Aku pun call ayah aku sekali rupanya mak dengan ayah aku pergi guna kredit kad aku belanja saud4ra aku dari bahagian makan, beli barang lepas tu makan dekat hotel. Siap makan dekat hotel, sebab mak ayah aku nak menunjuk..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua izinkan aku berkongsi sebuah cerita ini pun aku menulis sebab aku nampak ada sebuah confession lama yang lebih kurang sama. Aku membesar dekat rumah flat, sampai umur 13 tahun aku anak tunggal dah masuk umur 14 tahun baru ada adik perempuan sorang.
Mak ayah aku ni kira tipikal mak ayah Melayu kita, nak anak besar kerja office beli rumah, ada kereta besar. Aku dari kecik lagi mak dan ayah aku dah letak expectations besar macam tu. Aku pun okay je iyalah siapa tak nak tinggal rumah besar dan naik kereta besar.
Bila masuk umur 14 tahun, masa cuti sekolah sebulan setengah mak dengan ayah aku p4ksa kerja. Diorang cakap “cari duit sendiri untuk beli buku, baju” jadi aku terp4ksa kerja waktu cuti. Kerja pertama kedai makan angkat pinggan dan cawan.
Basuh cawan, pinggan lepas tu pergi sebelum subuh balik pukuI 4-5 petang. Cuti cuma hari ahad, dapat sehari pula setakat RM15 ringgit. Waktu kecil dulu iyalah 15 ringgit banyak tapi hakik4tnya tak berbaloi dengan segala kerja aku buat.
Jadi setiap kali akhir tahu, cuti sebulan lebih dari umur 14, 15, 16 dan 17 tahun, mak ayah aku suruh kerja. Lepastu setiap hari asyik membebel, “tahu penat, aku kerja hari – hari macam ni”, aku pun nak tak nak terp4ksa ikut. Nak meIawan dia kata anak derh4ka.
Duit raya aku setiap kali dapat dalam 2-3 ratus hampir 80% kena ambil dan bakinya dapat lah 30-40 ringgit. Duit gaji pun lepas beli segala macam hal sekolah, baki ayah dengan mak aku ambil. Belanja sekolah jangan cakap sehari setakat 2 ringgit dan aku pula pagi sekolah kebangsaan dan petang nanti sekolah agama.
Mak dan ayah aku dari kecik asyik suruh aku bersyukur berterima kasih sebab diorang bagi aku makan, tempat tinggal, belajar dan lain – lain. Aku nak taknak angguk dan terima. Sambung belajar dekat uitm dapat ptptn separuh terp4ksa bagi mak dan ayah.
Secara jujurnya sepanjang aku hidup sebelum ni waktu zaman belajar dekat UITM lah tempoh yang paling aku tenang. Memang waktu ni kalau cuti yang terp4ksa balik, baru aku balik kalau tidak memang aku duduk je U, tak balik.
Habis belajar aku ingat nak kerja jauh tapi lepas dah berg4duh dengan mak ayah aku akhirnya aku pun akur dan kerja dekat. Setahun lepas kerja, mak dengan ayah aku p4ksa beli kereta katanya pergi kerja bawalah kereta. Aku dah tolak sebab aku selesa naik motor.
Lagi satu aku sebenarnya dah rancang, 3 tahun pertama kerja, lepas tu tahun ke-4 nak beli rumah. Aku nak beli rumah bawah penat duduk flat. Tapi akhirnya terp4ksa juga aku beli kereta. Aku awalnya nak ambil second hand tapi mak dengan ayah aku “malu” diorang cakap beli baru je lah.
Kononnya, dekat mulut cakap lagi bagus apa semua tapi padahal bila belakang aku dia cakap malu nak bagitahu orang, aku beli kereta second hand. Aku pun lepas segala macam fikir akhirnya beli. Tapi itulah yang bawanya bukan aku, yang bawa mak dengan ayah aku.
Aku? Pergi kerja tetap naik motor lepas tu bayaran bulanan? Aku juga yang kena bayar. Nak berkira pun tak boleh juga aku pun selalu fikir, “takpelah tu mak ayah aku juga”. Lepas dah setahun, aku pun cakap nanti bulan depan ni 2 bulan datang mak dengan ayah bayar duit kereta sebab aku nak simpan sikit.
Lepastu diorang membebel cakap aku berkira dengan mak ayah sendiri, siap cakap anak tak kenal untung. Lepastu ayah aku cakap diorang pandai bayar. Tapi akhirnya lepas 3 bulan, aku dapat call dari bank, kereta tak bayar.
Aku pun marah akhirnya terp4ksa aku sendiri bayar mak dengan ayah aku setakat tambah 200 ringgit bila aku tanya kenapa tak bayar alasan “terlupa”. Lagi satu yang rumah kami duduk flat tu sewa ye bukan beli. Setiap bulan kena bayar 450, lepas aku kerja, akulah yang kena bayar.
Sampai ada satu kejadian ni, aku punya marah kira limit lah. Mak saud4ra aku sorang ni kira nak celebrate hari jadi tapi aku tak boleh ikut sebab pergi singapore. Jadi aku pun bagi mak aku credit card sebab mak aku cakap nak beli hadiah.
Aku pun okaylah waktu tu. Memang ada dapat mesej tengok dalam 120 ringgit guna untuk beli hadiah. Mungkin ada yang tanya kenapa tak bagi cash apa semua. Diorang kasitahu last minute, lagi sejam dua aku nak gerak ke singapore.
Duit cash malaysia aku dah convert ke sg dollar. Jadi kurang 70 ringgit aku pun bagi credit card lagipun pada aku mak ayah sendiri bukan orang luar. Jadi esoknya bila aku bangun terk3jut tengok credit card aku guna sampai 1500 ringgit aku terk3jut.
Sebab selalunya, kalau aku guna pun, akan limit paling banyak 300 – 400 sebab utama aku ambil kredit kad, Aku nak maintain skor untuk beli rumah akan datang. Tapi sekali bila tengok total sampai RM 1540 aku terk3jut. Bukan dalam satu bil tapi dalam 4 bil.
Aku ingat waktu ni ada orang guna ke apa. Aku pun call ayah aku sekali rupanya mak dengan ayah aku pergi guna kredit kad aku belanja saud4ra aku dari bahagian makan, beli barang lepas tu makan dekat hotel. Aku pun tahan marah.
Balik tu aku terus tanya kenapa guna banyak sangat siapa nak bayar balik. Tapi diorang cuma baIas “belanja saud4ra sekali sekala nak berkira apa” Aku cakap yang makcik aku tu anak dia besar panjang sama umur aku dah kerja diorang ada duit bayar. Kenapa mak dengan ayah pergi bayarkan?
Padahal yang makan dekat hotel biar anak diorang bayar tapi mak dengan ayah aku nak menunjuk sangat diorang nak juga bayarkan. Lepastu berg4duh, mak dengan ayah aku pun melenting cakap aku berkira selama ni diorang bagi aku makan rumah sekolah tak berkira pun ini baru guna duit sikit kedekut.
Aku pun marah dan Iawan balik cakap rumah, makan, sekolah itu semua memang tanggungjawab mak dan ayah. Memang amanah mak dan ayah bagi aku makan, hantar sekolah dan bagi aku pakai makan. Bukan aku minta dilahirkan, mak dengan ayah yang buat pilihan untuk lahirkan dan memang dah wajib bagi aku segala kelengkapan.
Sebab kalau boleh pilih aku pilih nak dilahirkan dari keluarga kaya. Aku sendiri waktu kecik bukan hidup mewah ye nak beli apa semua tak boleh. Sepanjang aku hidup mainan tak pernah beli dah aku terp4ksa kerja hujung tahun, waktu raya baru boleh sendiri.
Dari aku kecik tak habis dengan “aku bagi kau makan minum sekolah bersyukur” of course bersyukur. Tapi benda tu semua memang kewajipan diorang jadi ibu bapa. Jadi aku penat. Akhirnya aku putvs asa dan kerja jauh setiap bulan aku masukkan duit.
Waktu puasa atau raya baru aku balik. Baru rasa tenang sikit. Aku nasihatkan kalau korang semua dekat luar sana yang mengalami nasib sama macam aku jangan duduk atau kerja dekat dengan rumah mak ayah. Duduk jauh kalau boleh negeri lain baru selesa nak mencari rezeki.
Sepanjang aku hidup dalam keluarga ni banyak kali aku dengar ayah dengan mak aku cakap yang aku ni anak derh4ka dan suruh aku bersyukur. Iya aku bersyukur dapat makan minum tempat tinggal pakaian dan belajar. Tapi hakik4tnya benda tu memang asas wajib ibu bapa bagi dekat anak – anak. – Zainal (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Dini Muzakir : Tahniah sebab berjaya bawa diri lari keluar dari terus digunakan. Bukan lah takleh berbakti pada ibu ayah. Cuma itu bukan alasan untuk memusn4hkan hidup seorang anak. Semoga dilimpahkan rezeki selalu dik.
Adriana Adriana : Makbapak yang lahirkan anak untuk dijadikan ‘pension scheme’. Walhal once ko dah lahirkan anak.. anak tu ko yang kena tanggung dan jaga segala – galanya. Sebab tu nak beranak kena ada perancangan. Jangan beranak sampai menambahkan d0sa sebab biarkan anak hidup miskin dan melarat.
Ainaa Eiraa : Betul la tu apa yang tt cakap dan buat. Tindakan tt tu bijak, untuk jauh dari lagi banyak rasa berd0sa dan kena kutuk dan untuk elak diri dari lebih banyak masalah, baik jauhkan diri, dan buat baik dari jauh sahajaIah.
Kadang – kadang manusia Allah uji dengan ibu bapa, tapi Allah tambahkan nikmat lain dan permudahkan urusan kita yang lain. Cuma Allah dah bagi akal untuk buat keputvsan yang bijak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.