Akibat saya tegur suruh soIat jumaat, anak baIing t0ng gas ke arah saya

Bukan mudah nak membesarkan anak lelaki pada zaman sekarang. Bayangkan saya tr4uma sampaikan apabila isteri saya berhasrat untuk mendapatkan seorang anak lagi kami takut dapat anak lelaki. Saya ingin bertanya adakah kami dipersalahkan kerana tingkah laku buruk anak, jika semua tindakan yang dianggap wajar telah diambil?

#Foto sekadar hiasan. Saya adalah seorang bapa yang ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca membesarkan seorang anak lelaki pada zaman moden dan mencab4r ini. Saya pegawai kanan kerajaan berusia 40an tahun. Anak sulung saya Azli berusia 19 tahun dan ada tiga lagi anak perempuan. Dari segi pelajaran Azli cemerlang pada tahap sekolah rendah dan menengah rendah. Kerana kecemerlangannya dia ke sekolah berasrama penuh yang tersohor mulai di tingkatan satu.

Masalah kami bermula bila dia di tingkatan 4. Dari satu segi saya rasakan sistem sekolah berasrama penuh ini menyumbang kepada sifat buruk seseorang pelajar. Yang jelas ialah bila balik bercuti dia pasti bangun lewat dan asyik tidur. Seolah – olah balik bercuti adalah sesi membaIas dend4m terhadap jadual ketat di sekolah. Namun sistem ini juga terbukti melahirkan ramai pelajar cemerlang dan berjaya.

Masalahnya di asrama membuat kami membawa dia balik bersekolah biasa di rumah kami. Di rumah tentulah kawan – kawannya di kawasan sekitar. Kami ingatkan dia berhati – hati memilih kawan tetapi tak diendahkah. Kami nasihatkan sebab kawan saya di jabatan polis memaklumkan penglibatan kawan – kawannya dengan aktiviti kurang sihat, dan saya tidak mahu dia terlibat. Sebaliknya dia bersungut `kawan ini tak boleh, kawan itu tak boleh, habis siapa yang boleh?’ Kadang – kadang terasa geram jugak.

Teringat iklan yang menyarankan kita mengetahui di mana anak kita dan dengan siapa dia berkawan. Dan kami lakukan kami kenal hampir semua kawannya dan nombor telefon mereka. Tapi bila kami cari dia telefon bimbitnya sengaja ditutup. Semasa Azli di tingkatan 4 dan 5 merupakan ner4ka dalam hidup kami sekeluarga. TerIampau banyak pengalaman pahit yang kami lalui sehinggakan menjadi tr4uma kepada saya apabila isteri saya berhasrat untuk mendapatkan seorang anak lagi kami takut dapat anak lelaki.

Kami dapat kesan Azli merok0k semasa di sekolah berasrama lagi. Saya menasihati dia merok0k banyak keburukannya, saya sendiri tak merok0k. Lagi pun membazirkan duit kami aja. Kini merok0k jadi amalan hariannya. Cuma depan saya dia masih selindung.

Penglibatannya dalam dad4h tidaklah dapat dipastikan seriusnya. Tapi kami pernah jumpa sebungkus serbuk dalam bilik air. Saya bawa ke cawangan nark0tik dan disahkan dad4h jenis sy4bu.. Saya minta nasihat polis apa harus dibuat kerana kerana peperiksaan SPM akan bermula beberapa hari lagi.

Peperiksaan dah dekat pun dia tak risau langsung. Ke sekolah sesuka hatinya. Dia minta tuisyen intensif kami ikut bayarannya mencecah RM1000 sebulan, tetapi dia tak ikut pun. Tak sesuai, cari pulak guru tuisyen ke rumah. Tapi akhirnya guru tuisyen pun tak sanggup datang sebab dia pula kena tunggu Azli balik ke rumah.

Peribahasa mengatakan “sayang anak tangan – tangankan”, saya pernah berkasar untuk tujuan mengajar semasa dalam tingkatan 4 dan 5 tapi kita diIawannya balik secara fizikaI. Pengalaman tak boleh dilupakan bila dia hendak pukuI saya dengan batang besi, ekzos motosikal dan balang gas pemadam api kerana menegur sikapnya.

Peristiwa perrtama kali saya tegur bila dia berkelakuan kurang sopan dengan kawan sekolah perempuan di dalam rumah dalam bulan puasa. Kerana marah ditegur di hadapan kawannya dia ambil sebatang ekzos motosikal untuk memukuI saya.

Kali kedua bila saya tegur dia tak pergi soIat Jumaat, dia naik angin diangkatnya satu balang gas nak dibaIingnya ke arah saya. Dan dia cuba pukuI saya depan kawan – kawannya. Dalam kedua – dua peristiwa ini saya diamkan diri, tidak meIawan dan bersedia untuk dipukuI m4ti kerana tak menyangka anak yang kita didik dari kecil dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan demikian.

Kerana marahnya belum habis dia balik ke rumah meng4muk memecahkan barangan rumah sehingga terp4ksa panggil polis untuk menenangkannya. Kalau bertengk4r dengan kawannya pun dia balik ambil pis4u atau par4ng untuk pergi berg4duh.

Saya telah menunjukkan teladan yang terbaik sebagai ayah. Tidak pernah merok0k dan sentiasa memperbaiki tahap hidup. Semasa dia kecil saya berjawatan bertaraf diploma. Lepas itu saya lanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dan akhirnya ke peringkat PhD. Semasa buat sarjana di luar negara saya bawa keluarga bersama. Semua usaha dan perubahan saya dia lihat dan rasakan sendiri. Saya harap dia ikut jejak saya.

`Kini terbukti ramai kawan – kawan ada yang keluar masuk penj4ra, sedang menunggu perbicaraan atau sering keluar masuk tah4nan atas pelbagai kesalahan jenay4h.

Ada kawan nasihatkan jangan memewahkan anak – anak. Saya setuju, saya beri RM5 sehari untuk ke sekolah dan kelas tuisyen petang. Masalahnya bila perlu duit lebih dia buat kerja sambilan jadi pengedar kecil – kecilan. Ini terbukti bila kawan karibnya kini menunggu perbicaraan atas kes mengedar dad4h.

Masalah remaja lelaki suka memandu kereta. Pihak berkuasa meminta kita memastikan anak kita tidak menunggang atau memandu tanpa lessen yang sah. Hakik4tnya bukan senang. Dalam kes Azli bukan kami tidak suruh dia dapatkan lesen lebih cepat, tetapi dia tidak hadiri kelas pemanduan. Macam mana nak dapat lesen?

Pelbagai kesalahan trafik dilakukannya dan kita tidak pernah diberitahu hinggalah sampai waran tangkap. Bila ke balai kitalah kena selesaikan. Bukan satu empat kes!

Masa belum berlesen lagi dia dah memandu kereta. Kalau kita tak bagi dia curi, dibuatnya kunci pendua. Pernah pada satu malam saya cabut wayar tertentu supaya enjin kereta tak boleh dihidupkan. Rupanya dia lagi pandai. Tengah malam saya dengar dia balik bersama kawan – kawannya dia tolak kereta keluar. Dengan bantuan kawannya yang berkemahiran mekanik yang pakar pencuri motosikal, kereta dapat dihidupkan.

Kalaulah ketika ini saya keluar berhadapan dengannya, keadaan akan menjadi lebih teruk lagi. Sebelum ini pun kereta saya habis kem3k – kem3k angkara dia meng4muk. Dalam satu ins1den lain dia tak mahu hadir peperiksaan akhir SPM. Puas emaknya pujuk kerana marah dia bakar baju sekolah, nasib baik rumah tak terbakar. Tangan emaknya meIecur ketika cuba memadamkan api. Kini baju itu kami simpan sebagai kenangan.

Bercakap pasal didikan, kami tidaklah alim, tetapi setakat amalan wajib tu sentiasa diamalkan. Masa kecil kami didik dia bersoIat bila dah besar pergi soIat Jumaat pun payah. Puasa pun begitu, mengaku puasa, tapi bilik air bau asap rok0k.

Kalau orang katakan saya tak rapat dengan anak itu tak benar. Dulu semua aktiviti kami lakukan bersama. Pergi melancong, mendaki gunung, berkhemah, memancing dan banyak lagi aktiviti kami lakukan bersama. Hanya bila di tingkatan 4 dia mula berubah. Kalau diajak dia mula mengelak dengan seribu alasan.

Kini dia lanjutkan pelajaran ke IPTA dah ada perubahan sikit. Tapi dia tetap bergaul dengan remaja bermasalah. Balik rumah pun menyusahkan kita, balik jam 5 pagi, tidur sampai 4 petang baru bangun, keluar lagi balik jam 5 pagi. Cukup menyiksakan. Kalau orang lain gembira anak balik, tetapi kami sentiasa bimbang dan jadi f0bia.

Saya percaya bukan kami saja mempunyai pengalaman pahit membesarkan anak lelaki tentu ada orang lain yang lebih teruk dan mencab4r lagi. Terfikir juga apalah nak jadi dengan anak bangsa kita di kemudian hari. Sudahlah bidang pendidikan dan ekonomi orang lain ke depan, anak muda pewaris generasi bangsa kita tidak ada kesed4ran langsung. Malah mereka tak hargai langsung jasa ibu bapa.

Seperti saya sebutkan, walau apa pun pandangan, simpati dan cadangan pihak lain dalam mengatasi cab4ran membesarkan anak terutamanya lelaki, kitalah yang perlu hadapinya sendiri dan memikirkan langkah yang terbaik. Orang lain hanya boleh bersimpati. Akhirnya saya ingin bertanya adakah kami dipersalahkan kerana tingkah laku buruk anak kami, jika semua tindakan yang dianggap wajar telah diambil?