Badan aku berbirat, aku terhenjut – henjut cuba cari kawan baik aku. Dia anak jiran aku. Kami akan duduk di dalm bilik dia. Aku tunjuk badan aku yang s4kit kena pukuI. Nanti kawan aku akan letakkan ubat..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Lately aku tengok ada beberapa confession pasal pengalaman did3ra oleh ibu bapa dan akhirnya mengganggu em0si anak. Jadi, aku pun terpanggil untuk share secebis kisah tentang diri aku yang mana aku tak pernah share dengan mana – mana blog.
Bukan nak membuka aib sendiri tapi sekadar untuk dijadikan panduan atau pengajaran hidup kepada semua anak – anak yang pernah menjadi m4ngsa secara fizikaI dan mentaI. Sebelum tu aku namakan diri aku yuli (bukan nama sebenar).
Aku merupakan seorang anak angkat. Ibu ayah angkat aku memang tiada rezeki untuk mendapat zuriat sendiri. Bila aku masuk 4 tahun, aku bagitau mereka yang aku nak adik. Jadi mereka telah ambil lagi seorang anak angkat tetapi mempunyai talian d4rah dengan ibu. Dia adalah anak saud4ra ibu aku.
Ibu angkat aku ketika muda ialah seorang pembersih, rajin solat, tak abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak – anak. Cumanya dia seorang ocd, panas baran, suka mem4ki dan menyumpah seranah pada aku kalau ada silap aku buat. Malah suka mer0tan dan naik tangan dekat aku.
Cakap jela apa aku tak kena, r0tan, kayu, getah paip, raket badminton, yang seumpamanya lah atas kesalahan aku buat. Kalau ada je tak kena memang aku stand by sahaja lah. Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika aku macam mana.
Selalunya lepas aku kena berbirat – birat, aku terdencot – dencot akan cuba cari kawan baik aku. Dia anak jiran aku. Kami akan duduk di depan hall atau bilik kawan aku. Aku akan luahkan dan tunjuk badan aku yang s4kit kena pukuI.
Bila ingat balik aku rasa sedih. Nanti kawan aku akan letak kan ubat dan turut bersedih. Tapi zaman kecil apa lah yang aku faham. Zaman aku kecil, aku tidak lah bebas macam kawan – kawan lain. Setiap hari ibu aku akan bagi tugasan, sapu rumah, mop lantai, lap dinding, tingkap, basuh bilik air dan sebagainya. Without fail ya. Kalau ada tak berkenan memang aku akan kena.
Adik aku memang tak merasa kena macam aku mungkin sebab dia ada pertalian d4rah. Ingat lagi, bila kami bermain sama, biasalah mesti ada g4duh. Mesti aku yang kena walaupun bukan salah aku. Masalahnya ibu kalau r0tan memang sampai Iuka badan. Aku hanya mampu menahan dan menangis teresak – esak.
Kadang – kadang tak cukup dengan pukuI, dia tarik dan h4ntuk ke dinding. Berpinar jugak lah kepala aku. Benjol dan pernah berd4rah. Kesan dia sampai sekarang ada. Dulu kalau aku kena, bila balik aku akan cakap pada abah. Nanti diorang akan g4duh sebab abah sebeIah kan aku.
Nanti lepas tu teruk aku kena m4ki. Aku sedih nak tulis apa m4kian aku terima. Sebab macam h1na aku rasa diri aku. Anak pungutlah.. ceIaka.. siaI.. Aku sangat tertekan waktu kecil tapi tak tahu nak buat apa. Bapa aku pula kerja balik malam.
Nak dijadikan cerita, abah aku curang dengan ibu aku. Bukan sekali tetapi berkali – kali. Pernah tak balik rumah. Kalau balik kejap lepas tu diorang berg4duh, jerit- jerit dan pecah barang. Nanti bila abah dah m4ki – m4ki ibu, dia keluar tinggalkan kami.
Maka lepas tu ibu akan lepaskan kemarahan dia pada aku bukan pada abah. Pernah dia pukuI adik tapi aku pert4hankan adik sebab aku tak nak dia s4kit macam aku kena. Memang teruk aku kena masa tu. Jiran – jiran tahu per4ngai ibu tapi mungkin tak nak masuk campur.
Ibu kawan aku yang selalu dengar luahan aku bila aku bermain dengan anak dia waktu petang. Abah aku seorang yang baik cuma per4ngai curang dia buat aku keliru samada dia sayang pada kami atau pun tidak. Abah tak pernah pukuI aku atau adik.
Aku faham kadang – kadang ibu tertekan dengan abah tapi cara dia lepaskan kemarahan itu memang zaIm aku rasa dia buat pada aku. Padahal selama ni aku yang banyak bantu ibu. Aku tolong dia jual kerepek. Bawak pergi sekolah masa kecil.
Dulu pergi sekolah memang tak mewah sebab kami bukan orang senang. Bekas sabun axion tu kalau korang ingat lagiIah, itulah bekas aku guna bawak bekal nasi dengan ikan bilis goreng dan letak kicap. Kadang – kadang telur.
Syukur aku ni seorang anak yang tak memilih makanan. Tengok kawan – kawan makan sedap tapi aku tahan sahaja. Tetap bersyukur masih ada bekal untuk di makan. Masa sekolah pernah minta ibu duit nak beli sarapan tapi dia tak bagi cakap tak ada duit.
Jadi pergi sekolah memang berlapar dan tak sabar nak tunggu waktu rehat nak makan bekal ibu bagi. Oh ya aku lupa bagitau ibu dulu pernah kerja kilang. Ibu dan abah bergilir hantar aku ke sekolah cuma bila pergi dengan abah memang aku akan ke sekolah cepat tapi dengan ibu memang lambat.
Aku selalu sampai lambat. Masa tu ibu bawak motor kecil yang macam scooter tu, maaf aku lupa apa nama motor tu. Motor tu memang tak laju. Pernah aku menangis minta ibu cepat hantar ke sekolah tapi aku dit3ndang, memang rasa senak waktu tu.
Ya Allah, kenapa lah ibu tak ada perasaan waktu itu. Bila sampai sekolah, cikgu kelas aku hanya menjeling ke arah ibu dan aku. Sepatutnya aku marah pada ibu tapi hati aku marah pada cikgu. Dah lah jeling malah dia tak baIas senyuman ibu.
Boleh ke pembaca faham perasaan aku. Kekeliruan perasaan aku nak memihak kepada siapa waktu itu. Aku banyak bermain dengan perasaan sendiri waktu itu. Perasaan yang sama terhadap abah. Dia baik dan sayang aku tapi dalam masa yang sama aku marah dengan apa dia buat pada ibu.
Aku kesian pada ibu tapi ibu jadikan aku pvnching bag. Aku memang selalu terasa hati sebab jurang pilih kasih ibu antara aku dan adik terlalu obvious. Adik tak pernah diherdik. Baju kasut beg dan peralatan sekolah atau harian tak ada masalah untuk dibelikan baru.
Kalau aku mesti dia akan suruh aku belajar betul – betul dapat nombor yang baik baru dapat ganti baju, kasut dan keperluan lain. Pakai kasut koyak tu dah jadi kebiasaan pada aku. Kalau aku nak kemas, lepas basuh aku letak kapur.
Jadi hujung kasut yang terk0yak tu tak lah obvious kan sebab keras. Kiranya kalau aku nak kan sesuatu aku kena berusaha lebih untuk buktikan aku betul – betul layak untuk dapatkan sesuatu. Bila aku dapat sesuatu pemberian dari ibu atau abah, aku rasa beruntung sangat dan cermat – cermat aku guna.
Alhamdulillah dari tadika sampai lah sekolah menengah, pelajaran aku agak cemerlang tapi kurang mendapat sokongan / pujian dari ibu dan bapa. Aku aktif masuk aktiviti di sekolah sebab aku suka subjek bm, bi dan agama.
Pernah aku minta ibu isikan borang kebenaran ibu bapa untuk masuk satu pertandingan tapi ibu ronyokkan borang tu. Teresak – esak aku menangis ambil borang yang ibu ronyokkan dan baling tu. Aku iron balik borang tu dan tunggu abah balik tengah malam untuk dia sign. Sedih kalau diingatkan.
Dulu masa sekolah rendah dan sek agama, darjah 1 sampai 3 aku dapat no pertama tapi ibu dan abah tak pernah datang sekolah tengok aku naik atas pentas. Cemburu aku tengok kawan – kawan bila ibubapa diorang datang dan civm peIuk anak mereka.
Aku hanya mampu menangis dalam hati. Kalau masuk pertandingan pun sama, aku macam berjuaang sendiri sahaja tanpa sokongan dari ibu dan abah. Aku suka masuk aktiviti di sekolah sebab aku rasa orang hargai aku sebab aku tak dapat perasaan tu bila dengan ibu dan abah.
Adik aku belajar biasa – biasa sahaja tapi ibu dan abah ambil tahu pasal dia berbanding dengan aku. Aku tak dapat guidance cuma pandai – pandai sendiri buat keputusan. Disebabkan suasana keluarga aku begini, aku menjadi sangat matang.
Aku dah terbiasa buat keputusan sendiri dan buat kerja sendiri, jadi aku tak suka menyusahkan orang lain. Cuma disebabkan ibu selalu mempunyai expectation pada aku dan bila tak dapat dipenuhi aku akan dir0tan dan dipukuI, maka aku jadi seorang yang takut untuk buat salah.
Aku jadi terlalu cerewet dan kurang keyakinan. Kadang – kadang aku berIawan dengan perasaan sendiri dan overcome ketakutan aku. Aku takut nak luahkan pada cikgu masalah aku. Cuma aku percaya pada ibu dan kawan aku serta adik ibu aku.
Dia banyak bagi aku kata – kata semangat. Sehinggalah aku dewasa dan sudah berkeluarga ni, ibu dan abah dah mula berubah mungkin juga faktor usia. Walaupun ada Iuka dan kadang – kadang d3ndam dalam hati, cepat – cepat aku buang jauh perasaan itu.
Aku tak pernah sia – siakan ibu abah angkat aku. Setiap bulan tak pernah aku lupa untuk bagi duit poket bulanan. Aku cuba gembirakan mereka sebaik boleh. Alhamdulillah aku dah ada keluarga dan anak – anak sendiri.
Nampak ibu abah sayang anak – anak aku. Yang pasti, aku tak pernah melayan dan mendidik anak – anak aku seperti mana yang aku pernah hadapi dulu. Aku tak pernah biarkan anak – anak aku tanpa bimbingan malah aku sentiasa menyokong mereka.
Bila anak aku yang sulung naik ke pentas untuk ambik anugerah di sekolah, aku orang yang paling bangga sebab aku ada dengan dia. Aku tak akan sia – siakan anak – anak aku. Banyak lagi kisah aku yang aku tak dapat nak coret kan di confession ini.
Maaf kalau terlalu panjang. InshaAllah kalau ada masa terluang, aku akan share lagi kisah hidup aku. Sebelum itu, aku harap kepada parents yang ambil anak angkat, tolonglah bersedia dari segi mental dan sayangiIah anak itu seperti anak kandung.
Jangan lah pilih kasih setelah kau dikurniakan zuriat sendiri. Anak angkat juga ada perasaan. Jangan kau herdik dia dan rendahkan dia sebab setiap anak itu ada rezeki untuk kita.. InshaAllah.. – Yuli (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Umi Habiba : Tak sedar airmata laju jer baca confess Yuli. Tapi Allah Maha Penjaga, Yuli tidak menjadi depr3ssion sebab Yuli berdamai dengan waktu silam. Syabas anakku, makcik bangga. D0sa – d0sa mak tu serah saja pada Allah, kita ni sebagai mak bapak jangan ingat tak berd0sa kalu buat anak macam – macam. Kalau biarkan saja d0sa silam kita tanpa istighfar, kita tetap dapat baIasannya di akhirat nanti.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.