Aku bagitahu isteri nak kahwin dengan kekasih lama yang dah jadi janda. Bapak mertua masuk campur sampai aku jatuh talak. Anak-anak merajuk dengan aku

Lepas 16 tahun kahwin, aku bagitahu isteri yang aku ada perempuan lain. Tapi baiknya isteri aku, tak ada marah, tak ada apa. Aku memang dah giIa bayang dengan bekas teman wanita aku itu. Isteri aku ni tetap baik. Tetap masakkan bekal untuk aku. Tetap siapkan baju kerja aku. Dia minta masa 2 minggu…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku nak cerita satu penyesalan yang tak akan pernah habis. Aku umur 38 tahun. Bini aku 35 tahun. Perkahwinan kami dah lama. Banyak dugaan, susah senang yang kami hadap sama – sama. Anak sulung lelaki umur 15 tahun.

Anak nombor dua perempuan umur 13 tahun. Dua – dua anak aku duduk asrama penuh. Dua – dua anak yang bijak pandai, hasil didikan mak dorang. Sebab aku kerja, aku serah semua pada bini aku untuk urus semua hal rumah tangga. Bini yang setia, rajin, tak pernah mengeluh, tak pernah meminta.

Aku nikah umur 22 tahun dan masa itu bini aku umur 19 tahun. Kira dah 16 tahun kami hidup bersama. Tapi semuanya musn4h bila aku dah mula buat per4ngai. Aku bercinta dengan bekas teman wanita aku. Aku dapat tahu bekas teman wanita aku ini single balik, janda.

Mula – mula hanya mesej dekat Facebook suka – suka, beralih ke WhatsApp, akhirnya berakhir dengan niat nak nikah. Lepas 3 bulan bercinta dengan bekas teman wanita aku, aku bagitahu bini aku yang aku ada perempuan lain. Tapi baiknya bini aku, tak ada marah, tak ada apa.

Dia kata bagi 2 minggu untuk dia fikir. Dalam masa 2 minggu itu juga, dia suruh aku fikir betul – betul ke yang aku nak nikah lagi. Entah apa yang merasuk aku, aku memang dah giIa bayang dengan bekas teman wanita aku itu. Aku memang nak kahwin dengan dia.

Dua minggu itu aku tak fikir apa pun. Yang aku fikir nak kahwin saja. Aku tak fikir perasaan bini aku. Selama 2 minggu itu kami tak bercakap sangat. Dulu lepas aku balik kerja, kami akan makan sama – sama. Malam layan filem sama – sama macam baru kahwin sebab anak – anak dah besar dan dah duduk asrama.

Tapi aku tak tahu apa yang merasuk aku sampai aku boleh buat kerja macam itu. Tapi bini aku ini tetap baik. Tetap masakkan bekal untuk aku. Tetap siapkan baju kerja aku. Tetap hidangkan lauk bila aku balik kerja. Cuma dia dah selalu tidur awal.

Dah tak ada tengok filem sama – sama. Tapi masa itu aku rasa bebas sebab tak ada yang kacau aku. Aku boleh habiskan masa tiap malam telefon bekas teman wanita aku itu atau keluar temu janji. Habis 2 minggu masa berfikir, bini aku tanya aku tetap nak kahwin lain ke. Aku jawab ya.

Masa itu aku tengok muka dia tenang tapi senyuman dia kelat. Dia izinkan tapi dengan satu syarat, lepaskan dia. Aku macam tak percaya dengan jawapan dia. Aku cakap aku mampu. Dia cakap memang aku mampu dari segi kewangan, tapi hati dia tak mampu.

Dia tak nak nanti dia berd0sa, aku berd0sa, bakal bini aku berd0sa sebab hati ini tak boleh bohong. S4kit sangat, kata dia. Masa itu aku tetap nak kahwin. Dia minta aku hantar dia balik rumah mak bapak dia. Aku hantar. Aku tak pujuk dia. Masa berlalu sebulan, bini aku dekat kampung. Aku langsung tak ada telefon dia. Aku tengah dilamun cinta.

Akhirnya bapak mertua dan keluarga aku masuk campur. Selesai semua, jatuhkan talak satu antara aku dan bini aku. Anak – anak merajuk dengan aku. Masa berjalan, aku masih dilamun cinta. Keluarga aku marah aku, tapi nak tak nak mereka kena setuju dengan jalan yang aku pilih. Masa itu aku anggap aku betul.

Tapi lama – lama hati aku dah tak seronok. Aku dah mula rindu bini aku. Masakan dia, senyuman dia sambut aku balik kerja dekat pintu rumah kami, senda gurau kami. Rindu semua. Rindu yang membuak – buak. Peng0rbanan yang bini aku buat bukan sikit.

K0rbankan masa depan dia sebab nak kahwin dengan aku. Beri sokongan aku sambung belajar sebab kami nikah muda. Dah 6 bulan kami bercerai. Aku dah mula pujuk bini aku, tapi bini aku tetap tak nak dengan aku. Mana bekas teman wanita aku? Aku dah putus dengan dia. Aku nak bini aku semula saja.

Macam mana nak pujuk bini aku? Aku nak dia saja. Aku nak hidup bahagia macam dulu. Aku sunyi. Aku tak akan bahagia kalau bukan dengan bini aku. Aku nak bini aku saja. Aku buat salah sekali saja. Aku janji tak nak buat lagi. Tolong aku.

Komen Netizen :

Fadhil Zangetsuu : Hati perempuan jangan buat main bang. Kalau dia dah cakap tak nak memang dia dah tak nak. Jadi kalau dah ada isteri yang setia macam ini janganlah buat main. Abang teruskan hidup saja. Cari kehidupan baru. Kalau abang teruskan pun tak akan dapat dah isteri abang yang macam dulu. Perempuan kalau dah makan hati, s4kit bang.

Elise Roses : Tak payah pujuk tuan. Benda dah berlaku. Tuan sebenarnya rindukan dia selaku orang gaji saja, bukannya sosok seorang isteri. Saya doakan bekas isteri tuan bertemu jodoh dengan orang yang lebih tulus, ikhlas, kaya, dan dapat memimpin dia menjadi isteri yang solehah.

Puan Ayu Nordin : Kerana nak jaga satu hati yang baru, kau buang tiga hati yang dah lama hidup susah senang bersama. Kan dah rugi lepas itu menyesal, memang tak guna lah kau ini. Kalau kembali bersama pun pasti tak sama dah macam dulu sebab hati dia retak. Bercantumlah macam mana pun tetap ada parutnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :