
Nak diikutkan tahun lepas aku kantoi lagi dasyat dari tahun ni. Sampai ada gambar yang agak keterlaluan. Tapi bini aku boleh rilek, jadi aku memang lega. Tu aku agak terkejut tahun ni aku kantoi. Reaksi bini aku betul – betul mengejutkan aku.
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, makcik – makcik bawang, pakcik – pakcik rewang. Aku nak share kisah aku. Bila bini terlalu banyak memendam perasaan. Aku dah kahwin 9 tahun. Alhamdulillah dikurniakan 3 anak, 2 lelaki 1 perempuan. Semua anak dilahirkan secara c-section dan dah ikat. Tanggungjawab pada keluarga tip top, tak pernah aku abaikan.
Sepanjang perkahwinan aku, aku ni suka la berkawan – kawan dengan perempuan. Jenis aku mula – mula je caring, panggil sayang – sayang tapi tak lama bila aku dah bosan aku tinggalkan je perempuan – perempuan tu. Aku pun tak pernah nak labur duit atau lebih – lebih seperti terlanjur dengan perempuan – perempuan lain. Bagi aku, aku cuma nak saja – saja. Setiap tahun kantoi 4 – 5 kali dengan bini aku.
Bini aku pulak bila dah kantoi, tak macam bini orang lain. Nak terpekik – pekik, terlolong – terlolong, pukul – pukul, baling barang ke, tak. Style bini aku ni professionals sangat. Cakap dengan aku lembut macam mak bercakap dengan anak.
Masak tetap masak, keje umah buat, anak layan macam tak ada apa – apa berlaku. Esoknya bini aku dah ok. Tak ada ungkit apa – apa. Begitulah sikap bini aku setiap kali aku kantoi ada perempuan lain. Cuma baru – baru ni, aku keje luar di utara, masuk bulan 2.
Aku menggedik lagi layan 2 perempuan. Seorang keje buat air buah. Seorang lagi melalui FB. Tapi yang buat air ni aku selalu gayut sampai pagi. Bini aku perasan aku selalu online WhatsApp, FB sampai ke subuh. Seringkali juga bini aku cakap tak sedap hati.
Sampai bini aku minta maaf kalau dia ada lakukan kesilapan. Kadang – kadang dia tanya aku kenapa online sampai lewat pagi sedangkan pukul 10 cakap nak tido. Macam – macam alasan aku bagi sampai aku menempelak bini aku mempertikaikan hal tu.
Bini aku diam tak banyak tanya. Kemudian cakap ada hal nak bincang. Bila aku tanya apa, bini aku tak cakap apa – apa lagi. Aku pun anggap tak ada apa – apa la. Rupa – rupanya bini aku tunggu aku balik. Aku cuba cerita tentang perkenalan aku dengan perempuan – perempuan yang aku kenal tu sepanjang berjauhan dengan bini aku. Bini aku dengan senyuman dan sempoi, lega aku dapat jujur.
Tapi lepas aku hantar anak aku sekolah agama, bini aku tunggu dalam rumah dengan penuh senyuman. Panggil aku duduk sebelah dia penuh lemah lembut, usap – usap belakang aku sambil cakap, “Kan aritu ada perkara nak bincang. Sekarang nak bincang.”
Hari pertama bini aku bercakap penuh kelembutan, senyuman, penuh kata – kata yang mampu buat airmata jantan aku menitis kerana menyesal dengan tindakan aku selama ini. Bini aku bercakap tak pernah maki hamun. Kemudian bini aku masak, jaga anak dan buat keje rumah macam biasa.
Hari kedua, aku ingatkan dah selesai macam selalu. Tapi tak! Balik dari berjalan, bini aku masuk bilik. Dia menangis sampai bengkak – bengkak mata. Aku betul – betul terkejut. Tak pernah aku tengok bini aku menangis teruk macam tu.
Berulang kali aku terangkan aku hanya suka – suka dengan perempuan lain, tak serius pun. Aku pun mohon dia jangan ingatkan lagi. Aku berjanji tak akan buat lagi serta berkali – kali minta maaf. Aku tau bini aku menahan rasa marah dalam hati.
Bila dia bercakap, suara dia bergetar. Tapi dia tak lepaskan dengan menempik aku. Katanya hati dia dah terasa terlalu sakit. Sebelum ni dia umpama gelas yang terima air masuk tapi lama – lama air dicurahkan akan melimpah juga. Begitulah dengan perasaan dia.
Peritnya aku tengok bini aku masa tu. Aku nak dia luahkan rasa sakit tu. Aku suruh je bini aku tumbuk, lempang aku. Siap aku ambilkan rotan lagi suruh bini aku libas aku. Aku redha. Tak akan jadikan isu. Tapi bini aku pikir long term.
Kata dia kalau dia pukul pun, sakit hati dia berkurang sikit je tapi aku pula yang akan trauma. Dia bukannya tak berakal. Aku pujuk – pujuk, minta maaf. Nampak dia redha. Hari ketiga, aku cepat – cepat bawak dia balik umah mak ayah dia.
Bila ramai – ramai, bini aku tak akan sedih lagi. Dan bini aku pun layan aku ok. Hari ke enam, bini aku WhatsApp aku cakap hatinya masih rasa sebak bila terkenangkan apa aku lakukan. Sampai sekarang aku sentiasa cuba menawan hati bini aku kembali. Walaupun bini aku layan aku dengan baik, tapi itulah yang buat aku lebih serba salah. Aku tak sangka sikap aku yang suka – suka boleh buat bini aku terluka dengan dalam.
Salam semua. Aku nak sambung sikit pasal kisah kantoi aku ada perempuan lain 4 – 5 kali tiap – tiap tahun dengan bini aku. Selama 9 tahun, dari bini diam senyum sampai terluka dalam. Cantik ke perempuan yang aku suka – suka tu?
Sumpah bini aku lagi cantik, pandai jaga body luar dalam tip top macam anak dara. Selepas bersalin anak ketiga 3 bulan lepas pun bini aku dapat balik berat seperti sebelum kawin, 46kg. Kulit cerah. Pandai bergaya, menghias diri, solek, mewangikan diri.
Tutur kata baik, pandai bergurau, suka senyum, paling best tak mengongkong aku. Sekali sekala menegur mengingatkan. Bini aku dah tak bekerja. Sebelum ni bekerja sebagai executive, gaji besar jugak. Tapi sebabkan dia nak jaga anak sendiri, sanggup berhenti keje.
Aku tak kisah menanggung semua kerana aku mampu. Nafkah aku bagi dia sama besar dengan gaji dia sebelum ni. Barang – barang lain asing aku bayarkan. Tak campur yang aku bagi dia. Boleh katakan kalau bini aku keluar sorang atau bawak anak – anak pun ramai jugak la lelaki try.
Tapi bini aku bukan jenis melayan lelaki. Bini aku jenis straight, kalau dia nak keluar shopping dia shopping. Tak ada kona – kona. FB dia pun dia tapis siapa yang nak friends. Hanya profile perempuan yang betul – betul perempuan dia terima. Laki – laki yang dia tak kenal memang tak terima. Beribu tersadai dia biarkan.
Memang aku akui aku bersalah sebab suka – suka dengan perempuan yang baru kenal. Tak lama pun aku melayan. Paling lama sebulan. Dah kenal perangai perempuan ni macam mana, aku blah jela. Bila makcik – makcik bawang cakap macam mana kalau bini aku suka – suka ada jantan lain, ia la aku sentap.
Bini aku pun pernah cakap macam tu masa aku kantoi baru – baru ni. Aku bagitau dia, aku manusia biasa ada kelemahan, tak sengaja buat kesalahan. Bini aku cakap jika dia terbuat macam aku, sudikah aku maafkan berkali – kali?
Mampukah aku terima alasan aku hanya suka – suka? Redha kah aku bila dia cakap tak buat? Allah baru beri secebis kesenangan, aku dah lupa diri membelakangkan isteri. Macam mana Allah nak limpahi kemewahan? Kali pertama mungkin tak sengaja, kali kedua kesilapan, kali ketiga dan seterusnya adalah sengaja!
Nak diikutkan tahun lepas aku kantoi lagi dasyat dari tahun ni. Bini aku pun cakap sama, sampai ada gambar yang agak keterlaluan. Tapi bini aku boleh rilek. Tu aku agak terkejut tahun ni aku kantoi. Reaksi bini aku betul – betul mengejutkan aku.
Korang doakanlah hati bini aku selembut sutera. Memang bini aku layan aku baik dengan apa yang telah terjadi sekarang. Mampu senyum, bergurau, melakukan rutin harian seperti biasa, memasak, anak – anak dan aku diutamakan. Tak pernah mengeluh, membebel kepenatan.
Tapi kadang – kadang bila aku terperasan dia tenung aku dan aku bertentang mata dengan bini aku, aku tau, dia masih terkesan. Walaupun hujung – hujung renungan dia senyum. Aku menyesal. Menyesal sangat – sangat. Tabah sangat bini aku bertahan selama 9 tahun tanpa pernah mengadu pada sesiapa.
Aku tau sebab bini aku jenis simpan aib aku. Dia tak suka orang pandang sinis kat aku. Sebab dia suka memendam. Memang aku takkan dapat bini sebaik dia lagi. Doakan rumahtangga aku bahagia. Doakan aku tak suka – suka lagi. Aku sayang bini aku. Sungguh. Harap bini aku tak berdendam pada aku, apatah lagi terlintas hati nak tinggalkan aku. Jangan sayanggg.
Komen Netizen:
AeJaa Sabri : Perempuan. Dia setia kaw – kaw punye kalau dia betul – betul sayang. Tapi sekali je dia terluka, nak – nak pula bab curang. Memang kaw – kaw dia terasa, susah kalau nak dia percaya semula. Mulut cakap maaf, tapi sampai mati dia akan ingat apa lelaki tu buat.
Dan lepas tu, tak mungkin layanan pada lelaki tu akan sama sebiji macam dia setia dulu. Biar la lelaki tu kata nak berubah berjuta kali, ucap maaf berjuta kali, sayang bertambah – tambah sejuta kali pun, tak mungkin akan sama macam sebelum ni. Bayangkan hidup bersama tapi kepercayaan tu dah takde. Nak pulihkan semula kepercayaan tu, percaya la, ambil masa. Tak tau berapa lama, seminggu, sebulan, setahun.
Muhamad Firdaus : Manusia mana nak tengok rumah tangga orang runtuh bro. Setan je suka semu – semua tu. Awak sebagai imam dalam keluarga perlu ubah diri, jadi contoh terbaik dan orang yang paling banyak kena minta doa pada Allah. Ubah tu bukan hanya pada doa tapi pada tindakan.
Nasib seseorang tu takkan berubah melainkan diri sendiri yang mengubahnya. Semua benda yang awak ada ramai orang lain kat luar terminta – minta. Kena ingat, ujian Allah bukan saja dalam bentuk sakit atau sengsara tapi juga dalam bentuk kesenangan. Masa senang kita ingat Allah, masa susah Allah bantu dan ingat kita balik. Mohon sayang isteri dan keluarga anda sebelum terlambat.
Amanda Yusuf : Jangan ambil kesempatan atas kebaikan bini ko. Sebab bila ko dah kehilangan dia, menangis darah sekalipun ko takkan dapat yang sama macam dia. Setakat betina murah yang ko kapel sebulan dua tu takde harga jika dibandingkan dengan apa yang bini ko bagi selama. Tengoklah apa ko dah buat. Berkali – kali kau sakiti dia tapi dia tetap tersenyum jaga ko elok – elok. So taubat, dan jaga anak bini ko berlandaskan Islam. Tinggalkanlah semua keseronokan duniawi tu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.