Aku dah 19 tahun, abah tiba2 nak ambik baby jadi anak angkat. Aku perasan baby ada sikap ‘ganas’

Mama hanya boleh mengandung 2 orang anak je, tapi mama dan abah suka budak – budak. Dorang banyak ambik anak angkat, 3 orang semua lelaki. Tapi tiba – tiba masa aku umur 19 tahun, abah cakp nak ambil anak angkat lagi, kali ni baby perempuan. Tapi aku perasan sikap pelik baby ni..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Nak cerita sikit. Kami sebenarnya dua beradik sahaja. Lepas aku lahir, mama disahkan tak boleh mengandung lagi. Jadi abah pun buat keputvsan nak ambil anak angkat sebab mereka dua ni suka budak.

Mula – mula sorang. Lepas tu dua dan tiga. Semua lelaki. Dorang ni tak diubah bin. Maknanya, dorang taulah dorang anak angkat dan bukan rahsia macam drama tv. Mak bapak dorang masih ada cuma tak sanggup nak jaga sebab masalah kewangan.

Segalanya pun berjalan sempurna. Kami menerima keluarga ini seadanya. Tak kisah pun berkongsi kasih. Abah dan mama pun tiada perbezaan kasih sayang. Semua sama rata layanan. Tapi kehidupan kami mulai berubah sejak abah buat keputvsan nak ambil sorang lagi anak angkat perempuan.

Waktu tu aku dah 19 tahun dan baru masuk kolej. Kakak pula dah kahwin dan tinggal asing. Mulanya kitorang semua men3ntang keputvsan abah. Yalah. Selain aku dah masuk kolej, mama pun dah separuh abad. Patut dah berehat bukannya jaga budak kecil.

Kalau nak jaga budak sangat, bagus jaga cucu. Tapi akhirnya kuasa veto abah juga menang. Lagipun, kesian juga bila dengar cerita bayi yang nak diangkat abah tu anak yatim. Akhirnya mahu tak mahu, bayi tu pun hadir dalam keluarga kami.

Kami panggil Baby sebab dia comel sangat. Hilang semua rasa yang men3ntang selama ni bila tengok dia. Tiba – tiba kitaorang semua teruja sebab first time dapat baby girl. Seiring waktu, Baby pun membesar. Kali pertama, aku dapat rasa yang Baby ni per4ngai dia tak sama macam adik – adik aku yang tiga orang tu.

Nakal dan ganas tu biasalah. Tapi dia ni lain. Dia dari kecil lagi menunjukkan per4ngai degil dan kepala batu. Dia punya tantrum tu betul – betul buat hilang sabar. Kuat drama lagi. Itu batu besar, atas kepala juga ada duduk.

Korang ingat tak sinetron Bawang Putih Bawang Merah? Ha, per4ngai dia sebiji macam Nia Ramadhani dalam cerita tu. Menghadapi per4ngai dia yang pelik tu, lama – lama aku jadi pemarah juga. Yalah. Sudahlah sibuk dengan assignment dan beban kerja rumah.

Dia lagi nak diurus. Korang tau kan rasa jadi kakak camana? Aku rasa time tu aku dah jadi Kak Ros yang garang. Sem4kin Baby besar, per4ngainya m4kin menjadi. Paling aku tak tahan bila dia kuat meIawan cakap mama.

Pernah dia hempas handphone dan laptop pasal meradang tak mahu cuci piring bila mama suruh. Kami pun tak berani nak Iawan mama macam tu. Akhirnya, semua orang jadi pemarah dengan dia. Baby pun kemudiannya jadi pember0ntak.

Dia mula jaja cerita sana sini kami buIi dia dan betapa dia tertekan dengan hidup dia. Dia selalu curhat di status media sosiaI. Bila kami tegur, dia block kami semua. Bila aku dah kahwin dan ada anak, aku akhirnya malas nak ambil port pasal dia lagi.

Dia pun dah sekolah menengah. Penat aku nak bertengkar dengan dia. Lama – lama ignorance aku jadi silent kiIIer dalam hubungan kami. Bertahun – tahun kami tak bertegur. Bersalam waktu raya pun sekadar formaliti saja.

Sekarang ni, Baby dah masuk U. Walaupun geram dengan per4ngai dia, tapi aku tetap bagi belanja juga tiap bulan. Yuran dan flight dia ke U, kakak yang tanggung. Bila pandemik melanda, dia balik rumah. Aku harap sangat pendidikan yang dia terima di U akan ubah dia jadi manusia.

Tapi maIangnya dia begitu juga. Semua benda nak dijadikannya bahan member0ntak. Paling aku kesian tu mama sekarang s4kit. Kaki mama kena p0tong sebab k3ncing manis. Tapi dia tak peduli pun pada mama. Jenguk mama pun jarang padahal duduk serumah.

Bila ditegur, alasannya sibuk study online. Dua minggu lepas, ada orang bagi skrinsh0t pada aku tentang curhat si Baby di media sosiaI. Yalah kami kan kena block. Manalah kami tahu apa benda dia tulis. So bila aku terima skrinsh0t tu, aku terk3jut sangat.

Katanya, dia tak dapat nak fokus study sebab sibuk jaga mama while kakak dan abangnya lepas tangan. Eh? Hello? Dia lepas makan pun tak basuh piring. Mak aku yang di kerusi roda tu yang cuci piring dia. Kami ni bergilir ulang alik masak di rumah mama hari – hari.

Dia pula hari – hari bodek abah makan foodpanda. Aku yang dah lama tak menegur dia pun akhirnya menegurlah juga sikapnya yang suka jaja cerita tu. Bagi aku kali dia dah melebih. Aku tak faham apalagi yang dia rasa maIang dengan kehidupan dia.

Aku tak faham kenapa dia kena play v1ctim sentiasa. Tapi teguran aku dibaIas dengan berdas – das temb4kan dari si Baby. Habis semua cerita lama diungkitnya tentang kegarangan aku. Dia tuduh kamilah punca per4ngainya jadi teruk begitu.

Dia kemudiannya cakap yang aku tak berhak nak campur urusan dia sebab kami bukan keluarga. Aku pun mengalah. Aku malas nak bertengkar dengan dia. Karang tak pasal – pasal aku pula masuk hospitaI s4kit jantung macam mama bila habis bertengkar dengan dia.

Jadi aku minta maaf pada dia kalau betullah aku punca dia rosak macam tu. Aku ajak dia berdamai. Aku cuma minta jangan jaja cerita lagi. Itu saja. Tapi permohonan maaf aku dia tolak mentah – mentah. Penuh eg0is dia suruh aku pergi m4ti.

Part ni aku rasa dia dah melebih sangat. Tapi dari aku marah, aku jadi sedih. Sedih sangat. Sedih dan kesian. Ya. Aku sedar aku garang macam Kak Ros. Dan mungkin dia naif sangat tak tau beza mana garang mendidik dan mana garang tak bertempat.

Atau mungkin dia rasa aku garang tak bertempat kot. Entahlah. Setelah permohonan damai aku ditolak, kami pun tak bertegur sapa semula. Takkan aku nak melutut minta maaf kot? Bukannya aku pernah d3ra dia pun.

Garang – garang kakak biasalah. Kakak aku pun garang. Tapi kita taulah batas kita. Anak yatim tu. Takkan nak khi4nat amanah Allah dengan mend3ranya? Agak – agaklah. Tapi begitulah. Kadang – kadang aku pujuk diri mungkin ni ujian Allah nak uji keikhlasan kami dalam menjaga amanahNya.

Padan muka juga siapa suruh ambil anak angkat ramai – ramai kan? Sedangkan d4rah daging pun boleh putvs saud4ra, apatah lagi yang tiada kaitan. Manalah tahu kalau aku bersabar, jadi asbab aku masuk syurga. Entahlah.

Ikutkan hati mau saja aku tampar – tampar, aku smack down dan aku flying kick dia. Betul – betul tak sedar diri. Haih. Jangan ungkit. Hilang pahala. Jadi apa pengajaran dari cerita aku? Bagi akulah, ni muhasabah aku.

Pertama, kalau korang nampak anak korang pelik, pergi bawa jumpa doktor. Mungkin dia ADHD, mungkin bip0Iar, mungkin aut1sme. Jangan tau nak menghukvm saja. Kita dulu – dulu tak ada kesed4ran pasal benda – benda ni. Mungkin si Baby ni bip0lar kot. Aku agaklah. Atau nars1stik. Atau r0tten. Entahlah.

Kedua, kalau korang buat keputvsan nak ambil anak angkat ramai – ramai, fikir sekali betul – betul. Ingat, mengambil anak angkat itu ertinya menggalas tanggungjawab dan amanah. Apalagi kalau anak yatim. Perlu ingat juga yang itu bermakna korang tempatkan individu asing dalam satu rumah atas nama keluarga.

Ketiga, isu garang – garang ni konsekuensnya sepanjang hayat. Ada orang boleh terima. Ada yang jadi d3ndam. Hati manusia tak sama. Kalau terkena macam hati si Baby, masya Allah…!

Keempat, entahlah banyak lagi kot muhasabah aku boleh kutip. Jadi itu sajaIah confession aku. Harap bagiIah aku pendapat macamana nak hadap per4ngai si Baby ni ya. Thanks sudi baca. – Imani (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farah Ant : R0tten. She’s r0tten. Budak terjaI begini, selagi tak kena satu das kat kepala bagi sedar kaw – kaw, memang takkan berubah. Kau bagi ultimatum kat dia – nak berubah atau dipulangkan semula? Mak ayah dah tua dan tak larat pun nak bela per4ngai begitu.

Lepas tu, pakat suruh sekali adik – adik angkat yang lelaki tu sound. Kata je “Kitorang 3 dengan kau ni, sama tarafnya dalam keluarga ni – anak angkat. Tapi sedar diri, sedar diuntung. Kau?!” Ha…baru dia sedar agaknya. Kalau sis dan kakak sis yang tegur, budak suka play v1ctim ni nanti banyak point nak meIawan. Tapi kalau adik beradik angkat sis yang 3 orang tu tegur, percayalah dia tak ada point.

Norlida Abdul Latif : Minta maaf cakap, kadang – kadang per4ngai ni boleh diw4risi dari asal usul keturunan. Ada yang dari keturunan tak baik tapi bila dididik dengan betul insyaAllah boleh jadi sangat baik, ada yang memang tak boleh ubah. Sepatutnya dari kecil dah dipulangkan ke keluarga asalnya biar dia belajar erti syukur.

Hanie Mohd Yasin : Baby tu sekarang dah bukan anak yatim. Dia dah besar dan dewasa dalam erti kata dah mumaiyyiz. Boleh beza baik buruk perbuatan dia. Elok bagi kesed4ran laa sekali pada dia, orang macam ni kena bagi sedas sampai terduduk baru dia tau langit tu tinggi atau rendah.

Sebab dari kecik tak pernah ditangankan la punca dah besar jadi kurang ajar. Ni manusia spesis tak bersyukur. Kalau spesis ada adhd atau mcm tt ni katakan, takkan sampai tahap membenci keluarga yang dh besarkan dia. Sampaikan mak tt pun diabaikannya.. ni memang spesis tak bersyukur dan tak tau diri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?