Tanam pokok sampai jalan retak, longkang tersumbat. Bila report perband4ran, jiran tak puas hati tebang pokok raya mak

Pagi – pagi dorang pasang radio kuat – kuat sampai pintu kaca rumah kami bergegar sebab terlampau kuat. Tak termasuk lagi rumah dia buat jadi bengkel. Yang jadi masalah bila pagi dia test motosikal, tengah hari test moto, malam pun test moto. Pernah aku dan adik panjat rumah jiran waktu malam, senyap – senyap kami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca setia. Terima kasih buat yang sudi membaca confess aku. Isi hati ni dibuat dalam keadaan s4kit hati, tertekan, s4kit kepala dengan bunyi bising sejak 3 jam tadi.

Aku dan keluarga tinggal di sebuah rumah teres 2 tingkat, berjiran dengan jiran pelbagai bangsa. Mohon jangan kaitkan dengan bangsa apa – apa sebab mungkin aku je yang tak bernasib baik, Kami mula berjiran pada tahun 2008 hingga sekarang.

Pada mulanya semuanya ok, sehingga ada beberapa kejadian yang membuatkan hubungan keluarga aku dengan jiran sedikit dingin. Ini masalahnya:

1. Jiran kami ada menanam satu pokok di belakang rumah, tapi sekadar tanam dan makan je lah. Daun yang kering dan gugur langsung tak diendahkan sampai menyumbat saluran longkang. Bila hujan longkang tersumbat sebab aliran tak baik.

Jiran selorong yang bermula dari rumah aku dan seterusnya boleh dik4takan setiap hari mencuci longkang untuk keluarkan daun tersumbat. Bukan tu je, segala najiis anjing, sisa kari nasi semua dicampaknya ke belakang. Mak dah tegur, tapi sekejap la kesannya, alih – alih duk macam tu juga.

Kami dapat tahu siapa yang tanam sehingga menyebabkan kerosakan jalan adalah satu kesalahan. Sebab, pokok tu membesar sehingga jalan tar pecah. Jadi kami report ke majlis perband4ran (MP). Dan ya, pokok tu ditebang.

Ayah jiran tu memang bengiis sampai dia syak kami yang report (memang betul pun..haha) jadi dia bawa p4rang dan tebang pokok bunga raya mak di depan rumah sebab dia anggap tak adil. Mak tak marah? Meng4muk kot jenuh adik pujuk, sebab masa ni aku kerja.

Kalau korang ada mak yang suka menanam berkebun korang tahu lah, dahan patah pun dia cari angkara siapa. Disebabkan dia bawa p4rang dan mak pula tak dapat kawal marah, ada yang buat report polis, polis yang tenangkan kami berjiran. Kejadian ni la mulanya kami jadi agak dingin

2. Sambutan perayaan tiap tahun buat kami s4kit kepala juga. Mercun – mercun yang dibakar mereka biarkan sepah sehingga sampah tu ditiup angin. Bising tu boleh tahan lagi, tapi mercun papan yang panjang bermeter – meter tu lepas dibakar mereka biar sahaja.

Sampai seminggu sampah yang bersepah tu tak disapu, berselerak masuk ke pagar rumah jiran. Paling banyak terima kami lah! Merah dan bersepah sampai ke pintu dan rak kasut. Waktu Chinese new year jiran hujung baris rumah elok je sapu pagi – pagi, siap minta masuk rumah kami nak bersihkan.

Yes, ni masalah sivik dan common sense.. huhhh. Seperti biasa, memang dah tegur, aku ingat aku orang pertama buka mulut cara baik, rupanya ayah aku pun tegur. Ala sampah je kut, bersihkan je dah siap. Eh takk, waktu jiran – jiran jemur kain pagi ke tengahari, anak dia no 5 slamber badak je main mercun naga dan papan sampai berkepul kepul asap.

Jiran lain tarik kain masuk rumah. Aku? Aku tegur minta main malam sebab nanti baju – baju jiran berbau asap. Tahu dia buat apa? Waktu aku cakap dia buat tak dengar dan masih baling tak berhenti. Tolong bagi tau aku nak buat apaa?!

3. Selalu diorang pagi – pagi mengemas rumah memang akan pasang lagu sekuat alam. Kuat tu sampai 2 rumah kiri kanan boleh dengar. Paling terasa rumah bahagian belakang la sebab anak dia no 2 tu pasang dekat bilik. Masa yang diorang akan pasang pukuI 8 – 11 pagi. Hampir tiap hari. Tak tegur? Dah berbuih mulut.

4. Bunyi anjing yang menyalak. Ok yang ni ada kisah lawak dia. Diorang ni bila bela anjing, diorang nak anjing tu jaga rumah diorang je. Makan minum anjing tu peduli apa. Kadang – kadang pergi bercuti tapi tak tinggal makanan dekat anjing tu pun, sebelum buat awning depan rumah, terjelir – jelir anjing tu kepanasan.

Disebabkan kesian, aku beli sosej sepaket dan lempar kat anjing tu, melahap dia makan. Aku letak air dalam bekas plastik pun sampai licin dia minum. Jadi pukuI 12 malam aku plan dengan adik untuk lepaskan anjing tu.

Lengkap tukul, kapak, dengan p4rang.. haha. Nasib baik polis tak meronda. Aku dengan adik panjat tembok, anjing tu tak marah sebab mungkin dia kenal aku yang baling makanan. Jangan risau, aku pakai plastik dekat tangan dan kaki. Aku putuuskan rantai leher dan biarkan dia lepas.

Tapi kejap je la. Jiran aku balik ambil dia balik sebab anjing tu tunggu depan rumah aku. Kenapalah tak pergi jauh anjing oii. Anjing tu dah tak ada. Anjing baru pula diorang bela, macam biasa, menyalak setiap tengah malam mungkin sebab lapar, maklumla makan sekali sehari.

5. Repair motor. Kadang – kadang dah macam bengkel aku tengok. Tak pe lah, rumah diorang. Yang jadi masalah bila pagi dia test motosikal, tengah hari test moto, malam pun test moto. Tak ke s4kit kepala? Benda ni bukan sehari dua, dah 2 bulan kalian semua, nampak sama je moto tu. Sampai aku terbawa ke mimpi aku putuuskan wayar moto dia. Adakah ini bermaksud.. hmm.

6. Repair rumah dah 2 minggu. Aku risau r0boh je dinding ni. Daripada 2 minggu lepas tak berhenti bunyi gerudi, tukul dengan welding dekat sebeIah. Minta kebenaran? Jangan haraplah,, tak bersua muka pun, bunyi je sampai.

7. Parking kereta sesuka hati. Pernah sekali tu kawan – kawan dia datang penuh kereta depan rumah, paling geram, depan pagar rumah aku pun dia park. Kerap. Tiap kali musim perayaan. Sampai aku lukis dekat kotak NO PARKING HERE.

Kadang – kadang tu tak diendah pun. Ayah sampai pergi rumah panggil owner kereta minta alihkan sebab nak keluar. Aduhaii. Jujur bila dekat waktu perayaan diorang, aku akan ajak keluarga balik kampung. Alhamdulillah gangguan yang teruk, paling – paling pun balik kemas sampah mercun diorang je.

Lepas tu cek dan cuci longkang belakang yang tersumbat. Penat kan? Tu antara masalahnya. Masalah 1 – 5 adalah masalah yang paling banyak kami kena sabar sebab jadi boleh dik4takan hampir tiap hari. Mak ayah ada d4rah tinggi, aku ada migrain.

S4kit tu lebih banyak dekat hati berbanding kepala sebenarnya sebab teguran dah banyak kali. Surat report MP pun boleh buat satu fail dah. Tak tahu lah sejauh mana tindakannya. Jiran lain boleh sabar lagi tapi keluarga aku paling dekat dengan rumah dia. Jadi kesan dia paling dasyat.

Pintu kaca bergegar sebab bunyi muzik tu dah lali. Sampah longkang tersumbat dengan sisa makanan pun dah jadi rutin tiap petang bersihkan. Patutlah banyak kes g4duh antara jiran – jiran yang sampai melibatkan polis dan nyawa.

Fahamilah jiran – jiran, manusia balik rumah, berada di rumah untuk berehat lepas penat seharian bekerja. Ada yang ada anak kecil yang perIukan tidur yang lena, tapi sebab kalian yang takde sivik, takde timbang rasa, rendah moral adab, kami rasa macam tinggal di sebeIah kandang haiwan.

Kalau pembaca ada cadangan apa lagi aku boleh buat tolong lah comment, aku nak tahu langkah mana yang sesuai untuk aku ambil. Ada lagi 1 tahun untuk aku bawa keluarga aku pindah. 1 tahun ni pun macam 10 tahun lama dia. Tolong lah bagi cadangan yang bernas. Terima kasih. – Sharah

Komen Warganet :

Luqman Qarin : 4 perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang baik (solehah), tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kend3raan yang baik. Bab bunga api tu aku ada kisah jugak. Abah aku Paling tak suka kalau kami adik beradik main mercun.

Tapi sejak jiran sebeIah rumah aku ni duduk, abah aku siap bagi duit suruh pergi beli mercun.. Hahaha.. Mainlah kami dengan gembiranya.. Siap suruh beli yang paling kuat lagi.. Hahaha.. Cuba bayangkan, rumah teres biasa, pukuI 11, 12 malam duk main mercun depan rumah tempat letak kete tu.. Mesti lah abah aku bengkek.. Esok nak bangun pagi, kerja.. Tapi tu dulu la, masa diorang baru pindah.. Sekarang diorang tak macam tu.. Alhamdulillah.

Habshah Aripin : Pindah aje adik. Saya pun dapat jiran giIa. Buat tandas, lubang najis tak masuk. Jual satay depan rumah. Rumah murah aje 2 tingkat. Tak dapat orang. Dia hantar baran.. Pakai h4ntu plak. Memang tak beriman dia ni.

Semua orang dia nak g4duh. Kita sewakan. Dia berg4duh dengan orang sewa. Lastly saya jual. Beli rumah landed. Hati tenang walaupun berjiran dengan bangsa cina. Baik sangat. Pindah aje adik. Allah bagi yang baik untuk awak nanti

Norizan Mamat : Salam, dapat jiran begitu, memang str3ss. Kami dulu pun nekad nak pindah rumah. Kena kata macam – macam. Riuh satu taman itu ini dia bercerita kat orang. Huhuhuhu.. Kami tanam pokok yang lilit pagar, banyak buahnya. Tetiba tengok layu.

Rupanya jiran pi p0tong kat batang bawah. Huhuhu… Ada la beberapa perkara lain. Apa yg kami buat ? Awal – awal dulu, masa ramadhan, makcik masak lebih, tukar lauk dengan jiran – jiran. Dia pun baIas lauk. Lama – lama tak ada dah bunyi.

Jiran yang satu termakan hasutan pun dah baik dengan kami. Kami ambil pendekatan tak mau bermusuuh dan cari pasal. Jika kami tak tahan, mungkin kami pindah dan sewakan rumah ni. Itu saja solution. Berg4duh dan mereka meny4kiti hati tak selesaikan masalah. Kan? Lama dah makcik tak tukar juadah di bulan posa. Harap posa ni ada kesempatan..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.