Aku dapat tahu kecurangan suami dengan wanita satu tempat kerja dengan dia. Terlanjur sampai wanita tersebut berani ugvt suami aku dengan kandungan hasil dari hubungan mereka. Aku naik tangan dekat pipi suami..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku dah berkahwin, ada anak sorang. Awalnya aku memang isteri yang bekerjaya, aku wanita yang berdikari, berhijrah sana sini untuk sambung belajar dan bekerja. Waktu aku berkahwin dan ada anak pun dah lewat, umur 30-an macam tu.
Suami aku tak lah bergaji besar, disebabkan tu, aku teruskan bekerja. Dari pagi ke petang, siang ke malam, masa aku habis dengan bekerja. Waktu tu aku hanya fikir aku nak buat yang terbaik untuk suami dan anak aku, iaitu untuk keluarga kecil aku.
Kerja aku ni 24H on call, on phone, sampaikan nak ke toilet pun aku akan lambat – lambatkan sebabkan tengah on call, terkepit – kepit kat depan pintu toilet hanya kerana nak habiskan call. Mak akulah orang paling tak berkenan dengan kerja aku, sebab tiap kali dia datang ziarah kami ke rumah, aku tak dapat luang banyak masa berborak dengan dia.
Call akan masuk all the time (Technical Customer Service). Tapi kerana kerja aku tula, aku tak pernah takut kekurangan cash. Kalau belanja barangan apa – apa, aku pass kad debit aku je tanpa limit budget, sampaikan cashier remind aku banyak kali, harga barangan tersebut mahal.
Aku cuma angguk senyum je walaupun tak tahu berapa harganya, mungkin kerana pakaian aku waktu tu agak selekeh, dengan ironless tudungnya yang masih nampak renyuk, selipar jepunnya, muka kusamnya. Begitulah keadaan aku waktu tu.
Aku tak pernah minta 1 sen pun dekat suami aku sebab diawal perkahwinan pun dia ada bagitahu, dia belum mampu kerana beban hutang lama tapi aku ikhlaskan je waktu tu. Yup, kerana cinta, cinta yang sehingga ke harini, tak pernah terlintas untuk aku khi4nati.
Boleh dik4takan, serba serbi suami tiada apa – apa, rupa pun tiada, hanyalah kerana komitednya dia bekerja yang buat aku jatuh hati. Tak, bukan aku nak tunjukkan aku lebih baik dan bagus, bukan juga niat menceritakan aib nya, cerita aku ini hanya nak tunjukkan the other side of stories, yang mungkin kalau anda berada di tempat saya, anda akan pilih berundur.
Aku sambung cerita aku ni ya.. Kereta yang dia pakai untuk pergi kerja pun adalah kereta aku waktu aku masih bujang, aku bayar semua sendiri, dari hujung rambut, ke hujung kaki dia dan anak aku, aku jaga semua. Pakaian sentiasa bertukar baru, sebab aku jenis tak gemar tengok suami atau anak aku pakai baju lusuh.
Tapi yang peliknya, barangan aku punya sendiri tak pernah aku beli dan bertukar, selagi boleh pakai, aku pakai je. Jarang benar aku nak beli baru kecuali mak aku yang hadiahkan. Jadi pemakaian aku tak up to date, macam makcik – makcik je.
Nak berjalan sana sini, aku On je, sebab isi kandungan dalam kad aku mencukupi, kalau tak sempat masak, aku order je. Begitulah kehidupan aku. Tapi langit tak selalu cerah, aku keguguran anak kedua, dan ditambah lagi aku dapat tahu kecurangan suami aku, wanita satu tempat kerja dengan dia.
Terlanjur sampaikan wanita tersebut berani mengugvt suami aku dengan konon kandungan dia tu hasil dari hubungan mereka. Bukan itu je, wanita tersebut juga menyuruh suami aku menceraikan aku. Dia wanita negara seberang dan sehingga saat ini aku belum mampu maafkan.
Kerana riaknya, sombongnya dia, sampaikan tergamaknya dia minta aku yang diceraikan. Andaik4ta dia seorang wanita yang baik, berakhlak, yang boleh datang pada aku, mengakui khilaf diri, yang boleh menghorm4ti perasaan aku, yang boleh berikan aku masa bertenang, sejujurnya aku mampu ikhlas bermadu jikalau dia wanita seperti itu. Tapi dia bukanlah wanita itu.
Waktu pengakuan suami aku tu, aku t4mpar pipi suami, yang sehingga harini aku merasa adakah aku akan dihukvm kerana perbuatan aku tu, derh4kakah aku? Tapi s4kitnya hati aku waktu tu mengenang pengkhi4natan dia, peng0rbanan aku selama ini.
Aku minta dilepaskan, tapi suami aku tak mahu lepaskan aku. Dia mengakui tiada cinta atau rasa sayang pada wanita tersebut, hanya semata nafsu. Aku mempersoalkan, apa salah aku sehingga tergamak dia mengkhi4nati aku.
Alasannya, aku menghadap phone dan tiada masa dengan dia. Walhal dia sedar, itulah punca rezeki aku, hasil kesenangan yang selama dia nikm4ti. Tapi aku mengakuinya, memang benar itulah kesilapan aku. Kata putus dibuat, dia tidak mahu melepaskan aku dan berjanji tidak akan berhubung dengan wanita tersebut.
Itupun setelah mengetahui, dirinya juga ditipu bahawa wanita itu mengakui sebagai janda kem4tian suami, dan dia tidak mengandung, malah punyai teman lelaki lain senegaranya. Aku syaratkan suami berpindah kerja, dan aku juga berhenti kerja. Berhijrah ke negeri lain untuk mulakan hidup baru.
Di situlah dia sedar apa yang dimaksudkan dengan kifarah, yang banyak menyedarkan dia bahawa perbuatan d0sa itu akan dibayar juga, samada lambat ataupun cepat. Pekerjaan baru dan tempat baru yang menjanjikan gaji yang mencukupi untuk kami sekeluarga, sekali lagi tak seperti yang kami harap dan rancangkan,
Suami dibuang kerja kerana konflik dengan pekerja lama, kerana itu kami stuck di negeri orang, tiada sanak saud4ra terdekat, rumah yang kami duduki perlu dibayar sewanya, susu dan lampin anak perlu disediakan. Pertama kalinya dalam hidup aku waktu tu, belanja barangan dengan ketakutan, kad yang aku serahkan tidak mencukupi baki.
Semua baki simpanan aku habis untuk back up kehidupan kami ketika itu, strugglenya aku dan dia mencari kerja. Pada masa yang sama, aku tingkatkan amalan aku, bangun malam, berdoa, berzikir, mengaji which is amalan yang aku tak buat sebelum ni, aku mohon keampunan, aku mohon pertolongan, aku mohon kekuatan.
Alhamdulillah, Allah maha pengasih, aku terusan call dan whatsapp sana sini cari pekerjaan, sambil – sambil kami buat part time courier delivery, dan aku ditemukan seorang h4mba Allah ni. Aku jelaskan keadaan stucknya kami waktu tu, dia yang kebetulan juga mencari pekerja akhirnya menggajikan suami aku sebagai pengurus (bukan jawatan yang vacant).
Tapi dengan bayaran gaji yang sama seperti tempat kerja lama suami aku, mungkin jikalau kami tidak menyewa rumah, gaji itu akan cukup makan buat kami. Dan dengan gaji itulah kami dahuIukan yang priority, kami ke tepikan makan minum kami.
Tiap kali, kami akan turun ke sungai bakau cari ikan, siput, ketam atau ke pantai cari kepah, ke beIukar cari ulaman. Begitulah kehidupan kami waktu tu, ada rezeki, adalah makanan kami, kalau tiada, mengik4t perut jela kami waktu tu.
Untuk anak, kami letakkan keperluan dia sebagai priority, asalkan dia cukup susu, makan dan lampin. Kami bertahan hampir setahun hidup begini. Mental aku waktu tu sangat lemah, kadang – kadang menangis sendiri, bukan kerana kesusahan yang aku hadapi, tapi kerana Iuka di hati, keraguan yang hinggap tiap waktu, walaupun berkali – kali suami aku mohon kemaafan. Aku fikir, mungkin kes4kitan itu berterusan mengh4ntui aku.
Tapi tidak, aku masih meneruskan amalan aku, mengaji, berdoa, aku cari tahu semua bacaan – bacaan yang mampu menenangkan aku. Alhamdulillah, aku tenang, itupun setelah aku ikhlaskan, apa yang aku hadapi sebelum ini sebagai ujian buat aku, aku buang segala harapan dan serahkan sebulat – bulatnya pada yang maha Esa.
Selepas segala kesusahan tersebut, suami aku dapat taw4ran pekerjaan lain, dengan gaji berganda dari yang sekarang, rumah juga tersedia. Memikirkan masa depan anak, kami berhijrah semula ke negeri asal, negeri di mana suami aku boleh bertemu dengan wanita tersebut bila – bila masa, dan aku fikir aku akan menggiIa setelah aku di sana.
Sekali lagi, jawapannya tidak, aku masih tenang, sehingga ke harini, tiada pertengk4ran antara aku dan suami, sebab dia juga menjaga amalannya. Kehidupan dan kewangan kami kembali stabil, aku masih tetap menjadi surirumah, dan belum ada perancangan untuk bekerja semula, walaupun ada suara – suara yang mengingatkan aku bahawa suami aku bukan selamanya ada bersama aku.
Tapi aku yakin, andai waktu itu tiba, pasti ada jalan buat aku berdiri. Dan suami aku, tiap kali juga dia mohon maaf kepada aku di atas keb0dohan yang dia pernah lakukan pada aku. Dan tiap kali itu juga aku membaIasnya dengan jawapan agar mendoakan aku untuk jadi bid4dari syurga bila aku m4ti nanti.
Keinginan yang sekadar angan – angan, kerana tiada layaknya aku ke sana apabila menoleh kebelakang, tapi aku masih tetap ingin ke syurga. Aamiin.. akhir cerita, apa yang aku dapat pastikan di sini ialah setelah ujian – ujian tersebut, aku lebih yakin yang, aku mampu berdiri hadapi ujian mendatang dengan tenang, kerana ketenangan itu lebih sukar dicari. – Bukan Salina (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Anie Alja : Jangan ambik tugas suami walaupun betapa tinggi gaji seorang isteri. Lelaki akan rasa cokia bila bini ambik peranan sebagai provider. Dia akan buat per4ngai sebab self-esteem cokia, dan mahu dikagumi.
Nonie Nuralia : Pada akhirnya duit segunung pun tidak akan mampu melarikan kita dari ujian dan dugaan. Namun hikmahnya memberi pengajaran dan pelajaran rohani bila kau berlapang d4da dan redha. Sentiasa bahagia puan yang manis.
Fitriah Nur : Love… akhirnya bagi suami merasa hidup susah sara keluarga, biar dia rasa sebuah tanggungjawab yang mungkin selama ini isteri yang pegang dan asbab itu kembali kepada Tuhan hidup dalam sederhana tapi tenang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.