Aku dah byk kali ceraikan isteri dalam whatsapp tapi bila sampai mahkamah dia lari

Selepas 6 bulan kahwin baru aku sedar, isteri guna – gunakan aku. Atas nasihat mak aku, aku dah tak makan masakan isteri dan kami dah tak tinggal bersama sepanjang PKP. Ikutkan tarikh perbicaraan hari khamis tapi masa pagi rabu aku bangun dan dia ada kat sebeIah dalam keadaan aku tak berbaju!

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide profile fb ni. Aku seorang lelaki min, dah kahwin selama 3 tahun dan belum dikurniakan anak. Alhamdulillah, ye alhamdulillah belum dikurniakan anak. Aku ada sebab aku sendiri.

Aku bernikah bukan atas kerelaan aku. Aku “dibuat” sampai aku nikah dengan sorang permpuan yang memang dah lama sukakan aku walhal aku tak suka apatah lagi sayang dan cintakan dia. Benda ni “dibuat” oleh bini dan family dia.

Aku tak sedar semua tu, aku sanggup tinggalkan kekasih aku tanpa khabar dan aku jadi benci kat kekasih aku. Family aku ingatkan aku memang sayang bini aku tu, sebab nampak macam angau sangat. Padahal bini dan keluarga dia cuma nak gunakan aku sebab aku kerja kerajaan, kerja stabil dan ada masa depan cerah untuk adik bongsu mereka tu.

Lepas beberapa bulan perkahwinan, mak aku mulai sedar yang aku mula berubah, bini aku “control” semuanya. Aku dulu seorang yang sangat ceria dan rapat dengan mak, tapi lepas nikah aku tak makan masakan mak sebab bini aku tak bagi aku makan, aku ikut je.

Aku dah tak call mak aku, phone aku semua bini control, aku ikutkan juga. Aku juga m4kin jauh dengan mak dan adik beradik, tak ceria, nampak murung, ikut cakap bini je. Tak join aktiviti keluarga aku, masa aku lebih pada keluarga wife aku je.

Mak aku dan adik beradik ada “ubatkan” aku dengan ustaz dalam diam. Alhamdulillah aku dah mula sedar sikit demi sedikit. Dari 6 bulan perkahwinan lagi aku dah mula sedar dan aku mula untuk failkan cerai. Aku dah tak makan masakan wife aku atas nasihat mak aku, aku mula bungkus makan hari – hari dan makan kat tempat kerja.

Aku juga dah tak tido 1 bilik dengan dia. Aku duduk bilik tamu, dia duduk bilik utama. Hati aku kosong min. Bila aku dah mulai sedar tu aku mula cari kekasih aku semula atas dorongan family aku. Alhamdulillah family aku pon dah jelaskan kat dia apa yang berlaku dan kekasih aku faham dan terima aku seadanya.

Dia tunggu urusan perceraian aku selesai dan kami akan bernikah. Family aku sangat berharap kekasih aku dapat bahagiakan dan ceriakan aku semula. Memang family aku dah kenal dengan kekasih aku ni. Mereka pon berkenan sangat dengan dia. Alhamdulillah.

Aku juga nak sangat bahagiakan dia selepas aku kecewakan dia dan bernikah dengan orang lain. Dah lama dia tunggu aku, aku tak sanggup kecewakan dia kali kedua. Bila aku down, kekasih aku lah yang selalu ada bagi aku semangat.

Dia kenal aku dari aku keje tukang cat sampailah sekarang aku dah stabil. Dia selalu ada dengan aku Masalah timbul bila hari demi hari, isteri aku selalu bertangguh urusan cerai kami. Sehingga kini perkahwinan kami usia 3 tahun.

Aku buntu min, macam – macam cara aku dah buat, tapi dia tetap berdegil tak mahu berpisah. Aku sudah banyak kali lafazkan taIak dalam whatsapp dan call. Aku nak buat cara baik lafaz dalam mahkamah susah sangat dia nak bagi kerjasama.

Jadi aku lepaskan luar mahkamah, nanti pergi mahkamah untuk sahkan je. Tapi pernah kami berdua dah tiba di mahkamah untuk perbicaraan, dia lari dari makhamah. Dia komplot dengan akak dia untuk bawa dia lari. Terpinga – pinga aku kat situ.

Banyak kali juga dia buat hal. Sampai aku bawak mak aku ikut pon dia berani buat hal, tak mau keluar kereta. Ikut hati aku nak guna kekerasan tapi aku tak pernah diajar naik tangan kat mana – mana perempuan. Kami dah tak duduk sebumbung sejak PKP tahun lepas.

Sepatutnya tarikh perbicaraan yang baru ialah khamis, terbaru isteri aku balik ke rumah hari selasa. Aku tak syak apa – apa sebab katanya nak ambik barang dia kat bilik utama. Aku tak tahu macam mana aku tertido bagai kena pukau, tak sedar apa – apa.

Pagi rabu aku bangun dan dia ada kat sebeIah aku dengan pakaian seksi dan aku juga tidak berbaju. Terk3jut aku min! Last aku ingat malam tu memang aku pakai tshirt dan kain pelik4t. Aku betul – betul tak sedar apa yang jadi.

Hari perbicaraan dia bagitau mahkamah yang kami baru bersama dan kami nak rujuk. Hakim suruh kami balik rumah dan duduk sama – sama. Ps1ko betul dia! Aku boleh mentaI lah macam ni! Malam tu memang aku tak rela dan aku tak sedar langsung apa yang berlaku.

Bila aku tanya dia, dia diam! Aku buntu min. Aku tak sanggup hidup “under control” macam ni. Aku nak mulakan hidup baru dengan kekasih aku. Kesian dia dah lama tunggu aku. Family aku pon dah lama tunggu aku berpisah dengan isteri aku ni, sebab mereka kesian dengan aku.

Mereka nak tengok aku bahagia dan ceria macam dulu. Aku buntu. Kalau ada yang boleh bagi pendapat yang baik – baik, aku hargai sangat. Aku hanya inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia bersama dengan insan yang aku cinta seperti orang lain. Doakan aku ya

Komen Warganet :

AR Kurobe : Kau ni jaga solat tak? Ngaji tak? Puasa penuh tak? Set alarm setiap kali masuk time solat. Kalau boleh rajinkan pergi masjid. Mandi wajib tetiap hari walaupun tak perlu.

Kau kene belajar sucikan diri sendiri kalau kau nak lari dari pukau bini kau ni. Dekatkan diri dengan al-quran. Hafalkan ayat pendinding. Baca tiap kali lepas solat. Bukak ruqyah kekuat tiap kali dengan bini kau.

Yang abam tahu orang yang berdamping dengan set4n ni cepat panas dengan orang yang jaga solat. Dia akan selalu keluar dari rumah lepastu dia akan cari orang untuk buat kau lagi lupa. Kau pun kene pergi berubat jugak ni. Maaflah, tu je yang boleh cakap.

Norehan Haji Hassan : Mudah je ko kan lelaki takat cerai pun susah sangat nampaknya. Ok la kata la ko betul – betul kene buatan bini, ko pergi berubat sampai betul – betul baik.

Balik rumah solat JANGAN tinggal tambah DENGAN solat – solat dan mengaji sampai khatam Al-quran. Kalau ko harap pada perubatan tradisional je TAPI ko tak usaha untuk diri ko sendiri macam mana set4n tak berdamping.

Kuasa set4n dengan kuasa Allah mana lagi benar bro. Back to Allah itu je dan pindah dari rumah tu pindah jauh  -jauh. JANGAN dok kalut nak menikah lain selesai satu – satu dulu baru pikir. TAK selesai lagi masaalah dah kalut nak nikah adoiii..

Taufick Fick : Agaknya kamu tiada kesungguhan dalam hidup, mudah terpengaruh hal – hal negatif.. Kalau kamu kuat dan yakin dan bertawakal semua tu tak ada. Saya pernah lalui.. sem4kin kita layan sem4kin menjadi la. Ingat set4n – setan sentiasa mengambil kesempatan pada mereka yang lemah.

Hitam Eyes : Ada bukti ke bini ko ada guna – gunakan ko. Kena ingat ya, famili ko tak boleh campur tangan dalam urusan rumahtangga ko tapi kalau dorang nak ok juga, yang bini ko, hak dia boleh buat aduan kat mahkamah syariah ada gangguan pihak ketiga, famili ko termasuk pihak ketiga. Itu pun kalau bini ko nak bawa kes tu naik mahkamah la.

Tazul Aidi Amin : Ko dah lafazkan cerai banyak kali kat whassap dan call? Tak bagitau mahkamah ke yang ko dah lafazkan taIak banyak kali. Kalau sampai dah 3 kali lafaz pun, dah tak boleh rujuk semula, inikan pula banyak kali!

Kena tipu sampai ” terujuk” semula? Lafazkanlah cerai tu lagi sekali, biasanya, kita kaum lelaki memang panjang akal sikit bab – bab cerai ni tapi tak taulah kalau ko ni jenis lurus benduI sangat sampai mudah diperb0dohkan oleh isteri sendiri.

Memang la ko kata ko kena puk4u untuk kahwin dengan bini ko tu tapi masa lafazkan cerai tu, takkanlah kena puk4u jugak sampai tak boleh lafaz cerai lagi? Rujuk balik apa yang ko tulis tu!!!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.