Perkataan m4kian dan h1naan jadi makanan aku hari – hari. Anak – anak aku selalu terp4ksa tadah telinga tengok aku kena m4ki hamun oleh ayah mereka. Aku ni grad dari luar negara tapi suami layan aku macam orang b0doh, belajar takat UPSR..
#Foto sekadar hiasan. Hello, aku De Lemon. Aku dah kahwin 15 tahun, ada 4 orang anak. Aku berkahwin dengan seorang yang narc1ssistic. Ya, suami aku seorang narc1ssist. Kepada sesiapa yang tak tahu apa maksud perkataan ini, seorang narc1ssist ni ialah seorang yang sentiasa rasa dia bagus. Dia akan buat semua keputusan untuk kau sebab dia rasa kau tak secerdik dia.
Jika ada kesilapan dalam keputusan dia, dia akan tetap salahkan kau. Dia akan kata sebab kau lah keputusan yang dia pilih tu tak menjadi. Seorang narc1ssist ni juga akan pandang rendah kat kau. Aku ni grad overseas, tapi, dia selalu buat aku rasa macam aku ni belajar setakat UPSR je.
Dia juga sangat – sangat menjaga maruah dia depan orang ramai. Aku pernah left group whatsapp family sebab g4duh dengan dia, dia m4ki hamun aku. Dia kata aku maIukan dia sebab depan adik beradik dia sebab dia suka tunjuk macam dia lah ketua rumah tangga terbaik di dunia.
Kalau jumpa orang, seorang narc1ssist ni akan up diri dia kaw kaw. Bayangkan, aku tahu dia solat tak cukup, tapi bila berkumpul kawan – kawan, dia akan beri tazkirah seperti ustaz. Cakap pasal doa, pasal tahajud.. Hmm…
Suami aku ni juga cukup pantang kalau aku cakap apa – apa tak kena mood dia. Selalu aku kena tanya dulu, boleh ke nak minta sesuatu? Boleh ke kalau saya nak cakap? Sampai aku nak cakap aku kena minta izin, kalau tak dia akan meng4muk.
Perkataan b0doh, b4bi, b4ngang semua jadi makanan aku hari – hari. Anak – anak aku selalu terp4ksa tadah telinga tengok aku kena m4ki hamun oleh ayah mereka. Dulu aku boleh sabar, sekarang aku rasa tension. Sebab suami ni sepatutnya jadi tempat kita bercerita, tempat kita mengada – ngada. Tapi, aku tak boleh.
Aku ada juga rasa terdetik macam suami aku ni tak suka dekat aku. Sebab hari hari aku rasa, dia akan marah. Hari – hari ada je benda tak kena. Aku rasa fed up. Buatlah sebaik macam mana pun, ada je benda yang dia tak suka.
Yang paling kemuncaknya ialah, sekarang ni, bila dia cakap dengan kawan – kawan dia, dia akan sentuh pasal aku. Dia akan cakap, aku ni ujian dari Allah untuk dia. Jadi, dia kena terima dan sabar dapat isteri macam ni. Dia describe aku macam aku ni teruk sangat.
Aku ni dulu kerja company besar, tapi aku terp4ksa berjauhan dengan dia sebab company aku kat negeri lain. Jadi aku berhenti dari company tu dan sekarang aku tolong dia kat company kecil dia. B0doh betul lah aku ni.
Aku ni tak pandai masak, tapi aku sangat pandai mengemas. Rumah aku memang sangat bersih walaupun aku sibuk. Ya aku memang suka bebel, tapi aku rasa semua perempuan ada per4ngai bebel tu kan. Aku bebel bukan lah tahap teruk pun.
Dah korang imagine, camna aku nak bebel, aku nak cakap ngan dia pun, kena minta izin? Sekarang ni, aku sangat – sangat rasa dia macam tak suka kat aku. Aku banyak kali minta cerai ya. Tapi dia tak nak. Dia kata sebab sayang. Tapi hari – hari aku rasa, dia tengok aku dengan pandangan benci je.
Dan ya, 2-3 kali lah kantoi perempuan kan? Dan as a narc1ssist, dia salahkan aku juga. Dia kata aku lah sebab dia main perempuan. Dulu sebab jauh, sekarang aku dekat, dia kata aku tak layan dia elok – elok. Ya semuaa salah aku.
Ada satu hari tu, aku terp4ksa ke negeri lain, sebab aku ada course. Dia sibuk nak drive kan aku ke sana, kononnya risaukan aku. Lepas tu, sepanjang jalan, dia asyik cakap, penatlah, habis banyak duit lah, terp4ksa susah – susah bawa anak.
Berapa kali aku cakap, aku kata, aku pergi seorang pun tak apa. Dia kata aku tak hargai usaha dia teman aku. Aku kata, kalau betul – betul ikhlas nak teman, dah kenapa nak sebut – sebut penat dan sebagainya?? Itulah per4ngai seorang narc1ssist.
Dia nak tunjuk pada orang dia suami yang care, tapi belakang, isteri ni lah yang jadi m4ngsa complain. Aku jadi De Lemon sebab aku dalam dilemma. Aku nak je ke pejabat agama. Tapi aku kesian tengok anak – anak aku. Aku pernah betul – betul dah bawa baju keluar, anak sulung aku pegang kaki aku dan nangis.
Tapi tahukah kau wahai anak, mama dah tak larat menahan perasaan nak sekatil dengan orang yang langsung tak hormat mama? Yang selalu pandang rendah pada mama? Jika mama berjaya dalam apa – apa pun, papa tetap akan kata mama berjaya sebab dia?
Skrip nya hari – hari ialah di ner4ka tu perempuanlah yang ramai. Sedangkan dia solat pun tak cukup, nak masukkan aku ke ner4ka pula. Sekarang, aku berfikir, untuk aku bebas dari kehidupan ini ialah dengan m4ti. Mungkin pembaca akan berfikir, takkanlah sampai aku nak m4ti?
Ya pembaca sekalian, aku pernah berkali – kali rasa macam tu. Cubalah anda duduk dengan seorang yang narc1ssist, aku beri 3 bulan saja. Kau akan tak tahan. Aku berfikir, kalau aku m4ti, siapa pula nak didik anak – anak aku solat mengaji? Allahu.. kesian anak – anak mama.
Aku terdetik, alangkah baiknya kalau suami aku ni yang m4ti cepat, jadi aku bebas. Bolehlah aku didik anak aku sebaiknya tanpa tekanan perasaan. Tak perlulah aku terkongkong macam ni. Tak perlulah aku rasa takut dengan hari – hari mendatang.
Sekarang aku cukup takut dengan mood dia. Sebab silap sikit, aku akan dim4ki hamun. Kan? Salah ke aku doa suami aku m4ti cepat? Ya Allah teruknya kau De Lemon. Aku sebenarnya kena jumpa psychi4trist kan? – De Lemon (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Zatie Rafzie : Kesiannya awak sis. Boleh bertahan lagi tak tu? Kalau dah tak boleh fikir panjang – panjang buat plan haluan akan mendatang. Kita pun berhak bahagia. Kalau hidup dengan t0xic je kita s4kit. Anak – anak pun lama – lama akan ikut sikap ayahnya baran tu. Get ready je.. ambil siap – siap surat kat mahkamah letak depan dia kalau da sampai kemuncak pukuI / z1na dengan perempuan lain.
Yann : Familiar betul kisah TT, 30 tahun mengadap lelaki begini, kesimpulannya orang begini memang tak akan berubah cik, sebab memang cita – cita dia nak jadi raja di dunia. Jadi apa saya buat adalah berdamai dengan keadaan waima direndahkan sekalipun.
Berdamai dan redha ni bila hati dah betul – betul tawar tapi dalam masa yang sama dilema atas nama hubungan kekeluargaan. Orang perempuan kena kuat sendiri. Semoga dipermudahkan urusan TT dan anak – anak.
Sameerah Rahman : Selalunya orang yang jenis lepas mulut, suka menyalahkan dan suka mem4ki orang lain ni dia takde str3ss maka umurnya panjang sangat. Pakcik aku macam ni lah.. Last – last makcik aku yang meninggaI dulu.. Lepas tu, dia boleh kata makcik aku pula yang banyak d0sa kat dia. Padahal arw4h makcik aku orangnya tenang dan tak banyak cakap tapi banyak memendam rasa.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.