Suami sangat obses dengan tubuh saya sampai nak kongsi saya dengan orang lain. Pernah juga saya cek fon suami dan kantoi dia upload gambar saya yang tidak elok. Saya pecahkan barang macam orang giIa, suami ketakutan..
#Foto sekadar hiasan. Saya nak luah cerita saya yang seakan sama dengan artikel yang bertajuk Peny0ndol suami sengaja s4kitkan hati saya dekat Tikt0k. Sampaikan berz1na pada malamnya pun nak update.. Saya Yuyu, seorang ibu kepada 2 orang anak.
Kahwin dah dekat 9 tahun. Saya pernah alami macam puan. Cumanya suami saya tak mengunyit dan tak main perempuan. Tapi ambik sy4bu, tengok video tak senonoh, panas baran, malas kerja, dan ada keinginan pada swinger.
Saya nasihatkan puan cek suami ada ambil apa – apa barang terlarang atau tak. Kadang – kadang kesan dari barang terlarang yang buat dia berhalusinasi dan berkeinginan pada hal tak masuk akal. Suami saya ambik sy4bu masa tahun ke 3 kami kahwin.
2 tahun pertama kami sangat bahagia tanpa ada masalah apa – apa. Masalah muncul bila dia start ambik benda tu. Suami saya bila under sy4bu, dia sangat high, tak tidur malam sebab asyik menonton video tak senonoh. Saya tahu sebab banyak kali kantoi dan banyak kali juga kami berg4duh teruk.
Benda tu membuatkan dia bernafsu tak kira masa. Saya tengah tidur pun kalau dia nak, dia nak jugak. Tak fikir saya penat atau nak kerja esoknya. Disebabkan hubungan kelamin yang tak menentu ni, saya ambil perancang kehamilan.
Suami saya malas kerja. Dia kerja bila bersemangat je sebab benda tu buat dia cergas. Bila efek tu dah habis, dia jadi malas dan mampu tidur 24 jam. Bangun hanya untuk makan. Solat pun tak. Akhirnya, bos dia fedup dan suruh dia berhenti.
Makanya dia jadi biawak selama berbulan – bulan tanpa usaha cari kerja lain. Kami kerap g4duh bila saya suruh dia cari kerja. Dia juga join forum swinger malaysia. Banyak kali dia pujuk saya buat dengan lelaki lain, dia nak tengok.
Dia pernah pm laki lain and set masa dan tempat untuk saya. Tapi saya tolak dan marah. Sangat – sangat marah masa tu. Pernah juga saya cek fon suami dan kantoi dia upload gambar saya tengah berkemban pakai tuala di platform tu. Semua laki – laki h0rny komen dekat gambar saya.
Saya rasa sangat malu dan marah sangat. Saya suruh dia delete gambar dan delete akaun tu. Saya marah macam orang giIa dan pecahkan segala barang, sampai dia pula menikus. Kadang – kadang ketika kami berhubungan, dia akan cakap kuat – kuat seakan – akan sedang berhalusinasi saya dengan lelaki lain.
Saya turn off dan terus stop. Saya tak layan imaginasi dan keinginan dia. Suami sangat obses dengan bentuk tubuh saya sampai nak kongsi saya dengan orang lain. Nauzubillah. Mujur saya jenis tegas orangnya. Suami jugak panas baran.
Faktor ambil benda tu akan buat dia moody tiba – tiba. Takde angin takde ribut akan ada fasa dia akan cari g4duh dengan saya. Dia akan att4ck saya. Saya menjawab saya kena. Saya diam pun kena. Ya, kena m4ki, naik tangan.
Saya dan suami pernah ke pejabat agama untuk dapatkan sesi kaunseling. Saya yang ajak. Tapi bila dah dapat tarikh, suami tak nak pergi. Means, macam – macam cara juga saya usaha untuk bagi dia berubah dan pulihkan hubungan rumahtangga. Tapi tak menjadi.
Hal – hal yang berlaku semua buat saya sangat str3ss dan tak enjoy sebagai isteri. Jadi tak seronok nak jalankan tanggungjawab. Duit pun tak pernah cukup sebab saya satu – satunya provider, gaji pula tak setara mana. Hidup dalam ketakutan.
Saya jadi anxiety, dan risau dengan keselamatan saya dan anak – anak. Jadi, saya report pada AADK, buat surat untuk masukkan suami saya ke pusat pemulihan d4dah. Bila dia dah masuk sana, saya tetap pergi melawat dia bawa anak – anak, sepanjang dua tahun dia ditahan disana.
Cuma bila suami tiada di rumah, saya jadi lebih happy dan tenang, muka saya pun glow up dan jauh jadi lebih cantik. Anak – anak pun ceria, takde lagi resah gelisah. Semua tu cerita 3 tahun yang lalu. Lepas suami saya bebas, dia kembali jadi suami yang macam saya mula – mula kenal dulu. Jadi suami dan bapa yang bertanggungjawab, takde lagi marah – marah.
Dia bagi tahu, masa kat dalam pusat, dia selalu dih4ntui dengan salah dan d0sa – d0sa dia pada saya dan anak – anak. Tapi kaunselor dan ustaz – ustaz dalam tu banyak menyedarkan dia, membantu bagi tazkirah dan nasihat.
Kesimpulannya, saya pun isteri yang setia. Setia tak bertempat kan? Saya tahu orang geram sebab saya masih setia pada laki macam tu. Cumanya kes puan di artikel sebelum ni mungkin lagi teruk sebab dah melibatkan z1na dan s3ks songsang.
Saya nasihatkan puan keluarlah tinggalkan suami yang t0xic tu. Bahagiakan diri dan anak – anak. Anak – anak kita perIukan ibu yang sihat mental dan fizikal untuk meniti hari – hari mereka. Baru lah mereka dapat membesar dengan happy.
Andaik4ta ada di kalangan pembaca, yang ada masalah suami kaki d4dah, sila lah buat laporan pada AADK. AADK tak akan mendedahkan nama pelapor. Jadi, jangan risau ok. Dan please, ambillah perancang. Bukan hanya sebab masalah kewangan, tapi untuk mental health kita. Terus kuat ya wahai para isteri yang diani4ya dan dizaIimi. – Yuyu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sakinah Zulkefle : Kuatnya puan, kalau saya entahlah, memang surrender awal mungkin, wallahu’alam, tapi yalahkan, siapa tak sayang suami, tindakan melapor ke AADK tindakan yang bijak. Alhamdulillah sekarang semua dah sem4kin pulih. Semoga keluarga kita (yang membaca komen saya ni khasnya) dijauhkan daripada activiti – aktiviti tidak bermoral begitu. Sangat menakutkan isu swinger ni.
Wan Nur Ehsaniah Al-saufi : Alhamdulillah.. seronok saya baca.. kita sebagai isteri memang kena menjadi bijak. Sekarang semua info di hujung jari.. dapatkannya maklumat yang tepat dan bertindak dengan bijak. Semoga sis sekeluarga bahagia selamanya till jannah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.