sekarang ini. Entahlah. Tunggu Deeja update. Fad, saya sudah tidak whatsapp.

Tumpuan saya pada Deeja dan anak – anak buah saya saat ini. Kedua, mengenai isu keluarga kami menumpang harta Deeja,  itu tidak wujud sama sekali. Kami hidup seperti keluarga – keluarga normal yang lain. Alhamdulillah semua ada pendapatan sendiri dan hidup atas hasil pendapatan sendiri.

Ketiga, beberapa hari lalu Deeja ada beritahu saya yang beliau str3ss dan depr3ss. Beliau sudah membuat temujanji dengan Doktor akan tetapi temujanji ditangguhkan kerana kes c0vid sekarang. Saya meminta beliau banyak – banyak berdoa, extra ibadah dan melakukan aktiviti yang beliau suka.

Keempat, berhubung orang ketiga yang berumur 19 tahun itu, saya tidak tahu pasti lokasi rumahnya. Yang saya tahu dia bertunang di satu daerah di Johor. Kerana daerahnya agak kecil jadi bahaya juga saya tuliskan nama daerahnya di sini.

Kerana daerahnya kecil juga sebenarnya agak senang untuk cari siapa wanita itu. Inshaallah akan diusahakan. Saya sendiri tidak kenal wanita tersebut bahkan wajahnya saya tidak pernah lihat. Tiada satu pun foto yang saya dapat waktu Fad bertunang tu.

Kalaulah saya berjaya kenalpasti orang ketiga ni, saya akan jumpa dan terangkan segalanya supaya dia dapat berfikir dengan lebih mendalam dan dapat susun masa depan dia dengan lebih baik. Kelima, Fad sebenarnya seorang lelaki yang bekerja.

Maaf, saya membuat sesetengah pembaca berfikir bahawa Fad adalah biawak hidup aka tidak bekerja hanya makan hasil isteri. Tetapi, Fad ni banyak berhutang sebab gagal dalam bisnes dia dulu. Salah satu sebab dia bekerja makan gaji sekarang adalah untuk bayar hutang dia dulu jugak.

Hidup dia sekarang nampak macam biasa je. Fad ni, banyak juga sorokkan hal hidup dia. Macam hal hutang ini pun tahu dari Babah. Kalau Babah tak cerita, sampai ke sudah kami adik beradik tak tahu. Banyak rahsia mungkin malu kot, menipu nak berkahwin tak malu pulak ye?

Haihlah adik aku yang sorang ini. Keenam, kereta yang Fad guna sekarang adalah milik Deeja. Deeja telahpun meminta semula kereta tersebut memandangkan Fad nak sangat cepat2 bercerai dan biarlah dia berdikari. Biar dia rasa.

Cerita tentang kereta itu dan rumah yang mereka duduki di KL sebelum ini rupanya milik Deeja, baru kami adik beradik tahu selepas ‘perbincangan kelurga’ tempoh hari. MemaIukan keluarga sahaja. Akhir kata, Semoga ada jalan terbaik untuk Deeja dan Fad.

Sekiranya perpisahan adalah jalan yang terbaik maka why not? Kak Anim juga percaya yang Deeja akan menjadi seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah. Deeja akan menjadi lebih berjaya daripada sekarang. Mungkin ini adalah jalan hidup Deeja dan Fad.

Panas ada redupnya, hujan juga pasti ada redanya. Mungkin sekarang Deeja masih menangis – menangis call akak tetapi akak tahu Deeja kuat untuk lalui semua ini. Bak kata netizen, Deeja deserves better! Inshaallah Kak Anim akan update apa – apa jika perlu.

Terima kasih pembaca. Doa yang baik sahaja ya. Pesanan terakhir: Buat wanita di luar sana, tolonglah siasat lebih sikit siapa lelaki yang kalian mahu berkawan apalagi berkahwin. Jangan pandang luaran sahaja. – Anim (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Laila Nas Risi : Pendapat saya tentang Fad, mungkin dia dengan deeja, dia rasa agak inferior. Sebab deeja dalam cerita sis orangnya berjaya dan tak terlalu berg4ntung kepada suami. Ada kalangan lelaki, dia jenis nak kan perhatian dan pujaan wanita.

Dengan teman wanita dia yang baru tu, mungkn dia dapat perhatian dan rasa diperIukan. Tu ada sesetengah orang dia akan rasa boleh surv1ve tak da harta pun takpe asal dapat perhatian (mungkin kasih sayang juga). Ni tentang hati.

Saya tak berani nak buat assumption, cuma perkara ni boleh berlaku. Saya doakan sis tenang hadapi dugaan ni. Sis berani confess di sini minta pendapat. Saya percaya sis seorang kakak yang sangat baik.

Ramlah Mat : Menangis lah Deeja andai itu dapat mengurangkan kes4kitanmu. In Shaa Allah bangunlah semula selepas ini kerana anak – anak memerIukan kekuatanmu. Serahkan segalanya pada Allah humma ya Barrik..

Eita Arif : Kalau dah terputvs antara fad dan deeja. Mohon kak anim jangan putvskan persaud4raan dengan Deeja. Anggap lah Deeja seperti kawan atau adik sendiri. Jangan diputvskan talian dengan anak – anak saud4ra. Jangan lupa suh Deeja amik semula harta benda dia dari fad. Biarkan yang 19 taun tu merasa hidup susah dan senang bersama sama kekasih hati bagai tak jumpa yang lain.

Pratama Andreas : Jangan risau, Allah yang jadikan semua ini kerana Allah tidak mahu wanita terus terusan berk0rban untuk suami yang tak berkualiti dan tidak tahu berterima kasih atas segala peng0rbanan. Cerita adik awak ni adalah kisah biasa.

Terlalu biasa. Muak membaca kisah lelaki Melayu b0doh dan ikut nafsu macam ni. Nak salahkan orang ketiga pun tak boleh juga, mungkin sudah kena tipu macam – macam. Untuk deeja, kamu kuat. Percayalah, hidup kamu jauh lebih bahagia selepas ini. Betapa ringan beban hidup kamu selepas ini. Tidak perlu tanggung hidup suami yang tak sedar diri macam tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.