Dekat saya suami bagi RM500 je sebulan kena jimat – jimat tapi untuk mak dia sampai 5k!

Musim covid ni saya nak bersalin di swasta sebab saya nak suami saya masuk sekali dalam lab0ur room tengok macam mana siksanya untuk keluarkan seorang zuriat. Waktu anak pertama lahir suami tak ada pun sibuk kerja, orang lain yang azankan anak. Mak mertua siap cakap jangan kacau anak dia bekerja.

#Foto sekadar hiasan. Tujuan saya menulis di sini hanyalah untuk meluahkan perasaan saya kerana saya tiada tempat mengadu. Saya seorang isteri sepenuh masa.

Mempunyai seorang anak lelaki berusian 4 tahun dan sekarang sedang mengandung 2 bulan. Sebelum ini saya bekerja tetapi diberhentikan atas alasan syarik4t rugi. Nasib baik suami saya masih mampu menampung.

Sebelum ini saya duduk berjauhan dengan suami tetapi selepas diberhentikan saya berpindah untuk duduk bersama dengan suami saya. Saya ingatkan selepas duduk dengan suami kurang la sikit bebanan saya. Rupanya tidak.

Dari mengemas rumah, basuh baju, masak, urus anak, buang sampah, beli barang dapur dan sekecil kecil hal pun semua saya yang uruskan sendirian. Pendek kata tak ada beza pun ketika saya duduk sendirian dengan anak saya.

Lebih baik saya duduk sendiri dengan anak saya. Saya penat tapi saya malas nak cakap dengan suami saya. Sebabnya suami saya bila balik dari kerja mata dia tak lekang dari fon. Cakap pun kena ulang banyak kali.

Jadi saya malas nak buang tenaga saya. Saya kesian dekat anak saya. Bila ayah dia balik dia akan buat macam – macam untuk tarik perhatian ayah dia tapi ayah dia masih mata dekat fon.

Budak bila tak dapat perhatian, dia akan menangis ataupun akan member0ntak. Tau pula suami saya meng4muk bila anak saya menangis. Dia kata dia penat. Saya faham dia pun penat tapi saya pun penat sama.

Saya buat kerja rumah dari pagi sampai ke malam sendirian. Suami saya selalunya akan sampai lewat malam setiap hari dan dia tak ada off day. Jadi bayangkan saya terp4ksa gagahkan diri buat semua benda dari isnin sampai ahad seorang diri.

Kalau lauk habis saya terp4ksa bawa sekali anak saya pergi beli barang dapur. SebeIah pegang tangan dia sebeIah lagi pegang beg barang. Satu hari saya mengadu dengan suami saya yang saya penat dengan anak – anak jiran yang setiap hari akan datang bermain di rumah saya.

Budak biasalah main sepahkan mainan berebut mainan. Kalau saya tidak mengandung mungkin saya larat untuk kemas rumah setiap hari. Saya harapkan untuk suami saya sabarkan saya atau cakap la apa apa bagi penat saya hilang.

Tapi tak. Dia suruh saya berfikir balik. Mungkin mak budak – budak tu nak berehat jadi dia hantar anak – anak dia bermain di rumah saya. Dia suruh saya fahamkan situasi jiran saya. Saya jadi terkedu.

Suami jiran saya tu 24/7 kerja dari rumah. Saya malas nak g4duh jadi saya diamkan diri dan bawa diri tidur walaupun saya sedih sangat. Saya jadi lagi sedih bila saya ternampak whatsapp suami saya dengan mak dia.

Rupanya selama ni setiap bulan dia bagi allowance dekat mak dia 3-4k sebulan sedangkan saya cuma 500 sebulan. Itupun saya kena berjimat cermat sebab saya kena berkongsi duit tu dengan mak ayah saya.

Dulu waktu saya bekerja bolehla juga saya tolong lebih sikit mak ayah saya. Suami saya adik beradik dia semua dah bekerja dan belum berkahwin dan mereka masih tinggal bersama dengan mak ayah mertua saya.

Setiap bulan mereka akan bagi duit belanja kepada mak ayah mertua saya. Saya faham suami saya nak baIas jasa tapi kenapa dia tak adil. Kadang – kadang duit 500 tu saya guna juga untuk beli barang rumah ataupun anak saya.

Suami saya gajinya melebihi 15k sebulan dan saya tau dia memang lebih dari mampu. Soal hospitaI bersalin pula, musim covid ni saya nak bersalin di swasta sebab saya nak suami saya masuk sekali dalam lab0ur room tengok macam mana siksanya untuk keluarkan seorang zuriat.

Tapi suami saya tak nak. Dia suruh saya bersalin di government sahaja. Dulu waktu saya bersalinkan anak sulung saya pun suami saya tak ada temankan atas urusan kerja.

Dan mak mertua saya pesan dekat saya jangan kacau anak dia bekerja. Saya menahan s4kit contr4ction seorang diri sambil menangis. Saya keseorangan di lab0ur room ditemani nurse dan doktor.

Anak saya pun orang lain yang azankan. Dah 4 tahun berlalu tapi setiap kali terkenangkan detik tu mesti saya menangis. Saya dah pernah ceritakan hal ni kepada suami saya.

Kalau dah orang lain pun dia suruh saya utamakan dulu apetah lagi mak dia. Dia cuma cakap mak dia tak nak bagi dia risau. Saya yang bersalin sorang tapi suami saya pula yang orang suruh jangan risau.

Kadang – kadang saya penat dengan semua ni. Tolong doakan urusan bersalin anak kedua saya dipermudahkan. Biar la ayah dia tak nak temankan. Saya akan sentiasa temani anak anak saya.

Dan tolong doakan saya dapat kerja secepat mungkin supaya saya dapat hidup bertiga dengan anak – anak saya sahaja. Sebab saya sebenarnya dah terlalu banyak makan hati dengan suami saya dan keluarga dia.

Kepada suami di luar sana, tolong hargai isteri anda. Kalau anda penat, isteri anda lagi penat tapi kami masih tetap gagah untuk uruskan keluarga.

Kami tak minta gelang emas kereta porsche dan sebagainya tapi cukupla dengan membantu kami di rumah. Tanya apa yang perlu ditolong. Tanya bagaimana hari kami. Letakkan fon bila kami bercakap dengan anda.

Hargai isteri anda. Mungkin hari ini isteri anda masih lagi mampu untuk bertahan tapi esok lusa tak tahu. Jangan tunggu sampai isteri anda sudah tidak mahu ambil kisah tentang diri anda.

Jangan tunggu sehingga isteri anda merasakan dirinya sebagai pembantu rumah sahaja dan bukan sebagai teman sehidup anda. Tolong doakan saya kuat. Terima kasih… – Anon (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Atikah Jamaludin : Next time duit beli makan, minum, barang dapur semua mintak dekat suami. Duit untuk beli pampers susu anak pun mintak dengan suami jugak sebab tu kewajipan suami dan dia pun memang mampu.

Duit RM500 dia bagi tu simpan kemas – kemas untuk masa depan. Ada masa b0dek – b0dek la suami tu mintak gelang ke, cincin ke, boleh jugak buat simpanan di masa depan.

Untuk mak ayah awak, bagi bila yang awak mampu sahaja melainkn mak ayah tak ada pendapatan. Awak dan suami sebenarnya terlalu penat. Awak penat di rumah, suami pula penat di tempat kerja jadi dia harapkan di rumah tak ada gangguan dan boleh baring melepaskan leIah saja.

Pujuk suami ambil cuti sehari dua dalam seminggu untuk spend time dengan keluarga. Masa cuti boleh keluar jalan – jalan, makan sama – sama. Lepas anak kedua lahir nanti buat family planning untuk jarakkan kehamilan andai suami tak mampu nak bagi perhatian kepada anak.

Akhir skali semoga dipermudahkan urusan awak tt. Kalau menangis tu boleh redakan em0si awak, menangislah sekejap lepas tu bangkit semula dengan semangat baru.

Husna Kamaruddin : Sabar ye sis, tapi saya setuju kalau sis nak keluar dari perkahwinan t0xic ni. Satu je pesan saya, jangan lupa tuntut harta sepencarian. Mulai sekarang detailkan semua nafkah tertunggak dan nafkah tuntutan bila dah mintak fasakh nanti.

Sis jangan lupa apply hadhanah bila dah stabil kewangan (dapat kerja) sebab suami akan berkeras nak anak padahal tak jaga pun sebab tak nak bayar nafkah je sebenarnya. Banyak dah jadi kat luar sana.. Buat masa ni sis cuba la berani meminta, itu hak sis.. Minta sampai dapat, biar la dia bising janji apa yg sis nak dapat.

Farizah Mohd Ramli : Semoga puan dapat kerja cepat dan dipermudahkan urusan bersalin. Lepas anak 2 ni mohon jangan pregnant lagi tapi saya lebih suka tt keluar daripada perkahwinan t0ksik.

Dah pernah rasa bersuamikan lelaki gaji 5 digit tapi kedekut dengan anak bini. Bagi nafkah sangat berkira. Bukan tak pernah bincang tapi bekas suami mmg tak nak bagi dan jenis kedekut.

Lebih suka belanja untuk diri sendiri dan entah apa lagi yang saya tak tahu. Akhirnya saya pilih jalan sendiri dan hidup tenang dengan anak yang meningkat remaja.

Moral of the story, kalau dari awal suami memang kedekut, culas bab tanggungjawab tak mudah mereka nak berubah. Pilihlah jalan untuk bahagia dengan anak – anak.

Suami macam tu tak sayang isteri dan anak sekalipun mulut cakap sayang. Jangan buang masa hidup dengan lelaki yang tak tau hargai kita. Keep your head up, keep your heart strong.

Syamsiah Abd Ghani : Uiiii dahlah cuaca sekarang panas, bertambah panas lak baca sikap laki dan mak mentua awak ni. Tolong tanam dalam hati, cukup ini je lah zuriat awak.

Tak payah nak tunjuk siksa bersalin tu untuk dapat simpati dari suami macam ni, spesis eg0 tinggi petala langit ke 7. Dugaan manusia lain – lain dan awak sis diduga family suami macam ni. Saya doa Allah memberi hidayah dan kebijaksanaan pada suami awak.

Nur Syamimi : Kesian tt. Sebab tu dari kecik saya nak jadi wanita bekerjaya. Supaya ada duit sendiri sebab nasib orang lain – lain kan. Ada yang isteri tak perlu bekerja kerana suami mampu dan memang pemurah, itu memang bernasib baik.

Tapi ada juga suami mampu tapi kedekut. Cadangan saya, barang dapur, pampers dan susu anak semua biar suami bayar. Rm500 tu awak simpan je. Kalau 12 bulan dah ada 6k. Dengan suami ni memang kena garang sikit.

Bagitau dia tu tanggungjawab dia. Sebagai anak perempuan yang tak ada pendapatan, saya rasa mak ayah tt faham kalau awak tak hulur pun. Tapi nasihat saya, kerja la. Sebab saya rasa tt str3ss jaga anak sorang – sorang dekat rumah.

Kalau keluar bekerja, akan nampak environment baru, dapat jumpa kawan – kawan. Duit pengasuh suruh suami bayar.