Aku call suami perempuan tu, bagitahu isteri dia curang dgn suami aku. Dia tak percaya, sampailah kant0i sendiri

Suami perempuan tu melenting dan cakap aku pandai – pandai reka cerita tentang isteri dia dan tak pandai jaga suami. Dia m4ti – m4ti pert4hankan isteri dia, siap kata laki aku yang salah. Allah itu mana adil. Perempuan itu terkant0i dengan suaminya dan mereka mula takut..

#Foto sekadar hisan. Hi dan Assalamualaikum semuanya. Nama samaran aku Nina. Aku dan suami telah bercinta selama 26 tahun sejak di bangku sekolah rendah lagi dan telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun.

Alhamdulillah kami dikurniakan 3 orang cahayamata yang baik – baik dan comel semuanya. Sewaktu aku jadi tunangan suami aku dulu, aku pernah curang dengan suami aku dan kant0i. Buat pengetahuan semua, suami aku sangat – sangat setia orangnya daripada zaman belajar sampai kerja setia dan sayang sangat – sangat hanya pada aku.

Tetapi aku sebaliknya kerana aku berpegang pada prinsip, “selagi aku belum sah menjadi miliknya aku bebas berkawan dengan semua orang”. Tapi jodoh kami masih kuat. Walaupun bermacam dugaan dan rintangan dia tetap menjadi suami aku.

Dan sebaik sahaja dia menjadi suami aku, aku nekad untuk setia dan cinta hanya pada suami aku. Perkahwinan kami sangat bahagia. Kami saling jujur dan percaya antara satu sama lain. Berkomunikasi, saling bertanya tentang kerja masing – masing, bahagi tugas menjaga dan mengurus anak dan perbelanjaan seharian.

Kami sangat bahagia walaupun hidup dalam keadaan sederhana. Bermula episod hitam setelah 8 tahun kami berkahwin. Suami aku kena pindah ke cawangan lain. Di situ dia bekerja di bawah bos wanita yang lagi tua daripada suamiku dan di sinilah segala – galanya bermula.

Wanita itu isteri orang merangkap bos suami aku selalu care dengan suami aku dan selalu mengadu masalah dia dan akhirnya bercinta dengan suami aku. Suami aku yang selama ini hanya akulah satu – satunya perempuan di dalam hatinya telah berpaling arah.

Dah mula pakai password phone. Nyorok wassap dan call. Dan mula cari salah aku. Sangat – sangat sedih kerana waktu tu aku tengah sarat mengandung dan per4ngai dia berubah 100%, yang selama ini menemani aku jumpa doktor scan cek kandungan sekarang dah mula suruh aku pergi sendiri.

Selama ini tanya aku mengidam nak makan apa dan seboleh – bolehnya cuba tunaikan dah tak peduli apa yang aku idamkan. Dah tak peduli perasaan aku. Suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab telah berubah 100 peratus.

Waktu aku nak operate anak ni aku just minta dia sehari ni sahaja tak berhubung dengan perempuan tu sebab ini di antara hidup m4ti aku tapi suami masih berhubung. Tak peduli perasaan aku. Lepas operate aku tumpah d4rah suami aku tak ambil tahu langsung.

Waktu aku berpantang selama ini suami tidur sekali sebab gilir – gilir jaga anak, sekarang dia biarkan aku tidur sorang – sorang dengan anak sebab dia sibuk melayan “bos” dia tu. Aku dah puas nasihat dan pujuk suami dan bos dia tu tapi mereka dah kemaruk dan rasa apa yang mereka buat betul.

Suami aku ungkit salahkan aku curang waktu tunang dulu sebab tu dia jadi macam tu. Aku cakap padanya lepas kita kahwin aku dah tinggalkan semua per4ngai nakal aku dan hanya setia padanya sahaja dan kita bahagia.

Kenapa tiba – tiba jadi macam ni dia cakap ini semua berpunca dari aku. Sedih sangat waktu tu. Nasib tak mer0yan jek. Akhirnya dengan bantuan kakak aku dapat jejaki nombor telefon suami bos dia. Bila aku cakap dengan suami dia tentang mereka, suami dia melenting dan cakap aku pandai – pandai reka cerita dan tak pandai jaga suami.

Dan dia m4ti – m4ti pert4hankan isteri dia dan kata laki aku yang salah. Waktu tu aku down sangat. Tak tahu nak minta pertolongan siapa untuk hentikan semua ini. Selepas habis berpantang, aku pergi ke pejabat agama untuk mohon cerai tapi pejabat agama bagi kaunseling dan sewaktu sesi kaunseling suami aku dia tak datang.

Dipendekkan cerita kami tidak jadi bercerai atas alasan anak – anak dan skandal dia masih isteri orang dan mereka tak dapat berkahwin kerana suami skandal dia tu tak nak lepaskan isterinya. Walaupun aku berjanji dengan suami aku aku tak kan pisahkan anak – anak dengan dia dan tak akan tuntut nafkah tapi dia masih tak nak lepaskan aku.

Katanya masih sayang tapi pada aku kalau hatinya pada perempuan lain dia tak lepaskan aku bermakna dia siksa aku dan pentingkan diri sendiri. Mereka terus berhubung dan akhirnya Allah itu mana adil. Perempuan itu terkant0i dengan suaminya dan dari situlah mereka mula takut.

Dengan aku mereka tak takut sebab tahu aku tak boleh buat apa – apa sebab kuasa cerai di tangan suami. Suami perempuan tu minta maaf pada aku dan mahu bersama – sama hentikan semua ini. Dipendekkan cerita, sekarang suami aku sudah berpindah tempat kerja dan suami perempuan tu dah buat macam – macam agar mereka tak dapat berhubung lagi.

Alhamdulillah sekarang suami aku tak dapat berhubung dengan perempuan itu sebab suami perempuan tu dah block no suami aku daripada phone isterinya dan pantau semua gerakan isterinya. Sekarang suami aku telah kembali seperti dulu cuma dia masih tak dapat melupakan perempuan itu.

Kadang – kadang aku tengok dia nyanyi lagu – lagu putvs cinta lepas tu mula la termenung. Dia sekarang dah tak nak share masalah dengan aku, bila keluar bersama anak – anak pun dia leka dengan handsetnya. Setelah hampir 6 tahun peristiwa itu berlaku, suami aku kini kembali seperti dulu dan aku ingatkan suami aku dah move on.

Rupa – rupanya dia masih tak dapat lupakan perempuan itu. Terkant0i bila dia tak sedar aku kat belakang dia. Dia email perempuan tu lepas tu padam. Bila aku tanya Dia kata itu cara dia ubat hati dia sebab Dia kata mungkin perempuan itu dah tak guna email tu sebab perempuan tu tak pernah baIas pun tapi hati dia lega dapat email perempuan tu. Aku dah tak rasa marah, sedih atau cemburu dah.

Aku dah tak tau apa yang patut aku lakukan. Macam – macam aku buat tapi dia masih tiada inisetif untuk melupakan. Aku buntu. Apa Jalan terbaik yang perlu aku lakukan??? – N (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NurAz Wan : Apa yang saya perasan, cinta yang tak kesampaian tu lebih kekal dalam hati. Sebab tak dapat hidup bersama, jadi tak nampak kekurangan si dia. Dan yang kekal dalam ingatan cuma impian. lmpian sentiasa manis, sebab ia boleh direka – reka, boleh dicipta. Kalau sudah pernah hidup bersama, baru tahu buruk baik dan warna sebenar.

Shazana Mohamad Samsudin : Puan dah lakukan yang terbaik untuk perkahwinan puan dan amat – amat memahami suami. 6 tahun.. lama tu but you CAN’T WORK on a relationship that only one person in it that wants it to work out.

Bincang dengan suami dan beri kata dua. Love yourself first and let him go. Mungkin bila dah berpisah baru suami akan faham priority dia. Kalau akan datang ada jodoh lagi adalah. Do yourself a big service for your future, and happier and more fulfilling life. May Allah leads you to a better life *hugs*

Zainatul Zahara : Menitik air mata aku bace cite ni. Begitulah hidup. kita dah bagi segalanya sampai sanggup pertaruhkan nyawa lahirkan zuriat tapi tetap dipandang sepi peng0rbanan tu. Ada tengok video dari soraang pakar kaunseling rumahtangga ni, katanya kebanyakan suami akan betul – betul ingat peng0rbanan isteri bila masing – masing dah bawa haluan sendiri.

Kalau masih bersama kebanyakan suami takkan nampak. Dan sangatlah tak matang bila ungkit cite dulu semata – mata nak justify apa yang dia buat betul. Allah ada.. letak Allah je num 1. Saya pasti puan pun dah takde rasa dengan suami hanya hidup jalankan tanggungjawab dan anak – anak saja. Puan kuat sangat. Semoga Allah limpahkan ganjaran yang lebih dan berganda untuk puan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?