
Beberapa bulan lalu, suami aku jatuh s4kit. Kepalanya pening, panas dan d4rah keluar melalui hidung. Pemeriksaan doktor mendapati ada ketumbuhan pada otak suami aku.
#Foto sekadar hiasan. Di sini aku inginkan kongsikan suatu kisah tentang hidup aku yang malang disebabkan sikap panas baran aku sendiri sebagai seorang perempuan dan isteri, di samping sikap ego sangat tinggi mengalahkan perempuan lain.
Mentaliti dan sikap aku sebagai seorang perempuan adalah perempuan sentiasa je betul, semuanya betul dan takde yang salah melainkan betul belaka. Tiga tahun lalu, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang muda 7 tahun dari aku. Aku bekerja sebagai penjawat awam dan mempunyai jawatan tinggi sebagai pegawai kerajaan manakala suami pula hanya berkelulusan SPM. Pastinya suami aku bergaji rendah di samping berjawatan kontrak.
Aku berasal dari selatan tanah air manakala suami pula dari pantai timur. Perkahwinan kami bahagia dan hubungan di peringkat awal takde masalah. Kedua – dua kami memang memiliki sikap panas baran, tapi suami aku mampu mengawalnya dan sering kali beralah bila berlaku pertengkaran.
Kelebihannya, dia tahu mengawal panas barannya. Dia tahu bila masa dan ketika yang sesuai untuk marah atau beralah. Aku akui di awal perkahwinan kami, meski pun bahagia, suami sering kali juga melepaskan rasa amarahnya dan gagal mengawal panas barannya.
Semakin usia perkahwinan meningkat, dia banyak belajar mengawal perasaan, beralah dan jarang melayan aku bertengkar, meski pun aku selalu memperlinya dan mengatakan bahawa ego lelaki sangat tinggi. Aku akui ego aku lebih tinggi darinya, tambahan pula aku berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi dan dia hanyalah seorang pekerja kontrak lulusan SPM di sebuah syarikat swasta.
Meski pun bergaji rendah, suami aku tak pernah sesekali mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah zahir dan batin. Dia juga rajin ke pasar raya membelikan pelbagai barangan dapur. Aku sering kali mengujinya dengan menyatakan bahawa semua keperluan barangan dapur tersebut mampu aku beli dan sering kali aku mengungkit ungkit tentang peng0rbanan aku sebagai seorang isteri.
Pernah beberapa kali aku terlalu mengikutkan emosi, tambahan pula apabila tiba waktu datang bulan. Namun suami aku seorang yang penyabar dan mampu mengawal panas baran beliau di samping bersikap ringan tulang membantu kerja – kerja rumah seperti mengemas, mencuci pinggan mangkuk, memasak, membuang sampah hatta sampai membasuh pakaian, melipat kain baju dan menggosok pakaian aku sekali pun.
Pernah beberapa kali, kami bertengkar. Dia memarahi aku dan aku meIawan. Akhirnya, aku menengking suami aku, hinggakan dia tak berpeluang untuk menjelaskan apa – apa. Akhirnya, dia menangis dan meminta maaf pada aku. Katanya, dia tak suka aku marah – marah, tak suka tengok muka aku marah dengan suara yang meninggi padanya.
Hati aku berkata bahawa aku isteri derh4ka, tapi disebabkan ego, aku pendamkan dan tak meminta maaf padanya disebabkan bersuara tinggi. Keegoan menyebabkan aku tak pernah meminta maaf dan merasakan diri aku sentiasa betul. Dia bagitahu aku bahawa rakan – rakannya mengejek dia kerana takutkan isteri.
Dia tak kisah, asalkan dia menghorm4ti aku, aku tak marah – marah dan bahagia berkahwin dengannya. Aku banyak terpengaruh dengan media sosiaI tentang hak – hak asasi, tugas dan tanggungjawab suami serta layanan yang patut seorang isteri perolehi dari suami.
Tanpa aku sedari, hak seorang isteri perlu disuarakan sekiranya seseorang suami tu tak bertanggungjawab, tapi suami aku melaksanakan semua tugas dan tanggungjawabnya dengan baik. Media sosiaI aku jadikan medan meluahkan perasaan tentang hati seorang perempuan, terutama ketika aku berada di dalam keadaan emosi yang tak stabil, datang bulan.
Sering kali aku menyalahkan pihak lelaki dalam apa jua isu rumah tangga dan keganasan yang menimpa kaum hawa di media sosiaI dan menulisnya di blog dan laman Facebook. Antara status – status yang sering aku muat naik di media sosiaI adalah menyalahkan diri sendiri kerana mendapat seorang suami yang bergaji kecil dan tak dapat memenuhi kehendak kehendak aku terhadap pakaian mewah dan barangan kosmetik.
Pernah beberapa kali, sewaktu terjaga di tengah malam, aku bercadang untuk memuat naik status di media sosiaI, aku terlihat suami aku sedang solat malam, berwirid dan berdoa. Lama sekali doanya, kadang kala terdengar esakan tangisnya dalam doa.
Seringkali seusai solat malam, suami aku mengucup dahi aku dan menyelimutkan aku, sedangkan dia tak pernah tahu bahawa aku tak tidur ketika tu. Meskipun aku mampu memandu dan mempunyai kend3raan sendiri, pergi dan balik aku dari kerja diambil oleh suami aku.
Adalah menjadi kebiasaan bagi aku memarahinya sekiranya terlewat mengambil aku di pejabat sewaktu hendak pulang. Mana – mana pasangan yang berkahwin, anak – anak merupakan penyeri hidup. Usia perkahwinan kami yang sudah menjangkau dua tahun dan tak mempunyai cahaya mata tak dijadikan alasan oleh suami aku untuk berkahwin.
Puas aku membangkitkan perasaan marahnya kerana kami tak mempunyai anak dengan pelbagai kata – kata yang mencabar ego seorang lelaki, tapi dia kelihatan tenang. Beberapa bulan lalu, suami aku jatuh s4kit. Kepalanya pening, panas dan d4rah keluar melalui hidung.
Pemeriksaan doktor mendapati ada ketumbuhan pada otak suami aku. Hanya selepas tiga tahun kami berkahwin, barulah aku sedar, ALLAH lebih menyayangi suami aku yang soleh tu. Mungkin Allah tak nak suami aku terus – terusan s4kit hati dan memendam perasaan menjalani kehidupan berkeluarga bersama aku.
Aku mulai sedar dan insaf betapa d0sa – d0sa aku pada suami selama ni. Dengan kelulusan tinggi, berpangkat dan berjawatan tinggi, aku telah merendahkan suami aku. Setinggi – tinggi Gunung Everest, tinggi lagi ego seorang wanita seperti aku.
Tiga bulan lepas, aku tak didatangi haid dan hasil pemeriksaan doktor aku disahkan mengandung tiga minggu. Suami aku pula tak lagi menghantar dan mengambil aku pergi dan balik kerja. Doktor menasihatkannya agar banyak berehat dan usah terdedah kepada kesesakan jalan raya yang mampu membuatkan pemandu tertekan dan s4kit jiwa.
Aku memberitahu suami akan berita gembira bahawa aku telah mengandung. Dia menitiskan air mata, tanda sedih kerana dia tahu hayatnya tak lama untuk melihat zuriatnya sendiri. Sekarang aku melakukan hampir semua perkara sendiri, meski pun masih memiliki suami.
Suami aku berusaha sedaya upaya seperti selalu membantu kerja – kerja rumah meringankan beban tugas aku, meski pun acap kali dia mengadu pening, s4kit kepala dan pitam di hadapan aku. Beberap bulan lepas, ALLAH menjemput suami aku kembali ke hadrat-NYA.
Aku meraung sekuat hati aku, meski pun cuba ditenteramkan oleh saud4ra mara dan sahabat handai. Tujuan aku menulis dekat page ni bukanlah untuk mendedahkan aib aku atau menceritakan keburukan aku sebagai seorang isteri. Aku sekadar nak melampiaskan tekanan perasaan selain berkongsi kisah dengan pembaca dengan harapan kita sebagai isteri tak mensia siakan peluang untuk berbakti pada suami, apatah lagi jika kita mempunyai seorang suami yang baik dan tak mengabaikan tanggungjawabnya.
Adalah lebih baik kita berusaha menjadi seorang isteri yang tahu menghargai seorang suami yang menjadi kunci syurga kita kerana apabila nasi sudah menjadi bubur, sesal kemudian takde gunanya.
Ulasan Pembaca :
ARa Soyh : Sis, kami di sini berharap semoga awak telah sempat memohon ampun dan maaf kepada arw4h atas segala kesilapan awak selama tu. Dan berharap awak dan semua yang membaca ni, akan menjadi isteri yang baik sekiranya mendapat suami yang baik seperti arw4h.
Mohd Rihaza : Akhirnya tuan cerita sedar juga kesilapannya. Namun agak terlambat. Selagi pasangan ada di sisi memang kita takkan nampak baiknya pasangan kita tu. Hanya nampak yang buruk, yang lemah je pada pasangan kita tu. Tak kira lelaki atau perempuan, jika anda dapat pasangan yang baik, solat cukup, bertanggungjawab, tolong jangan abaikan mereka.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.