Dulu aku seorang lelaki yang suka berf0ya – f0ya tapi sekarang aku dah berubah, rajin solat dan rajin belajar agama. Aku suruh isteri pakai tudung labuh tapi dia tak menurut perintah aku. Isteri selalu lewat sediakan makanan untuk ibu aku yang mempunyai masaIah penglihatan. Bila isteri mengandung anak kedua dia m4buk dan aIah tapi aku rasa itu hanya alasan sebab dia tak nak jaga ibu aku…
#Foto sekadar hiasan. Untuk perkongsian bersama. Dikongsi oleh seorang lelaki yang bakal berkahwin Februari nanti.. Aku merupakan seorang pekerja sebuah syarik4t swasta. Aku telah berkahwin 4 tahun yang lalu dikurniakan seorang cahaya mata.
Isteri aku merupakan seorang jururawat kerajaan di sebuah hospitaI besar di ibu negeri. Ibu aku merupakan seorang wanita buta yang cac4t penglihatan akibat daripada peny4kit kencing manis, ayah aku pula telah 6 tahun meninggaI dunia.
Sejak berkahwin, aku telah berhijrah. Daripada seorang lelaki yang suka berf0ya – f0ya kepada lelaki yang rajin bersolat, rajin belajar agama di pondok – pondok sekitar daerah. Aku minta isteriku untuk bertudung labuh, maIangnya beliau tidak menurut perintah aku.
Selain itu isteri aku juga selalu lewat untuk sediakan makanan kepada ibu aku, dengan alasan ada p4tient coIIapsed, terp4ksa balik lambat, banyak kerja tak sempat siap. Kadang – kadang ibu aku pukuI 4 petang baru dapat makan.
Aku sedih melihat keadaan ibu, bila isteri perlakukan begitu. Ibu selalu mengadu akan perlakuan isteri yang lambat menyediakan makanan beliau. Selain itu isteri tidak bawa ibu berjalan – jalan apabila berkelapangan. Isteri hanya selalu bawa anak dan ibunya sahaja.
Bila ditanya, jawapan isteri, dia tak boleh nak pegang dan kawal 2 orang dalam 1 masa. Kemudian isteri disahkan aku hamil anak kedua, m4buk dan aIah yang entah betul entah kan tidak. Aku rasa macam itu cara dia untuk mengelak jaga mak aku jer.
Kebetulan di tempat kerja datang seorang gadis solehah dari sebuah institusi agama menunaikan praktikal bertudung labuh berbudi pekerti dan sopan pertuturannya. Sungguh aku jatuh cinta dan rupa – rupanya aku tidak bertepuk sebeIah tangan.
Gadis tersebut juga menaruh minat terhadap aku dan kami pon bercinta. Walau bagaimanapun akhirnya isteri dapat menghidu percintaan kami. Isteri merajuk dan membawa diri ke rumah keluarganya, ibu aku ditinggalkan tidak diurus.
Isteri aku telah menelefon kekasihku dan marah – marah. Lama-kelamaan aku hilang sabar, aku ceraikan isteri aku ketika dia hamil 7 bulan. Isteri minta fikirkan anak dan anak yang bakal lahir, tapi aku dah nekad. Peluang mendapatkan isteri solehah yang aku dambakan hanya muncul sekali dalam hidup.
Kebetulan kekasih aku berjanji akan menjaga ibu aku dengan baik sekali. Aku yakin wanita sepertinya akan patuh dan taat akan perintah aku. MasaIah aku sekarang, bekas isteri aku telah membuat tuntutan nafkah mutaah sebanyak RM10k, nafkah anak RM1000 sebulan secara pot0ngan gaji, sedangkan aku akan menikahi gadis tersebut pada awal Februari nanti..
Aku akui, isteri aku selama ini membiayai bil – bil dalam rumah, belanja makan minum aku dan mak tetapi aku sediakan rumah arw4h ayah untuk kami berteduh. Memandangkan gaji isteri aku pon jauh lebih besar daripada aku.
Yang aku marahkan, dia tahu aku tak mampu bayar RM1000 dan tuntutan mutaah tu tapi dia buat tuntutan siap dengan peguam lagi. Kej4mnya dia, tak dak simpati kat aku langsung sebagai bekas suami dia. Anak kami yang kedua sekarang berusia 2 bulan manakala yang sulung berusia 3 tahun, tuntutan nafkah sampai RM1000 tu untuk apa?
Macam nilah isteri kalau tak solehah, nampak duit saja. Aku lega bakal menikahi insan solehah yang aku dambakan pada 1 Februari nanti dan paling penting aku pasti dia dapat jaga ibu aku dengan baik sekali. Yang Benar Duda muda lagi handsome..
Komen Warganet :
Iqram Shah : Elok lah kau ceraikan bini kau tu. Semoga dia dapat suami yang lebih baik dari kau Amiiin.. Boleh tak share fb ex bini kau kat sini. Aku pasti ramai yang exc1ted nak berkenalan dengan wanita yang hebat macam dia. Dah bekerja dan jaga anak pada masa yang sama, kena jaga mertua, support barang dapur dan belanja anak sekolah lagi. Kau ni sampah kau tau tak?
Ezzan Mamat : Sekejap je kalo Allah nak terbalikkan apa yang kamu impikan. Sepatutnya kamu sebagai ketua keluarga la kena keje keras. Sebenarnya bukan kewajipan isteri kamu pun melayani mak kamu lagi – lagi dia pon sibuk bekerja, kamu pergi mana ek selama ni? Sibuk bercinta kat pejabat ke duit tak ada ade hati nak kahwin lebih. Nak suh bini jadi h4mba kat rumah lak tu. Mereputlaaa kamu dengan angan – angan tak sudah tu..
Nurhidayah Hasim : Kite nantikan sambungan kisah duda perasan esem nie nanti tengok macam mana.. Yang ada pon terabai.. Dah suka orang lain sempat lagi hamilkan anak no dua.. Luaran tak sama dengan dalaman.. Macam ko walaupon dah belajar pondok acah – acah alim tapi tak tahu tanggungjawab suami.. Elok sangat la bekas isteri minta RM 10k sebab memang selama ni dia yang banyak berk0rban.
Herleena Jamaluddin : Tingginya angan – angan confessor ni ye. Semua nak harapkan isteri yang buat. Dari cerita confessor, segala kerja isteri kena buat sedangkan kerja dia bercinta dan bercita – cita nak cari isteri solehah. Ceraikan isteri masa tengah mengandung kau tak rasa kej4m? Bila isteri buat tuntutan, tahu pulak kau cakap dia kej4m.
Ila Nadila : Ni nama dia jantan tak sedar diri, makan hang dengan mak hang pon bini tanggung, bil – bil pon bini bayar ada hati nak menggatai. RM1000 untuk 2 anak, 3 tahun dan 2 bulan, aku rasa ok sangat. Mana susu dan pampers lagi.
Haaa lupa hang mana tau cukup ke tak sebab selama ni kan bini hang yang tanggung. Nanti bila anak masuk sekolah harap – harap bini hang naik kan lagi nafkah anak – anak hang tu tau. Nak bini sempurna macam Siti Khatijah, hang tu kena bagi contoh macam Rasulullah.
Nanti lepas kahwin bakal isteri yang solehah sangat tu. Jangan bagi kerja dok rumah jaga mak hang je, baru ada masa banyak bawa mak hang pergi jalan – jalan bagaikan. Aku nak tengok masa tu duit nak makan cukup ke tak bila hang sorang yang kerja. Nanti lepas kahwin baru bagitau balik tau betul ke bini baru hang tu solehah sangat atau sebaliknya.
Nur Ezzati : Tanggungjawab sendiri tak reti nak sempurnakan, ada hati nak pertikai tanggungjawab orang.. Ni lah lelaki tak guna, tak bertanggungjawab tapi berseIindung atas nama agama. Buat malu agama je.. Ntah – ntah amal kau selama ni tak diterima sebab kau tak tunaikan tanggungjawab kau.
Tengok la, makan kau dengan mak kau bini tanggung, mak kau bini uruskan.. At least bini kau uruskan lagi, yang kau ni anak kandung tapi tak reti nak bagi makan mak sendiri.. Menantu yang masa kecik tak pernah disuapkan sibuk suruh beIa mak dia, anak kandung yang disuapkan makan tau complain je keje orang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.