Aku ‘d3ndam’ dgn cikgu sbb doa aku fail PMR. Bila aku jadi cikgu, anak murid plak khinz1rkan aku

Bila aku marah mereka tak siapkan kerja sekolah, murid itu dengan sengaja bersin ke muka aku. Aku marah lagi, dia khinz1rkan aku. Aku cubit juga murid itu sebab terlalu kurang ajar. Tapi dia menangis meraung macam teruk sangat. Sekali dia report kat ibubapa dia, tokok tambah cerita yang bukan – bukan. Akhirnya aku nekad..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Cikgu Kay, aku guru dan aku juga pernah ada pengalaman buruk dengan cikgu aku dulu. Benar, cikgu itu ibarat pelita yang menerangi murid dan tanpa ilmu mereka, siapalah kita pada hari ini.

Jasa guru sangatlah besar, tapi guru juga manusia. Guru juga ada d0sa. Walaupun aku sendiri juga guru, tetapi apabila guru buat salah, janganlah nak back up sangat guru padahal dah terang lagi bersuluh guru itu salah.

Jujur aku katakan, tugas guru ini tidak mudah. Lagi – lagi mengajar anak murid yang tengah membesar usia 7-12 tahun. Kalau dapat murid yang baik, tak banyak kerenah, Alhamdulillah. Kalau dapat yang nakal, Allahu. S4kit kepala dibuatnya.

Aku sendiri ada ramai anak murid nakal. Apabila aku marah mereka tak siapkan kerja sekolah, murid itu dengan sengaja bersin ke muka aku. Apabila aku marah lagi, dia boleh cakap cikgu b4bi. Bila geram sangat, aku cubit juga murid itu sebab terlalu kurang ajar.

Tapi anak murid itu menangis meraung macam teruk sangat aku cubit. Padahal cubit pun aku tak cubit betul – betul pun. Drama betul anak murid ni. Sekali dia report kat parents dia, tokok tambah cerita yang bukan – bukan.

Ibubapa macam biasalah, tak boleh langsung anak disentuh. Bila kita beritahu anak mereka kurang ajar, mereka tak percaya. Sebab depan mereka anak pijak semut pun tak m4ti. Ada juga anak murid yang umur 8 tahun dah pandai cakap Iucah.

Yelah masing – masing dah ada handphone seawal usia 7 tahun. Dari kecil dah terdedah macam – macam benda di handphone. Pernah jadi isu anak murid mer4ba aku. Marah aku waktu itu, s4kit kepala sampai rasa nak pitam fikir tentang akhlak anak murid.

Ada juga anak murid yang kaki buIi, suka pukuI kawan – kawan dengan sengaja. Hobi katanya s4kitkan hati kawan. Macam psik0 kalau cakap dengan murid ni. Dia boleh jawab dia langsung tak rasa bersalah ced3rakan pelajar lain.

Tapi apa guru boleh buat? Kami cuba nasihat, tegur, kaunseling dan beritahu parents mereka. Nak pukuI dah tak boleh. Parents sangat sensitif bab sentuh anak mereka. Tapi hasilnya, anak tiada akhlak. Apa nak jadi dengan mereka kelak?

Sejahat mana pun anak murid, aku tidak pernah rasa nak t4mpar atau mengh1na dan mengeluarkan kata – kata kesat kepada anak murid. Sesekali kalau rasa geram sangat, aku cubit jugak tapi mesti rasa serba salah lepas itu.

Aku sebolehnya tak mahu ada memori negatif dengan anak murid. Sebolehnya aku sendiri tak mahu langsung sentuh anak murid. Tapi apakan daya. aku juga manusia. Guru pun ada perasaan. Kadang kala terlajak ikutkan em0si.

Itu belum cerita anak murid tegur cikgu kulit hitam, anak murid ejek cikgu gemuk. Kadang – kadang aku tanya mereka, mak ayah kamu semua tak ajar ke untuk hormat guru? Cara bercakap dengan guru? Mereka dengan selamba boleh cakap tak.

Kadang – kadang kalau kita tegur tentang akhlak, mereka m4kin naik kepala. Seolah – olah mereka m4kin seronok dimarahi. Akhirnya aku sudah malas layan mereka. Kalau pelajar nakal buat hal, pr0voke aku, aku ignore saja.

Buang masa layan mereka. Tegur pun dah tak guna. Kalau nak tegur mereka, separuh sesi kelas boleh terbazir begitu sahaja sebab dialog teguran aku takkan terhenti begitu saje biasanya sebab murid nakal akan meIawan balik.

Baik aku fokus sahaja dengan anak murid yang baik yang betul – betul nak belajar. Dalam kelas bising itu biasa. Nak menjerit pun penat. Kadang – kadang aku menangis juga dalam kelas. Aku cakap, kenapalah kamu semua susah benar nak dengar cakap.

Paling tidak kalau malas belajar sangat pun, tolonglah hormat sikit cikgu. Aku bukan minta hormat aku macam vvip, cukuplah jangan kurang ajar. Kadang – kadang rasa sedih dengan diri sendiri sebab tak mampu nak didik semua jadi baik.

Apa yang aku boleh katakan, 70% personaliti mereka datangnya dari didikan di rumah. Tapi sebagai guru, aku tidaklah salahkan 100% ibu bapa. Mungkin ibu bapa juga struggIe untuk didik anak di rumah. Lagipun sekarang zaman millenia, anak – anak sem4kin terdedah dengan teknologi dan budaya tidak baik.

Mereka mudah terpengaruh dengan anasir negatif. Mudah terikut kawan. Tapi aku tak nafikan, pelajar nakal ini ada weakpoint mereka. Kalau diajak bersembang topik yang mereka suka, mereka boleh jadi kawan kita. Tapi, takkanlah aku nak habiskan masa pembelajaran dengan sembang topik kegemaran mereka je kan?

Nanti karang tak terkejar silibus. Nakal mana pun mereka, aku tidak pernah benci mereka. Tapi aku cuba fahami kenapa mereka jadi begitu. Tak dinafikan ada segelintir mereka memang karakternya begitu dari kecil. Ibu bapa pun runsing dapat anak per4ngai nakal pelik ni.

Apatah lagi guru – guru yang perlu jaga ramai murid. Jadi sekarang aku cuba untuk jadikan murid aku sebagai kawan aku. Aku cuba jadi pendengar kalau mereka bercerita. Pelajar yang lemah aku akan ajar one to one supaya kurang gap antara pelajar pandai dan lemah.

Yang nakal – nakal ni runsing sikit aku memikirnya. Cikgu – cikgu lain sampai langsung dah tak layan dengan murid nakal ni. Mereka nak bising menjerit depan muka cikgu ke, mereka pijak kasut cikgu dengan sengaja ke, pecahkan handphone cikgu ke, cikgu – cikgu memang dah malas layan.

Ibaratnya kebanyakan dari kami dah tawar hati. Biarlah guru kaunseling je buat kerja dia. Untuk pelajar baik, kita hargai usaha dan usaha mereka nak jadi pandai. Aku tidak mahu jadi seperti guru aku dahulu. aku dulu waktu zaman sekolah merupakan pelajar cemerlang.

Tapi selepas pmr, ada 1 hari aku bawak handphone ke sekolah sebab ibu aku senang nak contact. Masa tu hp nokia 3310. Itu hari pertama aku bawak phone ke sekolah, lagipun pergi sekolah lepas pmr tak ada belajar pun. Tapi masa tu terkant0i bawak handphone.

Terus cikgu disiplin cakap aku b0doh dan dia doakan aku fail pmr. Aku terk3jut kenapa dia nak cakap aku begitu. Sedangkan kesalahan aku cuma bawak phone. Tapi doa cikgu itu tak mujarab pun. Doa dia tak berasas. Jangan ingat semua kata – kata guru ini akan termakbul.

Kalau kata – kata yang baik, insyaAllah. Bila result pmr keluar, aku dapat straight A dan dapat pulak anugerah pelajar terbaik negeri. Cikgu itu sapa aku sambil buat muka ann0ying, ‘hah dapat berapa pmr?’. Bila aku bagitau straight A’s terus dia buat muka dan lari.

Tiada langsung ucapan tahniah. Mungkin dia malu kata – katanya yang mendoakan aku gagal itu tidak dimakbulkan. Aku tekad tak mahu jadi seperti guru aku itu dulu. Aku sebolehnya mahu jadi guru yang baik. Yang disenangi pelajar, dihorm4ti bukan ditakuti.

Tapi bila baik pun pelajar pijak. Bila garang sangat pun pelajar jadi takut nak bertanya. Ibarat seperti ditelan m4ti emak, diluah m4ti bapa. Buat yang tak pernah ada bad memory dengan guru, bersyukurlah. Aku ada banyak sangat bad memory dengan guru dulu sebenarnya.

Tapi alhamdulillah aku sudah maafkan mereka. Lagipun bila dah jadi guru ni baru aku faham kenapa guru zaman dulu suka marah tak bertempat, suka m4ki dan sebagainya. Rupanya mereka str3ss sebab nak hadap pelbagai per4ngai murid.

Tapi itu tak menjadikan guru sentiasa betul. Yang salah tetap salah. Str3ss bagaimana pun guru, jangan dilampiaskan pada anak murid. Guru kena belajar kawal em0si. Pengurusan amarah kena betul. Akhir kalam, doakan aku dapat jadi guru terbaik. Aamiin. Thanks. – Kay (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Adam Mukhriz : Pengalaman mengajar sekolah menengah form 5, pelajar g3ngster. Aku kena jadi lagi g3ngster dari anak murid. Anak murid ajak g4duh, aku ajak g4duh kat luar. Awak bawak geng awak, aku bawak geng aku.

Tup tup jumpa kat luar, g3ng – g3ng dia bawak tu, abang – abang dia tu, kawan – kawan aku gak. Kawan – kawan dan anak – anak buah adik aku pun ada. Kawan – kawan aku plak tanya, dah apsal? Aku jawab, ni bebudak ko ke?

Biadap depa dengan aku kat sekolah. Ko ajar sket depa ni. Tak pasal, anak – anak murid aku kena t4mpaq dengan brader – brader depa. Esok mai sekolah, semua yang kepala g3ngster ke, nakal ke, semua jadik baik. Mana – mana budak form 3, form 4 yang buat hal, depa settlekan. Sampai ada guru – guru tanya, camna ust buat bagi depa dengaq cakap? Aku jawab, aku guna cara hikmah.

Omma Zaumar Yusuf Afif : Terbaik cikgu. Anak aku 10 tahun, selalu tanya kenapa ada guru yang mulut celupar, panggil anak murid gemuk. Tak kurang juga yang meng4muk tak tentu pasal. Aku katakan kepadanya; cikgu pun manusia biasa.

Bila awak nakal, cikgu tak boleh sabar. Tapi cikgu la orang yang perlu dihorm4ti selepas ibu bapa.  Tapi dia soal balik apa kena mengena panggil orang gemuk dengan nakal? Dia selalu cerita, masa tadika cikgu sangat garang.

Ada yang terjerit – jerit marah dan bagitau nak campak dalam tong sampah kalau nakal. Sampaikan dia tak rasa guru tu perlu dihorm4ti. Benda tu jadi macam titik hitam dalam diri dia. Aku selalu doa moga dia dapat lupakan perkara yang tak ok.

Cikgu sendiri tak mampu lupakan apa yang cikgu, cikgu pernah buat kat cikgu dulu kan? Tapi aku tak pernah menangkan anak aku. Biarla dia belajar. Dan aku pun tak pernah nak ser4ng – ser4ng cikgu. Bukan semua per4ngai anak itu bagus. Dan bukan semua cikgu itu betul.

Rafidah Zainun : Baru 17 tahun jadi cikgu. Awal – awal mengajar memang kita bersemangat nak buat itu ini, nak ubah itu ini. Berkobar – kobar. D4rah muda. Tapi sekarang saya lebih sayangkan diri saya. Anak – anak perIukan saya.

Parents akan salahkan cikgu, kpm akan salahkan cikgu. Kot tegur lebih – lebih, kena saman, sabit kesalahan dan ada kes mahkamah. Perghh! S4kit kita nak pencen nanti. Saya pernah kena fitnah kekonon ada affair dengan pelajar form 5 masa memula posting.

Cukup la.. i learnt my lesson. Takut tekanan d4rah saya naik. Kot saya kena str0ke, seminggu dua je kot pentadbir dan kawan – kawan datang melawat dan saya boleh diganti bila – bila masa. Kalau tak mampu sangat nak hadap budak – budak kurang ajar, rujuk je pada kaunselor. Jangan str3ss. Sayang diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.