Aku dapat tahu bekas teman wanita dah jadi janda. Aku nekad nak jadikan isteri kedua. Tak sangka isteri aku izinkan tapi

Sejak aku angau dengan bekas kekasih, aku nampak semua keburukan isteri. Kalau nak bandingkan isteri dengan bekas kekasih, bekas kekasih aku menang banyak. Sehinggalah satu hari, aku minta izin..

#Foto sekadar hiasan. Membaca kisah – kisah yang ada di dalam ini membuatkan saya pun turut ingin berkongsi cerita. Saya merupakan seorang yang lelaki yang ekstr0vert – suka bersosiaI, bekerjaya, berpelajaran tinggi – lulusan oversea, telah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Baby kedua baru sahaja lahir baru – baru ini.

Isteri juga sama, mempunyai master dalam bidangnya dan kerjaya yang stabil. Sebelum berkahwin, saya telah bercinta dengan seorang gadis hampir lima tahun lamanya. Namun jod0h kami tiada, satu hari kami berg4duh besar dan kemudian masing – masing membawa haluan sendiri.

Saya mengenali isteri tidak lama, lebih kurang tiga bulan, kemudian kami bertunang dan tiga bulan kemudian kami berkahwin. Saya seorang yang simple. Saya mengenali isteri dari seorang rakan. Setelah membuat penilaian secara keseluruhan, saya melamar dan dia terima. Mungkin kerana kecewa dengan hubungan yang lalu, saya tidak mahu lagi untuk spend masa, wang ringgit dan tenaga kepada perhubungan yang lama dan tidak pasti.

Sebab utama saya pilih isteri sebagai teman hidup kerana personalitinya yang rileks dan cara hidup keluarganya yang sederhana. Kedua mertua saya sangat baik dan alim orangnya, berbeza dengan latar keluarga saya yang agak biasa dalam hal – hal agama.

Setelah berkahwin, saya tahu bekas kekasih saya sangat kecewa dengan saya walaupun pada ketika itu kami sudah lama tidak berhubung. Tidak lama selepas itu, apa yang saya dengar dia telah berkahwin dengan pilihan hatinya dan beberapa bulan selepas itu dia bercerai.

Saya berasa sangat sedih dengan berita ini. Walaupun kami sudah tidak lagi bersama, tetapi dalam hati saya masih menyayangi dan mahukan yang terbaik untuknya. Ketika itu, mulalah datang saat keliru dalam hidup saya, segala kenangan dan memori dengan kekasih lama mula menjelma. Saya mula menghubungi kekasih lama dan bercadang ingin mengambil si dia sebagai isteri kedua.

Pada tempoh perhubungan itu, hati mula mencari keburukan isteri bagi mewajarkan tindakan saya untuk beristeri dua. Perkara yang selama ini cantik, mula bertukar menjadi buruk. Segala yang ada pada bekas kekasih mula dibandingkan dengan apa yang ada pada si isteri, dan pada ketika itu hampir semua menang pada bekas kekasih.

Dipendekkan cerita, seperti biasa mana ada orang perempuan yang sanggup dimadukan kalau diberi pilihan. Isteri saya memang tahu yang si dia adalah bekas kekasih saya kerana saya berterus terang dengannya sebelum kami berkahwin.

Di suatu malam ketika kami bertegang leher, dengan linangan air mata isteri berkata kepada saya “saya izinkan abang berkahwin lain tetapi janganlah berz1na sama sekali, saya tak nak abang melakukan d0sa besar”. Kata – kata itu dalam diam umpama haIilintar yang meman4h hati saya.

Ketika dalam proses konfIik tersebut (selama beberapa minggu), saya nampak isteri kuat bersolat sunat dan setiap kali selepas solat matanya akan merah kesan daripada menangis. Isteri saya ni memang jenis yang tak banyak bercakap, tetapi lebih kepada tindakan.

Selepas krisis pada malam itu, hati saya rasa sedikit kelainan. Saya mula sedar yang isteri saya ini bernikah dengan saya kerana Allah. Dia lebih risau saya terjerumus melakukan d0sa besar daripada kecewanya dia kerana saya ingin beristeri dua.

Dalam diam saya memerhatikan gerak gerinya (yang selama ini mungkin tak berapa nak pandang sangat), dan ketika itulah saya sedar yang isteri saya ini seorang wanita yang sangat – sangat baik. Asbab isteri ni kuat mengadu pada Tuhan, Allah bukakan hati saya untuk menilai dengan lebih w4ras.

Saya mula sedar yang wanita yang menjadi isteri saya ni mempunyai begitu banyak kelebihan yang Allah kurniakan berbanding bekas kekasih. Bermacam – macam gambaran kebaikannya muncul di fikiran. Dialah wanita yang sanggup mempert4ruhkan nyawanya ketika ingin melahirkan puteri hati saya.

Dialah wanita yang setiap hari menyediakan juadah untuk saya walaupun sibuk, mengajar anak saya membaca Al-Quran, berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya, dan saya masih lagi ingin mencari wanita lain? Dalam diam Allah membuka hijab dan lama kelamaan saya sem4kin sedar yang keputvsan saya berkahwin dengan isteri adalah pilihan yang sangat tepat.

Allah mula tunjukkan satu persatu yang bekas kekasih bukanlah orang yang layak untuk saya sunting sebagai isteri. Mungkin ada kalangan pembaca yang bertanya, kenapa Allah kurniakan saya wanita sebaik isteri sebagai teman hidup saya?

Saya juga terfikir hal yang sama, mengapa saya dapat isteri yang sebaik ini. Lama – kelamaan saya menyedari, mungkin ini ganjaran Allah terhadap sedikit amalan saya. Sekiranya ada kelapangan masa dan rezeki, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu orang – orang yang kurang berupaya dan tidak bernasib baik. Mungkin kerana itulah Allah anugerahkan pinjaman terindah buat saya di dunia ini.

Kini hampir dua tahun hal ini telah berlalu dan kasih sayang kepada isteri sem4kin hari sem4kin meningkat. Setiap pagi, saya akan memilih untuk menyarungkan kaca mata cinta tatkala memandang wajah isteri. Setelah melakukan bed4h siasat terperinci terhadap pengalaman hidup saya ini, saya menemui ada tiga perkara yang boleh dijadikan panduan untuk diri saya sendiri dan juga para pembaca

1) Sebagai orang Islam mengucap adalah perkara paling asas. Makna mengucap adalah “TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”. Maknanya Allah ini tuhan dan dia yang buat dan pegang segala sesuatu termasuk hati para suami dan isteri.

Jadi sekiranya ada masalah, perkara pertama kena buat adalah pergi kepada pencipta. Adu pada dia. Ini yang dibuat isteri saya, dia merintih kepada penciptaNya dan Allah yang pegang hati saya bukan ex-girlfriend saya. Saya tahu dia berdoa sampai menangis kepada Allah, dan Allah telah perkenankan doanya.

2) Kepada lelaki, kalau nak poIigami dan sampai terp4ksa burukkan isteri, itu maknanya kita yang ada something wrong bukan isteri. Sebab tugas utama suami adalah BIMBING isteri. Suami yang kena jadi coach kepada rumah tangga. ILMU rumah tangga sangat penting. Cari ILMU untuk jadi pengemudi yang baik. Kepada wanita, lelaki yang burukkan isteri bukanlah calon suami yang baik kepada anda.

3) Kepada isteri, kalau marah sebab suami nak kahwin lain tak perlu m4ki hamun suami. Kebanyakan lelaki sukakan cab4ran dan pant4ng dicab4r. Sebaliknya upgrade diri, ubah diri dan sayang diri. Dengan ubah diri kita, barulah boleh harap orang lain untuk berubah.

Isteri saya ubah diri dia dengan perbanyakkan amalan. Ketika konfIik dia banyak solat dan puasa sunat. Segala perbuatannya membuatkan saya bermuhasabah kembali. Orang lelaki ni boleh jadi risau juga bila tiba-tiba tengok isterinya selalu di atas tikar sembahyang. Fahamkan tiga perkara ni, insyaAllah bukan sahaja rumah tangga akan tenang malah kehidupan juga akan lebih bahagia. Sekian, wassalam. – Danial

Komen W4rganet :

Kurai Kumorizora : Tahniah, akhirnya awk melihat kebaikan isteri awk. Allah membuka pandangan mata awak untuk menilai isteri awak dengan lebih baik. Awak berjaya mengatasi ujian ini bersama isteri awak. Namun tak semua bernasib baik seperti kisah awak. Jagalah isteri awak baik – baik.

Anne Is : Ini lelaki yang educated menulis. yang punya ilmu dan amal. Yang banyak berantakan tu mostly tak berapa nak educated dan ilmu agama yang cetek. Saya selalu doa anak – anak ditemukan jod0h pasangan yang soleh dan solehah. bila soleh dan solehah insyaallah tindakannya juga lebih menjurus kepada kebaikan hidup di dunia dan akhir4t.

Lelaki ni bila dah kawin buat la cara dah kahwin, kenapa perlu nak ambil tahu hal bekas kekasih. Ia beri ruang pada set4n untuk cucvk jarum, isteri pun gitu juga. Dah kawin mula la chapter baru untuk pengakhiran menuju ke jannah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.