Aku curang. Aku tipu isteri aku yang setia dengan aku selama sembilan tahun. Aku halau dia, satu sen aku tak bagi. Aku nak dia h4ncur…

Ego aku tercalar bila isteri kosongkan rumah. Aku mula berd3ndam. Aku tahan sijil cerai. Lima bulan lepas cerai, aku dapat tahu bekas isteri dah bina rumah baru. Rumah tu besar, cantik. Aku yang cuba h4ncurkan dia, tapi dia bangkit. Aku ingat masa dia jadi isteri, dia langsung tak berguna..

#Foto sekadar hiasan. Aku curang. Aku tipu isteri aku yang setia dengan aku selama sembilan tahun. Aku khi4nat dia walaupun dialah orang yang ada dengan aku waktu susah dan senang. Masa aku belum bekerja kerajaan, masa hidup aku tidak tentu arah, dia tetap terima aku dan kahwini aku tanpa banyak soal. Waktu itu aku tiada apa – apa. Hanya janji dan harapan kosong. Tapi dia percaya.

Bila kami dapat anak, baru aku dapat rezeki bekerja dengan kerajaan. Gaji tetap, jawatan ada, orang mula pandang. Dari situ aku mula berubah. Aku lupa diri. Aku lupa siapa yang pegang tangan aku waktu aku tiada apa apa dulu. Beberapa kali aku curang, dan setiap kali itu juga dia beri peluang.

Dia marah, dia kecewa, tapi dia tetap memaafkan aku. Aku tahu dia s4kit, tapi aku ambil kesempatan atas kelembutan dia. Dia banyak bantu aku. Dari segi kewangan, emosi, urusan rumah tangga, semua dia buat. Dia ada perniagaan sendiri. Tidak besar mana, tapi cukup untuk bantu kami sekeluarga.

Ada masa duit dari perniagaan dia yang tampung kekurangan aku. Tapi aku tetap rasa diri aku hebat sebab aku kerja kerajaan. Aku mula pandang rendah pada dia. Aku kufur nikmat. Sampai satu tahap, aku berskandal dengan rakan sekerja.

Lebih teruk, perempuan itu isteri orang. Bila isteri aku tahu, aku takut. Aku takut dia tinggalkan aku. Aku takut dia laporkan aku ke pihak atasan. Jadi aku buat perkara paling keji. Aku ikat dia dengan taklik. Aku gunakan agama untuk menekan dia.

Bila dia meng4muk sebab terlalu s4kit hati, aku pukuI dia. Aku s4kiti dia secara fizikal dan emosi. Akhirnya, taklik itu diIanggar dan membawa kepada penceraian. Dalam tempoh idah, aku makin k3jam. Aku halau dia keluar rumah. Aku maki hamun dia tanpa rasa bersalah.

Aku t3ndang badan dia. Aku Iudah muka dia. Aku h1na keluarga dia. Aku tahu dia ada abang pen4gih d4dah. Aku tahu abang dia pernah pukuI dia. Dan aku sengaja halau dia balik ke rumah keluarga dia sebab aku mahu dia h4ncur. Aku mahu dia rasa hidup dia musn4h tanpa aku.

Waktu dia hendak berpindah keluar dari kuarters, aku langsung tidak bantu. Satu sen pun aku tak bagi untuk isteri dan anak. Barang anak – anak aku tidak tolong kemas. Aku tengok sahaja dia berhempas pulas. Tapi dia kuat. Dia uruskan semuanya sendiri.

Dia tanggung semua kos termasuk kos lori pindah. Yang buat aku lebih s4kit hati, semua barang dalam kuarters itu sebenarnya dia yang beli sepanjang perkahwinan kami. Bila dia keluar dengan semua barang, aku rasa tercabar. Ego aku tercalar. Aku mula berd3ndam.

Aku tahan sijil cerai. Aku sengaja lambatkan urusan. Tapi dia tetap Iawan aku. Dia tetap tuntut nafkah anak – anak. Dia tetap bertegas mahu sijil cerai. Dia tidak lagi takut pada aku. Lima bulan selepas bercerai, aku dapat tahu dia sudah bina rumah baru.

Rumah itu besar, cantik, selesa untuk anak – anak. Masa itu aku betul – betul terk3jut. Aku yang cuba h4ncurkan dia, tapi dia bangkit. Dia bina hidup baru tanpa aku. Aku rasa tertipu. Aku rasa marah. Dalam kepala aku, aku curang dengan dia sebab aku anggap dia sudah tidak berguna.

Perniagaan dia aku rasa tidak ke mana. Tapi bila aku lihat rumah itu, aku sedar aku silap besar. Aku mula menyesal. Aku rasa aku tidak sepatutnya pasang taklik. Aku tidak sepatutnya ceraikan dia. Tapi semua itu sudah terlambat. Aku akui, aku curang dengan isteri orang itu sebab aku kejar kehidupan yang aku anggap lebih baik.

Perempuan itu ada kerja stabil, bergaji tetap, nampak terjamin. Sekarang perempuan itu pun sudah bercerai dengan suaminya, dan kami merancang untuk berkahwin. Ibu aku juga bersetuju dengan rancangan itu. Namun aku tidak tenang.

Anak – anak semua di bawah jagaan bekas isteri aku. Mereka selalu mengadu nafkah tidak cukup. Setiap kali aku terima mesej, kepala aku serabut. Gaji aku pula tidaklah besar mana. Banyak komitmen. Sekarang bekas isteri aku pula mahu buat tuntutan hutang sepanjang perkahwinan. Jumlahnya bukan sedikit. Aku mula rasa terhimpit.

Aku mahu kahwin baru. Tapi duit tidak cukup. Aku mahu hidup baru, tapi bayang – bayang d0sa lama asyik mengh4ntui. Aku marah bekas isteri sebab berani tuntut hak, tapi dalam masa yang sama aku tahu aku memang bersalah. Aku yang rosakkan segalanya. Aku yang pilih untuk curang. Aku yang pilih untuk kejam.

Sekarang aku terper4ngkap dengan pilihan aku sendiri. Aku mahu ke depan, tapi masa lalu aku tarik aku ke belakang. Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat. Aku rasa bersalah, tapi ego aku masih tinggi. Aku serabut. Aku keliru. Dan buat pertama kali, aku sedar mungkin selama ini aku bukan m4ngsa. Aku adalah punca segalanya.

Komen Netizen :

Sri Baiduri : Hmmm mula baca berder4u d4rah. Adakah bekas suami aku create karangan ini? 50% jalan cerita hampir sama! Ya, aku terima dia masa dia tiada apa. Rezeki Allah, dia dapat kerja kerajaan lepas dapat anak pertama dengan dia selang beberapa bulan.

Ya, aku seorang peniaga kecil – kecilan, banyak bantu kewangan dia, disebabkan gaji dia memang tak cukup dan besar mana. Gigih aku berniaga, sampai aku tak fikir diri aku sendiri. 9 tahun perkahwinan, aku tak tahu punca apa, dituduh secara tiba – tiba, dan aku diikat dengan taklik.

Tapi dia memang dah tak mahu aku, tak tahu apa punca, maka aku Ianggar taklik itu. Aku dan anak – anak balik kampung, menyewa. Struggle sendiri hidup dengan anak – anak. Naik mahkamah, urusan tak selesai, aku kena maki hamun.

Tapi aku pilih untuk diam. Malas nak berdebat, sebab apa yang aku buat ikut landasan yang betul. Cuma satu aku nak tanya, kenapa ya kamu orang lelaki ani4ya isteri kamu orang macam ini sekali ya? Bertahun bersusah payah bersama, tapi Allah uji sikit sahaja, terus hati kamu orang tergugat.

Tak kesian langsung isteri yang selama ini setia, berk0rban tenaga bersama. Dan paling sedih, anak – anak terpisah dengan ayah mereka. Bila bekas isteri dah mula bahagia, tenang dengan anak – anak, baru nak timbul penyesalan. Hmmm.

Selama ini aku baca kisah orang sahaja, aku pun selalu bagi nasihat pada kaum aku di sini yang berdepan dengan penceraian, tapi tak sangka, aku pun alami perkara yang sama. 9 tahun, bukan 9 hari. Kena buang macam itu sahaja. Allah Maha Kaya, siang malam aku berdoa, aku serahkan segalanya pada Dia, aku tak minta untuk berd3ndam, tapi Allah SWT tetap jalankan kerja-Nya.

Yang teraniaya sedikit demi sedikit bahagia. Tapi yang mengani4ya, sedikit demi sedikit Allah uji. Wallahualam. Satu je aku nak cakap, kamu pergi la hujung dunia, kamu takkan jumpa yang sempurna. Harap lepas kamu ani4ya isteri kamu, kamu jumpa la kebahagiaan yang kamu nak sangat tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :