Keluarga mertua ingat duduk KL ni gaji besar sedangkan kami ni miskin bandar. Bila mula masuk sekolah, semua adik ipar datang rumah kami sebab nak ajak suami beli barang sekolah. Bila hari jadi anak2 sed4ra, masing2 dah diajar untuk voice mesej minta dekat suami saya. Suami saya bukan Dato’ K..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Mohon admin jangan siarkan profile saya ya. Terlalu berat menanggung sendiri. Saya harap perkongsian ini dapat menenangkan sedikit s4kit d4da sekian lama memendam rasa. Saya sudah 12 tahun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
Saya pernah bekerja. Tahun lepas saya mengambil keputuvsan berhenti akibat masalah – masalah tertentu. Dan cuba membantu suami dengan membuat jualan online. Namun sehingga kini, tidak balik modal pun. Kalau ada customer beli, adalah sedikit duit untuk saya beli barang peribadi dan anak – anak.
Suami sudah berumur 40 tahun, seorang yang berijazah, mempunyai pendapatan sederhana di sebuah company yang agak besar. Mempunyai seorang ibu, namun bapanya telah meninggaI dan suami ada 4 orang adik perempuan, yang kini semuanya sudah berkahwin dan tinggal di kampung jauh dari KL.
Ibunya adalah ibu tunggal, jadi anak lelaki tunggal ini banyak menjalankan tanggungjawab sebagai “bapa” kepada adik beradiknya. Walau sudah berkahwin masing – masing, abang mereka masih menjadi tempat bermanja dan luahan masalah.
Kehidupan kami hanya cukup – cukup makan. Gaji kadang – kadang tidak sampai ke hujung bulan pun. Maka pada ketika itu kami akan berjimat sehabis mungkin. Itu belum masuk sekiranya ada kec3masan. Kami ini dikira miskin bandar.
Suami saya sememangnya anak dan abang yang terlalu banyak berk0rban untuk keluarganya. Disebabkan berkelulusan ijazah, bekerja di bandar besar KL, maka pada tanggapan ibu dan adik – adiknya suami saya ini berpendapatan tinggi.
Setiap kali adik – adiknya kahwin, suami saya akan membuat pinjaman peribadi untuk keperluan kos perkahwinan, demi mahu jadi “hero” di mata ibu dan adik – adik. Apatah lagi sikap ibu yang berikrar tidak akan keluar sesen pun kalau anak – anak nak kahwin.
“Pandai – pandai kamu sendiri. Kamu yang nak kawin. Pergi mintak pada abang mu. Abang mu kerja beso”. Maka abang yang baik hati ini tidak akan pernah sesekali menghampakan permintaan ibu dan adik – adik. Tapi bila bahagian duit salam dari tetamu, dia dulu simpan, habis majlis tutup pintu bilik, kira.
Esok pagi lepas subuh dah ke bank untuk simpan “hasil” duit salam tu. Ibarat “modal orang lain, untung aku punya”. Anak – anak pun gembira tengok ibu gembira. Ibu mertua bukanlah susah. Arw4h suami bekas pekerja kerajaan.
Jadi elaun pencen tetap ada setiap bulan. Barang kemas penuh di badan. Rumah besar. Cukup sempurna segalanya. Pergi umrah selalu. Pernah pergi setahun sampai 2 kali. Elaun bulanan tetap dari anak – anak. Wajib. Tak boleh kurang.
Kalau kurang, disindir – sindir, diceritakan pada anak – anak yang lain. Malah dia pernah ceritakan kepada saya berapa setiap anak beri kepada dia. Untuk sedarkan saya, adik – adik suami saya yang bekerja jawatan kecil, berpendidikan setakat sijil dan diploma pun mampu beri lagi banyak dari anak lelaki dia yang keje besar dan berijazah.
Pada imaginasi ibunya itu ijazah itu adalah jaminan gaji dan jawatan yang besar dan kehidupan yang mewah. Dia juga tak berfikir secara rasional, anak – anak dia yang lain adalah anak perempuan, ada suami tanggung, jadi logik la kalau mampu mengirimkan lebih kepada dia.
Lagi pula kesemua cucu dari anak – anak perempuan itu, dia yang jaga ketika mereka bekerja. Dari anak – anak saja, ibu suami saya itu menerima sebanyak paling kurang RM2000 setiap bulan. Bil – bil di rumah ibunya semua atas tanggungan suami.
Ketika suami saya bertukar keje ke company sekarang, ibunya siap request minta tambahan elaun. Sebab katanya demi keberkatan. Lagi banyak lagi berkat. Duit raya pun wajib. RM100 dikira kecil. Akan disindir dan dimaIukan depan orang. “gaji beso, duit raya ke aku 100 riyal je”. Macam budak kecil mengharapkan duit raya.
Sebab itu suami saya selalu rasa terc4bar kalau dilihat sebagai anak yang paling kurang sumbangan. Dia mahu sentiasa dipandang tinggi oleh ibu dan adik – adik serta ipar – iparnya. Saya redha kalau suami saya ni bergaji besar.
Kalau kami semua cukup lengkap makan pakai. Berilah semampunya. Tapi kami pun miskin bandar. Adik – adiknya pulak, anggap suami saya ni macam Dato K. Setiap kali birthday anak – anak mereka, mula lah ajar anak – anak mereka guna whatsap voice untuk mintak hadiah.
Kami anak beranak sendiri pun tak pernah sambut birthday. Mereka juga bukan susah. Kerja kerajaaan tetap masing – masing. Setiap tahun wajib holiday oversea dan local. Local, rumah kami sekangkang kera di KL ni lah yang jadi hotel full accommodation and full meals diaorang.
Setiap kali cuti sekolah panjang. Wajib ke sini. Pernah barang – barang sekolah pun nak beli di sini, macam kat kampung takde jual. Ye lah beli di sini ajak suami saya pegi. Sebab tak tau nak pegi beli mana. Datang jauh – jauh ke sini pandai guna GPS, bila nak gi berjalan dalam KL tak tau.
Ajak kita berteman. Ye lah abang murah hati, time nak bayar confirm akan hulur jugak. Itulah matlamatnya. Tidak salah ke sini. Tapi jangan lah sampai mengharapkan kami kena tanggung holiday korang semua. Request nak ke sana sini. Tapi duit tak nak keluar. Tak berhati perut.
Bayangkan macam mana saya nak bersabar dengan sikap kering hati mereka ni. Dulu saya bekerja jadi saya bersabar. Tapi sekarang dah tak mampu lagi nak bersabar. Pergi icity, pergi sunway, genting dan lain – lain berdekatan, tiket makan semua kami yang miskin bandar ni kena tanggung.
Bukan setakat 5 – 6 orang. Tetapi lebih 20 orang. Pada ketika sampai ke destinasi untuk beratur beli ticket, mereka masing – masing akan berdiri jauh. Buat – buat sibuk dengan fon. Bila siap urusan ticket. Mereka dulu bekejar beratur untuk masuk.
Selesai tiket, ingatkan makan dalam tu, ada lah yang ambil bahagian untuk keluarkan duit. Tapi semua kering hati. Anak – anak mereka g4duh lapar pun, terus mintak dari suami saya. Sebab dah diajar begitu oleh nenek, turun ke mak mereka.
Makanan di tempat begitu bukan murah, ingatkan faham lah untuk sekurangnya tong sama – sama. Atau mengharap ibu yang lebih makan garam tu, nasihatlah adik – adik untuk tidak terlalu membebankan abang. Tapi jangan harap, kerana ibu hanya ajar anak lelaki tunggal nya ini, jangan berkira dengan adik – adik.
Ibu itu adalah kepala ketua. Dia paran0id anak jantan dia tu habis duit untuk bini. Jaadi dia sapu dulu ajar anak – anak dia minta duit dari abang walau semua dah berkahwin. Bila makan tu nak sorang satu set, bila dicadangkan anak – anak yang kecik kongsi, kita dik4takan makan pun berkira.
Sudahnya mereka semua sorang satu set. Kami anak beranak berkongsi. Bayangkan la kalau satu set rm15 – 30. Mereka sedar situasi itu, tapi sebab terlalu kering hati, peduli apa. Sudahnya anak – anak yang makan sorang satu set tu tak habis pun.
Ada suami kepada salah seorang adik dia ni, tahu tentang company husband, tau bila dapat bonus. Sedangkan saya sendiri tak pernah diberitahu suami. Saya tahu pun sebab godek sendiri cari. JadiĀ setiap kali rumours dapat bonus, mula lah semua adik beradik ber hint hint dalam wasap group minta belanja.
Ajak ikut holiday oversea. Akal nak suruh abang bayar holiday. Tapi suami saya sering mengelak alasan busy. Tapi kalau ibu dia join holiday oversea mereka, bahagian ibu, suami saya yang kena bayar. Maklumlah abang gaji “beso”. Bonus pun mesti “beso”.
Mak pulak jenis aku tak akan keluar duit sesen pun. Mereka tau tak suami saya tu level apa di company dia? Walau sudah berumur 40 tahun. Dia bukan manager. Dapat bonus pun cukup untuk bayar bil – bil dan hutang tertunggak saja.
Dan kalau bonus pun, diorang tau tak berapa kpi suami saya dapat? Berapa bulan bonus suami saya dapat? Diorang tau tak performance kerja suami saya macam mana? Below or above expectation? Bukan untuk merendahkan suami, walaupun berijazah dan sudah berusia, suami saya berpangkat rendah dan bergaji rendah, dia ada limitations.
Dia tidak menguasai bahasa Inggeris yang sukar untuk melayakkan dia jadi leader, atau manager atau naik ke level yang lebih tinggi. Dia juga tidak ada keupayaan membuat keputvsan yang rasional. Dia hanya execute atau data entry level bukan managerial or lead level.
Saya tak pernah merungut dengan keupayaan suami. Tidak pernah saya anggap perkara itu sebagai kelemahan. Biarlah tak berpangkat tinggi pun. Mungkin itu saja rezeki kami. Tetapi dih4ntui dengan keluarga suami membuatkan susah untuk saya redha setiap sen yang disalurkan ke mereka di saat kami pun susah.
Kami tidak pernah merasa holiday ke oversea. Jangan kata singapore, sabah sarawak pun kami tak penah jejak. Dapat pergi pasar malam beli banyak makanan atau dapat pegi panggung wayang pun dah rasa mewah. Bila anak – anak ajak weekend gate away ke themepark atau mana – mana berdekatan di Klang Valley ini, suami saya akan cakap tunggu cuti panjang bila anak – anak saud4ra dia datang.
Pergi sama Mereka. Itu lah makna holiday kami, iaitu ketika mereka datang 4 – 5 hari di rumah kami ketika cuti sekolah panjang, di mana makan minum dari br3akfast ke dinner kami tanggung sama ada di rumah atau luar.
Setiap kali holiday suami saya wajib ambil cuti selama mereka berada di rumah kami. Kalau tak ambil cuti, nanti dic3rca ibunya, “mak dan adik – adik datang tak layan. Esok m4ti suruh orang – orang ofis tanam. Jangan suruh kami”.
Ya Allah banyaknya saya nak luahkan namun rasa tak mampu. S4kit rasa. Ketika mereka datang, pernah kami cadangkan pergi ke tempat awam yang free atau zoo yg lebih murah. Tapi dibaIas.. “setakat macam tu kat kampung pun ada”. Tersentak rasa.
Pernah juga mereka saja pergi, kami tak ikut aktiviti mereka. Kerana pada ketika itu saya sarat mengandung. Tapi cukup waktu makan balik ke rumah. Jadi kita lah yang terp4ksa beli semua bahan – bahan untuk kenyangkan mereka.
Tak faham, kenapa tak makan siap – siap di tempat yang mereka pergi. Sebab makanan mahal? Salah seorang adik dia, suami jarang ada di rumah kerana dia isteri ke dua secara rahsia. Jadi suami saya lah yang jadi tempat dia mengadu.
Kerana dia tak boleh berhubung dengan suami dia bila – bila masa sesuka hati. Setiap malam kalau hp suami berbunyi, memang tak lain tak bukan. Dari adik dia yang seorang ni. Bercakap telefon macam girlfriend – boyfriend.
Mengadu segala hal. Hal sekolah anak pun mengadu. Suami lebih tahu progress pembelajaran anak – anak saud4ranya berbanding anak sendiri. Suami akan berjauh dari saya setiap kali adik dia call. Mungkin suami tak nak saya pelik dengan perbualan mereka.
Sampaikan nak beranak pun, suami saya yang di call malam – malam suruh balik ke kampung segera sebab tak tau nak uruskan urusan hospitaI macam mana. Suami dia sendiri tiada di rumah. Suami saya doktor ke?
Disebabkan permintaan untuk pulang segera tu datang dari ibunya maka suami terp4ksa turutkan. Kalau tidak, dic3rca dan disump4h anak derh4ka. Adik dan anak – anaknya tu tinggal di rumah bersama ibunya. Jadi dia dan ibunya selalu lah panjang akal untuk sempurnakan “rumah ibu” itu.
Bil api, air, astro, coway lengkap semua atas tanggungan suami. Cara adik dia nak mintak, dengan bertanya, “ada sesiapa tak nak pahala, pasang bla bla bla kat rumah ma” adik beradik yang lain harus lah diam. Alasan gaji tak “beso”.
Haruslah abang kena selalu p4ksa rela. Renovate rumah satu hal. Setiap tahun ada je idea mereka nak buat itu ini. Nak tambah itu ini. Adik dia ni ada empat anak. Dari 2 perkahwinan. Jadinya rumah ibu kena renovate la untuk keselesaan anak – anak dia.
Belum cerita lagi part kalau balik ke kampung. Adik dia dah siap minta duit dari kami sebab bermalam di rumah ibu selama 3 – 4 hari. Untuk kos letrik dan air. Alasan dia “tak kan ma yang kena bayar”. Dalam hati saya, kau ler bayar.
Kau anak beranak penghuni tetap rumah tu. RM200 wajib. Siap cakap lebih nanti dia belikan bahan – bahan memasak. Tapi setiap kali kami balik ke kampung, dia tak de. Dia akan ke mana – mana bersama suami. Dia tinggalkan anak – anak dia je pada kami.
Dan barang dapur selalu kosong. Panjang akal. Ada la 1 – 2 hari je dia ada. Itu pun masa ke pasar dia hilang. Jadi suami gak la yang keluar belanja 100%. Itu belum permintaan makan di luar untuk semua ahli keluarga besar dia.
Suami jugak yang kena belanja. Takde istilah tong – tong dalam kamus hidup mereka ni. Duit salam mak dia waktu balik pun wajib. Wajib mak dia buat muka sedih menangis setiap kali bila kami nak balik KL. Tapi kembali ceria senyum sampai telinga bila dah dihulurkan duit.
Disebabkan terlalu banyak keluar duit ke mereka, banyak bil – bil kami tertunggak. Cara fikir suami saya mudah. Bagi dia “tak pe dapat bonus nanti, bayar la” bonus pun tak seberapa. Paling banyak pun dua bulan. Saya pernah terlihat surat insurans anak – anak adik dia.
Hati saya jadi sebak. Sempurna hidup dia anak beranak. Sedangkan, anak – anak saya tiada duit simpanan mahu pun insurans. Kami memang tak mampu. Ibu dan adik – adik dia hidup Senang lenang, sentiasa up to date, tudung latest design, telekung solat pun harga ratus – ratus, pinggan mangkuk semua yang mahal – mahal, kereta bukan kereta tempatan, barang kemas dari ibu ke cucu – cucu lengkap.
Bila beraya datang sepupu sepapat masing – masing berIawan barang kemas siapa paling besar. Padahal saya sebentuk cincin pun saya tak de apatah lagi anak – anak saya. Cincin kahwin dulu pun dah bergadai. Kereta kami pun kereta tempatan.
Itu pun ibu dia sering mendesak tukar kereta. Katanya, “malu aku anak keje beso, pakai exora, duit banyak buat apa”. Ibu dia sering berprasangka anak dia tu habiskan duit untuk bini. Demi Allah saya tidak pernah mintak satu sen pun dari suami.
Walaupun dalam tempoh setahun saya tak bekerja ini. Setiap perbelanjaan peribadi saya contoh membeli tuala wanita pun saya guna duit simpanan sendiri. Kadang – kadang minyak kereta yang digunakan untuk ambil hantar anak ke sekolah pun saya guna duit sendiri.
Anak – anak minta beli itu ini keperluan sekolah pun saya guna duit sendiri. Sebab suara saya bagai tersekat untuk meminta dari suami. Tidak pernah sekali pun walau dah 12 tahun berkahwin. Kerana suami akan buat muka atau merungut duit takde, dan mengungkit saya tak bekerja.
Jadi nak selamatkan perasaan saya dari tersinggung, saya korek duit – duit yang pernah saya ada ketika bekerja dulu. Kalau nasib saya baik, barang jualan online saya ada orang beli, maka bertuah lah saya hari tu. Keluarga suami belum tahu saya tidak bekerja, kalau tau memang habislah saya dik3ji, dih1na, dic3rca.
Sebab pernah salah seorang sepupu suami saya isteri tak bekerja kerana masalah 0besiti, ibu suami saya ni mengumpat buat apa simpan bini macam tu. Tak bantu suami. Salah seorang adik dia penah bertanya gaji saya berapa ketika saya belum berkahwin dengan abangnya.
Dulu ketika saya ada gaji, walau sering di paw oleh keluarga suami, bil – bil bulanan masih teratur. Pasti tiada sangkut setiap bulan. Tapi bila saya sudah tidak bekerja kewangan sepatutnya masih selesa. Sebab gaya hidup kami bukan lah mewah.
Tak berholiday pun kami ok. Tapi disebabkan mereka mengambil kesempatan ke atas kami, sampai kena buat pinjaman sana sini dan terp4ksa menanggung bebanan hutang yang banyak. Keluarga ini sememangnya menyiksa hidup saya zahir dan batin.
Ibu dan adik – adiknya memang mindset duit duit duit. Mungkin sebab sudah terbiasa dari kecil “menerima” maka hidup mereka sentiasa mengharap orang memberi kepada Mereka. Walau ayah mereka meninggaI ketika kecil, mereka dibesarkan oleh ibu – ibu dan bapa – bapa saud4ra kerana pada ketika itu mereka sememangnya tinggal sekali.
Mereka inilah yang sentiasa menghulur bantuan, sehinggakan keluarga suami saya tidak pernah merasa susah. Bila dah besar, dah berkahwin, kehidupan “dihulurkan” kewangan itu berterusan. Hidup kami penuh dengan hutang.
Dari mula kahwin sehinggalah hari ini. Setiap kali adik dia nak kahwin, suami saya akan buat pinjaman peribadi. Sebab nak tanggung kos majlis. Hampir habis bayaran pinjaman, adik lain pulak menyusul kahwin, jadi extend lagi pinjaman.
Bagi suami saya bukan susah pun pinjaman, just renew jer, bayar lagi murah tapi tahun bertambah, dia justify teori – teori dan strategi pinjaman bank yang menguntungkan bank tapi dia tak fikir kesan jangka masa panjang tu.
Saya pun pelik dengan adik – adiknya , kenapa kamu yang nak kahwin, kamu sendiri tak buat pinjaman? Sebab saya dulu begitu, kewangan terhad. Ibu saya spend untuk majlis. Saya yang kurang berduit ketika itu, buat pinjaman untuk persiapan pengantin seperti baju, makeup, hantaran termasuk pelamin dan lain – lain.
Cara ibu dia memang berbeza sekali dengan ibu saya. Kami pun bukan orang senang. Tapi ibu tak pernah minta duit anak – anak. Bagi dia di usia tua itu, cukup dah kewangan untuk makan minum dia. Ibu meminta kami yang baru membina hidup ni mengutamakan keperluan anak beranak dahulu.
Ketika saya bekerja dulu saya ada kirimkan duit pada ibu. Itu pun dia menolak. Kalau beri juga, dia akan guna duit itu untuk beli apa – apa kepada kami sebagai hadiah seperti periuk belanga, baju kepada saya dan anak – anak dengan kata – kata “mak beli guna duit awak bagi tu”. Terharu saya rasa.
Ibu dia pula berbeza dah beri, nak lagi, lagi dan lagi. Mesin basuh rosak pun ibu dan adik yang tinggal bersama ibu dia tu paw suami saya suruh bayar. Nak beli peti ais baru pun minta duit dari suami saya. Itu belum permintaan ibunya untuk renovate rumah.
Di kampung itu, rumah dia lah paling indah dan menyerlah. Tapi dia tak sedar di sebalik tidur lena selesa dia dan anak cucu dia di situ, ada insan – insan yang tak dapat tidor nyenyak memikirkan hutang – hutang. Dah 12 tahun menanggung pinjaman peribadi akibat mereka.
Abang kamu bukan Dato’ K. Apa akibat kalau saya sebagai isteri tidak redha dan tidak halalkan walau satu sen pun hak kami anak beranak, pend3ritaan kami anak beranak demi kemewahan kalian? Saya memohon juga ada penceramah atau pendakwah kupaskan isu sebegini. Jangan hanya asyik dengan ise anak derh4ka, syurga di bawah tapak kaki ibu. Ada kalanya ibu juga meIampaui batas terhadap anak.
Komen Warganet :
NurFitrah Zulkifflee : Aku rasa perasaan sayang tu dah tak diperIukan lagi. Kalau macam ni la yang terjadi, lebih baik buat haluan masing – masing, kalau pun dia nk tanggung family dia biarkan dia teruskan sampai dia lupa tanggungjawab dia yang sebenar.
Demi tak nak disindir oleh mak dan adik – adik sanggup dia ketepikn kau. So kalau la dorang tau kau tak kerja. Dorang soh laki kau ceraikn kau. Aku rasa memang laki kau ikot je. Kau yang mer4na. Biar family laki tu tau kenapa kau nak bercerai. Time tu bagi ayat kat sorang – sorang. Biaa sampai kebas muka dia. Eiiii aku plak yang nak angin.
Fadhilah Adriana : Patut lah puan cakap suami tak boleh naik pangkat sebab tak boleh buat keputvsan yang rasional. Contohnya macam ni la, sampai tak tahu tanggungjawab keutamaan nafkah pada anak sendiri ke anak saud4ra yang cukup makan pakai.
Kamelia Azalea : Sedih baca luahan kamu sis. Saya yang baca pun dah terasa sesak apatah lagi kamu yang menanggungnya selama 12 tahun ni. SaIute dengan kesabaran kamu, kamu seorang isteri yang sangat – sangat baik sis cuma suami kamu tak nampak kerana terlalu taksub untuk nampak *sempurna* di mata keluarganya.
Perkara ini tetap akan berlarutan sekiranya suami kamu tidak berani bersuara. Betul syurga suami itu terletak di telapak kaki ibunya tapi dia harus ingat berd0sa mengabaikan nafkah isteri dan anak – anak. Benda ni kena berbincang baik – baik dan kamu kena bertegas, kalau perlu bawa benda ni ke pihak yang berwajib, minta pandangan. Jangan biarkan diri terus dipij4k, take an action and we deserve to be happy with our own family.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.