Aku berhutang lebih dari 1 Juta, aku diam tak bagitahu isteri. Bila dia tahu, tangan dia naik ke muka aku. Isteri aku nak cerai

Aku ada hutang rumah dalam 900k, personal loan 400k, hutang card credit tak terbayar sehingga 8 keping. Bini aku pulak sekarang dah mula syak macam – macam. Aku ada jugak tipu duit dia dalam 10k..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan kisah aku ni. Nama aku Joe. Sebenarnya aku nak minta pendapat pembaca kat sini. Aku dah buntu, rasa macam dah tak ada jalan untuk keluar dari masalah ‘besar’ aku.

Ceritanya macam ni, tahun 2013 dulu aku dapat kerja kat KL di bawah satu syarik4t glc. Masa tu bujang lagi, gaji permulaan masa tu RM 7k. Aku beli kereta H tu pastu beli pulak rumah 770k (2 bilik saja, serviced apartment kat area kerinchi).

Kemudian aku apply pulak card credit untuk tampung nafsu berbelanja aku kat KL tu. Biasa la orang muda, dengan gaji banyak macam tu. Setahun lepas tu, aku belikan pulak bini aku kereta sebab kesian masa tu dia tengah mengandung.

Jauh dia kena ulang alik tempat kerja. Masa tu kitorang PJJ. Bini aku tak tau yang aku ada rumah kat KL. Aku tipu dia. Aku cakap aku menyewa je selama ni. M4kin lama aku rasa terbeban dengan komitmen aku dan kos berbelanja aku kat KL tu.

Gaji aku ada naik sikit pastu aku cuba pulak buat personal loan. Aku apply loan paling maksimum. Konon nak tutup kereta pastu buat simpanan sikit. Apply pulak ASB financing. Tapi asal duit aku habis tengah bulan aku keluarkan dividen dengan simpanan aku tu.

Anak pulak dah masuk tiga orang masa ni. Sampai sekarang, bini aku langsung tak tahu pasal kegiatan aku ni. Dia ingat aku ade saja duit nak tampung dia dengan anak – anak. Pastu aku try buat personal loan apply maksimum kat bank lain.

Sama cerita jugak. Duit aku habis entah ke mana. Aku ni ada anx1ety kalau tengok duit tinggal seribu lebih pertengahan bulan terus aku rasa gelisah. Aku apply lagi credit card. Moratorium pun aku habiskan untuk kos hidup aku dan beli barang hobi aku.

Aku beli lagi satu rumah kat kampung aku. Kali ni aku joint loan dengan bini. Aku tipu dia kena buat joint loan baru lepas buat pinjaman sebab kerja aku high risk jadi tak boleh aku sorang saja apply. Mesti korang dah pening kan.

Akhirnya sekarang ni aku ada hutang rumah around 900k, personal loan 400k, hutang card credit tak terbayar sehingga 8 keping. Alhamdulillah gaji aku naik sekali ganda, jadi boleh la tampung semua tu. Cuma aku langsung takde simpanan dan tiap – tiap bulan poket aku selalu kering.

Sekarang ni aku buntu sebab komitmen aku terlalu banyak. Kawan baik aku syorkan aku untuk jumpa dengan AKPK. Tapi dalam masa yang sama aku buat pulak lagi personal loan sebelum AKPK aku lulus. Bertambah la lagi hutang personal loan aku.

Bini aku pulak sekarang dah mula syak macam – macam. Yela, sampai bila aku boleh sorok benda ni. Aku tak tau macam mana nak bagitau perkara sebenar kat bini aku. Aku ada jugak tipu duit dia dalam 10k camtu untuk bayar komitmen kereta tapi sebenarnya kereta tu aku dah tutup dah dulu guna personal loan yang aku apply tu.

Duit dia aku guna untuk belanja lain. Korang boleh tak bagi pendapat kat aku macam mana nak berterus – terang dengan bini aku. Aku takut. Ke diam saja sampai aku selesaikan hutang AKPK? Pastu aku nak tau jugak ada ke nak beli rumah yang aku beli kat Kerinchi tu?

Sekarang penyewa rumah tu cuma bayar aku murah dalam RM 500 saja. Sedangkan bulanan kat bank aku kena bayar RM 3000 lebih. Bini aku masih tak tau pasal rumah ni. Aku bagi saja sewa rendah sebab takut penyewa lari sebab masa k0viid banyak penyewa lari dari apartment tu.

Mostly balik ke negara dorang sebab penyewa kat sana kebanyakannya expat. Keadaan aku betul – betul huru hara sekarang ni. Tolong la korang bagi aku pendapat bernas, kecaman pun aku terima asalkan membina. – Joe (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Hi korang, aku Joe. Dulu aku pernah buat confession kat sini pasal kewangan aku. Cerita ni kesinambungan lepas aku buat confession tu. Terima kasih atas nasihat dan juga kecaman membina dari korang.

Aku beranikan diri bagitau pasal masalah aku kat bini aku. Penerimaan dia macam aku dah jangka dah. Dia bagi aku peIempang sedas. S4kit giIa tapi memang layak pun aku diIempang camtu. Seminggu dia tak nak bertegur dengan aku.

Tapi dalam tempoh tu tiba – tiba langsir rumah kitorang bertukar baru. Tv pun bertukar baru. Semua dia guna duit dia. Tau – tau saja dah ada. Aku rasa tu cara dia nak lepas geram kot. Aku asal nak bercakap dengan dia, dia lari.

Anak – anak pulak dia serah bulat – bulat kat aku suruh jaga. Selepas seminggu dia datang kat aku bagitau dia nak cerai. Dia bagitau dia tak boleh nak hidup dengan penipu. Aku masa tu rasa berkecai dah hidup aku. Aku sayang dia dengan anak – anak kami.

Aku merayu sungguh – sungguh kat dia. Aku minta dia buat la apa pun kat aku asalkan kami tak cerai. Alhamdulillah hati dia dilembutkan mungkin sebab anak – anak kami. Aku bertekad sungguh – sungguh nak bahagiakan dorang dan tak lagi berahsia.

Semua urusan kewangan bini aku yang handle. Aku solat taubat tiap – tiap malam dan lega sangat lepas dah luahkan semuanya kat bini aku dan dalam solat aku. Lepas kitorang berbaik, bini aku jadi menteri kewangan kitorang.

Sebelum ni bini aku ada satu buku nota tebal. Selama ni aku ingat diari dia rupanya tu buku bajet kewangan dia. Dia bagi aku tengok buku tu dan dia bagi aku tengok jumlah simpanan dia. Mak aih. Malu aku tengok. Rupanya dalam bank dia ada 200k cash.

Belum lagi termasuk simpanan anak – anak aku dan emas – emas dia. Dia yang selama ni aku tengok biasa saja saja rupanya lagi hebat dari aku yang berlagak kaya ni. Dia pakai kasut brand bata saja, beg pulak paling mahal coach. Malu aku.

Aku hutang ratus – ratus ribu tapi tak pernah pun belikan dia barang – barang branded. Aku just bagi dia nafkah 2k saja. 2k tu jugak la termasuk belanja rumah dan insurance anak. Tak sangka 2k tu beranak pinak kat bank dia sampai capai amaun macam tu.

Tapi dia memang kerja jugak cuma gaji dia 4k saja. Tak tau macamana dia manage duit dia. Tapi yang aku ternampak kat buku tu 50% keperluan, 20% simpanan, 15 kehendak, 5% sedekah. So dari situ aku nekad nak buat simpanan jugak. Aku bagi bini aku atur.

Alhamdulillah rezeki aku melimpah ruah sebulan selepas aku confess kat bini aku. Tetiba company aku bagi bonus 80k. Bini aku settlekan separuh hutang – hutang personal loan aku. Baki dari bonus tu dia divide jadi simpanan kec3masan dan jugak simpanan peribadi aku.

Pastu dia mintak aku simpan bulan – bulan. Dia deal kat penyewa kerinchi bagi naik sewa pegi 2000. Duit sewa tu jadi duit simpanan aku. Pastu dia mintak aku simpan extra 600 jugak. Dia cakap anggap saja bayar kat bank sebab aku suka bank kan.

Tapi actually dia la bank aku. Aku redha saja la dia menyindir aku asalkan dia sanggup lagi terima aku dalam hidup dia. Alhamdulillah tak sampai 5 bulan dia gandakan simpanan aku sampai jadi 40k cash. Tahun depan insyaallah kitorang t4rget nak tutup semua hutang kad kredit aku tu.

Aku tengok planning financial isteri aku sangat – sangat la berbeza dengan aku sebelum ni. One thing aku notice bini aku ni tak lokek nak bersedekah kat tempat dia bekerja. Duit gaji dia kadang – kadang dia guna untuk beli barang – barang yang patutnya tempat kerja dia yang sediakan.

Dia cakap takpe dia niat nak sedekah untuk parent dia yang dah meninggaI. Sampai pernah dia invest duit dia beli komputer untuk kemudahan kat tempat kerja dia tu sebab takde peruntukan spesifik untuk beli komputer tu.

Dia tak pernah claim balik sebab dia memang niat nak sedekah saja. Bekal akhir4t katanya. Sekali lagi aku malu sendiri. Aku rasa sampai sini saja kot. Hopefully ini yang terakhir. Aku confess sebab nak jadikan kisah ni pengajaran bagi korang di luar sana.

Jangan jadi macam aku. Menipu bini konon aku la yang terhebat sampai lupa diri. Aku bersyukur Allah datangkan aku dengan dugaan ni dan bersyukur sebab dapat perempuan macam bini aku. Aku menyesal kadang – kadang anggap dia serba tak tahu padahal dia banyak tolong aku dalam diam.

Kesimpulannya, hargai la siapa yang korang ada sekarang. Yang tak kisah jatuh bangun dengan korang. Sekali lagi terima kasih sebab korang – korang ada yang bagi komen – komen yang bernas sampai buka mata kepala aku ni. – Joe (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.