
Kebanyakan hari aku tidak makan. Malam balik baru masak makan malam. Suami aku rilek sahaja beli kopi mahal, makan luar hari – hari. Satu hari, aku nampak dalam bank dia ada beratus ribu. Aku rasa b0doh…
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku ada terbaca dekat Threads tentang isu suami isteri bayar lima puluh lima puluh. Aku rasa yang banyak berdebat ini kebanyakannya Generasi Z lah, sebab Millennial (Generasi Y) macam aku ini dah tidak heran sangat.
Tapi aku gembira, sebab masyarakat dah lebih cakna pasal nafkah. Aku gembira, sebab itu adalah generasi anak – anak perempuan dan lelaki aku nanti. Kalau ikutkan atuk nenek kita dulu Baby Boomers, zaman sebelum dan semasa per4ng.
Suami dan isteri ada peranan yang sangat berbeza. Masa ini lah kot orang cakap, suami keluar cari rezeki. Isteri duduk rumah beranak dan jaga rumah, kemas, masak. Suami ini kalau balik rumah, memang melepak sahaja. Ya lah… kerja dekat bendang. Kerja yang susah dan penat.
Isteri pun penat juga sebab semua manual. Basuh baju manual. Hidupkan dapur manual. Beranak manual, tidak ada jalan mudah bak kata orang. Menyusukan anak pun manual. Belum banyak susu formula. Kuat orang dulu – dulu. Bila zaman mak ayah kita, dah merdeka. Negara sedang membangun.
Baik lelaki atau perempuan, dua – dua mengejar pelajaran untuk keluar dari kemiskinan. Lelaki perempuan bekerja. Suami isteri bekerja. Semua buat sama – sama, belanja sama – sama. Ada juga yang suami sahaja bekerja, tapi ibu – ibu zaman ini ialah ibu – ibu yang mementingkan pelajaran anak – anak mereka. Belajar, belajar, cari kerja bagus – bagus.
Kalau lah kamu nak pertikaikan. “Okey sahaja mak aku dulu beranak sepuluh duduk rumah jaga anak. Kau baru anak seorang dah bising, lembik.” Sebenarnya kan, mak kau tidak okey. Mungkin mak kau penat, tapi dia tidak ada pilihan. Mak kau sayang ayah kau. Mak kau sayang korang adik beradik. Mungkin mak kau penat, tapi kalau dia kemurungan, orang cakap dia giIa. Jadi semua dia simpan sorang – sorang.
Dan mak kau juga lah yang nasihatkan kakak dan adik perempuan kau untuk belajar rajin – rajin, jadi pandai, kerja elok – elok gaji besar, dan jangan berg4ntung pada lelaki. Kena kerja, apa – apa jadi kalau bercerai atau suami meninggaI dunia, perempuan ada duit sendiri.
Kalau mak kau okey sangat, kenapa dia didik anak – anak perempuan dia begitu? Zaman Generasi X ini suami isteri memang kerja untuk meningkatkan ekonomi rumah tangga, masyarakat, dan negara. Generasi Millennial. Masih lagi lebih kurang sama tapi dah nampak peningkatan.
Perempuan ramai yang pandai – pandai kerja bagus. Lelaki dah ramai yang gaji tinggi. Kebanyakannya masih lima puluh lima puluh tapi kami tidak kisah sangat. Sebab kami suami isteri bermula dari kosong. Daripada zaman manual kepada zaman digital. Tingkatkan ekonomi keluarga bersama – sama.
Zaman ini, negara dah maju. Sebenarnya, dah ramai lelaki yang mampu menafkahi keluarga tanpa bantuan isteri. Kita bukan lagi zaman per4ng atau zaman merdeka yang kita tengah berjuaang. Memang lah ada masyarakat yang di bawah paras kemiskinan tapi aku ambil yang umum yang okey – okey ini ya.
Ada suami lepas gaji m4kin naik, perlahan – lahan dia ambil alih bahagian yang isteri dia bayar. Alhamdulillah. Murah rezeki. Ada suami yang dia suruh isteri berhenti kerja, jaga anak. Alhamdulillah. Murah rezeki. Ada juga keluarga yang ada masalah, mungkin anak tidak sihat, jadi antara suami atau isteri kena berhenti kerja supaya salah seorang boleh jaga anak. Alhamdulillah. Tidak kisah lah siapa pun pencari nafkah, moga murah rezeki.
Keadaan setiap keluarga lain-lain. Rezeki setiap keluarga lain – lain. Tapi untuk yang mampu, SUAMI, tolong lah mula ambil semula bahagian nafkah kamu setelah gaji kamu naik. Aku nak cerita pasal aku. Kami mula lima puluh lima puluh. Aku tidak kisah sebab aku fikir kedua – duanya patut enjoy kehidupan kami.
Bila ada anak, perbelanjaan bertambah. Masih lima puluh lima puluh. Aku berasal dari keluarga yang agak susah, jadi sedikit bahagian dari gaji aku pergi kepada keluarga aku. Suami aku keluarga dia senang, jadi duit dia, duit dia lah lepas bayar lima puluh peratus keperluan keluarga kami.
Bila beli rumah, suami aku banyak bayar, tapi aku masih keluarkan duit untuk deposit dan ubah suai. Kalau kami buat apa – apa pinjaman, kami bayar lima puluh lima puluh. Aku susah. Lepas tolak lima puluh peratus belanja rumah, masa ini anak dah ramai, yang tinggal pada aku tidak banyak.
Kadang – kadang aku dapat beri kepada mak ayah, tapi m4kin lama m4kin tidak cukup. Kebanyakan hari aku tidak makan. Malam balik baru masak makan malam. Suami aku rilek sahaja beli kopi mahal, makan luar hari – hari. Suami aku tahu sahaja aku tidak ada duit, tapi selagi aku tidak minta, dia tidak beri. Dan biasa aku ini segan. Aku pinjam dan bayar. Ada lah satu dalam sepuluh kali dia cakap tidak payah bayar.
Aku tidak pernah tanya pun gaji suami aku. Aku anggap lebih kurang aku sahaja lah kot. Kalau dia dapat bonus, dia beri sikit, aku guna untuk keperluan aku atau keluarga. Satu hari, aku nampak dalam bank dia ada beratus ribu. Bank aku dua puluh ringgit. Hahahahaha…
Rupanya banyak sahaja duit dia… Aku pula rasa b0doh. Okey dekat sini lah bermulanya segalanya. Bila lalu dekat Facebook ustaz – ustaz tekankan bab nafkah suami. RUMAH. Pasal rumah aku tidak kisah. Rumah kami besar untuk anak ramai.
Aku tidak harap suami aku kena bayar penuh. Kalau nak dia bayar penuh, mungkin kami kena turun taraf sikit, jadi aku tidak kisah bayar separuh demi keselesaan anak – anak. MAKAN HARIAN, BARANG RUMAH. Lebih kurang dua hingga tiga ribu sebulan. Ada bayi jadi banyak lah sikit belanja. Bila bayi dah besar nanti mungkin kurang semula.
Masih lima puluh lima puluh. Kadang – kadang suami tambah, kadang – kadang aku tambah. Yang ini sebenarnya suami dah boleh tanggung sepenuhnya, tapi bila aku ungkit, suami cakap, “kan dah setuju dulu bayar sama – sama.” Masa hati aku sakit dan tidak redha, aku terfikir nanti depan Allah bila dia kena tanya, nak tengok dia jawab, “tapi isteri saya dulu dah setuju nak bayar sama – sama.”
Masa aku redha, aku istighfar lah. Tapi iman manusia turun naik. Ada banyak hari aku cakap dalam hati, “Kau tunggu dekat akhirat. Kau jawab dekat akhirat.” PAKAIAN. Benda kecil pada aku. Tidak ada masalah. Baju raya tidak ada pun tidak apa. Duit raya tidak ada pun tidak apa. Aku tidak kisah.
INSURANS, HIBAH, SIMPANAN DAN YURAN ANAK – ANAK. Apa saja melibatkan anak – anak aku tidak kisah. Aku m4ti untuk anak – anak pun tidak apa. Masih bayar lima puluh lima puluh tapi tidak kisah. Kalau tengok dekat sini, sebenarnya aku harap suami aku bayar lebih satu hingga satu setengah ribu sahaja sebulan. Yang itu dah cukup membantu aku.
Dan dia boleh sangat lah. Tapi bila aku minta, dia masih dengan lima puluh lima puluh dia itu. Masa aku tidak mahu bayar hutang, dia ungkit dah bayar macam – macam untuk aku. Ya betul. Tapi tidak cukup. Dia boleh buat lebih. Tapi dia pilih untuk tidak buat.
Tapi aku ini dah empat puluhan. Aku ini dah malas dik. Masa gembira, aku redha. Masa menangis, aku tidak redha. Macam mana redha dia untuk aku pula? Entah lah. Susah nak taat bila rasa hormat itu dah tidak ada. Tapi tidak lah aku buat benda bukan – bukan.
Kalau makan dengan kawan – kawan pejabat, kalau kawan perempuan belanja, aku okey. Tapi kalau kawan lelaki nak belanja, aku tolak. Sebab ramai lelaki Melayu Islam lalai nafkah dan tanggungjawab. Aku takut termakan hak isteri atau anak atau ibu ayah dan adik – adik dia.
Kerja rumah? Tidak ada masalah. Kami buat sama – sama. Suami aku ini baik. Tapi itu lah. Aku isteri dia ini pula terlebih baik. Nak redha bila aku susah itu susah. Masa hari Arafah, aku doa hati aku redha dan tenang. Sebab aku sayang dia. Nak ke syurga dengan dia. Tapi entah lah… pemikiran dia ini… tidak tahu macam mana nak ubah.
Kadang – kadang aku manipulasi lah dia. Kalau aku nampak dia usha perempuan cantik, aku pun cakap, nak aku cantik, aku minta dia belikan skincare dan suplemen sampai seribu. Tapi benda itu tidak memujuk hati pun. Kesimpulannya untuk adik – adik perempuan Generasi Z. Cari lelaki pencari nafkah. Bukan lelaki lima puluh lima puluh.
Sebab adik, nak redha itu susah dik. Susah sangat. Akak menangis masa taip ini. Tapi bila kau cari lelaki pencari nafkah dik, kalau kau nak duduk banglo, kereta BMW, kau jangan lah cari lelaki miskin. Kau pun kena pandai lah. Jangan lah lelaki gaji empat ribu kau nak minta macam – macam. Memang lah dia marah.
Kalau kau nafsu tinggi, cari lelaki kaya. Lepas itu kalau dicurangi atau dipoligamikan, sekurang – kurangnya duit banyak. Kau menangis dalam banglo sambil makan stik. Kau merenung kesunyian kau depan kolam renang rumah kau sambil hirup jus oren yang pembantu rumah kau sediakan.
Tapi kalau kau jatuh cinta pada lelaki seadanya, kau pun terima seadanya lah janji dia pencari nafkah. Kalau kau nak bantu sikit, kau lah tolong. Tapi bila suami kau dah stabil, pastikan dia perlahan – lahan ambil alih balik apa yang dia patut tanggung.
Dan kau jangan ambil kesempatan dik. Kau jangan ingat bumi berputar mengelilingi kau. Kau jangan ingat suami kau kena buat segalanya untuk kau. Kau jangan ingat kau puteri. Kau jangan ingat kerja kau nak mengandung dan beranak sahaja. Cari rezeki, kerja rumah, tanggungjawab suami. Itu nak m4mpus namanya.
Kalau suami kau dah layan kau macam permaisuri, kau layan dia macam raja. Sebab tanggungjawab isteri dan ibu ini besar. Kau tidak payah bising sangat dekat Thread itu dok cakap soal nafkah sahaja… Sebab perjalanan kita bukan sekadar nafkah.
Cuba kita kena macam orang dekat Gaza? Kita akan berk0rban apa sahaja untuk keluarga kita. Tidak kisah lah kita lelaki atau perempuan, kita akan keluar cari roti untuk anak – anak kita. Kenapa kita tidak boleh buat macam itu sekarang? Aku ada terbaca orang ini tulis, “suami isteri pakat elok – elok.”
Aku rasa itu nasihat yang terbaik. Untuk adik – adik Generasi Z yang lelaki. Jangan cepat marah bila perempuan tulis pasal nafkah itu. Apa dia cakap itu betul. Jangan lah tulis “lelaki boleh terima perempuan miskin, kenapa perempuan tidak boleh terima lelaki miskin?” Sebab nafkah bukan atas perempuan.
Tapi kalau kau tidak suka perempuan yang beratkan soal nafkah ini, kau pergi sahaja lah… tidak payah berdebat dengan dia. Sebab apa tau dik, satu hari nanti kau akan jumpa perempuan yang kau cukup sayang, yang kau nak lindung, yang kau nak dia hidup senang, yang kau nak dia duduk rumah sahaja jaga anak – anak kau.
Yang kau nak mewahkan dia. Tidak akan sesekali kau nak dia hidup susah. Masa itu nanti mungkin kau akan faham. Sekarang ini korang semua tidak payah terlalu s3xist atau feminist. Cuma untuk anak – anak aku… yang lelaki aku akan ajar untuk jadi seratus peratus pencari nafkah ikut kemampuan.
Aku tidak akan bagi ikut pemikiran ayah dia. Sebab ayah dia baik sangat, cuma bila mak dia ini susah, mak dia fikir macam – macam yang buruk pasal ayah dia. Aku nak isteri anak aku bersyukur dan sentiasa redha. Dan kalau isteri dia tidak bersyukur dan tidak redha, sekurang – kurangnya dia sebagai lelaki dah buat yang terbaik.
Untuk anak perempuan, aku akan nasihat untuk cari lelaki pencari nafkah, dan jadi isteri yang sabar dan bersyukur. Sebab aku takut dia jadi macam aku yang susah nak redha. Ikutan yang terbaik ialah para Nabi dan Rasul, dan isteri – isteri Nabi.
Tapi itu lah, isteri – isteri Nabi kuat sebab Nabi – Nabi semua kuat berdakwah dan menyebarkan Islam. Yang suami sekarang ini ramai sahaja yang banyak duit tapi masih suruh isteri kerja macam giIa. Bukannya pergi berdakwah pun. Siap buat hukvm sendiri ada lah. Sekian luahan hati dan perasaan. Ajarkan aku redha… – Jiha (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Hanim Berahim : Kenapa nak kena redha? Sis… cakap terus terang sahaja dekat suami. Dulu redha sebab sama – sama tidak ada duit. Awak wajib beri nafkah, tapi tidak mampu… jadi saya redha untuk bantu… masa awak tidak mampu. Sekarang awak mampu, maka itu memang wajib atas awak, sebab saya dah tidak redha.
Tidak boleh kira redha yang dulu. Sekarang kalau awak tidak buat kewajipan awak… itu dah jadi hutang. Nabi pun tidak solatkan sahabat Baginda yang meninggaI dalam hutang. Lepas itu… kalau dia masih nak teruskan per4ngai dia, biarkan sahaja.
Sebab awak dah beritahu, sekarang awak tidak redha. Sebab nak ubah seseorang ini… terpulang pada diri dia sendiri. Tapi dia dah tahu… dia sedang berhutang dengan awak walaupun tidak bertulis. Oh ya… satu lagi, sis, awak boleh tuntut nafkah melalui mahkamah sebenarnya.
Sebab suami awak memang mampu. Ini pilihan kalau nak. Boleh juga bawa kes ke kaunseling di pejabat agama. Nak masuk syurga sama – sama kan… takkan awak nak susah seorang diri? Hidup rumah tangga ini… kalau boleh susah sama – sama, senang pun sama – sama.
Tapi kalau susah sama – sama, senang seorang diri… untuk apa? Jangan mengalah sampai rasa kalah. Memang boleh masuk syurga dengan sabar dan derita… tapi bahagia pun boleh bawa ke syurga juga. Untuk perempuan – perempuan yang baru nak mendirikan rumah tangga.
Kalau suami awak tak mampu, tak apa… beritahu awak bantu, tapi bukan selamanya. Atau suami itu sebenarnya berhutang dengan awak sepanjang tempoh dia tidak mampu menafkahi dengan sempurna. Kalau dia dah ada duit, kalau dia dah senang, beritahu dia supaya ganti balik hutang nafkah itu. Nafkah ya… bukan duit belanja suka – suka. Nafkah tempat tinggal, makan minum, belanja makan anak – anak.
Bukan bila dia banyak duit, dia guna duit itu untuk naikkan gaya hidup dia sendiri… beli kopi mahal, atau baju berjenama. Bukan suruh berkira… tapi ajar suami jadi lelaki yang bertanggungjawab. Nanti jadi macam sis ini… mer4na. Sebab apa tau… lelaki yang qawwam (pelindung, pemimpin keluarga) dah m4kin pupus. Jangan manjakan suami dalam bab nafkah… sebab nafkah inilah yang jadi kunci kepada ketaatan dan penghormatan isteri. Jadi bijak, dan jadilah bahagia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.