Aku berdendam dkt Makngah. Saat dia nak pergi Haji, kaki Makngah kaku tak boleh berjalan lepas laungan azan

“Buat apa kau kahwin kalau tak beranak”. Lantang bunyi suara Makngah. 3 hari berlalu, kata-kata mak ngah terus menambahkan luka dihati. Tak sembuh. Makin hari, bisanya makin terasa. Aku berdoa supaya Allah BALAS..

Assalamualaikum. Tak yakin nak share cerita ni ke tak. Malam ni terasa nak kongsi harapnya ada tauladan untuk kita semua.

Aku diusia awal 30-an. Sudah berkahwin hampir 10 tahun. Hidup bahagia bersama suami tanpa pernah merasa tertekan tanpa anak. Ini benar.

Selalu baca kisah orang ditekan sebab takde anak ni, Alhamdulillah kami tidak terlalu tertekan.

Sejujurnya, kami redho dan terima ujian ini. Rasanya tak setanding ujian, dengan nikmat yang lagi banyak Allah curahkan.

Aku fikir aku lebih kuat dari orang lain yang selalu tertekan tanpa anak. Rupanya silap. Masuk tahun ke-10 ni baru lah Allah uji, untuk aku lebih faham apa yang orang lain rasa.

Rupanya, selama ni bukan aku cukup kuat dan redho. Cuma tak diuji. Buat pertama kalinya, aku tersinggung dengan soalan berkaitan anak.

Aku kerumah paklong di ibu kota bersama suami. Mak tak ikut sekali. Kami singgah atas urusan kerja. Kebetulam disana ada pak ngah juga. Mereka semua adalah abang kepada ibuku.

Sebelum pulang, ada saudara sebelah isteri pak ngah juga datang berkunjung. Aku dan suami minta undur diri dulu sebab dah lewat. Jadi aku bersalaman dengan mereka tanda undur diri.

Tiba-tiba mak ngah tanya, “berdua je ke? Mana anak-anak” aku bersahaja jawab, “oh mana ada anak lagi”. Pelik juga soalan mak ngah ni.

Aku tahu dia tahu perkara tersebut. Setahun berkali juga kami jumpa. Tapi aku jawab juga bagi mengelakkan ketegangan.

Namun sambungan ayat seterusnya, menghiris hatiku.. “buat apa kau kahwin kalau tak beranak”. Lantang bunyinya.

Aku dalam langkah menuju keluar rumah. Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan.

Ada ramai orang yang dengar. Termasuklah sepupu-sepupu sebaya yang ada disitu. Aku fikir, aku okey dan cukup faham dengan perangai makcik bawang. Rupanya tidak.

Hati ini betul-betul terluka. Air mata hampir jatuh, aku yakin suami pun dengar omelan mak ngah tadi.

Tapi kami berdua tidak bincangkan soal tersebut. Masing-masing diam menanggung rasa. Suami menyentuh tanganku dalam kedinginan otw pulang seakan menyalurkan kekuatan. Sebak.

3 hari berlalu, kata-kata mak ngah terus menambahkan luka dihati. Tak sembuh. Makin hari, bisanya makin terasa. Aku tidak berkongsi rasa hati ini dengan sesiapa pun.

Hinggalah satu hari, saat aku berzikir usai solat, air mata tiba-tiba membasahi pipi mengenangkan kata-kata mak ngah. Lalu dalam doa aku mengadu padaNya

“Ya Allah aku terima ujianMu ini. Sikit pun aku tidak kesal dengan apa yang Engkau takdirkan. Namun, kata-kata itu melukakan hati ini ya Allah.

Kau berikanlah keinsafan pada mereka yang berkata dengan niat menyakiti dan melemahkan kami yang diuji ini ya Allah.

Hadirkan penyesalan atas kata-kata mereka itu ya Allah. Pertanggungjawab kan lah mereka atas setiap tutur katanya ya Allah” dengan sedu sedan air mata mengalir laju, basah pipi.

Seminggu berlalu sesekali, kata-kata itu masih menyinggah dihati dan memeritkan. Setiap kali itu juga hati ini mengadu pada tuhanNya.

Tak lama lepas tu, mak ajak balik kampung sebab pak ngah dan mak ngah nak pergi haji. Aku sebenanya jauh hati nak balik kampung. Tapi pak ngah sangat baik orangnya.

Namun Allah lebih tahu, aku tak dapat ikut sama balik kampung. Ada kursus luar kawasan tarikh yang sama. Mungkin Allah tak izin. Dia tahu.

Walaupun mak ngah nak pegi haji, hati aku yang keras ni masih tak lembut, (kerana lemahnya iman). Acap kali terlintas dihati ini.

Ya allah berikanlah dia penyesalan atas dosa lidahnya. Sejujurnya, aku sendiri takut dengan apa yang terlintas di hati ni.

Aku tau malaikat mengaminkan keburukan yang sama padaku. Namun kerana lemahnya iman, kecewanya hati, banyak kali doa itu dilafazkan dari hati yang perit itu tanpa diminta.

Bila mak balik dari kampung, aku dengar berita keberangkatan mak ngah. Dia tak dapat berjalan masa laungan azan nak turun dari rumah.

Dia tiba-tiba menangis teresak-esak macam budak kecik. Pak ngah yang papah dia masuk kereta. Badan dia macam lembik. Dia nampak gusar dan lemah semangat.

Tiba di airport pun, sedang ramai-ramai menunggu tiba-tiba tudungnya tersangkut dan terlorot.

Cepat-cepat anaknya ambil semula dan tutupkan. Waktu mak cerita keadaan tu aku tak pasti apa yang dirasa. Terkejut? Bersyukur? Puas?

Tak pasti. Tapi cepat-cepat aku istighfar. Mak tak tahu pun apa yang mak ngah dah cakap pada aku, tapi mak cakap nak jadi tetamu Allah ni kena selesaikan semua urusan.

Terutamanya sesama manusia. Mak ngah memang terkenal dengan mulutmya yang sedikit lancang. Aku dalam hati, “boleh jadi ke ini satu teguran Allah untuknya?” itu semua urusan Allah, getus hatiku lagi.

Terdetik dihati ini, bahaya sungguh dosa lidah. Mungkin kita tak sedar, dan tak tahu pun ada orang yang terluka dan mengadu pada yang paling Agong. Mana kita nak lari.

Kalau kita yang menyakiti mungkin kita tak perasan. Tapi bila kita tersakiti barulah kita perasan. Inilah satu teguran besar Allah pada aku saat itu. Hasbunallah wanikmalwakil.

Tak sepatutnya aku mendoakan keburukan untuk mak ngah. Namun besar pengajaran Allah titipkan untuk aku dan kita semua. Belajar jaga lidah. Belajar untuk tidak melukakan.

Apatah lagi dengan niat. Dosa sesama manusia ni, susah. Semoga jadi asbab juga mak ngah insaf dan sedar. Itu jer nak kongsi.

Oh lupa. Kami dalam process buat ivf. Doakan kami ada rezeki bersama anak kembar soleh ya. Harapnya, dengan adanya anak, hati mereka yang tak senang lebih puas. Tak perlu tambah dosa lidah lagi sebab kami. InsyaAllah.

Maaf atas kelemahan hati ini. Jujur cakap, mendoakan keburukan pada orang lain agak mengecewakan hati sendiri. Doakan Allah jaga hati ini selalu.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ryzal Mohamad : Sebab tu saya tak setuju bila org cakap biar mulut laser tapi hati baik. Takde maknanya! Asbab mulut yang lancang tu, tak dapat dekat Dunia, dekat akhirat org tuntut sebab sakitkan hati org. Lain kali kalau kena soalan macam ni, jwb je, anak ni bukan macam main playdoh. Kalau kami boleh buat dah lama kami buat anak byk2. Org mulut laser ni, kalau dia mengata org tak sedar, tapi bila dia kena sedas, sentapnya lebih!

Lyana Aziz : Been there. Ada pakcik bawang siap kata ‘hampa ni tak reti buat’, lantakkan saja. Ada benda kita boleh jawab. Ada benda tuhan jawabkan untuk kita. Dan bila tuhan jawabkan utk kita, itu lebih menakutkan. Hairan jgk bab takda anak ni. Bab rezeki, ajal dan jodoh pandai semua org kata kerja tuhan. Bab anak ni tiba2-tiba semua org menghukum bila lambat dapat. Lupa agaknya yang bagi rezeki anak tu pun tuhan.