Setengah jam aku beratur nak beli makanan, bila perempuan cantik datang cepat je mereka layan siap dapat dulu order

Kawan baik aku tahu aku suka dekat seorang lelaki ni. Bila kami cuba rapat, rupanya lelaki tu suka dekat kawan baik aku. Apa yang lagi pedih, kawan aku siap perli aku waktu itu. Dengan sinis dia berkata, “nak aku kirimkan salam kat dia tak?”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Kak Limah, seorang yang tiada rupa, berumur lewat 20-an, mempunyai fizikaI yang rendah, bertubuh badan gempal dan kulit sawo matang. Bentuk wajah aku bulat, mata aku kecil, kening berterabur, hidung penyek dan gigi tak tersusun.

Sepanjang hidup aku, ke mana saja aku pergi. Pasti orang akan memberi pandangan jijik dan jelik. Terutama sekali lelaki. Dari kecil hingga kini, aku tidak pernah didekati oleh mana – mana lelaki atas dasar ingin berkenalan.

Jika aku berjalan dengan kawan – kawan aku, pasti lelaki akan lebih tertarik untuk berborak dengan kawan – kawan aku berbanding aku. Selalu juga teman – teman lelaki mereka memandang jelik pada aku dan setiap apa yang aku buat pasti akan dikritik oleh mereka.

Bukan itu sahaja, diskriminasi terhadap rupa yang h0doh juga sering aku terima bila membeli barang. Pernah sekali aku menunggu hampir setengah jam untuk makanan. Tapi, perempuan cantik yang datang setengah jam kemudian yang dapat dulu.

Selain itu, aku juga selalu dibuIi oleh orang sekeliling yang akan point out my ins3curity. Gemuk, pendek, h0doh macam fiona dalam filem shrek. Macam perempuan normal yang lain. Aku juga punya perasaan untuk jatuh cinta.

Semasa belajar dulu, aku ada minat seorang lelaki ini. Punya rupa paras yang kacak, berbadan sasa, kulit putih gebu dan berpenampilan kemas. Aku tak pernah memberitahu isi hati aku kerana aku sedar diri. Tapi, kawan aku tahu bahawa aku sukakan lelaki itu.

Kami cuba berkawan dengannya. Dan ternyata dia sukakan kawan aku. Yang menyedihkan, kawan aku siap perIi aku waktu itu. Dengan sinis dia berkata, “nak aku kirimkan salam kat dia tak.” Lelaki itu juga sering mengejek rupa paras aku.

Dan, rasa suka itu bertukar jelik. Rupa dan hatinya tidak seiringan. Maka aku pun menjarakkan diri dengan lelaki itu dan kawan aku itu. Memang aku tak dapat terima fizikaI aku yang hodoh. Aku sangat tak suka diri aku ini.

Aku selalu berfikir ingin bvnvh diri. Tapi, iman masih ada di d4da. Jadi, aku fikir aku wajib menerima anugerah tuhan ini. Aku cuba untuk sayang diri sendiri dan bina keyakinan diri. Antaranya, aku lebih mendekati tuhan. Bila tiba je perasaan benci pada diri sendiri. Aku istighfar.

Dan, aku ingatkan diri aku yang dalam dunia ini lebih ramai orang lebih maIang dari aku. Aku masih sempurna akal dan fizikal. Selain itu, aku juga banyakkan kemahiran diri. Aku belajar macam – macam untuk buatkan aku rasa aku ini manusia yang berbakat.

Seterusnya, aku layan keluarga dan kawan – kawan aku dengan baik. Aku bina semula akhlak – akhlak mulia dan personaliti positif. Untuk membuatkan hati aku tak terIuka. Aku pura – pura tak suka berkawan dengan lelaki.

Dan tidak bercakap dengan lelaki tanpa urusan penting. Padahal, aku tak nak lagi dih1na oleh kaum lelaki. Cara lain aku buat untuk tidak rasa cemburu dengan kawan yang dapat perhatian lelaki ialah. Aku doakan kawan – kawan aku bahagia dengan pasangannya.

Dan sentiasa hadirkan rasa bahagia untuk diorang. Alhamdulillah, sekarang aku sayang diri aku. Dan aku terima ujian Allah atas rupa aku ini. Setiap kali aku pandang cermin aku akan kata “aku cantik dan aku kuat”. Aku sekarang mampu redha dengan ujian fizikaI aku yang hodoh ini.

Tapi, bila malam menjelma aku tak dapat nafikan perasaan sunyi. Perasaan ingin dikasihi. Tapi, aku fikir aku ni tak layak dicintai. Tak pernah pun ada lelaki yang cintakan aku. Bukan aku tak pernah confess. Aku pernah mulakan perkenalan dengan seorang lelaki bernama S.

Kami pernah bertemu sekali. Sejak dari pertemuan itu, dia sudah jarang hubungi aku dan berbaIas mesej. Saja aku ajak buat kali kedua. Katanya sekali sudah cukup untuk bertemu. Dia juga mengaku yang dia hanya inginkan wanita cantik. Luluh hati aku sekali lagi.

H1na sangatkah wanita h0doh? Kisah perkenalan seperti dengan S juga berulang – ulang dalam pencarian aku mencari jodoh. Kebanyakannya, hanya inginkan wanita cantik. Ya, aku tak percaya cinta akan hadir dalam hidup aku.

Aku sangat takut dengan perkahwinan. Mampu ke lelaki selain ayahku mencintai aku dengan tulus? Aku rasa tiada. Aku belum jumpa lelaki yang mampu mencintai perempuan kerana akhlak dan budi. Bukan rupa.

(Disclaimer : aku percaya lelaki tak pandang rupa wujud. Kawan – kawan aku yang kurang rupa juga punya suami yang sayang mereka. Tapi, aku je belum jumpa). Aku rasa lelah dalam pencarian ini. Jadi, aku kubvrkan saja perasaan ingin bersuami itu dalam – dalam.

Cukuplah aku mencintai diri aku sahaja. Buat teman – teman di luar sana yang mencari j0doh. Aku doakan korang berjumpa lelaki yang ikhlas mencintai korang tanpa pandang rupa. Buat aku, biarlah aku bahagia sendiri dan aku akan terus berbakti pada keluarga dan masyarakat.

Agar aku mampu mengisi kekosongan dalam hati. Aku cari cinta di ruang yang lain. Ini sekadar luahan di malam hari. Tiada niat untuk mencari j0doh di sini. Tolong jangan cuba kenenkan ye. Akhir sekali, saya sangat perIukan kata – kata semangat dan dorongan dari semua. Positive words, please. Sekian.. – Kak Limah tiada rupa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hafiz Aiman : Saya pilih isteri saya bukan berdasarkan rupa. Tapi berdasarkan nilai agama yang ada dalam dirinya. Setiap kali dia bercakap dengan saya dalam urusan kerja. Dia sentiasa tundukkan pandangan tindakan dia itu sebagaimana yang Allah perintahkan di dalam surah an nur ayat 30. Supaya tundukkan pandangan.

Juga bila dia bercakap dengan saya dia hanya bercakap apa yang perlu sahaja kemudian terus berlalu pergi. Tindakan dia itu sebagaimana firman Allah di dalam surah al isra ayat 32. Supaya jangan dekati z1na.

Ili Liyana Khairul Anuar : “Pretty privilege” is real. Esp in Malaysia, bila “cantik” tu definisi nya aspecific – kurus, kulit putih pink2 ala2 maembong / senrose. Hati busuk pun orang tak nampak… mulut longkang pun orang maafkan.

Memang we are all beautiful, in our own way. Tapi tak boleh deny hakik4t, memang society, especially in malaysia, treat pretty people better. Takpe la dik. Benda – benda yang kita boleh usaha untuk usahakan, like berat badan, personal hygiene, pembawakan diri, tu semua akan give a better outlook on ourselves. Paling penting, is that our value as a woman comes from within. Not from validation from men. Sayang diri, it will show outwardly.

Nur Aida : Suka baca confession awak ni dekk, banyak yang saya belajar, doakan kawan, sayang diri sendiri. Jauhi lelaki kalau tak nak dis4kiti. Terima kasih atas tips awak. Lembut hati saya membacanya. saya doakan awak bahagia. InsyaAllah Ade sebaik lelaki untuk awak. Saya doa tau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.