Aku anak bongsu dijadikan h4mba oleh mak aku. Sem4kin hari m4kin benci dekat mak. Aku sanggup hadap ner4ka dari mak aku

Mak aku umur 62, tapi takde kebaikan yang aku nampak pada dia. Hati dia penuh kotor. Dengan jiran – jiran dengki. Dengan anak – anak sendiri dengki. Dengan menantu lagi tak payah cakap la. Baru ni dia m4ki kawan baik aku..

#Foto sekadar hiasan. Selalu rasa kenapa mak aku ni per4ngai tak sama dengan orang lain. Terutamanya mak – mak lain. Sedangkan setiap yang dia nak aku turuti sebab fikir sejahat – jahat mak pun, tetap syurga aku bawah dia. Tapi per4ngai dia bab kata orang utara macam h4ram jadah.

Hari ni aku betul – betul dah hilang rasa pada mak aku. Sampai aku rasa andai ner4ka la tempat aku pun aku terp4ksa hadap ja la. Sebab tak mampu lagi dah nak bertahan dengan per4ngai dia. Mak aku umur 62, tapi takde benda kebaikan yang aku nampak pada dia walaupun dah jejak kaki ke mekah.

Takde pun dia fikir umur m4kin senja. Takde fikir nak zikir ngaji. Buat amal.. Lepas balik umrah m4kin teruk per4ngai dia. Hati dia penuh kotor. Dengan jiran – jiran dengki. Dengan anak – anak sendiri dengki. Dengan menantu lagi tak payah cakap la.

Cuba tunjuk satu orang yang dia tak berg4duh. Tak akan ada.. Yang ada semua orang yang berg4duh ja la. Sebab per4ngai pelaq dia tu. Kalau orang tu dia suka, kita kena suka.Kalau dia benci, kita kena benci. Setiap benda aturan dia ja la. Nak pi mana, nak makan apa. Semua kena keputusan dia.

Kalau berjalan seharian pun takpa. Dia paling suka nak berjalan. Tak suka duduk rumah. Tak payah sembahyang tak payah apa. Langsung tak kisah atau bersalah. Sampai macam tu per4ngai. Nanti balik rumah dia qada. Ataupun kalau aku singgah masjid, dia akan pi solat.

Tapi kalau lone ranger macam tu takpa.. Ni mesti nak kena aku ikut. Kalau aku tak nak bawak, mengungkit la macam – macam. Dia jenis apa benda pun tak boleh bergerak sendiri. Mesti kena ada sapa – sapa dengan dia. Aku ni sampai dah tak dak kawan – kawan tak dak kehidupan dek kerana nak jaga hati dia.. Sampai aku dah nak member0ntak.

Kami adik beradik semua lelaki. Aku yang bongsu. Dan tak kahwin. Sebab setiap perempuan dia reject. Setiap perempuan dia akan buat aku berg4duh. Sebab mak aku ni jenis mata ghain. Boleh nampak ketidak puasan hati dia kalau aku ada pasangan. Terus dia rasa tak puas hati. Terus cari kelemahan pasangn tu. Dia akan kata nanti dia cari.

Tapi lepas tu dia akan buat drama sedih nanti kalau aku kahwin konon aku tak peduli dia. Menantu tak akan suka dia. Macam – macam lagi la. Ya la, kalau aku kahwin, dia dah tak de h4mba. Sebab abang – abang aku dah kahwin. Dah ada keluarga. Dah tak boleh ikut cara dia.

Jadi aku ja yang jadi m4ngsa. Aku tak kisah nak jaga mak.Tapi per4ngai dia aku tak suka. Setiap masa kena bawak dia keluar. Aku kena hidup untuk dia ja. Aku dah macam h4mba untuk dia. Aku tak boleh ada kehidupan aku sendiri.

Aku nak enjoy dengan kawan – kawan dia tak akan suka. Sebab dia tak boleh duduk rumah. Bila keadaan ni berlaku kat aku, baru aku faham kenapa selalu kita dengar anak tingalkan mak ayah kat rumah orang tua la. Anak – anak tak nak jaga mak ayah la.

Jangan marah anak – anak tu. Sebab kita tak tau per4ngai mak bapak tu macam mana dulu. Memang selalu kita dengar, masa kita kecik mak jaga kita. Tapi dah besar tak mampu nak jaga. Bukan tak mampu nak jaga, tapi setiap benda k0ndem. Setiap benda mengata.. Tambah dengan per4ngai yang cukup h1na.

Beza tau tak jaga budak kecik dengan orang tua. Tak sama.. Per4ngai orang tua meny4kitkan hati. Bagi mak aku setiap benda salah.. Abang aku bagi 1 sen untuk keluarga besan dia, 100 tahun dia mengungkit. Macam kita habiskan duit dia pulak.

Sebab dia tak suka kita buat kebaikan apa pun pada orang lain.. Buat kat dia tak pa. Macam dia superior sangat kita kena layan dia. Macam – macam isu berlaku dalam rumah kerana per4ngai mak. Kak ipar aku belanja orang makan ja pun.

Dia jadikan isu besar. Berg4duh teruk sampai abang aku keluar rumah. Sebabnya kononnya kak ipar tak kerja.. Kak ipar habiskan duit anak lelaki dia untuk benda tak faedah. Padahal tu duit suami dia. Satu lagi per4ngai buruk dia, suka pasang telinga dengar apa orang cakap. Aku malu weh. Aku malu dengan per4ngai mak aku.

Jiran bersembang dia akan curi dengar, kami anak beranak lagi tak payah cakap. Lepas tu bangga pulak dengan sikap s3tan dia tu. Nak tahu orang bercakap apa. Mengata apa. Sebab bagi dia orang akan sentiasa mengutuk dia.

Kalau dengan kami, semua benda kena cerita dengan dia. Tapi kalau cerita pun dia bukan faham. Tapi sibuk semua benda nak tahu. So bila kita dah stop cerita dengan dia, dia mula buat macam tu.. Suka pasang telinga dengar orang bercakap apa.

Abang cakap dengan bini pun dia curi – curi dengar. Per4ngai menjijikkan. Mungkin dari dulu pun per4ngai dia macam tu kot. Banyak lagi per4ngai buruk dia.. Aku sendiri malu nak tulis. Kalau bagi sedekah 1 ringgit pun dia tak puas hati.

Tak puas hati sebab bagi dia kita bagi dekat orang yang salah. Kononnya dia ja yang tahu sapa pengemis yang betul dan salah. Per4ngai mak aku ni dah macam orang giIa orang psik0. Cucu – cucu satu pun tak rapat atau sayang.. Kami anak – anak pun sama.

Sebabnya terik4t dengan tangungjawab ja nak kena jaga dia. Aku mengaku tak dak rasa sayang pada mak aku. Hanya tangungjawab semata – mata. Ni time raya, ada sorang kawan tempat kerja orang sabah.. Dia tak balik kampung sebab cuti tak panjang.. Lagipun tiket mahal.

Dia saja la satu – satunya kawan yang aku rapat. Aku ajak dia beraya kat rumah.. Pagi tadi pi beli barang. Kawan aku ni ada masalah bahu. Dia pernah operate. So aku offer nak bawak barang – barang dia beli. Masa tu mak ikut jugak.

Ya la dia memang tak boleh duduk. Pergi mana pun wajib bawak dia. Semua dia akan sibuk – sibuk nak ikut. Kalau tak segala drama air mata, segala sumpahan keluar. Aku malas nak str3sskan diri. So bawak ja la. 2 kali aku mintak barang kat kawan aku, kali kedua tu dia tarik aku ke tepi, dia terus tegur kenapa bawak barang kawan – kawan aku.. Biar dia sendiri barang.

Aku terus beng4ng la.. Itu pun nak jadi isu ka. Terus aku meng4muk. Aku kata aku ni dah 30, masih nak kawal hidup aku ka. Sengaja aku bagi balik barang kat kawan aku.. Terus dia kata aku maIukan dia depan kawan aku.

Aku kata aku m4kin benci dengan per4ngai dia. Mak aku ni sikit pun tak kenang jasa atau budi orang. Tapi bagi dia, budi dan jasa dia yang paling banyak. Lepas tu orang tak kenang. Buat apa pun tak ikhlas. Nak kena orang puji dia. Sejuta tahun mengungkit.

Masa 2 pagi mak aku balik dari umrah, kawan ni la tingalkan kerja, tinggalkan semua bawak keta dia drive hantar mak aku balik 6 jam perjalanan ya. Sebab mak aku tak sihat masa tu. Tu semua tak nampak satu jasa untuk dia.

Tapi hanya kerana aku belanja kawan teh tarik secawan, terus dia rasa duit semua habis kat kawan – kawan. Terus dia tak puas hati. Asyik dok mengata kawan ambik kesempatan. Aku ni baik tak tertempat la. Aku bawak kereta kalau kawan tu ada, dia tak puas hati kalau aku bawak.. Bagi dia, biar kawan bawak. Biar aku rehat.

Dia sangat selfish. Hanya dia anak – anak selamat tak pa.. Orang lain jadi apa pun dia tak kisah. Tapi kalau bersusah payah untuk dia, dia tak peduli semua tu. Sebagai contoh aku keluar dengan kawan – kawan balik pukuI 10 malam. Terus dia masam muka. Sebab dia tak puas hati.

Dia akan sengaja kata, esok kan kerja awat tak balik awal tido awal. Tapi kalau aku bawak dia berjalan, pukuI 10 aku nak balik, dia akan kata awal lagi. Biar sampai rumah dalam 11 lebih. Sampai – sampai tido. Yang tu dia tak kisah pulak esok aku kena kerja.

Tapi bila kita ungkit semua tu, ada ja la putar belit dia apa – apa. Nak nampak dia tak salah. Entah la.. Meluat nak cerita pasal dia. Dok bangga dengan duit harta dia.. Kononnya sebab dia ada duit, kami ni dapat merasa macam – macam sebab duit dia. Jadi dia pijak kami macam mana pun kononnya kami akan tetap jilat dia.

Tu tanggapan dia. Tapi dia tak mau terima kami terp4ksa jaga dia hanya kerana dia tu mak kami. Bukan sebab duit dia ka apa. Dia rasa nak pi sana sini, bila kami kata tak dak duit. Dia akan bagi duit. Tapi bagi dia, tu benefit yang kami tumpang dari dia. Dia tak nampak dia yang nak pi situ.

Hari ni aku g4duh dengan mak aku sebab dia h1na kawan sabah aku tu depan – depan dia. Dia kata tak rasa malu ka mai rumah orang makan free duduk free. Dia cakap masa aku tak dak. Patut kawan aku tiba – tiba nak balik dah.

Lepas tu dia kata tak mau berkawan dah dengan aku. Sebab mak aku kata dia dok buIi aku. Kikis duit aku. Aku rasa teramat – amat malu dengan per4ngai mak aku. Sekali lagi aku hilang orang – orang baik kerana mak aku. Aku buat keputusan nak keluar dari rumah.. Tapi sekali lagi tangungjawab menghalang aku.

Macam mana dia nak surv1ve kalau aku tak dak. Mak aku tak pandai baca tulis. Nak keluar duit kat atm pun tak tau walaupun dia ada pencen bapak aku banyak. Lagi satu mak aku baru buat laser mata. Dah 2 bulan lebih. Masih perlu penjagaan. Setiap bulan kena chek up.

Entah la fikir – fikir semua ni, aku tak mampu jugak nak lari. Aku masih di rumah ni. Cuma tak bercakap dengan mak. Sentiasa elak berjumpa mak. Aku masih masak dan buat kerja rumah untuk dia. Cuma sejak kes tu, nampaknya ego kot.

Dia tak sentuh masakan aku. Dia pergi masak sendiri. Tak kisah la yang tu.. Cuma mungkin bila dalam hati masih ada simpati, selagi tu la kot orang akan ambik kesempatan walaupun tu mak kita sendiri. – is (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Yazmin Omar : Boleh masak sendiri, larat lagi nak pi jalan sana sini itu maknanya dia boleh urus diri dia sendiri. Cuba jarakkan diri, buat apa yang perlu saja untuk 1 tempoh, tengok dia cemana. Doa agar ibu lembut hati.

Kalau angin marah dia datang ko pegi la memana keluar dari situasi tu, biar dia ng4mok sorang – sorang. Memang susah nak ubah orang lain (takkan dapat), tapi ko boleh jaga diri dan mental ko. Jangan rasa bersalah lagi untuk berkawan atau rasa happy, sebab ko dah besar mat.

Akrima Abu Bakar : Awak anak yang baik, walaupun ibu bersikap begitu masih tak sampai hati nak tinggal. Kalau anak lain , mungkin lama dah lari dari rumah tak toleh belakang. You are an expert in your life. Apa saja yang berlaku kamu saja yg merasai peritnya.

Namun, selagi boleh sabar, sabar lah. Sikit pon takkan rugi orang – orang yang berkhidmat untuk ibu. Pahala berbakti pada ibu umpama sama seperti jihad fisabilillah. Anggap saja kamu sedang berjuaang di jalan Allah.

Haritu ada baca, akan disediakan satu tempat di syurga untuk anak – anak yang bersabar dengan sikap ibu ayah yang berper4ngai buruk. Syurga itu mahal harganya, andai inilah asbab yang mampu membawa kamu masuk syurga, apakata bersabar sikit saja lagi.

Doa banyak – banyak, bersikap dengan baik, dakwah ibu dengan sabar. Siapa tahu di hujung usia Allah beri kesed4ran pada ibu berubah menjadi lebih baik berkat doa dari anak yang soleh.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.