Aku buat fake acc ser4ng perempuan per4mpas tu. Tiba2 aku dapat mesej surat saman dari dia

Kami google gambar kereta Honda, lepas tu letak dekat FB. Kononnya pakai kereta mahal padahal pakai MyVi. Tapi per4mpas ni tahu, tu gambar google. Memang kena perli kaw – kaw. Dia terus upload gambar dia pakai kereta BMW sebab dia anak orang kaya..

#Foto sekadar hiasan. Hai, salam perkenalan. Aku Kobis. Umur aku sekarang di lewat 20 an, dan kejadian ni terjadi semasa aku belajar di universiti. Pertama sekali nak cakap sorry kalau penulisan aku ni panjang sangat. Dulu, aku ada boyfriend, Aiman.

Tapi virtual boyfriend la. Ala biasalah, zaman dulu – dulu, dekat fb pon boleh bercinta. Aku kenal Aiman dah nak masuk setahun. Call, whatsapp setiap hari, tapi tak pernah jumpa. Banyak kali aku ajak Aiman berjumpa, tapi macam – macam alasan dia bagi.

Antaranya sebab jauh, sebab dia dekat Kedah, aku dekat Melaka. aku sayang Aiman walaupun tak pernah jumpa dia lagi. Dipendekkan cerita, Aiman curang. Per4mpas dalam relationship khayalan kitorang ni, namanya Yaya.

Sebelum tu nak bagitahu Aiman ni umurnya 2 tahun lagi muda dari aku, dan Yaya ni umurnya 3 tahun lagi tua dari aku. Aku rasa Aiman ni taste dia memang perempuan lagi berusia daripada dia kot. Aiman kenal Yaya dalam online game.

Pada masa ini, aku baru menjalin hubungan selama 8 bulan dengan Aiman. Tapi disebabkan aku kadang kala sibuk dengan assignment, aku tak dapat meluangkan masa dengan Aiman. Jadi, Aiman pun menghabiskan masanya dengan main game.

Oh ya, Aiman ni tak kerja. Kerjanya mencintai aku je. Hehe gurau. Tak tahu lah kenapa dia tak kerja. Tapi sebab dia hensem, aku suka je. Ala, budak – budak kan. Satu hari tu, aku berg4duh dengan Aiman, disebabkan apa aku tak pasti.

Aiman mendiamkan diri, dan aku pun add salah seorang kawan Aiman di facebook. Aku namakan dia Dollah. AkuĀ  beritahu masalah aku dengan Aiman pada Dollah. Dollah pun bongkarkan rahsia Aiman. Dia kata patut lah dekat wallpaper desktop Aiman muka perempuan lain.

Masa ni aku dah geram. Kenapa Aiman letak wallpaper gambar perempuan lain sedangkan aku ni girlfriend dia? Girlfriend lah sangat. Aku pun whatsapp Aiman, bagi tahu apa yang aku tahu daripada Dollah. Disebabkan hal ni, Aiman berg4duh dengan Dollah.

Dollah ni ada rupa juga la, lagi handsome dari Aiman. Ada gaya artis korea sikit. Sambil chat Dollah, aku terfikir kenapa la aku tak couple dengan dia dulu. Dah la hensem, sopan pulak tu. Aku pun merajuk. Sampai hati Aiman menduakan aku.

Selepas tempoh aku berdiam diri yang panjang, Aiman akhirnya telefon aku dan beritahu dia memilih aku daripada Yaya. Aku tanya sejak bila kenal Yaya, dia kata baru 1 minggu lepas, belum pernah jumpa lagi. Wah macam mana aku yang dia dah kenal 8 bulan, boleh tergantikan Yaya yang dia baru kenal 1 minggu? Siap tukar wallpaper lagi.

Disebabkan rasa tak puas hati, aku pun minta putvs dengan Aiman. Aku rasa terkhi4nati bila diduakan. Menangis – nangis Aiman masa aku minta putvs. Dia kata tak boleh hidup tanpa aku. Tapi aku tetap tak nak. Beberapa hari selepas tu, profile whatsapp Aiman terus bertukar gambar Yaya.

Wah cepat betul kau move on ya. Nak dibandingkan Yaya dengan aku, macam rama – rama dengan kepompong tau. Yaya tu free hair, rambut warna per4ng, putih gebu, s3xy pulak. Selalu post gambar pakai mini skirt, mini dress, semua mini lah dekat fb dia. Tapi memang lawa lah.

Biasalah aku zaman d4rah muda kan, aku pergi create fake account, aku pergi ser4ng fb Yaya, aku cakap Yaya ni per4mpas. Rupanya Yaya ni boleh tahan juga. Mulut dia lagi lancang dari aku. Sekali tu je aku ser4ng Yaya. Bila Yaya reply dengan m4ki hamun, aku pun bertukar jadi taugeh.

Takut hahaha. Tapi jangan ingat aku buat kerja b0doh ni sekali je ya. Selepas Yaya m4ki aku, dia post dekat wall facebook dia, sambung m4ki hamun aku. Aku dapat rasa Aiman pun buruk – burukkan aku depan Yaya, itu yang Yaya sampai marah sekali.

Dekat post – post Yaya tu, aku baca komen Aiman. Wah dengan Aiman pun mem4ki hamun aku sekali. Padahal masa aku minta putvs, menangis – nangis dia merayu macam anak m4ti emak. Well, mendapatlah aku kan. Siapa suruh buat fake account pergi ser4ng Yaya.

Tapi aku ser4ng sekali je. Yaya boleh dik4takan tiap hari update dekat wall dia screensh0t fb aku, mem4ki hamun aku. Aku macam, eh dia ni dah kenapa. Kan aku ser4ng sekali je dan tak reply. Tapi Yaya ni macam mer0yan pulak.

Mesti Aiman ni hasut – hasut dia. Yang buat aku paling s4kit hati, aku pernah cerita dekat Aiman yang parents aku bukan orang senang, ada la beberapa details kesusahan family aku cerita dekat Aiman. Boleh pulak Yaya cerita dekat wall facebook dia.

Lepas tu ramai kawan – kawan dia komen mengh1na aku. Masa ni aku down juga la, sebab Aiman ni buka aib aku dekat Yaya. Aku yang bijak ni pun beritahu abang aku. Abang aku ni Paskal tau. So dia memang tegas. Aku bagi nombor telefon Aiman dekat abang, suruh abang nasihatkan Aiman cakap dengan Yaya berhenti lah post pasal aku dan mak ayah aku.

Rupanya abang kena m4ki pula dengan Aiman. Masa ni Aiman tak tahu abang aku ni siapa, berani lah dia m4ki. Abang pun geram, dia kata nak minta budak – budak dia yang dekat Kedah cari si Aiman ni. Dapat patahkan kuku pun jadi la.

AkuĀ  tak bagi, aku cakap nanti jadi kes lain pula. Sepatutnya aku bagi je. Ala kuku je pun. Beberapa hari selepas tu aku dapat satu message, berkenaan saman. Dalam message tu menyatakan yang aku telah mengganggu Cik Yaya dan Cik Yaya nak kemukakan saman ke atas Cik aku.

Lepas dapat chat ni aku takut sangat. Ye la budak – budak lagi kan. aku dah terfikir nanti aku masuk penjara. Yaya pulak sindir – sindir aku dekat facebook dia, cakap tak sabar nak saman aku diiringi komen – komen mengh1na dari kakak dia dan kawan – kawan dia.

Untuk pengetahuan, aku dah block dah fb Yaya, aku tahu dia update ni pun dari facebook kawan – kawan aku. Sengaja Yaya setting post tu untuk public, supaya aku dan kawan – kawan baca. Memang kitorang baca pun, lepas tu s4kit hati, huhu.

Masa ni aku dah str3ss, dengan nak final exam, dim0mokkan kena saman lagi. Mana lah aku nak cari duit, dah lah parents aku susah. Masa ni lah menyesal tak sudah kenapa la aku pergi serang Yaya. Aku cerita dekat kawan baik aku, William. Dia Chinese.

William ni pun ada masanya sengal – sengal ubi macam aku jugak. Lepas tahu, habis kerja je William terus drive selama 2 jam untuk berjumpa dengan aku yang dalam ketakutan masa tu. William sampai je, aku terus tunjuk message tu dekat dia.

William pakai iphone, aku pakai android je. William tengok message tu, lepas tu dia search number penghantar tu melalui true caller. Nah, terpampang muka Yaya. Rupanya, Yaya pakai phone number dia message aku, tapi acah – acah jadi lawyer pulak.

Eleh ingat aku takut. Tapi memang takut pun huhu. Dalam kereta, William brainwash aku. Dia kata kenapa layan perempuan ni, kenapa ser4ng, bla3.. Memang teruk lah kena bebel dengan dia. Yela, mana aku tahu nak jadi macam ni.

William dengan bijaksananya, ajak aku pergi balai polis, nak buat report Yaya ni mengganggu aku. Dalam kereta masa otw pergi balai polis tu macam – macam skrip William suruh aku sebut bila depan polis. Bila depan akak polis tu, memang berterabur lah cerita aku.

Aku cerita la macam mana aku kenal Aiman, lepas tu jadi cinta tiga segi, sampai lah kes Yaya message aku acah – acah jadi lawyer. Akak polis tu pun pening dengar cerita aku, tapi dia type je apa yang aku tulis. Bila baca semula report polis tu, aku pun pening.

First time kot buat report. Dengan dalam kepala mana nak cari duit kalau kena saman. Yaya dah la kaya, rumah dia dekat Bukit Antarabangsa. aku ni apa pun tak ada. Lepas dapat salinan report polis tu, William suruh aku chat Yaya, lepas tu cakap yang aku tak kenal Yaya dan jangan ganggu aku lagi.

Short and simple. Cehh konon cara bermaru4h lah tu. Haha. aku pun buat macam yang dia suruh. Ingatkan lepas Yaya dapat message tu, dia berhenti la mer0yan. Rupanya Yaya siap buat fake account guna gambar aku dan tulis bukan – bukan pasal aku.

Aku tahu ni pun sebab kawan aku bagitahu fake account tu add fb diorang. Ya, Yaya buat fake account tulis bukan – bukan pasal aku, lepas tu add kawan – kawan aku. Fake account tu cakap aku jual diri la, apa la itu ini. Zaman ni zaman fb tengah up, instagram pun tak popular lagi.

Memang malu lah kawan – kawan university aku nampak. Hmm menyesal aku ser4ng Yaya. Setelah melalui perbincangan yang panjang, William setuju pura – pura jadi boyfriend aku, kononnya nak tunjuk aku dah move on lah.

Bila fikir balik, aku pun tak faham kenapa William ni setuju je ikut plan kurang bijak aku. So kitorang pun buat la relationship status dekat fb and set to public. Masa ni aku tak kisah dah sed4ra mara aku ke, kakak aku nak tengok ke. Lantak lah sana.

Lepas buat relationship tu, beberapa jam lepas tu kitorang scroll fb Yaya, dengan William2 sekali kena m4ki berjemaah dengan Yaya dan kawan – kawan dia hahaha. Kesian William tak tahu apa, tiba – tiba fb dia kena screensh0t dan kena m4ki berjemaah.

Dengan sengal – sengal ubi William tu, dia pergi google gambar kereta Honda, lepas tu dia post dekat wall dia. Kononnya tu kereta dia baru beli, padahal pakai Myvi je. Aku yang tak matang ni pun, melayan la sekali komen dekat gambar tu, wish tahniah lah, tak sabar nak naik la, boyfriend kan.

Kawan – kawan William pun komen. Aku tak tahu la kawan dia komen apa sebab diorang tulis dalam bahasa cina. Konon masa ni dah menang la, aku ada Honda. Kau ada apa? Tapi kegembiraan kitorang sekejap je. Hebatnya Yaya masa tu, dia boleh tahu tu gambar google.

Yaya screensh0t post william, screensh0t gambar google dan post sindir – sindir William dengan aku dekat wall dia. Lepas tu dia upload gambar dia dan kereta dia. Yaya ada BMW. Anak orang kaya kan. Malu giIa aku masa tu huhu.

Dengan Aiman sekali rancak komen dekat post tu. Bahasa diorang tak payah cakap la, memang kasar. Yang kelakarnya, dia kata William pun fake account. Dia kata aku buat fake account guna nama William, pastu buat fake relationship dengan aku. Sad kan.

Ni semua salah William, siapa suruh dia pilih gambar google lepas tu post dekat wall. Kan aku dengan dia dah malu. Dia tu tak apa la, orang ingat tak wujud. aku ni, dengan kawan – kawan aku sekali rajin st4lk si Yaya ni. Malu aku huhuhu

Tak matang masa tu kan, mana boleh kalah. aku tak apa la tak matang, masalahnya William ni pun sama, padahal dia tua 3 tahun dari aku. William ni programmer, jadi dia pandai sikit la bab IT. Dia pergi hack fb si Aiman pulak.

Masa zaman ni, security fb tak kuat macam sekarang. Fb aku pun pernah kena hack dengan William time dia saja try main – main. Geram betul masa tu. Aku tak tahu la apa istilahnya ntah dia buat phishing att4ck ke apa, kitorang boleh log in fb Aiman.

Haa dari sini la ceritanya bermula. Malam tu, William datang dan ajak aku lepak kat Mcd. Masa ni aku dah duduk menyewa dekat luar, so bebas lah sikit. Entah kenapa William rajin pulak melayan drama aku ni. Mungkin dia pun geram lepas kena m4ki berjemaah.

Sampai je William dekat Mcd, dia terus on laptop dia. Dengan berhoodie hitam dan dengan spect kanta tebal, William sebiji macam watak hacker dalam movie yang aku tengok haha. Dalam hati aku cakap, handsome jugak William ni sebenarnya.

Tapi aku pelik kenapa William tak nak sebarkan kekacakan dia dekat fb. Profile picture pun gambar kura – kura. Bila Berjaya log in fb Aiman, kitorang baca conversation Aiman dengan Yaya, wow rupanya diorang berdua dah berjumpa.

Time dengan aku dulu, bukan main liat nak jumpa kan. Dengan Yaya ni laju je, tahu lah Yaya tu s3xy gebu. Dari conversation tu, baru aku tahu, gatal juga Aiman ni. Masa dia jumpa Yaya dia dah pegang tangan, dah peIuk civm semua.

Lepas tu boleh pulak diorang berdua bercerita pasal 18sx dalam conversation tu. Aku apa lagi, semua aku suruh William printscreen dan hantar pada aku. Sampai pukuI 2 pagi kitorang lepak Mcd tu. Nasib baik malam minggu.

Memang betul lah Aiman tokok tambah cerita, dia kata dia tinggalkan aku, aku tak move on dan selalu ganggu dia dan kawan – kawan dia. Eeee perasan betul. Kitorang scroll lagi conversation diorang berdua, ada Yaya mengadu dia marah – marah Aiman pasal aku.

Lepas tu Aiman cakap, dia nak baIas cara halus dekat aku, maksudnya nak hantar sih1r. Yaya pun cakap, ok cepat sikit. Wah kau Yaya, sudah lah mer4mpas, nak syir1k pula kau ya. Masa ni aku rasa, screensh0t conversation tu saja tak cukup untuk aku ugvt yaya.

Mesti ada sesuatu yang lebih dalam pasal dia aku kena tahu. Aku buat lagi satu fake account. Masa ni aku dah habis final exam dan tengah cuti sem ya, jadi masa aku agak lapang untuk buat benda tak berfaedah ni. Ok berbalik tadi, aku buat fake account, aku letak gambar model perempuan, aku namakan dia Hilda.

Sebab melalui post – post Yaya, ada sorang mamat yang selalu komen dekat post Yaya dan ada beberapa gambar diorang berdua. Mesti best friend Yaya ni. Nama kawan baik Yaya ni Jason. Kali ni aku bijak sikit, gambar untuk fake account tu aku tak cari kat google dah, aku cari dekat instagram.

Lepas tu, aku grow kan account tu. Aku cari kawan – kawan, aku cari follower.Aku rasa aku ambil masa 1.5 bulan kot untuk growkan account tu. Aku buat engagement dengan fb orang lain. Birthday orang aku wish, gambar orang aku komen, aku chat.

Ada beberapa orang aku t4rgetkan untuk adakan engagement dalam fb. Dan aku rajin juga post gambar – gambar kononnya memasak, gambar shopping dan gambar selfie. Sejenak aku rasa, best juga fake account ni. Aku post gambar maggi aku sendiri masak pun, beratus orang komen.

Kalau post dekat fb aku sendiri, mesti 2 – 3 orang atau William je yang komen haha. William tak tahu pun plan aku ni, kalau dia tahu confirm dia membebel dekat aku. Tambahan pula, mesti dia takkan bagi. Berbalik dekat fake account nama Hilda tu, sengaja aku pilih tarikh birthday selepas 2 bulan aku buat fb tu.

Cukup masa untuk semua engagement yang aku buat, pulang ke aku semula. Ada beberapa orang kawan – kawan Jason aku add dan engage. Seperti yang aku jangka, bila tiba birthday fake account Hilda, banyak yang post wish birthday dekat wall tu.

Ada yang tag aku, ada yang bagi gambar. Ada yang panggil aku sister, macam adik aku. Kawan Jason pun ada komen wish birthday. So nampak macam real account dah. Selepas cukup yakin, aku add facebook si Jason ni.

Selepas Jason approve, aku tak mulakan perbualan pun, aku cuma like je gambar – gambar dia. Tak nak nampak obvious sangat. Lepas tu aku pun masuk uni semula, sambung semester ke berapa entah. Aku sampai lupa dah aku ada fb sendiri, syok juga pakai fake account ni.

Terfikir apa – apa, post je. Ada je orang komen. Sampai lah satu masa Jason chat aku. Haaa dekat sini lah catfishing game aku bermula. Sambil – sambil time study tu, aku chat la Jason. Siang malam aku chat dia. Aku pun kadang – kadang lupa aku ada misi yang nak dibuat.

Sampai lah satu hari keluar dekat wall aku, Jason komen dekat post Yaya. Post Yaya tu post yang sedih lah, aku tak ingat details dia tulis apa. Lepas tu Jason komen bagi kata – kata semangat dekat Yaya, ewah. Time ni la aku cucuk jarum.

Aku screensh0t, lepas tu aku bagi dekat Jason and pura – pura tanya kenapa you komen macam ni. Jason pada mulanya macam tak nak cerita, aku layankan aje. Benda macam ni tak boleh p4ksa hehe. Sampai la larut malam, akhirnya Jason buka cerita pasal Yaya.

Diorang bestfriend lama dah, dia cerita Yaya ni baik sebenarnya. Tapi dia tersalah pilih boyfriend. Aku konon menjadi pendengar setia. So cerita punya cerita, rupanya Yaya ni dah ada boyfriend dah, Bard nama dia. Lepas tu Yaya jumpa Aiman dalam game, Yaya saje – saje try Aiman ni.

Bard ni sejenis panas baran, tapi Yaya ni still lagi nak dengan Bard ni sebab Bard ada hutang Yaya dalam 10k macam tu. Yang Yaya post status sedih tu pun sebab kena Iempang dengan Bard lepas Yaya m4ki dia dan tagih hutang.

Aku tanya lagi, Aiman macam mana. Jason cakap, Aiman ni lagi haprak tak guna huhu. Aku tanya Jason, kenapa cakap Aiman macam tu. Rupanya, masa diorang berjumpa tu, Yaya tipu family dia, dia kata pergi tidur dekat rumah kawan.

Rupanya dia check in kan hotel untuk dia dengan Aiman. Bilik asing – asing ya. Malam tu selepas diorang tengok wayang, Aiman datang bilik Yaya. Kononnya nak berborak, lepas tu Aiman tiba – tiba tolak Yaya atas katil dan naik ke atas Yaya.

Tapi Yaya sempat tolak Aiman semula, bangun dan lari keluar. So, Yaya terselamat dari jadi m4ngsa r***** Aiman. Ternganga aku masa ni. Nasib baik lah aku belum pernah lagi jumpa Aiman. Kalau aku jumpa dia, tak tahu lah apa nasib aku.

Dengar cerita ni, aku jadi kesian pula dekat Yaya. Tapi aku ada misi. Misi menghentikan kegiIaan dia merapu pasal aku dengan William dekat wall facebook dia. Ya, walaupun dah 4 bulan aku putvs dengan Aiman, dia masih lagi merapu dekat wall dia.

Tak cukup pampangkan muka aku, dia h1na pula mak ayah aku. Cakap pasal dalam kain lah, aku ni b0hsia la, entah apa – apa. Jadi malam tu, pakai account Hilda, aku chat Yaya, aku screensh0t je apa yang Jason tu cerita dekat aku, dengan screensh0t conversation jijik Yaya dengan Aiman.

Aku ugvt Yaya, aku cakap aku dah ada location dia (melalui William tracking ip address) dan aku bila – bila masa boleh jumpa mak ayah dia dan Bard untuk bongkarkan semua tu. Tempat kerja Bard pun aku dapat tahu.

Biasalah perempuan kalau st4lk kan macam CSI. Memang aku kena carut lah dengan Yaya masa tu hahaha. Dengan Jason sekali carutkan aku. Jason m4ki aku sebab dia g4duh teruk dengan Yaya dan Yaya block dia. Tapi aku relax je, aku terus block Jason tu.

Aku da habis gunakan dia. Now fokus aku kepada Yaya. Aku bagi kata dua je dekat dia. Dia post secara terbuka minta maaf dekat aku atau aku hantar screensh0t ni dekat facebook mak ayah, Bard, adik beradik dan sed4ra mara dia.

Sebab dekat account Hilda tu aku dah mutual friend dengan circle Yaya. Masa ni baru dia merayu dekat aku jangan buat macam tu dan setuju dengan permintaan aku. Waktu genting macam ni, aku rasa kalau aku ugvt sambil minta duit pun Yaya akan bagi huhu.

Lepas sesi ugvtan tu, terus Yaya delete semua post memburukkan aku dan post satu status yang panjang meminta maaf pada aku dengan kawan – kawan aku yang dia burukkan. Puas hati aku. Maka tamatlah cerita pasal Yaya.

Aiman. Ingat aku nak lepaskan dia macam tu je? Memang tak lah. aku guna fb Hilda tu, aku bagitahu yang aku ni kakak saud4ra Yaya. Aku ada kelebihan kat situ sebab aku tahu detail cerita apa yang terjadi antara Aiman dengan Yaya.

Merayu -r ayu Aiman dekat aku supaya jangan report polis. Lepas tu aku terus block dia. Tak cukup dengan tu, aku tunggu pukuI 12 tengah hari. Sebab kaki game macam Aiman ni, waktu tidur dia siang. Malam baru berjaga.

Aku log in fb dia, aku post screensh0t – screensh0t jijik dia dengan Yaya. Tapi aku blurkan nama Yaya tu. So, memang ramai la kawan – kawan game, family dia nampak post tu dan komen. 2 – 3 jam lepas tu, fb dia hilang.

Mungkin dia delete sebab terIampau malu. Seminggu lepas tu, baru dia buat fb baru. William ada tanya aku, macam mana Yaya boleh delete semua post pasal aku, aku cakap tak tahu. Kawan – kawan aku tanya pun aku cakap tak tahu.

So tamatlah cerita giIa antara aku, Yaya, Aiman dan William. Aku pun dah kerja sekarang. Bila lepak – lepak dengan William, selalu teringat benda ni. Tapi, sampai sekarang William tak tahu kenapa Yaya dan Aiman tiba – tiba delete post merapu tu huhu.

Komen Warganet :

Ungku Emmy Rina : Puas hati bila baca sampai habis. Good job Kobis! Jangan jadi perempuan lemau dok merayu pada yang tak sudi. Kobis betul – betul berani buat macam tu pada Yaya dan Aiman sorang – sorang. Hehhee bagus. Awak guna kelebihan perempuan yang suka st4lk sosiaI media ni pada tempat yang betul. Hehehhee nice ending story!

Norain Noordin : Panjang jugak cerita ni. Untuk santai – santai boleh lah. Memang sweet rev3nge. Memang fishy kan. Kalau dah kawan lama – lama tapi tak pernah berjumpa. Bukan nak suruh berjumpa berdua – duaan pun.

Izyan Alwani : Untuk orang yang menua dengan fb, memang boleh menggamit memori la masa zaman fb baru nak up sekitar 2009, time tu fb jadi medan expression, w4r, gossips macam – macam. Saya rasa kobis pun dah berusia bukan budak – budak lagi. Tu cerita zaman budak – budak, kita dulu macam tu, bukti dia bila fb naikkan posting luahan perasaan kita masa muda – muda dulu. Tepuk dahi, rasa nak sepak diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?