Aku bagi isteri 4k sebulan untuk hal rumah dan anak 5 orang tapi dia kata tak cukup. Asyik cakap penat, duduk rumah pun penat ke??

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Isteri aku mer0yan anak sulung meninggaI. Bukannya anak tu boleh hidup balik. Ni ada anak lagi 5 orang. Nak juga teringat anak yang dah takde. Meh aku nak ajar sikit..

#Foto sekadar hiasan / AI. Dahsyat betul komen netizen ni. Dah berapa lama bini aku asyik sebut isu sama. Tak habis lagi pasal anak tu. Apa benda la tak boleh sangat nak lepas anak tu. Yang korang pun sama. Sama mengungkit pasal sorang anak tu.

Aku dah mengaku salah aku sebab aku biar dia. Habistu nak suruh aku nangis air mata d4rah ke macam mana. Bukannya aku boleh hidupkan balik anak tu. Dah lepas biar lepas. Tak payah nak meratap lagi dah. Lepastu dia sendiri mer0yan.

Bukannya takda anak lain nak tengok. 5 lagi anak aku dah bagi. Nak jugak meratap yang sorang tu. Dah takda dah pun. Dah sah anak tu masuk syurga dah pun. Kenapa nak suruh aku mintak maaf pulak? Aku mengaku salah aku tapi dia pun ada salah dia. Ikut kepala dia je aku nak kena mintak maaf.

Yang bini aku merentan tu kemain korang bagi support. Dia cakap dia mengidam air nenas tu je, dia tak cakap yang dia kejap nak durian kejap nak oyster. Samyang pun dia bantai makan. Memang la makan sikit – sikit tapi mak aku pun dah cakap benda yang sikit tu la kadang – kadang boleh jadi punca. Sibuk nak layan mengidam.

Yang 5 orang ni takda pulak nak mengidam itu ini. Elok pulak boleh tahan mengidam. Dah tahu anak sulung, jaga lebih la sikit. Dia yang bawak perut ke aku? Dia kan. Dia la kena pandai jaga. Nak jadi mak kot. Dia nak fikir sedih dia. Sedih aku tak payah? Itu jela isu korang. Pusing dekat isu anak tu je.

Dah mengaku salah pun salah, tak mengaku lagi la salah. Korang nak suruh aku mengaku salah macam mana lagi. Yang bini aku ni pun, dah apehal nak meratap pasal anak sampai jadi d3ndam. Gunakan isu anak untuk tutup salah yang dia buat.

Korang tak nampak ke dia sendiri dah mengaku ada lelaki text dia. Itu pun boleh jadi punca curang. Tak kisahlah mesra ke tak tapi tetap ada kan lelaki text dia. Aku ada bukti dah pun mamat tu ada text bini aku ni. Laki jenis apa tanya bini orang okay ke tak. Siap tanya belanja cukup ke tak.

Apa masalah tanya bini orang macam tu. Nak tunjuk aku ni lembik ke apa sampai siap boleh tanya pasal belanja rumah. Dekat situ pun dia mengaku mamat tu siap boleh ambik dia hantar rumah mertua aku. Alasan tak menghalalkan cara. Sebab tu aku cakap dia attention seeker. Saja konon buat anxiety sampai suruh jantan mana kutip dia.

Dia nak bawak pergi mahkamah, apa ingat aku tak boleh guna isu ni jugak bawak pergi mahkamah. Salah tetap salah. Wow siap ada bini nusyuz tulis pasal cerita dia pulak. Kau keluar tak mintak izin laki kau. Kau jah4namkan jugak harta benda dalam rumah. Kau tunjuk kepala besar kau acah feminis. Kau bawak lari anak. Bini jenis apa kau ni.

Laki kau pun jadi pengecut lepastu. Takut hilang bini. Sekarang laki kau tunduk ikut jari kau. Wah bagus betul kau kan. Mesti kau rasa hebat kan laki kau dah boleh ikut cakap kau sekarang. Ramai – ramai hasut bini aku bercerai dengan aku ni korang ada fikir ke dia nak surv1ve macam mana nanti. Aku ni kira ada hati perut lagi boleh tanggung dia.

Setakat dia buat tutor affiliate tu berapa sen sangat dapat. Pakat semua suruh dia tinggal anak dengan aku, korang ingat aku tak boleh jaga ke. Yang bongsu tu nasib sebab tengah menyusu badan je lagi. Apa yang payahnya. Aku suruh dia tu minta maaf dulu. Mengaku jela salah dia.

Dia buat drama sedih cerita pasal hilang anak dia, pergh ramai betul back up. Cerita pasal anak je boleh terus tutup cerita dia ada text dengan laki lain. Tak payah nak back up sangat. Benda dah salah. Kalau dia rasa berani, pergiIah mahkamah tu. Aku nak tengok sejauh mana berani dia.

Kira bagus la aku bagi kepercayaan dekat dia uruskan semua. Dia nak pening apa. Tiap bulan dapat duit. Bukan dia buat apa pun. Setakat duduk rumah tengok anak. Nak penat apa. Takkan tak reti nak buat planning belanja tiap bulan. Dia uruskan hal rumah je pun. Tu pun pening.

Bukannya aku suruh dia buat kerja lain pun. Dia yang serabutkan otak nak buat tutor la affiliate la. Dah tahu rasa belanja tu payah nak manage, cari la jalan lain nak jimat. Takkan tu pun aku nak kena buat. Yang masaknya dia, yang tahu berapa banyak beras dekat dapur pun dia. Bukannya sibuk nak layan perasaan sedih dia tu. Lepastu mula la str3ss la depr3ss la.

Sebab tu perempuan macam ni tak boleh nak bagi muka sangat. Kang aku tinggi suara sikit, terus diam. Lepastu mula la nak nangis. Serabut la. Itu hak aku nak pisahkan tempat tidur. Siapa suruh dia yang sibuk sangat nak text jantan lain. Meh aku nak ajar sikit.

Kalau ada mamat mana text kau, tak kisahlah kau dah kenal lama ke baru ke, tak payah reply langsung. Tak payah nak bagitahu kau okay ke, belanja kau cukup ke, tak payah. Kau rasa macam nak bvnvh diri, pergi cari Tuhan bukan cari jantan. Bukannya kau acah shaking. Terpaling nak shaking. Terpaling tiber tak boleh nak bernafas.

Tak payah nak hasut bini orang bercerai. Tahu la aku macam mana nak handle bini aku tu. Kena marah sikit, diam la dia. Pandai la dia terus senyap. Sendiri pun s4kit mental, ada hati nak bercerai. Konon kuat la tu baca komen netizen tu. Hari – hari bukak baca komen. Ingat aku tak nampak. Baca komen sikit lepas tu nangis. Serabut betul sikit – sikit nak nangis ni. – MAH (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Arsh Rahman : Part text lelaki lain tu, aku senada dengan tt. Apa jua alasan, isteri tetap terik4t untuk patuh pada perintah suami selagi tak bertentangan dengan syariah. H4ram seorang isteri berhubung dengan mana – mana lelaki TANPA izin suami, apatah lagi yang boleh menimbulkan fitnah.

Tapi yang part duduk rumah tengok anak saja apa yang penatnya, itu aku tak setuju. Dengan anak 5 (maybe masih kecil dan rapat – rapat), ayat kau penat apa dok umah je kot – ini memang sangat zero empati. Cuba tt ni ambil alih kejap jadi surirumahtangga urus anak – anak, masak, kemas rumah etc.. Tengok berapa jam nak tahan. Takat cuit – cuit anak time lepas kerja nak claim ‘ingat aku tak reti jaga anak ke’ – think again. Riak sangat tu, bro.

Syed Fadhli : Urusan rumahtangga bukan isteri je kena uruskan. Bila ko sebut barang dapur semua isteri yang uruskan, nampak sangat ko langsung tak tahu barang apa yang ada, cukup ke tak dan itu bukti ko tak ambil peranan sebagai suami yang baik untuk bantu urus rumahtangga bersama.

Aku anak 4, basuh baju aku buat, sidai pun aku, lipat baju pun aku (baju anak kecil selalunya isteri lipatkan), pinggan mangkuk kuali periuk kalau bertimbun dalam sinki aku basuhkan, anak kecil aku mandikan juga, barang dapur aku sediakan dan aku beli sendiri bersama isteri, kalau ada barang tak cukup baru isteri maklumkan.

Isteri aku penat urus anak, tak larat masak, aku suruh dia rehat, beli lauk / makanan Kat luar. Aku cuma malas masak je, tapi hujung minggu aku masak juga kadangkala. Apa aku nak merungut lagi, perut aku isteri dah jaga. Pakai aku isteri dah uruskan sekali anak – anak.

Anak mengaji dia hadap depan mata, banyak lagi urusan dalam rumah dia dah buat. Ko boleh cakap isteri ko buat apa je kat rumah? Urus anak – anak ko ingat macam bela kucing? Tinggal bagi makan minum lepas tu biar je? Apa peranan ko sebagai suami dan bapa dalam keluarga ko sendiri? Bagi duit?

Tu nafkah la badigol, sediakan tempat tinggal, makan minum dan pakai. Nafkah batin macam mana? Kasih sayang, beri perhatian, bantuan, sokongan dan semua hal melibatkan emosi isteri dan anak – anak. Ada ko jaga? Ko main dengan anak – anak? Anak – anak nak melekat dengan ko? Ko balik anak – anak datang sambut ko? Kalau anak – anak pun susah melekat dengan ko, tu bukti nyata ko sebagai bapak tak guna dalam keluarga. Sekain kapan dari aku bapak anak 4.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.