Aku 0KU fizikaI, masa bIind date, lelaki tu order chicken ch0p. Dia tengok sinis je aku tak boleh p0tong ayam

Dia ajak aku jumpa dekat restoran mahal, siap order chicken chop. Tapi aku tak mampu nak p0tong ayam. Dia makan langsung tak pandang aku. Berlagak lagi ada dengan skill makan hiris beIah kiri, belah kanan cucuk dengan garfu, makan. Lepas makan aku berdepan dengan dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Uni. Aku 0KU fizikaI. Anggota badan aku cukup. Lengkap semua. Cuma pergerakan aku lambat. Aku ada masalah motor skills disebabkan ser4ngan demam panas dan jaundice yang teruk selepas lahir.

Sampai doktor kata tak da harapanlah nak hidup. Alhamdulillah. Allah sembuhkan aku. Masih hidup dan sihat sampai sekarang. Perkembangan aku bawah 6 tahun aku tak ingat sangat. Tapi masa sekolah rendah aku selalu diejek dan ditertawakan kawan – kawan sebab jalan lambat, tulis lambat, cakap lambat.

Balik sekolah aku menangis cerita kat mak. Mak aku cakap diam, sabar, doakan kebaikan untuk kawan – kawan. Masuk sekolah menengah pun sama. Tapi aku dah jadi kebal. Lantak korang lah. Mak pesan bila diam, sabar, nanti lama – lama kawan – kawan akan malu sendiri. Betullah mak.

Rupanya benda tu semua melatih em0si dan mentaI aku untuk jadi lebih kuat. Diam bukan bererti kalah. Masa sekolah aku paling tak suka kalau cikgu kata ok murid – murid, saya baca, awak semua salin. Memang aku tak sempat lah nak salin.

Penyudahnya pinjam buku kawan, balik salin kat rumah. Malam 2 – 3 pagi baru tidur. Nak siapkan homework lagi. Nak salin yang mana tak sempat lagi. Dah la tulis tangan kanan, tangan kiri kena ampu, kalau tak, pen tu tak jalan.

Settle tulis, dua – dua tangan s4kit. Mak akulah yang paling setia teman aku buat kerja sekolah. Setiap kali exam yang berkonsepkan esei, memang aku tak sempat nak siapkan. Hantar je lah yang mana sempat. Semasa di tingkatan 4, ada sorang cikgu yang peka dengan ketidakupayaan aku.

Beliau bawak aku jumpa ther4pist. Mak ayah aku tak tau yang keadaan aku ni boleh dirawat. Kurang pendedahan kan masa tu. Ther4pist tu cakap keadaan aku ni akan beransur pulih jika ditrain hari – hari. Sempat jugaklah aku menghadiri sesi pemulihan cara kerja sebulan dua kali selama setahun setengah.

Lepas tu aku stop sebab sambung belajar kat IPT. Aku ingatkan kat IPT ni semua dah dewasa, tak da lah adegan ejek – mengejek ni. Pun ada jugak. Aku dah lali cuma sedih sebab dah tak boleh nak mengadu kat mak. Mak aku meninggaI lepas aku habis SPM.

Kat kolej aku dapat kawan yang sangat – sangat boleh tolong aku. Pakaikan tudung aku. Sebab aku tak boleh nak pakai pin sendiri. Aku tak kuat nak tekan jarum pin tu. Zaman tu belum ada tudung instant macam sekarang ni.

Habis belajar aku susah nak cari kerja. Nak pergi interview bagai dah kena libatkan ayah aku. Kalau dapat kerja, takkan ayah aku nak hantar ambik pulak. Adik – adik pun masa tu ada 4 orang lagi yang sekolah. Aku nak ambik lesen memandu 0KU tapi doktor tak benarkan.

Membah4yakan diri sendiri dan orang lain kata doktor. Bila dah itu tak boleh, ini tak berdaya, aku mula rasa rendah diri. Ada ke lelaki yang nak kawen dengan aku? Rasa nak berpasangan mula datang. Aku mencuba nasib mendaftar di Baitul Muslim.

Aku dapat berkenalan dengan seorang lelaki dari utara. Dah bertukar nombor telefon, dia call aku. ‘Eh awak tak boleh cakap cepat sikit ka? Ni paling cepat?’ Aku dah sentap. Aku berterus terang tentang keadaan aku padanya.

‘Kita jumpa lusa. Saya nak tengok dengan mata kepala saya sendiri’. Aku ajak adik aku teman. Dia bawak aku makan tempat mahal. Dia order set chicken ch0p. Ah m4mpus. Aku mana reti nak hiris – hiris ayam tu. Hiris pun confirm tak putvs punya.

Melainkan angkat gigit. Settle. Adik aku lah tolong hiris. Dia makan langsung tak pandang aku. Berlagak lagi ada dengan skill makan hiris beIah kiri, beIah kanan cucuk dengan garfu, makan. Sebelum balik, adik aku tunggu dalam kereta, aku berdepan dengan dia, “dah tengok kan? Maaf saya tak sempurna. Terima kasih belanja saya makan”.

Dia cakap,  ‘saya nak jumpa keluarga awak, saya nak jaga awak’. Seriously aku tak tau nak rasa apa masa tu. Suka, terharu, nak lompat semua ada walaupun kalau aku lompat aku akan jatuh. Kahh! Will be continued sebab aku dah tak larat taip. – Uni (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Aku namakan lelaki itu sebagai Dhani lah ya. Sebagai permulaan, Dhani kenalkan aku dengan kakak yang dia paling rapat. Kakak Dhani kelihatan teruja berjumpa dengan aku. “Awak adalah wanita pertama, Uni. Adik akak tak pernah berkawan dengan mana – mana perempuan. Inn shaa Allah, tunggu rombongan kami sampai k”.

Setelah setahun perkenalan, aku dan Dhani disatukan dalam majlis yang sederhana. “Cukup dengan bedak, abang tak suka isteri abang mekap – mekap, berlilit – lilit tudung. Abang suka simple”. Weeehoooo. Secara fitrahnya perempuan memang suka mekap – mekap ni kan.

Aku juga suka tapi tak boleh nak mekap sebab aku rasa susah. Nak pakai lipstick pun aku kena pegang batang lipstick tu dengan dua tangan. Kalau tak, ke lubang hidung perginya lipstick tu. Eye liner, mascara lagi lah takut aku nak sentuh.

Confirm terc0cok bijik mata. Tudung instant pun macam – macam edisi dah wujud. So senang. Sarung ja. Sesekali teringin nak pakai shawl, bawal, suami lah tolong pin. Hihi. Pergerakan yang melibatkan jari memang agak terbatas bagi aku. Sangat terbatas. Movement jari aku tak balance.

Kupas buah, kupas bawang, butang baju, ketip kuku, mengik4t memang masalah besar bagi aku. Aku boleh buat. Cuma lambat dan kadang – kadang terlepas benda yang aku pegang tu sebab jari rasa stuck. Nak bawak air dalam cawan pun aku tak lepas. Tumpah habis.

Aku kena jalan slow mengalahkan pengantin kalau nak bawak air dua cawan dalam talam nak hidang kat mak dan ayah mentua. Alhamdulillah. Mereka sangat – sangat memahami. Mak mentua aku banyak tolong cover.

Lagi – lagi kalau beraya atau menghadiri kenduri – kend4ra keluarga. Ketika aku dan suami berpindah rumah pun, mak mentua lah yang banyak tolong aku kemaskan rumah. Terima kasih mak. Uni doakan syurga untuk mak.

Suami aku minat sangat dengan Liverpool. Sambil layan bola tengah – tengah malam dia kupas ikan bilis. Dia tau tu kelemahan aku. Selagi dia boleh tolong, dia akan buat tanpa perlu aku suruh. Usia perkahwinan kami baru memasuki tahun ke 4.

Kami dikurniakan sepasang cahaya mata. Suami aku banyak membantu dalam menguruskan anak – anak. Dia lah yang ketip kuku anak – anak. Walaupun dah tergesa – gesa nak gerak ke Pulau Mutiara pukuI 5 pagi tapi teringat pulak kuku anak – anak belum p0tong, dia akan buat dulu.

Untuk 3 bulan ni aku dan suami berPJJ atas sebab urusan kerja suami dan hanya berjumpa di hujung minggu. Aku bertuah dengan keadaan diri yang macam ni, Allah izinkan aku untuk mengandung dan melahirkan. Ketika mengandung, setiap hari aku akan bercakap dengan kandungan aku.

“Dik, terima kasih hadir dalam rahim ibu. Ibu adik tak sempurna macam ibu orang lain. Ibu adik tak kuat dan cergas macam ibu orang lain. Adik behave k. Mudahkan urusan ibu jaga adik nanti. Nanti lahir dengan mudah k. Jangan bagi ibu s4kit lama – lama”.

Tatkala aku tak dapat apa yang aku teringin nak makan, aku pesan “dik, inilah dunia. Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Sabar ya sayang”. Ianya membuahkan hasil. Anak – anak aku lahir dengan normal dan mudah.

Menguruskan mereka juga mudah. Suami aku bersama – sama berjaga malam dengan aku menguruskan anak – anak. Sampai tesengguk – sengguk dia salin diapers anak. “Ngantuk ke bang? Cukup lah 2 ni kan?” Dia terus buka mata luas – luas, “ehhhh 4 pun boleh lagi ni. Sengguk sikit – sikit ni biasalah, tak cukup oksigen”.

Dia memang menginginkan anak yang ramai. Pakaikan barut anak tugas suami aku. Dia pro. Kalau aku buat, sampai sudah tak terik4t. Tak berbarut lah anak. Kembung pun kembung lah. Sapu minyak, exercise. Hilanglah kembung tu.

Cara moden tak perlu pun barut ni kan. Nak dukung anak aku okay je sebab guna kudrat dari siku. Kerja – kerja yang melibatkan tapak tangan dan jari yang rumit sikit. Mandikan baby. Ini satu tugas yang aku paling takut. Aku takut terlepas anak aku.

Dan memang terlepas anak yang kedua ni ketika usianya 4 bulan. Bercalar jugak lah belakang dia. Ketika anak sulong aku baru nak belajar makan, aku down. Mana taknya, anak dah tenganga – nganga, tapi bubur nasi tu ke mata perginya.

Aku cepat – cepat pause button down aku tu, aku cakap kat diri sendiri, Allah yang cipta aku, Allah yang bagi aku anak maknanya Allah tau aku mampu. Teruskan Uni. Lama – lama anak kau akan faham kau. Kadang – kadang aku rasa terIampau penat sampai nak bukak mulut cakap tolong pun tak larat.

Benda ni mula jadi ketika usia anak aku 8 bulan. Suami aku perasan benda ni. Bila aku WhatsApp ja “tak larat sangat”, suami aku akan balik secepat yang boleh untuk bantu. Ubatnya aku perlu tidur je. Dapat lelap sejam, segar lah balik. Badan aku terk3jut kot sebab kena p4ksa uruskan anak.

Semenjak melahirkan anak kedua, pergerakan aku sem4kin cergas dan langkah aku m4kin kuat. Betullah kata ther4pist tu dulu, aku akan ok jika ditrain hari – hari. Dan rupanya trainer aku adalah anak – anak aku sendiri. Aku dah berjaya gosokkan gigi anak – anak tanpa terjolok ke kerongkong.

Aku rasa tu salah satu kejayaan terbesar aku. Baru ni aku ada terjumpa makcik cleaner sekolah rendah aku dan dia terk3jut tengok perkembangan aku hingga mengalirkan airmata. Mana taknya. Dulu dia yang pimpin tangan aku langkah longkang kat koridor.

Sekarang aku dah ligat tolak troli sambil dukung anak kat TF. Aku sentiasa berterima kasih pada suami aku. Kerana kesudiannya memperisterikan aku, sekaligus aku merasai nikmat menjadi seorang ibu dan dalam masa yang sama ketidakupayaan aku sem4kin pulih.

Setiap kali aku berjaya unlock ketidakupayaan aku, aku akan cakap terima kasih abang. Semoga Allah bagi syurga tanpa hisab untuk abang. Satu lagi perkara yang aku syukuri adalah ipar duai dan biras – biras yang menerima baik dan faham keadaan aku.

Mereka semua golongan professional. Hanya aku yang tidak bekerja. Tapi mereka sentiasa meraikan keberadaan aku. Nama – nama mereka juga sentiasa dalam doa aku. “Uni pergiIah rehat, takpa akak buat. Uni boleh tak nak p0tong tembikai tu, meh akak tolong. Masa Uni susukan baby tadi akak dah suap si abang tu makan. Kenyang dah tu”.

Allah. Inilah hadiah yang Allah bagi atas liku – liku yang telah aku tanggung 29 tahun lalu. “Yang, jom pi Genting sat gi. Awak siap diri awak ja. Anak – anak, beg baju semua abang siap”. Suami jenis yang suka berjalan tapi tak plan awal – awal.

Dia rasa nak pergi, terus jom. Aku siap, tolong dia sikit – sikit. Masuk kereta dengan anak – anak. Dia yang tutup segala tingkap pintu lampu kipas grill semua. Per4ngai ni dari sebelum ada anak. Dia cakap dia lebih yakin bila dia yang handle semua tu.

Jika dulu aku hanya mampu melihat rakan – rakan sebaya aku berjalan, bercuti. Seronoknya mereka. Boleh drive sendiri. Boleh pergi mana saja tempat yang rasa nak pergi. Sekarang aku ikut suami pergi beli susu anak je asalnya, dah beli, “abang rasa macam malas nak balik. Jom pi raub pekena patin tempoyak”. Fuhhh. Dari Ipoh tu guys.

Tiada lain, hanya kesyukuran yang sentiasa aku panjatkan. Kalian, sabar itu sangat berat. Tapi ganjarannya teramatlah indah. Apa jua ujian yang datang, ianya hadir kerana kita mampu. Hadapilah ia dengan bijak dan positive. Jangan cepat mengeluh. Banyakkan bersyukur. Allah tambah lebih lagi. Pasti. – Uni (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nina Raihana Mohd Azmi : Tak pernah saya baca confession kat sini saya menangis. Saya doakan confessor dan suami dipermudahkan segala urusan dunia akhir4t. Terima kasih confessor share kisah yang boleh bagi motivasi walaupun kisah kite semua tak sama dan nasihat dihujung penulisan.

Nurul Mohd : Betul uni. Masa suami akak meninggaI tahun lalu, akak down giIa. Hari – hari menangis. Anak – anak masih kecil. Rapat pulak dengan ayah mereka. Dengan keadaan baru resign dari last job 3 bulan sebelum suami meninggaI.

Sehingga lah terdetik dalam hati begini: “Dalam berjuta wanita bergelar isteri dan ibu, aku yang terpilih untuk ujian ini. Kalau Allah yakin aku mampu menghadapi ujian ini..siapa aku untuk menidakkannya?” Tahniah uni
Uni mesti orang yang baik sehingga dapat yang baik – baik. Semoga berbahagia ye, dik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.