Aku baru lepas pantang. Suami marah bila aku beri susu formula. Dia cakap aku ibu tak guna, bersalin pun tak boleh normal, susu pun tak mampu bagi

Suami cakap aku ini mak tak guna kerana tak dapat bagi susu dekat anak aku. Saud4ra mara dan keluarga dari dua – dua belah pun complaint pasal susu ibu ini kerana belah keluarga mertua semua fully susu ibu. Pernah satu malam, susu yang aku pump tumpah, menangis aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Tujuan aku menceritakan kisah ini bukan untuk dikecam atau simpati. Cuma sekadar ingin menjadikan pengajaran kepada semua. Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aku baru lepas habis pantang 44 hari. Sepanjang tempoh berpantang aku diuji dengan pelbagai tekanan.

Alkisahnya berkenaan dengan susu ibu. Selepas aku melahirkan anak secara c-section kerana anak sudah lemah. Selepas pembedahan susu aku tak keluar. Selepas urut susu baru susu keluar itu pun tak berapa banyak. Macam – macam cara aku usahakan dari segi pemakanan, buat power pumping tengah – tengah malam ketika masih dalam pantang.

Walaupun aku mengalami nippIe crack tapi aku kuatkan semangat juga untuk direct bf dekat anak aku untuk stimulate susu. Sambil menangis aku bagi anak direct. Orang perempuan boleh faham bagaimana rasa s4kitnya ketika itu.

Makanan sunnah macam – macam aku cuba. Malah aku juga mengikuti page terkemuka di Facebook untuk ibu menyusu demi mencari ilmu penyusuan. Tapi susu aku masih tak banyak. Aku redha kerana semua ini rezeki dari Allah. Anak aku menangis kerana tak cukup susu mungkin.

Walaupun orang cakap anak ini menangis bukan nak susu sahaja tapi ingin dipeIuk. Aku dah buat semua itu tapi still menangis. Kadang – kadang str3ss juga rasanya sebab aku jadi tak tahu apa yang baby aku nak. Macam – macam surah sudah dibaca tapi masih sama.

Jadi aku decide untuk membawa anak aku berjumpa doktor pakar kanak – kanak. Atas nasihat doktor, dia mencadangkan supaya anak aku diberi susu formula secara campur dengan susu ibu kerana anak aku tak cukup susu dan berat pun naik tak cantik.

Selepas satu bulan cuma naik 100 gram sahaja. Tapi doktor itu tak pernah mematahkan semangat aku untuk terus bf anak aku. Tetapi aku sedih kerana suami aku cakap aku ini mak tak guna kerana tak dapat bagi susu dekat anak aku.

Sedih tak terkira. Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati aku. Takkan suami aku tak nampak pelbagai usaha yang aku dah lakukan untuk banyakkan susu. Aku boleh terima jika orang luar yang cakap begitu dekat aku tapi ini suami sendiri iaitu ayah kepada anak aku sendiri.

Bukan setakat itu saja malah dia juga cakap kenapa orang lain boleh beranak normal tapi aku tak boleh. Dah lah beranak czer susu pun tak dapat bagi. Allahu sedih rasanya. H1na sangat ke seorang ibu yang beranak secara czer ini? Mungkin tak dapat pahala bersalin agaknya dia fikir.

Jujur aku cakap aku rasa down dan patah semangat jadinya untuk terus bf anak aku tapi tak mengapa aku akan berusaha. Target aku cuma untuk dapat cukupkan demand anak aku. Maklumlah anak lelaki kuat menyusu. Tak terlintas lagi untuk aku simpan stok kerana target aku yang ini pun aku masih tak mampu untuk capai.

Segala mak nenek makanan dan supplement aku dah cuba tapi hasilnya tetap sama. Tengok gambar anak ketika pump pun aku buat. Pernah suatu malam susu yang aku pump itu tertumpah kerana tiba – tiba anak menangis dan aku terus berkejar ke katil.

Menangis aku ketika lap susu yang tumpah ke lantai pada waktu itu kerana nak dapatkan susu itu bukan mudah. Ya, bukan mudah. Pump berjam – jam cuma dapat 2 oz paling banyak. Tapi aku bersyukur dan kata pada diri sendiri untuk terus positif walaupun kadang – kadang semangat itu sudah berkurang

Jika susu ibu boleh dibeli dah lama aku beli kerana aku sanggup berhabis duit untuk dapatkan susu itu. Oh ya bukan setakat suami saja yang cakap begitu malah saud4ra mara dan keluarga dari dua – dua belah pihak juga pernah complaint pasal susu ibu ini kerana belah keluarga suami aku semua fully bf.

Maka aku ini dibeza – bezakan dengan saud4ra mara yang lain. Aku dalam proses untuk memanggil orang yang menaw4rkan sesi coaching bre4stfeeding ke rumah aku kerana faktor aku masih lagi tak keluar rumah lagi selain dari bawa anak ke klinik. Pasal duit?

Aku tak kisah dah janji aku dapat bagi anak aku susu aku. Walaupun gaji aku tak lah begitu besar kerana aku ini cuma kerani di sebuah kilang. Aku juga pernah memberi cadangan kepada suami aku untuk mencari ibu susuan untuk anak aku tapi cadangan aku ditolak kerana dengan alasan nanti tak tahu asal usul ibu susuan itu dan takut akan mempengaruhi perkembangan anak aku.

Aku pun diam sahaja kerana malas nak berdebat dengan suami kerana aku masih lagi dalam tempoh berpantang. Malas nak tambahkan lagi str3ss aku. Mujur ibu aku memahami aku dan menenangkan aku. Yalah dah anak sendiri kan.

Kepada para suami dan bapa atau bakal ibu bapa tolonglah jangan jadikan isu susu ibu ini sebagai masalah untuk berg4duh. BagiIah dorongan fizikal dan mental kepada isteri anda. Kerana jika isteri anda tertekan maka penghasilan susu akan terbantut dan tak baik juga untuk perkembangan anak anda yang diberi susu ibu itu. Seorang mak mana yang tak mahu menyusukan anak mereka sendiri. Sekian terima kasih.

Komen Netizen :

Surita Abdullah : Aku ini anak dah nak masuk 5 sis, semua anak minum susu botol sahaja, tiada yang susu badan. Susu banyak mungkin bila dipam tak keluar juga. S4kitnya hanya Allah yang tahu. Aku tak nak fikir – fikir dan tension – tension, suami aku pergi farmasi beli ubat stop susu. Bila bengkak susu demam dan tak boleh nak bergerak, nasib dapat suami yang memahami.

Walaupun aku ini housewife tapi dalam pantang tak macam pantang sis. Baru 3 hari bersalin dah drive. Dengan anak – anak nak ke sekolah, tuisyen, mengaji lagi. Apa yang boleh aku katakan, sis tak payah nak fikirkan sangat pasal susu badan itu. Kalau tak dapat nak buat macam mana. Daripada nak menahan s4kit baik pergi farmasi cari ubat stopkan susu. Nanti str3ss boleh mer0yan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :