Cikgu tiba2 kunci bilik koperasi sambil kata, “Sekarang cuma kita berdua saja dalam ni.”

Aku fikirkan guru tersebut bergurau, aku cuba memintanya buka pintu koperasi. Tetapi dia hanya tersenyum sinis. Rasa, macam dunia hampir nak berakhir. Tiba – tiba ketukan kuat di pintu dan nama aku di laung kuat. Guru itu seakan tersedar dan cepat – cepat membuka pintu. Dia bagi alasan, tombol pintu rosak…

#Foto sekadar hiasan. Lama sudah kisah ini berlaku. Terlalu lama. Kini setelah ada anak, aku berdoa semoga anak aku tidak menjadi m4ngsa dan pem4ngsa. Aamiin. Kisah ini berlaku lama dulu waktu aku masih di sekolah menengah.

Sekarang umur aku 40-an. Aku bertugas di koperasi sekolah. Ketika itu cuti hujung tahun. Jadi memang agak sibuk menyusun buku – buku tulis dan aktiviti untuk sesi tahun depan pula. Jadi setiap sabtu akan ada tugas untuk susun dan agihan buku.

Aku bersama dengan tiga orang teman sekelas aku dan seorang guru lelaki. Pada awalnya biasa sahaja, tiada apa yang mencurigakan. Hubungan kami dengan guru tersebut biasa sahaja. Gurau dan belanja makan bersama – sama setelah usai semua tugas di koperasi.

Suatu hari, waktu itu hujan lebat, sekolah jauh dari jalan besar. Biasanya, kami akan berjalan kaki ke jalan besar dalam 15 minit dan tunggu bas lalu di deretan kedai. Tapi disebabkan hari itu hujan lebat, payung pula tiada, maka kami menunggu agak lama di sekolah.

Tiba – tiba sebuah kereta menghampiri tempat kami berdiri. Cermin kereta dibuka maka terpamer senyuman mesra guru tersebut menawarkan bantuan untuk tumpangkan kami ke perhentian bas berhampiran. Disebabkan kawan – kawan aku semua setuju, maka aku pun setuju.

Sampai di destinasi, 3 orang rakan aku turun dahulu kerana mereka berlainan daerah. Manakala aku di suruh tunggu di dalam kereta oleh guru tersebut dengan alasan ingin bertanya sesuatu. Dia bertanya tempat tinggal aku dan menawarkan untuk hantar aku pulang dengan alasan dia ada urusan di daerah tempat aku tinggal.

Waktu itu hujan masih lebat memang agak kabur untuk memandu. Jadi pemanduan dia agak perlahan. Sepanjang di dalam kereta, dia banyak bercerita tentang sekolah dan dirinya. Antara yang aku ingat kata – katanya ketika itu ialah, “dia biasa menguruskan diri sendiri kerana isterinya yang bertugas sebagai salah seorang frontliner selalu sibuk sehingga dia merasa dirinya terabai” aku hanya mendengar sahaja luahannya ketika itu.

Umur belasan tahun, tiada pengalaman cinta, cuma kutip pengalaman kawan – kawan bercinta, waktu itu agak blurr untuk aku respond luahan itu. Tapi kini, bila usia sem4kin memanjat aku rasa, dengar dan tidak respond apa – apa adalah terbaik waktu itu.

Sepanjang perjalanan memang hujan lebat betul, tetiba guru itu berhenti di tepi jalan. Hati aku mula rasa tak keruan. Perlahan – lahan aku mengengsot ke tepi pintu perlahan – lahan tanpa dia sedari. Masa tu doa dan harapan saja yang tinggal.

Aku dah pegang tombol pintu, if anything happen kan. Guru itu beri alasan dia berhenti sebab dia memang tak boleh memandu walaupun wiper laju tahap maksimum. Hujan sangat lebat sukar untuk dia Nampak jalan di hadapan.

Selain itu, jalan yang bersimpang siur agak merb4haya memandu ketika itu. Memandangkan umurnya yang agak berusia itu, maka aku fikir itu agak logic. (sehingga ke hari ini, aku bersyukur sangat, Allah meIindungi aku dengan sebaiknya).

Alhamdulillah, setelah hujan agak reda, kereta pun bergerak dan aku sampai ke rumah dengan selamat. Selepas dari hari itu, aku masih fikir guru itu biasa dan melayan aku seperti anak murid yang lain. Walaupun pada hakik4tnya, teman – teman aku yang sama – sama bertugas di koperasi mula menyedari kelainan dari layanan guru itu terhadap aku.

Anak murid kesayanganla, murid bertuah dan sebagainya mula meniti dari bibir teman – teman aku. Aku masih menafikan kelainan itu. Sehinggalah pada suatu hari, ketika itu kami sibuk menyelesaikan urusan di koperasi. Selesai menyiapkan tugasan, kami berkemas – kemas untuk pulang.

Aku paling lewat keluar. Entah bagaimana, ketika aku ingin keluar tetiba guru itu mengunci koperasi itu rapat. Rupanya cuma aku dan guru tersebut yang tinggal dalam koperasi. Teman – teman aku yang lain telah keluar dari awal lagi.

Aku fikirkan guru tersebut bergurau, aku cuba memintanya buka pintu koperasi. Tetapi dia hanya tersenyum sinis sambal berkata “sekarang cuma kita berdua saja dalam ni”. Allah, hati aku mula tak keruan, jantung berdegup kencang.

Saat itu, nak menjerit suara tak terkeluar. Peluh mula menitis di dahi laju dan aku mula mengundur ke belakang, manakala guru tersebut m4kin menghampiri aku. Rasa, macam dunia aku hampir nak berakhir. Kalau dalam movie kita tengok senang saja kan kita menjerit dan minta tolong.

Tapi, bila kita berhadapan dengan reality kita seumpama tiba – tiba jadi patung tak bernyawa. Kaku. Air mata mula memenuhi kelopak mata. “cubalah suruh saya bukak pintu ni” guru itu bercakap lagi. Dia tersenyum. Senyuman itu menakutkan aku.

Aku tersedar dan aku perhatikan keliling mencari sesuatu. Degupan m4kin laju, fikiran tak keruan. Dalam hati hanya berdoa semoga Allah bantu aku. Sem4kin guru itu menghampiri sem4kin jiwa dan fikiran tak keruan, sem4kin laju aku berdoa.

Entah kenapa bongok benar waktu itu. Sampai sekarang aku fikir kenapa aku tak menjerit kuat biar satu sekolah itu tahu betapa bejatnya per4ngai guru tersebut. Tiba – tiba ketukan kuat di pintu dan nama aku di laung kuat. Guru itu seakan tersedar dan cepat – cepat membuka pintu.

Dia bagi alasan, tombol pintu rosak. Aku tanpa menoleh kebelakang terus keluar laju. Teman – teman aku mengejar aku dan meminta aku menceritakan segalanya. Aku masih takut dan segera pulang ke rumah. Aku ceritakan separuh dari cerita itu pada emak aku.

Malam itu aku demam. 2 hari aku tidak ke sekolah. Kenapa cerita separuh? Aku cerita dengan emak aku ada guru mengganggu aku di sekolah. Aku tidak ceritakan kejadian di koperasi tersebut. Aku tak nak abah dan emak aku risau.

Abah pula tidak boleh dengar berita terk3jut, mesti akan demam. Aku cuba selesaikan masalah tersebut sendiri dengan mengadu di pejabat kaunseling. Aku sangkakan aku dibantu, tetapi sebaliknya aku dipersalahkan. Aku dipandang serong.

Orang tak percaya aku diganggu. Dengan wajah dan bentuk fizikal yang tak seberapa orang tak percaya aku menjadi m4ngsa s3xual har4ssment. Bermacam tuduhan aku terima. Aku dipersalah, aku di ejek, dan sehingga akhirnya aku dipulau.

Hanya beberapa ker4t teman yang menemani aku saat itu. Aku malu berhadapan dengan guru – guru di sekolah itu. Aku merasakan mereka memandang aku dengan jijik. Guru koperasi tersebut? Mengaku tidak bersalah dan masih seperti biasa seolah tiada apa – apa berlaku.

Tetapi dalam diam mengekori ku ke mana – mana. Tr4uma dan s4kitnya aku waktu itu aku tanggung sendiri. Aku tak mampu nak luahkan segala – galanya kepada sesiapa. Syukur kisah tr4uma itu tamat setelah aku habis sekolah.

Aku juga berhenti aktif dari tugas – tugas di koperasi. Aku bagi bermacam – macam alasan untuk mengelak. Teman – teman yang selalu bersama aku di koperasi juga sangat membantu waktu itu. Terima kasih teman. Walaupun ia berakhir dengan begitu saja, tapi satu perkara yang aku tahu, bukan senang nak yakinkan orang kita terani4ya.

Apabila melibatkan s3xual harassment, orang pastinya akan melihat fizikaI yang diganggu. Apa yang orang lupa ialah NAFSU. Nafsu tidak mengenal sesiapa. Malah sesiapa pun berhampiran kita mempunyai potensi menjadi pred4tor.

Aku tak lawa mana, bentuk fizikal pun biasa – biasa saja. Tiada apa yang istimewa pun. Cara aku bercakap pun agak kaku. Membesar dengan semua adik beradik perempuan dan lebih banyak berkomunikasi dengan emak membuatkan aku agak canggung berbual dengan lelaki.

Sampai sekarang aku masih tertanya – tanya kenapa aku?? Mungkin dulu kita naïve tak tahu apa – apa tentang perkara – perkara begini. Sumber yang kita dapat dulu pun terhad, tv setakat tv1, 2 & 3 saja yang clear. Movie berkaitan hal – hal begini pun sangat sukar kita jumpa.

Tetapi sekarang, segala maklumat berkaitan pred4tor boleh kita access di hujung jari saja. Kita boleh baca berkenaan amang s3xual, grooming s3xual, s3xual har4ssment dan bermacam – macam lagi. Sekiranya pihak 1 tidak menyebeIahi kita, kita ada banyak lagi group NGO yang sudi membantu kita.

Semuanya ada di hujung jari. Nak cari drama yang seumpama Law & order pun zaman tu tak jumpa. Perlahan – lahan kita dah boleh mula bercerita dengan anak – anak tentang reality dunia luar nanti. Semuanya tak seindah mimpi.

Hakik4tnya kini, baik anak lelaki ataupun perempuan semua berisik0 jadi m4ngsa. PadaMu Tuhan aku berIindung dari segala kejahatan dunia dan segala fitnah dunia. Aamiin. – Si Tanjung Perak (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Ros : Sebab dia tahu kau tak ada pakej pelajar hot jadi dia ingat mudahlah nak pergunakan kau. Nanti apa – apa orang akan kata kau yang tergiIa – giIakan dia. Kalau dia pilih yang comel, cantik dan popular kat sekolah sahih la orang lebih percayakan pelajar tu.

Dia orang tua, akal dia panjang. Apa nasib guru tu sekarang? Dah m4ti ke atau Iumpuh kena str0k? Biasa yang jahat – jahat ni selalu dapat baIasan cash di dunia lagi. Bukan semua kaunselor boleh dipercayai. Pengalaman aku sendiri zaman sekolah.

Kami terlepas cakap pasal seorang guru ni. Niat hati nak mengadu la. Yela kaunselor kan pandai korek rahsia. Lepas tu teruk kena mengata dengan guru tu dalam kelas. Kaw kaw dia bagi. Kalau kaunselor tu tak menyampai pasti dia tak tau. Sejak tu aku tak percaya kaunselor.

Faz Li Dya Midd : Kenapa selalu dengar kisah guru kaunseling yang tak boleh dipercayai, tak membantu pelajar malah memburukkan keadaan? Pihak berkenaan tolong lah buat sesuatu. Para ibu bapa mungkin boleh usaha bekalkan anak – anak dengan pepper spray untuk meIindungi diri. Sentiasa simpan dalam poket baju sekolah. Kalau perlu, cuba guna spy camera untuk rekod bukti. Jangan salah guna dah la.

Salasiah Ahmad : Membaca kisah ini tiba – tiba teringat kisah saya lebih 30 tahun dulu. Cikgu AB, guru saya masa sekolah rendah. Kami berjumpa semula bila anaknya masuk asrama tempat saya belajar. Hubungan jadi rapat. Semasa di Tingkatan 6, Cikgu AB selalu melawat saya di asrama dengan alasan untuk meminjam nota – nota kerana beliau juga nak ambik STPM untuk sambung belajar.

Atas dasar hormat saya selalu meminjamkan nota – nota dan kertas kerja saya. Suatu hari beliau menjemput saya untuk makan durian di dusunnya. Oleh kerana saya kenal keluarganya saya setuju. Selepas meminta kebenaran warden, dengan berbaju kurung asrama saya ikut cikgu AB.

Tapi saya hairan, kenapa cikgu AB sorang. Bila ditanya, katanya isteri dan anak – anak dah ada di dusun. Hati saya jadi tak keruan. Sepanjang jalan saya cuma mampu berdoa agar Allah sentiasa meIindungi saya. Ayat Kursyi tak lekang dari bibir.

Walaupun begitu saya masih bersangka baik. Menaruh harapan Cikgu AB tidak menipu saya. Sampai di dusun, rupanya hanya ada kami berdua. Cikgu AB bagi alasan isterinya tak dapat datang kerana ada kec3masan. Hati saya mula rasa cuak.

Sebaik Cikgu AB membuka bonet. Saya segera capai par4ng dalam bonet. Dalam hati saya nekad kalau cikgu AB bertindak tidak wajar, par4ng itu akan saya gunakan sebagai senj4ta. Cikgu AB mengajak saya mengutip durian tetap saya memilih untuk setia di kereta.

Selesai mengutip beberapa biji durian, cikgu AB kembali ke kereta. Saya bertegas meminta cikgu AB menghantar saya pulang ke asrama. Dalam perjalanan pulang sekali lagi Cikgu AB singgah di rumah pusaka keluarganya kononnya nak petik manggis.

Rumah itu kosong. Beliau memujuk saya untuk turun tetap saya tetap berkeras untuk berada dalam kereta. Mungkin bimbang dengan parang yang sentiasa berada di tangan saya, cikgu AB menghantar saya pulang. Alhamdullilah.. ALLAH meIindungi saya.

Sejak hari itu saya putvskan segala hubungan dengn Cikgu AB dan keluarganya. Beberapa kali Cikgu AB mencari saya di asrama tetap saya sentiasa cuba mengelak. Peristiwa ini memang tak saya ceritakan kepada sesiapa. Tetapi tiap kali terbaca tentang anak murid menjadi m4ngsa cikgu, mesti saya teringat peristiwa ini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.