Sejak kahwin, saya m4kin kurus dan tak terurus dengan sikap lepas tangan suami hingga kena rujuk ps1kiatri

Saya terlalu penat dengan per4ngai suami sampai terlalu kurus dan terp4ksa jumpa pakar ps1kiatri. Sehingga satu hari saya tekad untuk ubah cara layanan pada suami. Untuk pertama kali sepanjang perkahwinan, saya JERKAH sekuat hati, saya sep4k kaki dia dan m4ki dia dengan ayat ‘PER4NGAI MACAM ORANG B0DOH!’

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi siaran confession ini. Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk berkongsi cara bagaimana aku handle rumah tangga yang hampir menjadi t0ksik dan r4cun kepada aku.

Ini juga sebagai maklum baIas kepada confession – cofession sebelum ini yang mempunyai masalah suami yang lepas tangan sama macam saya dulu. Kisah yang dikongsikan oleh TT terdahulu sebenarnya hampir sama dengan kisah saya.

Cuma bezanya suami saya bukanlah pemandu lori tetapi bekerja dalam bidang pembinaan. Sentiasa keluar pagi, balik malam. Usia perkahwinan juga baru masuk tahun keenam, mempunyai 2 orang puteri yang juga berumur 3 dan 1 tahun.

Saya juga wanita berkerja yang perlu keluar rumah seawal 6 pagi dan pulang pulang 5 petang. Suami saya juga seorang yang tidak tahu membuat kerja rumah, menjaga anak, malas mengambil tahu hal – hal dapur, eg0 dan p4ntang ditegur, suka sentap tanpa sebab.

Dan suruh saya fikirkan sendiri apa salah saya, hanya basuh pinggan yang dia guna sahaja, makan berhidang, dan suka tidur sepanjang hari kalau cuti. Saya pula?

Seperti puan terlalu mengalah, terlalu lembut, terlalu manjakan suami sehingga dari a sampai z tentang urusan rumah tangga, anak-anak, bil – bil kadang saya bayarkan, barang dapur saya belikan, barang keperluan anak saya belikan sehingga gaji saya sendiri saya tidak merasa.

Makan ditempat kerja kadang – kadang bercatu. Waktu itu saya pend4m segalanya, kalau saya suarakan mesti akan berg4duh dan saya yang kena mengalah. Saya yang akan minta maaf dan mengaku itu salah saya. Kenapa?

Sebab kalau saya meIawan, saya akan dibuat seperti tidak wujud, dia akan membiarkan anak – anak, dia akan tidur seolah – olah m4ti, dia akan keluar rumah dengan muka amat menyampah pada saya.

Saya ketika itu menjadi terlalu penat, tertekan sehingga terp4ksa dirujuk kepada pakar ps1kiatri. Itu pun sebab rakan sekerja yang perasan tentang perubahan diri saya. Terlalu cengkung, pucat, terlalu kurus dan nampak tak terurus.

Mereka mem4ksa saya berjumpa doktor dan akhirnya saya disahkan menghidapi depr3ssion dan anx1ety. Tak pasal – pasal kena makan ubat setiap hari. Akhirnya saya tekad, selagi saya yang tak berubah, saya terus hidup begini.

Jadi apa saya buat? Saya tukar cara layanan, cara menguruskan rumah tangga, cara berkomunikasi dengan suami. Tiada lagi perkataan ‘maaf’ kalau bukan saya yang bersalah.

Tiada lagi saya seorang yang kena handle anak – anak, bil – bil saya langsung tak ambil tahu, barang rumah saya langsung tak belikan (kalau habis, saya cakap habis), susu pampers anak saya senaraikan harga dan bagi pada suami, minta dia belikan (dia terk3jut masa pertama kali tengok harga).

Pendek kata, urusan yang sepatutnya suami uruskan memang saya serahkan sepenuhnya kepada dia. Saya langsung tak ambil peduli. Bagi saya, itu saja cara supaya dia sedar tentang tanggungjawab, tiada lagi suami yang manja dan mengada – ngada.

Pernah suatu malam, anak sulung mengajak ayah dia bermain tetapi suami saya sibuk dengan telefon. Entah macam mana, anak terbaIing patung lembut (patung baby) dan terkena dahinya.

Tiba – tiba dia meng4muk dan baIing semula patung itu sekuat hati kepada anak saya. Patung itu terkena dahi berhampiran mata anak. Menj3rit anak saya kes4kitan dan cakap matanya s4kit tak boleh buka.

Masa ini, untuk pertama kali sepanjang perkahwinan, saya JERKAH (bukan tinggi suara ya) suami sekuat hati, saya sep4k kaki dia dan m4ki dia dengan ayat ‘PER4NGAI MACAM ORANG BODOH!’.

Muka dia sangat terkedu, mungkin tak sangka saya boleh jadi begitu. Kalau dulu saya akan minta maaf, tapi sekarang saya langsung tak hiraukan dia. Nak merajuk? Merajuklah kau sendiri, nak sentap? Sentaplah.

Nak tidur tak nak bangun – bangun? Tidurlah, saya tolong tutupkan pintu. Buatlah apa pun, saya tak pujuk dan minta maaf seperti dulu. Sekarang semuanya dah berubah, eg0nya dah hilang ke mana,

Saya juga lebih berterus terang sekarang. Saya tak simpan perasaan saya lagi. Kalau saya tak suka, saya cakap straight saya tak suka. Kalau saya marah, saya zahirkan perasaan marah, saya cakap yang saya marah.

Kalau saya nak dia buat sesuatu, saya akan terus arahkan dia buat, tak ada minta lembut – lembut sampai kena minta maaf sebab susahkan dia bagai. Kalau dia beralasan, memang saya cakap saja saya tak puas hati.

Kalau saya penat, saya cakap saya penat, saya tak nak buat apa – apa, saya tak nak uruskan rumah, saya tak nak masak. Kalau saya mengantuk, saya cakap saya nak tidur dan terus tinggalkan anak – anak pada dia.

Yang penting komunikasi dua hala. Tiada lagi pend4m – pend4m, tiada lagi nak jaga hati sampai kita sendiri makan hati. Kau dah janji dan bina rumah tangga sama – sama, jadi kita hadap, kita susah senang, kita str3ss, kita penat sama – sama.

Itu yang saya selalu cakap pada suami. Kini, saya sem4kin sihat, mentaI saya sihat, jiwa saya bebas daripada bebanan em0si, saya boleh ketawa semula, saya lebih berkeyakinan, saya lebih sayangkan diri, anak – anak juga happy, suami juga sudah mula berubah lebih baik, rumah tangga sem4kin harmoni..

Satu ayat suami yang membuatkan saya pasti kehidupan saya sudah sem4kin baik ialah apabila dia cakap “abang tengok awak selalu ketawa sekarang, tak macam dulu, selalu nampak sedih.”

Mungkin cara saya tidaklah sesuai untuk semua rumah tangga, cuma yang penting di sini ialah kita sebagai isteri kita kena kuat dan berani untuk bertindak. Jangan terlalu lemah dan selalu mengalah.

Ada masa suami kita juga membuat salah. Memuliakan suami itu perlu, tapi jangan bertuhankan suami. Taat itu perlu, tapi jangan sampai jadi h4mba suami. Apa guna perkahwinan yang menjanjikan neraka sedangkan pada awalnya yang didambakan adalah syurga? Terima kasih. – Kekwa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Kumbang : Yessss! Sama seperti saya, kalau tak puas hati terus cakap.. Nak marah ke apa lain cerita. Janji jangan pend4m. Dari awal kahwin sampai sekarang dah masuk 10 tahun.

Berg4duh tu biasa, jangan terlalu nak nampak sempurna sampai diri tersiksa. Kalau salah tegur terus, kalau betul bagi pujian. Jangan pendam nanti jiwa kita tersiksa dan anak akan jadi m4ngsa.

Berkomunikasi itu penting, luahkan semua.. Biar pasangan tahu apa yang salah apa yang betul. Jangan ada pihak yang d0minan.

Cik Adiera : Kadang suami ni kalau per4ngai dia sebelum kahwin memang pengemas, pandai masak, tahu urus rumah memang lepas kahwin tak payah suruh dia memang tahu. Mak ayah diorang main peranan juga dalam hal ni.

Dapat suami manja teruk tak tahu apa, jenis dah raja sejak bujang, payah ler nak Ientur. Macam saya, haritu kena kecam sebab saya cakap suami saya Iipat kain. Ramai lelaki komen takut bini, saya bagi nasi k4ngkang, dan sebagainya.

Dah dia tak bagi Iipat kain, kemas rumah, takkan saya nak berg4duh dengan dia. Start kahwin sampai sekarang, sekali dua je kot saya Iipat kain. Yang duk kata takut bini tu mesti raja dekat rumah. Tak jatuh pun maru4h tolong bini.

Siti Isha : Suami dia masih boleh diIentur.. Kalau dapat yang panas baran, ada pulak simpan sen4pang jangan ikut cara sis ni. Terus je pergi pejabat agama, pastu report polis minta pengawasan supaya jauh dari suami sampai kes cerai selesai. Kalau tak tak pasal – pasal kena tembak time tidur. Ramai orang s4kit mentaI skrng ni..

Nur Hijrattul Nabihah : Hm. Awal lagi boleh lagi dibentuk. Syukur si isteri sedar untuk bertindak awal. Macam kes kenalan saya, usia perkahwinan dah 30 tahun. Awal – awal dulu macam ni lah caranya, terlalu bagi muka pada suami.

Si Suami jenis panas baran, jenis tak boleh ditegur. Tegur sikit, memang berd4s – d4s kena beIasah dengan suami (jantan dayus). Sampai sekarang sikap seperti raja. Jangan kata nak bawak pinggan pi dapur.

Makanan tak siap hidang atas meja on time, habis meng4muk satu rumah. Masa muda beIasah bini. Dah tua bangka, m4ki hamun bini. Sejenis anggap bini tu kuIi. Tu lah jadinya. Kesian kenalan saya tu.

Buat report kat balai, suami tak nak bagi kerjasama. Surat mahkamah sampai, si isteri kena beIasah balik sebab mintak cerai. Sekarang masing – masing dah tua. Suami 56 tahun, isteri 54 tahun. 30 tahun hadap benda tu.

Nur Hidayah Abu Bakar : Bagus. Dari penceritaan puan, suami puan kelihatan macam sejenis seorang yang mempunyai insekuriti tinggi sebab tu eg0 tinggi melangit.

Jadi cara mereka untuk dia rasa lebih baik ialah buat orang lain yang rasa serba salah. Bila puan tunjukkan you have nothing to lose by f1ghting him, baru dia sedar dia boleh kehilangan banyak perkara. Tapi tu pun nasib baik dia makan saman.