Setelah 4 tahun aku menduda, berbelas ribu duit aku habis dekat janda. Rupanya dia kikis duit aku. Aku korek rahsia dari anak dia..

3 bulan pertama, Lieza dah berani pinjam duit 3k dekat aku. Dia kata rumah ayah dia dilanda ribut. Sebab sayang aku bagi tak payah bayar balik. Lieza kata HP dia rosak susah nak berhubung. Sebab sayang aku belikan HP baru..

#Foto sekadar hiasan. Aku guru sains sekolah menengah, jadi aku tak pandai mengarang bahasa yang berbunga – bunga. Maaf kalau penceritaan aku ini membosankan. Nama aku Adie (nama panggiIan) Umur 49 tahun, duda anak 3.

Pada tahun 2022 aku berkenalan dengan seorang janda anak 4 dari Sarawak kat platform 0MI. Aku namakan dia Lieza (nama panggiIan) berumur 47 tahun. Orangnya menarik bila lihat dalam gambar dan dalam media sosiaI.

Kami berkenalan pada bulan Ogos 2022. Niat kami sama – sama nak cari pasangan hidup. Aku duda bercerai hidup 4 tahun lalu, Lieza janda bercerai m4ti 2 tahun sebelumnya. Aku cikgu sekolah di johor, Lieza ini kerja kerani kewangan di Syarik4t swasta di bandar K.

Awal perkenalan semuanya berjalan lancar, Lieza banyak bercerita tentang keluarga dan anak – anaknya terutama tentang kesusahan dia besarkan anak – anak dan bantu adik – adik dia, jaga orang tuanya yang berumur lewat 80-an.

Dia terp4ksa ambil tempahan buat kuih selepas kerja ofis demi mencari rezeki untuk keluarga. Cara dia cerita seperti hidupnya susah dalam golongan B40, tapi di tikt0k aku nampak dia amat bergaya, tak seperti B40 namun aku bersangka baik mungkin itu cara dia nak kurangkan tekanan hidup.

Suatu hari kononnya keluarga dia ditimpa musibah, rumah bapanya dilanda ribut, bumbung habis tercabut, Lieza tanpa segan silu minta pinjam duit untuk baiki rumah bapanya dan aku tanpa banyak bicara transfer 3k.

Maklumlah hati dah berkenan, lagipun sepanjang 3 bulan kenal dia tak pernah minta apa – apa. Aku jer yang selalu kirim hadiah baju, tudung, jam tangan walaupun dia kata tak payah susah – susah. Bagi aku bila hati dah sayang aku sanggup jer berk0rban.

Lagipun Lieza pandai ambil hati aku. Tiap pagi dia akan text aku ucap selamat pagi. Dia akan ingatkan aku untuk bersarapan. Kadang – kadang satu hari 3 kali kami bercakap melalui telefon. Dia tahu jadual tugas aku jadi dia akan buat panggiIan masa aku free tak ada kelas.

Aku pula tinggal bujang, anak – anak aku semua lelaki dan tinggal di asrama dan Universiti. Jadi tiada masalah nak bergayut dengan dia selalu. Berbalik kepada isu pinjam duit untuk baiki rumah orang tuanya, aku cakap dekat Lieza yang aku bagi jer, tak payah bayar balik, aku ikhlas.

Dia jadi m4kin manja selepas itu, sedar tak sedar dah 3 bulan kami berkenalan. Aku cadangkan usul untuk bertemu. Mula – mula Lieza agak keberatan, berbagai alasan diberinya, anak sekolahlah, bapa tak sihat lah, cuti tak ada lah.

Namun aku desak untuk berjumpa, aku sanggup ambil cuti untuk terbang ke sana, kalau tunggu cuti sekolah harga tiket mahal. Akhirnya dia setuju tapi bersyarat, iaitu jumpa kat bandar area airport sahaja. Dia belum bersedia untuk bawa aku ke daerah tempat tinggalnya atau berjumpa ahli keluarganya.

Aku kehairanan juga, sebab aku sudah serius untuk meneruskan perhubungan ini, jadi alang – alang aku dah terbang ke sini eloklah aku bertemu orang tuanya membuktikan kesungguhan aku. Namun kerana hati dah teruja aku cuba berfikir yang baik – baik, mungkin dia akan ubah syarat bila kami bertemu empat mata dan nanti aku pujuk untuk bertemu orang tua dan anak – anaknya.

Sampai saatnya aku terbang ke bandar K, aku ke hotel berdekatan airport. Dari tengahari sampai pagi esoknya aku tunggu panggiIan Lieza dan juga cuba hubunginya tapi panggiIan tak di jawap. Akhirnya 3 jam sebelum aku bertolak balik, Lieza hubungi aku dari lobi hotel, dia datang dengan anak bongsunya ecah (nama samaran) yang berusia 13 tahun.

Dia minta maaf kerana telefonnya rosak sebab tu tak dapat hubungi aku. Pertama kali bertemu orangnya memang cantik, agak tinggi tapi sedikit gempal. Dalam tiktok nampak kurus slim jer, muka pun bermake up agak tebal dengan bulu mata palsu.

Aku terkedu, terpesona dengan kecantikkan wajahnya. Kami tak sempat berbual panjang kerana aku harus berkejar ke airport. Lieza dan Ecah gembira menerima hadiah tudung dan kain pasang sebagai buah tangan dari semenanjung.

Semasa nak berpisah Lieza bagi hint kalau nak senang berhubung dia perIukan telefon baru sebab telefon dia selalu buat hal. Lalu aku terus ajak dia ker mall berdekatan hotel, dia dan ecah nampak gembira, aku belikan telefon bimbit untuk Lieza dan barang – barang keperluan sekolah untuk ecah.

Nampaklah happy muka ecah, terus ucap terima kasih daddy, aku pun perasan. Sejak hari itu kami kerap berhubung, tiap malam sebelum tidur pasti kena dengar suara manja Lieza, aku benar – benar angau. Lieza pula boleh dik4takan tiap minggu minta duit belanja dari aku, macam – macam alasan diberikan.

Nak bayar keperluan sekolah anak lah, ubat lelah bapanya lah, ambil ubat s4kit akibat period lah, kereta rosak dan terbabas lah, pelbagai alasan. Aku dengan senang hati hulurkan, bakal isterilah katakan. Àku juga kerap hubungi Ecah bertanya khabar, Ecah manja macam mamanya. Banyak celoteh dan pandai bercerita.

Pada pertengahan bulan feb 2023, tiba – tiba Lieza berdiam diri, tiada mesej WA, tiada panggiIan telefon. Selama dua minggu dia senyap jer. Mesej WA aku hanya bluetick tiada jawapan. Awal bulan mac aku mendapat pesanan di WA dari Lieza, dia minta putus, katanya dia dah fikir masak – masak, kami tak serasi.

Katanya aku jauh di semenanjung, tak mungkin dia akan tinggalkan orang tuanya, adik beradik, anak – anak, kawan – kawan dan kerjayanya untuk ikut aku ke semenanjung. Dia juga kata kami tak sepadan kerana aku tak cukup tinggi untuk bergandingan dengannya, katanya dia tak suka rupa aku yang boyish, nampak macam budak sekolah.

Lepas tu dia terus blok no tel aku tanpa sempat aku memujuk. Namun aku tak putus asa, aku hubungi dia melalui no lain. Dia marah – marah dan minta aku terima kenyataan antara kami tiada jodoh. Akhirnya aku hubungi Ecah.

Mula – mula Ecah cakap tak tahu tapi lepas aku pujuk dan berjanji belikan dia hadiah baru dia mahu bercerita. Katanya mama kawan dengan uncle baru dari KL. Uncle tu kerja minyak kat KLCC, mama suka uncle tu sebab ada misai.

Mama kata uncle tu lebih kaya dari cikgu sekolah, Mama janji nak bawa Ecah jumpa uncle tu di KL nanti. Aku terkedu, sampai hati Lieza permainkan cinta aku. Rupanya ini bukan kali pertama, kata Ecah, dulu dengan askar pun mama kawan kejap jer sebab uncle tu kedekut. Rupanya aku bukan orang pertama yang Lieza permainkan.

Aku kecewa sangat, dibuang begitu sahaja selepas berbelas ribu aku berhabis untuknya. Aku macam orang sasau sampai kena ambil cuti s4kit akibat terlalu kecewa ditinggalkan di saat cinta berputik dalam hati. 4 tahun aku menduda, bila aku jatuh cinta semula aku ditinggalkan begitu sahaja selepas dikikis wang ringgit.

Patutlah kata orang jangan percaya 100% dengan calon yang ditemui di platform cari jodoh online, baik lelaki mahupun perempuan. Ada yang sertai dengan niat ikhlas mencari pasangan hidup, ada yang hanya mencari keuntungan dengan menipu.

Selepas aku pulih aku cari kekuatan dengan menghubungi Ecah semula, aku bagi alasan nak tunaikan janji bagi hadiah duhulu yang tak sempat aku kirimkan. Aku korek tentang Lieza, kata ecah mama akan berkahwin dengan uncle doktor orang asal sana juga.

Nampaknya pencarian Lieza sudah berhasil, dapat juga kahwin dengan orang yang banyak wang dan bertitle doktor. Aku tanya kenapa tak jadi dengan orang minyak dari KLCC? nak tahu apa kata ecah? “Mama kata orang itu tua dan bersuara macam orang gatal, mama geli geleman dengar suara uncle minyak tu, tapi uncle minyak tu baik bagi mama banyak duit.”

Aku dah agak dah, dasar perempuan kaki kikis. Kepada SB dari K*** S*******g Sarawak, semoga awak insaf dan bertaubat. Ingatlah awak ada 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan yang suatu hari nanti perlu mencari pasangan.

Jangan sampai kifarah perbuatan kikis dan mata duitan awak ini berbalik kepada anak – anak awak kelak. Jagalah jodoh awak ini baik – baik. Cikgu Adie – (bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.