Aku buatkan pengat durian kesukaan suami. Baru suapan pertama dia kata pahit, dia kata tak suka pengat durian

Setiap kali aku masak mesti suami kata masakan aku tak sedap. Aku dah tiru sebijik – sebijik resepi Azie kitchen dan Cik Nom. Tekak aku rasa sedap je, tapi suami kata tak sedap. Sekarang setiap hari dia nak order foodpanda, lauk yang sama setiap minggu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku Fie berusia 30 tahun telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun lebih. Aku surirumah sepenuh masa, semenjak kahwin disebabkan suami tak nak pjj dan disuruh berhenti dari pekerjaan yang dahulu.

Selepas berpindah tinggal bersama suami ada juga aku mendapat tawaran kerja di sini namun terp4ksa berhenti disebabkan masalah tiada kend3raan nak pergi kerja. Berbalik kepada tajuk, aku akui aku bukanlah seorang yang pandai memasak.

Seingat aku ketika zaman belajar sahaja aku rajin memasak kerana ada banyak masa ketika di rumah dan aku suka mencuba resepi baru. Waktu belajar, segala kos membeli keperluan memasak aku beli gunakan duit dari tajaan JPA.

Kebanyakan resepi yang aku ikut akan menjadi tapi hanya pada kali pertama. Bila masak untuk kedua kalinya kebanyakan tak menjadi. Lama kelamaan aku mula jarang memasak sehinggalah ketika aku dah bekerja langsung aku tak sempat memasak apatah lagi mencuba resepi baharu.

Kerja dari pagi hingga petang kemudian OT sehingga malam. Memang nasi bungkus jela setiap hari. Setelah berkahwin dan menjadi surirumah aku mula belajar memasak semula. Suami pulak jenis yang sangat cerewet bab masakan.

Telur d4dar pun ada caranya yang dia nak. Bila aku buat telur d4dar yang biasa aku buat, dia tak akan makan. Padahal cara aku sama dengan masakan orang lain. Pertama kali memasak aku buatkan makanan kesukaan dia, ayam masak merah.

Alhamdulillah menjadi dan dia puji sedap. Kemudian aku cuba pula nasi ayam, masih mendapat pujian. Banyak masakan yang aku masak pertama kali menjadi. Tetapi entah di mana silap aku, sem4kin lama memasak sem4kin tak menjadi, tak sedap bagi dia.

Walaupun dah berulang kali memasak, pasti ada yang kurang. Setiap kali sebelum makan, pasti suami bertanya sedap ke tu? Bagi aku masakan aku dah ok, sedap. Tapi bagi dia tak sedap. Setiap kali makan tak habis, membazir.

Kemudian dia akan order makanan lain di kedai. Semenjak itu, aku hanya memasak dua atau tiga hari seminggu. Tu pun seringkas yang mungkin kerana katanya dia tak suka makanan yang complicated. Jadi menu setiap minggu sama jela.

Dia bukan sahaja cerewet dengan masakan aku masak, malah ketika di rumah maknya, apa yang mak masak dia tak makan melainkan ada makanan kesukaannya. Kalau tiada apa yang menjadi kegemarannya, dia akan order sahaja apa – apa di foodpanda.

Aku ada tegur dia sama jela apa yang dia makan di kedai dengan apa yang dimasak di rumah namun apa yang dijawab orang yang memasak di kedai tu dah berpengalaman bertahun – tahun memasak confirm masakannya sedap.

Tapi di rumah hanya beberapa kali memasak dan kebanyakan tidak sama rasa. Aku ada juga mencuba resepi dari Che Nom, Azie Kitchen. Memang apa yang diajar dari youtube aku ikut sebijik – bijik namun masih mendapat kritikan dari suami.

Lama kelamaan aku mula malas mencuba resepi baru disebabkan kebanyakannya membazir tidak dimakan oleh dia. Semua makanan hanya order melalui foodpanda dan itu pun hanya restoran tertentu yang dia nak. Kalau aku teringin sesuatu aku hanya masakkan untuk diri sendiri kerana tahu dia tentu tak akan makan.

Bila offer untuk dia, dia akan bertanya sedap ke? Ayat tu buatkan aku rasa paran0id nak masakkan apa – apa untuk dia. Baru – baru ni aku ada buatkan pengat durian. Aku ada bertanya ibu mertua samada suami makan ke tak.

Jawab ibu mertua, suami aku suka pengat durian dicicah roti. Jadi aku masakkan banyak untuk dia dan untuk diagih kepada jiran. Sebelum masak pun aku dah inform pada dia aku nak masak pengat durian disebabkan durian yang dibeli masih banyak dan isinya keras sikit, jadi daripada membazir baik aku buatkan pengat durian.

Dia mula mendownkan aku dengan kata – kata dia bahawa susah nak buat. Padahal aku dah study resepi dari internet kebanyakannya sama bahan dan senang saja nak masakkan tu. Bila dah selesai memasak ikut pada resepi, bagi aku dah cukup rasa pengat durian aku.

Aku suruh dia rasa sebelum aku agihkan pada jiran lain. Baru suapan pertama dia dah cakap pahit. Entah dari mana pahit dia rasa tu, padahal durian tu manis saja. Aku pun olah sedikit dengan memasukkan gula dan menyuruh dia rasa lagi.

Namun masih tak kena pada lidahnya. Kali ini dik4tanya tawar pulak padahal bagi aku dah terlebih manis. Dia pulak secara tiba – tiba cakap dia tak makan pengat durian, hanya pengat pisang dia makan. Kecewa aku bila dia cakap begitu.

Akhirnya aku agihkan pada jiran sahaja dan tinggalkan sikit untuk aku makan. Untuk dia tak perlulah. Aku dah cukup kecewa nak masakkan apa – apa untuk dia. Banyak kali masakan aku tidak dijamahnya. Tak tahu masakan aku tak sedap atau dia dah memang tak nak merasa air tangan isteri dia.

Aku terlalu kecewa dengan respond dia terhadap masakan aku. Kecewa bila ingatkan dia akan memuji rupanya kritikan yang aku terima. Sekarang memang foodpanda la hari – hari. Menu yang sama jela diulang setiap minggu.

Bila dah bosan dengan foodpanda aku ada order dari orang yang menjual dalam taman aku. Namun setiap kali ada benda baru dia tak akan makan. Bagi aku semuanya cukup sedap tapi dia tak nak mencuba. Jadi akulah yang terp4ksa habiskan bahagian dia.

Sekarang aku berazam untuk dia, biarlah dia makan apa yang sama. Kalau ada benda baru aku hanya belikan untuk aku. Untuk dia tak perlulah. – Fie (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ana Fareedah Fareedah : Teruskan memasak, masak untuk diri sendiri dan anak je tapi jangan lupa awak ajak – ajak ayam suami. Sebabnya.. jangan sampai dia buat modal nak burukkn sang isteri, bagitau satu dunia isteri malas masak.

Lagi satu ambik gambo setiap masakan awak tu dan letak tarikh. Jantan kan bila dia dah tak suka dia cari je kesalahan isteri. Report kat mak dia isteri tak masak la, mengadu kat pompuan lain isteri tak masak la, semuanya pembohong. Up kan masakan awak dalam MAHN. Tengok respond netizen, tunjuk kat somi nanti. Geram plak aku ni dengan jantan macam tu.

Cik Puan : Memang ada orang jenis macam tu (mostly lelaki). Ada je yang tak kena kat tekak dia. Yang tak tahan siap ajar cara memasak dan resipi ikut style dia tapi bila disuruh masak sendiri, dia tak reti masak plak. Tang masakan orang lain (masak sendiri kat rumah) macam – macam dia complaint tak sedap lah apa lah. Padahal belum rasa lagi. Makanan yang order / beli dari luar. Tak sedap pun dia telan je. Buang tebiat agaknya.

Asilah Muhajer : Saya ada nampak isu kurang penghargaan dari suami kat sini. Saya faham perasaan bila usaha confessor macam tak dihargai. Cuma, jangan fokus satu hal je dalam rumahtangga ni untuk dapat rasa bahagia tu. Kalau ada satu bab yang tak sefahaman, raikan bab – bab yang lain. Hidup berumahtangga ni bukan berkisar kat bab makan dan masak je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?