Kisah pahit aku bermula bila ayah aku ceraikan mak aku, dan kahwin lain. Mak aku dah tak bertudung labuh. Dia jadi freehair dan pakai make up. Jiran mula bergosip tentang keluarga kami, em0si adik – adik aku terganggu sampai ada cuba yang keIar tangan sendiri bila tahu apa yang mak aku buat sebenarnya selama ini..
#Foto sekadar hiasan Assalamualaikum.. izinkan aku luahkan perasaan aku kat sini. Setelah sekian lama tersimpan, aku rasa nak meIetup.
Kisah pahit aku bermula bila ayah aku ceraikan mak aku, dan kahwin lain. Aku seorang je anak lelaki, ada 8 orang adik perempuan. Masa mak ayah aku berpisah, aku masih sekolah menengah. Mak aku bekerja, tapi terp4ksa berhenti sebab masih ‘terk3jut’ dengan keadaan baru.
Bermula mak aku duduk rumah, mak aku tak ada duit nak bayar sewa. Nak bayar bil sampai bil elektrik dan air terpot0ng berbulan – bulan. Kami adik – beradik, 3 hari makan sekali je nasi.
Study berlampukan lilin. Mak aku berniaga macam – macam tapi tetap tak laku. Sampailah satu hari mak aku bawa masuk lelaki setiap hari. Setiap hari tu lelaki yang berbeza.
Tak lama lepastu, mak aku dah tak bertudung labuh. Dia jadi freehair dan pakai make up. Kami dah ada elektrik dan air semula. Kami dah dapat makan sehari sekali.
Masa ni aku masih tak tahu pekerjaan mak aku. Aku sangat sibuk uruskan adik – adik. Antara 8 orang tu ada kembar 3. Mereka setiap masa berg4duh tarik rambut. Nak layan lagi 5 orang punya kerja sekolah.
Aku tersangat pening masa ni.. Masa aku tingkatan 5, aku kenal dengan isteri aku yang sekarang. Dia 1st love aku, semua yang aku buat, dialah yang pertama dan sampai sekarang cuma dia.
Masa aku kecil, mak aku selalu pesan jangan sentuh perempuan bukan mahr4m. Tapi waktu ni, mak aku selalu suruh aku bawa gf aku ni datang rumah. Dia siap bagi kond** supaya aku berhati – hati.
Bila mak sendiri dah support, campur dengan horm0n yang tengah menaik, aku akhirnya sentuh dia. Tapi tidaklah sampai buat hubungan keIamin. Hanya sentuh biasa.
Tak lama lepas tu parents dia bercerai dan mak ayah dia takde duit nak besarkan dia. Waktu yang sama, aku dapat tahu pekerjaan mak aku yang sebenar.
Jiran – jiran semua pulaukan keluarga kami, bergosip tentang kami, tak mahu berjual beli dengan keluarga kami. Sebab mereka kata, tak nak makan duit har4m.
Aku? Aku nak menangis, nak menj3rit, nak lari. Tapi aku ada 8 orang adik perempuan. Em0si mereka lebih terganggu dari aku sampai ada yang cuba keIar tangan sendiri. Disebabkan hal ni, 8 orang adik perempuan aku ni, aku jaga betul – betul macam aku seorang ayah.
Dapat result spm, aku dapat result 6A. Tapi aku tak sambung study. Aku takut adik – adik aku terikut mak aku. Aku pilih duduk kat rumah tu dan kerja yang fIexibIe. Supaya aku ada masa nak ambil report card diorang.
Kenapa aku tak marah mak aku? Sebab aku tahu, mak aku sendiri faham apa yang baik dan yang buruk. Dan aku faham bagaimana teruknya keadaan mak aku masa ayah aku ceraikan dia.
Aku pilih untuk nasihat secara berhemah. Secara lembut dan baik. Aku tak nak jadi lelaki macam bapak aku. Sekarang aku umur 24 tahun, aku dah kahwin dengan gf aku yang dulu masa tingkatan 5.
Kami ada seorang anak lelaki. Apa yang membuatkan aku serabut sekarang ni, sebab 2 tahun lepas mak aku berhenti buat pekerjaan tu dan berniaga goreng pisang.
Jangan salah faham, aku sangat gembira tentang hal tu. Cuma aku tertekan je.. mak aku jual goreng pisang. Memang tak mampu nak sara adik – adik aku. Jadi aku ambil kembar 3 dengan sorang lagi duduk dengan aku dan isteri.
Jadi aku rasa terbeban dengan gaji aku yang cukup makan. Tak cukup nak saving. Perbelanjaan sekolah, makan anak bini. Hulur duit kat mak aku lagi, aku kadang menangis sorang – sorang. Kawan – kawan aku ramai yang suruh aku minta nafkah adik – adik aku kat ayah.
Tapi bapak aku tak peduli macam adik – adik aku ni bukan dar4h daging dia. Bukan DNA dia. Bukan berbintikan nama dia. Takpelah, aku bukan nak apa, aku cuma nak luahkan rasa s4kit hati aku je..
Aku kesiankan bini aku je. Tiap hari masak bekal untuk adik – adik. Uruskan pakaian diorang, masak, ajarkan homework. Sambil jaga anak kecik kami, takde pun mengeIuh. Kadang – kadang bini aku cakap dia bahagia rumah ni bising dengan kembar 3 yang selalu berg4duh..
Cuma tulah, aku kerja dari pukuI 7 pagi sampai 3 pagi. MentaI aku kadang tak boleh terima.. Aku tersangat penat..
Aku kerja sebenarnya start 7 pagi sampai 6 petang. 6 petang sampai pukuI 3 pagi aku buat grabfood. Salah satu penyumbang kepada tekanan aku, jiran – jiran aku dulu. Selalu kacau mak aku, tak kira depan atau di media.
Kadang aku terbaca komen media sosiaI mak aku share hal agama, ternampak komen “bila peIacur berbicara..” aku ni, sampai m4ti aku ingat benda tu, mak aku langsung tak baIas apa – apa.
Adik – adik, aku jaga habis baik. Tak boleh couple, tak boleh keluar malam. Tak boleh tu tak boleh ini. Aku explain kesan dan akibat kalau diorang Ianggar pesan aku.
Setiap hari aku tanya dah solat ke belum. Alhamdulillah diorang dengar cakap aku.. Haih. Sorry la ayat berterabur, aku ni tak belajar tinggi.. Maaf menumpang confess kat page ni.
Sorry ye admin. Tak dapat nak kawal em0si ni.. Maaf kalau ada terkasar bahasa.. Doakan aku dipermudahkan segala urusan, assalamualaikum…
Komen Warganet :
Farhana Ismail : Ya Allah Mohd.. Kamu sungguh baik.. Semoga setiap kebaikan kamu menjadi asbab untuk menarik kamu ke syurga.. Terus kuat.. Dunia memang tempat berpenat leIah.. Tuai hasilnya di akhir4t kelak..
Terima kasih kerana menjaga adik – adik perempuan kamu dari terjeb4k dengan segala macam masalah sosiaI.. Terima kasih kerana tidak tinggalkan ibu kamu walaupun kamu sendiri tertekan dengan pandangan masyarakat.
Sabarlah.. Sabar itu buahnya manis.. Pasti ramai di sini doakan kamu.
Raden Norie Ibrahim : Adik seorang yang bijak sebenarnya tapi tak da rezeki untuk sambung belajar. Ok je saya baca luahan hati adik, ayat yang simple dan mudah difahami.
Moga adik terus menjaga mak, adik adik, isteri dan anak-anak. Dan jangan putvs berharap pada pertolongan Allah. Allah sentiasa bersama dengan adik.
Moga Allah memudahkan urusan adik sekeluarga dan sentiasa dimurahkan rezeki… aaminnn… kuatkan semangat, inshaaAllah pastinya ujian hidup ini akan berakhir dan digantikan dengan sinar bahagia.
Semoga Adik tabah dalam lalui ujian hidup ini. Ingat, jangan berputvs asa pada bantuan Allah. Allah sentiasa dengan Adik. Adik sebenarnya seorang yang hebat sebab tu Allah uji Adik macam Ni.
Allah takkan ujia h4mbaNya melangkaui kemampuan h4mba itu sendiri. Allah uji Adik sebab nak Adik sentiasa dekat dengan Dia Dan sentiasa berg4ntung harap dengan Dia.
Allah sayangkan Adik… AllahuAkbar… satu Hari nanti pasti Adik Dan Keluarga Adik Akan dapat sinar kebahagiaan itu.
Norizan Awang : Allahu.. ada lagi insan semulia adik dan ramai lagi sebenarnya di luar sana. Tindakan ibu adik tidak membaIas cerc4an terhadap dia adalah semulia – mulia tindakan.
Biar siapapun dia.. dia tetap ibu adik dan syurga adik ada padanya. Biar segunung d0sa dia biarlah Allah yang menentukan. Tiada siapa yang tahu pengakhiran kita meskipun kita seorang pend0sa.
Saya letakkan kesalahan ini yang sebesar – besar salah kepada ayah adik, dia yang patut bertanggungjawab. Dan adik sebagai suami, ayah, abang dan anak telah melakukan tanggungjawab dan tugas yang bukan semua orang boleh buat.
Percayalah Allah memberikan sebaik – baik ganjaran dan baIasan untuk adik nanti. Jangan abaikan solat..mohonlah kepada Allah moga Allah melimpahkan rezeki buat adik sekeluarga.
Di setiap kesuIitan pasti ada kemudahan, di setiap kepayahan pasti akan ada kesenangan. Sabar, redha, usaha dan jangan berputvs harap kepada Allah swt. Saya doakan adik dimurahkan rezeki, mendapat kebahagiaan atas apa yang telah adik lakukan. Aamiin2 yra
Siti Rahmah : Pedulikan cakap orang. Masa mak awak perIukan pertolongan, orang – orang seperti ketua taman, ketua kampung, jiran yang mampu atau saud4ra mara sebenarnya yang sepatutnya membantu
. Lebih – lebih lagi bila mak awak dah bertaubat, mereka malah menghin4? Memang tak ke mana amalan mereka, semua mereka sedekah dah kat mak awak.
Kuatkan lah semangat, insyaAllah, Allah lebih pandang tinggi awak dari mereka yang merasa diri suci. Mungkin mereka belum diuji seperti mak awak. Awak teruskan semangat, teruskan berusaha, insyaAllah rezeki halal ni akan berpanjangan dan penuh berkat.
Syukur awak ada isteri yang baik, hargailah dia sepenuhnya. Penat memang penat, semua orang ada penat masing – masing dik. Awak masih muda, sihat tubuh badan, gunakan sebaik mungkin. Nafkah adik – adik awak dah usahakan minta dengan ayah awakkan?
Tapi ayah awak yang tak nak bertanggungjawab, menanggung la di di ‘sana’ nanti. Sebenarnya dia sedang ‘berhutang’ dengan mak awak. Nampak tak berapa banyak ‘bekalan’ mak awak kat sana. Kirim salam dengan mak awak. Percayalah, awak sedang di kelilingi wanita hebat.
Connie Atek Enturan : Bangga dengan confessor nie.. Awak hebat dik sebagai seorang anak, abang, suami dan ayah. Tahniah kerana dapat menjaga adik – adik dengan baik dan tidak memandang hin4 terhadap ibu yang telah banyak berk0rban untuk membesarkan awak dan adik – adik dulu.
Semoga keluarga adik nie dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan. Jangan putvs asa dan Take care dik.