
Kalau sekali call tak angkat, mak mertua akan call sampai 10 kali. Kadang – kadang siap video call lagi. Pernah satu malam tu, baru saja aku dengan laki aku nak makan sama – sama, telefon dia berbunyi tanpa henti. Aku tengok muka laki aku terus berubah. Dia terus bangun nak balik rumah mak dia.
#Foto sekadar hiasan. Salam Min. Tolong hide profile aku Min. Aku dah kahwin hampir setahun. Selama lebih kurang setahun perkahwinan ni macam – macam dah aku rasa Min. Lebih banyak pahit daripada manis. Kenapa aku kata pahit?
Dulu bila aku baca kisah dekat sosiaI media, aku ingatkan cerita macam ni semua rekaan. Rupanya bila dah jadi dekat diri sendiri, baru aku tahu pahitnya apa yang aku lalui. Cerita dia macam ni. Aku kenal dengan laki aku sebelum kahwin masa dia duduk di KL. Aku pula asal PJ.
Aku bercinta dengan dia dekat setahun lebih macam tu. Tiba – tiba lepas tu mak dia suruh dia balik kampung di Terengganu untuk jaga ayah dia, ayah tiri dia. Jadi dia pun berhenti kerja dan balik kampung. Mak dia masih sihat lagi. Hanya ayah dia yang kurang sihat. Masih boleh berjalan cuma kena ada orang uruskan dia juga.
Suami aku ni memang jenis taat setia dekat mak dia. Dia ada 5 adik beradik kandung dan 5 adik beradik tiri, tapi semuanya tak nak balik kampung untuk jaga ayah dia. Bermulalah episod sedih aku Min. Aku sedih tapi aku relakan pemergian dia masa tu sebab aku tahu tu memang tanggungjawab anak lelaki.
Bayangkan daripada aku senang nak jumpa dengan dia, sampailah aku susah nak jumpa dia. Daripada tiap minggu aku boleh jumpa dengan dia, sampailah aku susah sangat nak jumpa dia. Boleh kata 2 bulan sekali baru aku dapat jumpa dia. Tu pun kalau dia bawa mak ayah dia datang KL kalau ada urusan dekat sini.
Aku memang dah banyak makan hati sebelum kahwin lagi tapi aku telan sebab aku sayangkan dia. Dia memang lelaki yang baik, cuma aku dah nampak masa tu dia terlalu dengar arahan mak dia. Apa yang mak dia suruh buat, dia akan buat. Contoh walaupun masa tu aku jumpa dengan dia baru 2,3 jam, mak dia akan call suruh balik dan suami aku akan balik.
Genap 3 tahun aku bercinta dengan dia, dia hantar rombongan meminang aku. Aku happy sangat masa tu sebab dia kata dia nak tunjuk kesungguhan yang dia sayangkan aku. Lepas saja sehari selepas tunang, mak dia dah sound aku. Mak dia kata lepas ni tak payah call selalu, tak payah jumpa selalu.
Memandangkan tali ikatan pertunangan kami hanya 3 bulan, aku pelik juga masa tu. Kenapa perlu sound aku tak payah call selalu dengan anak dia? Sedangkan aku PJJ bercinta dengan anak dia. Bukan aku p4ksa anak dia turun KL tiap minggu pun. Tapi masa tu aku pujuk hati aku. Aku fikirkan laki aku. Aku cakap dalam hati, tak apalah 3 bulan saja lagi. Masa tu aku masih tak nampak lagi per4ngai sebenar mak mertua aku.
Masa berjalan dan majlis berjalan dengan lancar. Lupa nak bagitahu, aku duduk PJ dengan ayah aku. Aku anak tunggal. Mak aku dah meninggaI 5 tahun lepas. Ayah aku pula menghidap k3ncing manis dan jari kaki dia termasuk isi sikit kena p0tong. Tapi ayah aku masih boleh berjalan lagi. Cuma malam – malam dia selalu hypo, pengsan.
Jadi bayangkan macam mana aku nak tinggalkan ayah aku sorang – sorang kalau aku pindah ke Terengganu. Aku cuba pujuk ayah aku ikut sekali pindah ke sana tapi ayah aku tak nak. Takkan disebabkan aku dah kahwin, aku kena tinggalkan ayah aku macam tu saja. Aku tak sampai hati.
Jadi aku bincang dengan laki aku pasal benda ni. Masa tu dia cakap kalau macam tu tak apalah kami PJJ dulu. Okey aku setuju dengan dia. Bermulalah episod pahit aku. Lepas saja majlis perkahwinan aku selesai, aku pergi honeymoon dengan laki aku.
Baru masuk hari kedua, mak dia dah call suruh jangan honeymoon lama – lama. Tapi laki aku cakap tak boleh sebab hotel dah booking. Sedangkan masa tu mak dia ada dekat rumah abang dia. Kiranya abang dia ada dengan mak ayah dia masa tu. Tapi dia tetap suruh laki aku balik cepat.
Aku sabar lagi masa tu. Bila dah habis honeymoon, laki aku pun baliklah Terengganu. Sementara aku pula mulakan kehidupan aku macam biasa di KL. Ikutkan janji dengan laki aku, kami akan jumpa 2 minggu atau sebulan sekali bergilir – gilir.
Maksudnya kadang – kadang dia turun sini dan lepas tu giliran aku pula. First time laki aku turun KL lepas kahwin, dia baru saja sampai malam tu. Esok pagi pagi mak dia dah call suruh balik cepat. Kau bayangkan dia baru saja sampai, mak dia dah suruh balik. Dia tak bagi peluang langsung aku spent time dengan laki aku.
Aku diam saja. Aku tahan lagi. Dan macam tulah episod seterusnya tiap – tiap bulan. Setiap kali laki aku turun KL, mak dia akan suruh balik cepat. Sampai setiap kali laki aku turun KL pun, dia tak ada rasa nak bersama dengan aku sebab kepala dia serabut mak dia asyik call suruh balik walaupun dia baru saja sampai sini.
Aku pendam lagi dan terus pendam. Sepanjang laki aku duduk dengan mak dia, dia tak bekerja. Dia kerja pun kejap – kejap lepas tu berhenti. Alasan sebab tak ada siapa nak jaga dan tengok ayah dia kalau dia pergi kerja. Habis mak dia buat apa dekat rumah?
Kira mak mertua aku ni tak kisah pun laki aku tak kerja. Sepanjang kahwin ni memang boleh kira dengan jari berapa saja duit nafkah yang laki aku bagi. Aku sabar lagi. Aku tak pernah tuntut duit nafkah aku sebab aku kononnya faham keadaan dia yang nak jaga ayah dia tu.
Masuk bulan ke 9, aku berjaya pujuk ayah aku untuk pindah ke Terengganu. Laki aku janji masa tu jangan risau, aku pindah saja Terengganu dia akan cari kerja. Jadi aku pun percaya pada janji dia. Aku berhenti kerja di KL dan pindah ke Terengganu. Laki aku sewakan rumah sewa dekat sini untuk aku dan ayah aku. Bermulalah episod dekat sini pula.
Aku ingatkan dah duduk dekat, mak mertua aku akan berubah per4ngai dan aku boleh hidup dengan laki aku seperti suami isteri lain. Tapi malangnya tak. Bila laki aku lama sikit dekat rumah aku, mak mertua aku akan call. Kalau sekali call tak angkat, dia akan call sampai 10 kali. Kadang – kadang siap video call lagi.
Pernah satu malam tu, baru saja aku dengan laki aku nak makan sama – sama, telefon dia berbunyi tanpa henti. Aku tengok muka laki aku terus berubah. Dia terus bangun nak balik rumah mak dia. Aku tanya kenapa. Dia cakap mak dia takut ayah dia jatuh dekat bilik air.
Aku pun tak sampai hati, jadi aku suruhlah dia balik. Tapi bila esoknya aku pergi rumah mak mertua aku sebab nak hantar lauk, aku nampak ayah dia elok saja duduk tengok televisyen. Mak mertua aku pula tengah borak sakan dengan jiran depan rumah. Masa tu hati aku mula rasa lain macam.
Lepas beberapa minggu, aku perasan tiap kali laki aku dekat rumah aku lama sikit, mesti akan ada drama. Sama ada mak dia s4kit dada, pening kepala, g4duh dengan adik, atau tiba – tiba ayah dia nak makan benda tertentu. Semua benda kena tunggu laki aku balik.
Sampai satu hari ni, aku terdengar sendiri mak mertua aku cakap dekat jiran dia. “Biarlah dia duduk sini. Kalau asyik melekat rumah bini nanti lupa mak.” Masa tu aku berdiri dekat dapur terus rasa macam nak terduduk. Rupanya selama ni memang dia sengaja tak bagi peluang aku hidup macam isteri lain.
Yang buat aku lagi kecewa, laki aku dengar benda tu. Tapi dia diam saja. Malam tu aku menangis sorang – sorang dalam bilik. Laki aku balik rumah mak dia macam biasa. Tinggal aku dengan ayah aku dekat rumah sewa. Ayah aku cuma tengok aku dan cakap perlahan.
“Kalau hidup kau macam ni sampai bila pun tak bahagia, dik.” Aku tak jawab apa – apa. Sebab dalam kepala aku masa tu, aku dah mula fikir satu benda. Mungkin selama ni aku bukan berebut kasih dengan keluarga dia. Tapi aku sebenarnya cuma menumpang dalam hidup laki aku.
Ulasan Pembaca :
Nanie Sasek : Silent ler telefon suami tu. Alaa anak ramai tapi tak boleh harap jaga si ayah tu. MIL kau tu pun tak boleh pakai dah. Laki dia jagalah sendiri. Eloklah PJJ, dah suami pun asyik nak ikut cakap mak dia saja. Sis pun buatlah hal sendiri. Biar suami tu terasa bini dia macam dah tak perlukan dia lagi.
Nia Amanda : Alahaiiii, mak siapalah per4ngai macam ni ya? Bukan ke dulu you pun pernah muda, pernah jadi menantu. Jadi kenapa nak d3ra batin anak anakmu, tak kira d3ra batin menantu ke? Ambillah pengajaran, next time kita jadi mertua jangan macam dia ya.
Susanti Ayum : Masa suami kamu bersama kamu sis, minta suami off telefon. Cakap pada suami supaya tiada yang ganggu privasi kamu berdua. Yelah nak bersama suami pun susah bila MIL sibuk nak call. Sebenarnya MIL tengah ambil kesempatan atas ketaatan suami kamu. Anak – anak lain dia tak dapat nak buIi.
Masa keluar bersama off telefon semua. Lagipun MIL kamu tak bekerja kan. Buat apa dia asyik nak suami kamu balik rumah jaga ayah pula? Suruh suami kamu kerja agar dia dapat jalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga. Ada anak nanti, takkan nak harapkan kamu beli susu anak dan bayar semua bil serta sewa rumah?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.