
3 bulan dalam iddah, bekas isteri tak bagi jumpa anak. Bila aku minta gambar, dia bagi gambar dia lagi besar dari gambar anak – anak. Aku nekad balik kampung jumpa anak – anak. Menangis tengok anak aku selekeh, kotor, rambut pun ada kutu.
#Foto sekadar hiasan. Aku tak pernah sangka rumah tangga yang aku bina dengan penuh harapan akhirnya musn4h. Aku berkahwin bukan sebab terp4ksa, tapi sebab sayang. Dari awal kahwin sampai berpisah, aku jalankan tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin.
Aku bekerja, aku tanggung makan minum, sewa rumah, bil – bil, dan semua keperluan isteri. Kalau gaji tak cukup, aku buat kerja sambilan. Aku tak pernah berkira sebab bagi aku selagi masih suami isteri, rezeki biarlah dikongsi. Masalah mula timbul bila sikap isteri aku berubah.
Telefon sentiasa di tangan. Bila mesej masuk, senyum sorang – sorang. Bila aku tanya, dia kata aku fikir bukan – bukan. Aku diam. Aku telan. Aku pujuk hati sendiri, mungkin aku terlalu curiga. Sampai satu hari, Allah buka satu demi satu. Isteri aku curang dengan kawan sekerja sendiri. Orang yang hari – hari dia jumpa.
Orang yang selama ini aku percaya bila dia kata “kawan sahaja”. Mesej, panggiIan, keluar berdua, semuanya terbukti. Masa itu aku bukan marah, aku h4ncur. Lebih meny4kitkan bila dia tak mengaku salah, sebaliknya menyalahkan aku kononnya aku tak faham perasaan dia.
Aku masih cuba selamatkan rumah tangga. Aku ajak berbincang, aku minta dia putuskan hubungan itu. Aku sanggup maafkan sebab aku fikir anak perIukan keluarga yang lengkap. Tapi kepercayaan yang sudah pecah bukan senang nak dibina semula. Berkali – kali aku bagi peluang, berkali – kali juga aku jumpa bukti baru.
Akhirnya aku sedar, bila seseorang sudah sanggup curang, maknanya dia sudah buat pilihan. Dan aku tak sanggup hidup sebagai lelaki yang dipijak maruahnya sendiri. Aku pilih untuk berpisah. Perceraian itu bukan sebab aku tak sayang, tapi sebab aku tak sanggup hidup dalam penipuan.
Sambungan.. SELEPAS PERCERAIAN. Atas permintaan admin, terima kasih admin. Part ini saya sambung di sini. Selepas bercerai, mahkamah beri tempoh eddah kepada dia selama tiga bulan. Bulan pertama, aku masih berhubung dengan dia seperti biasa bertanyakan tentang anak.
Aku cuma mahu gambar anak. Tapi hari – hari dia hantar gambar dia bersama anak. Yang buat menyirap, muka dia lebih besar daripada muka anak. Sampai aku cakap dekat dia, “aku menyampah tengok muka kau, baik kau post gambar anak aku sahaja.”
Akhirnya aku simpan nombor dia dan letak nama “Sampah”. Bagi aku, dia perempuan paling b0doh sekali. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru tergadah. Maklumlah jarak jauh, sangat susah masa itu aku hendak jumpa anak. Bermodalkan tiket kapal terbang pergi balik.
Pada suatu hari, aku balik ke kampung. Aku mesej tapi dia tidak balas. Masa itu aku terus datang ke rumah dan cakap aku hendak ambil anak, bawa jalan – jalan dan bermalam sahaja. Rindu dengan anak. Bila aku sampai dan pegang anak, dia menangis macam orang m4ti anak.
Nasib baik kakak dia faham bahasa. Kakak dia kata, ambillah, bawa bermalam dua tiga malam. Hari terakhir sebelum aku balik, aku menangis mengenangkan nasib anak aku. Dengan kotor, dengan kutu, dan macam – macam lagi. Begitulah ceritanya.
Masuk bulan kedua eddah, aku rasa hendak hidup bebas. Aku tenangkan diri aku. Aku makan puas – puas apa yang aku mahu makan. Mindset aku, baik aku hidup seorang daripada jaga hati perempuan ini. Masa ini memang aku sudah tidak hubungi dia langsung. Mungkin dia kecil hati atau apa, lantaklah.
Nasihat aku, kita hendak hidup. Sekali orang tipu kita, sudah cukup. Jangan percaya lagi. Sebab bila dia kantoi cara ini, esok – esok dia guna cara lain. Lagi double s4kit hati nanti. Lain orang lain cara. Cara aku, memang aku tidak boleh terima bab curang sebab aku sendiri tidak pandai curang.
Tipu kalau kata tidak tengok, sudah dinamakan nafsu lelaki. Tapi pada aku, bila sekali kau tegur atau kacau perempuan, sama ada dia maki kau atau suami perempuan itu maki kau. Jadi baik tidak payah buat. Masuk bulan ketiga eddah, aku jadi orang yang suka bermotivasi.
Seolah – olah aku suka bagi nasihat supaya orang lain tidak jadi macam aku. Tiba – tiba hadir seorang perempuan di Facebook. Kawan sekampung, sebelah rumah pula. Dia selalu post sedih – sedih. Aku komen dengan ayat berbaur motivasi. Akhirnya kami bersembang.
Bukan niat mengorat. Sekadar kawan lama. Tanya punya tanya kenapa jadi macam itu, dia cerita suami dia pukuI dia, tidak pernah dengar cakap, selalu melepak sampai tiga empat pagi, tidak mahu bekerja, suruh isteri bekerja. Balik melepak, tidur sampai petang. Allahu, suami sangat tidak bertanggungjawab. Setiap kali g4duh, minta cerai.
Aku cuma bagi nasihat. Aku cakap, cuba slow talk dengan suami, tanya apa yang dia pendam, kawal kemarahan. Pillow talk masa tenang. Jangan asyik sebut cerai. Nanti suami str3ss. Kalau tiada pilihan, buat sampai puas hati. Kalau hati masih sayang, lupakan niat cerai. Kalau buat sekejap hendak, sekejap tidak hendak, nanti makan hati.
Lebih kurang dua bulan aku tidak hubungi dia sebab aku faham dia isteri orang. Selang dua bulan, tiba – tiba dia hubungi aku balik. Dia menangis melalui voice note, kata suami lafaz cerai depan dia. Dia ada dua orang anak. Aku buntu. Nak letak dia di mana? Nak hantar ke mana? Jadi apa – apa dekat dia macam mana?
Aku tanya, ada saud4ra terdekat tak. Dia kata ada makcik di Pahang. Aku terus ambil dia dan hantar ke Pahang. Sepanjang perjalanan, semua dia luahkan. Paling sedih, sepanjang tujuh tahun kahwin, tidak pernah balik kampung, tidak pernah dibawa berjalan. Selalu terperap dalam rumah. Suami dia kantoi curang tiga empat kali bawa perempuan masuk hotel.
Aku nasihat dia jaga diri dan amalkan kehidupan yang sihat. Hari demi hari aku update dengan dia, buat apa, perasaan macam mana hari ini. Aku rasa aku sudah macam pegawai psikologi. Sedar tak sedar, aku kenal dia lima bulan. Aku mula nekad hendak merapatkan hubungan walaupun sebelum ini aku kata tidak mahu kenal perempuan lagi. Tapi Allah gerakkan hati sekelip mata. Akhirnya berbincang dan berkahwin. Alhamdulillah.
Sepanjang setahun perkahwinan, aku bawa dia berjalan. Hampir setiap hari. Healing ke Pulau Redang. Apa yang dia teringin, aku usahakan. Benda pelik seperti sarang lebah, sayur pucuk paku, sambal tempoyak walaupun bukan musim durian, jenuh mencari tapi aku tidak pernah mengeluh. Rupanya dia sudah mengandung. Alhamdulillah, Allah bagi nikmat.
Lepas anak lahir, masuk enam bulan, aku mula perasan sikap dia berubah. Sikit – sikit melenting. Perkara kecil jadi g4duh besar. Contoh, dia mandi lupa bawa tuala, panggil aku sekali aku tidak dengar, terus masam muka dan hempas pintu. Nak keluar makan, aku tidak kisah dia hendak bersiap lama mana pun. Aku cuma cakap kalau lambat aku solat dulu. Itu pun jadi isu besar. Allahu, aku geleng kepala.
Dari awal kahwin memang sudah nampak, cuma aku anggap itu sisa emosi yang lama dia pendam sepanjang tujuh tahun perkahwinan lama. Dengan aku baru setahun dua. Aku sabar. Alhamdulillah perlahan – lahan berkurang. Aku faham perempuan ini mood dia tidak menentu.
Lelaki makan nasi dengan kicap pun boleh kenyang. Pakai baju lain tapi design sama pun boleh. Perempuan pula, bila kata tidak selera, tujuh hari tidak makan pun sanggup. Baju penuh dua almari tapi kata tidak ada baju. Small matter bagi aku. Alam perkahwinan memang kena hadap semua ini. Kalau tidak kental, memang makan hati.
Sampai satu hari, aku sudah lama tidak hubungi bekas isteri aku. Nombor dan akaun hilang. Aku usaha juga sampai dapat nombor dia. Aku minta nombor akaun hendak bagi duit anak. Aku minta alamat, dia tidak bagi. Kawan aku kata dia sudah kahwin lain dan duduk tempat lain. Minta banyak kali, m4ti pun dia tidak bagi.
Tiba – tiba dia hantar satu gambar. Gambar tuntutan mahkamah. Lima tuntutan. Mutaah sepuluh ribu. Iddah. Hak penjagaan anak seratus peratus. Nafkah anak lima ratus sebulan. Dan harta sepencarian satu pertiga daripada semua yang aku miliki. Sedangkan rumah, kereta, semuanya masih dalam loan hampir dua ratus ribu.
Sebenarnya, dia hantar tuntutan di mahkamah. Lima perkara dia tuntut: Mutaah sepuluh ribu ringgit. Mutaah ini pemberian suami kepada isteri selepas bercerai. Tapi aku tanya balik, apa yang dia berbakti dengan aku? Dengar cakap aku pun tidak, bekerja pun tidak. Semua pakai duit aku. Pale bana dia.
Bab masih suami isteri, aku tidak pernah nak berkira. Sampai aku sanggup buat kerja sambilan untuk penuhi kemahuan dia. Eddah. Sepanjang perkahwinan, aku bagi dia dua ratus ringgit sahaja sebulan. Itu pun semua keperluan dia aku tanggung.
Sampai satu masa dia simpan – simpan duit itu, sedar – sedar ada seribu lapan ratus ringgit. Bila sudah cerai, dia mahu empat ratus ringgit sebulan pula. Pale bana dia. Hak penjagaan anak. Weh, mana ada kata boleh seratus peratus? Kalau anak itu besar nanti nak kahwin, dia pasti cari aku juga. Apa jadi kalau anak itu tidak kenal bapa?
Nafkah anak. Dia mahu sampai lima ratus sebulan. Weh, anak kunyah emas ke hari ini? Duduk kampung, anak minum susu pun tidak demand, makan pun tidak memilih. Ingat aku ini gaji menteri? +Harta sepencarian. Aku dah buat hampir dua ratus ribu ringgit loan semata – mata untuk senangkan dia, penuhi kehendak dia. Siap beli rumah, kereta, semua masih dalam loan lagi.
Tapi dia mahu tuntut dan suruh jual semua itu. Lawak kan perempuan macam ini? Sampai sekarang kes belum habis. Lebih teruk, dia hantar santau kepada isteri aku. Nasib baik sempat berubat. Ustaz kata jelas muka perempuan itu. Disebabkan giIa harta, macam – macam dia buat.
Moral cerita, hendak kahwin fikir masak – masak. Tidak semestinya yang bertutup itu baik, dan tidak semestinya yang terbuka itu tidak baik. Lelaki fikir siapa pasangan kita. Perempuan pula, jaga tutur kata. Kalau ada masalah, pillow talk. Bincang baik – baik. Terima kasih.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.