Aku dari keluarga kaya, semua benda aku dapat tapi ayah dan ibu tak pernah ajar aku solat. Bila aku kahwin, dapat suami uztaz..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Masa tu ada bacaan yassin di rumah saud4ra, aku nampak bibir ayah bergerak sambil pegang buku yassin. Orang lain baca tapi ayah terkumat kamit yang bukan bacaan yassin. Lama aku perati ayah masa tu. Patutlah selama ni…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hai, maaf jika penceritaan aku tunggang langgang, aku cuma ingin bercerita. Aku M, datang dari keluarga T20. Family aku memang senang, ibu ayah kerja bagus. Hidup aku tak pernah tak cukup. Serba serbi lengkap. Nak apa, semua aku dapat. Hidup mewah. Aku tak pernah hidup susah dari aku kecil.

Lepas habis belajar, aku berkahwin dengan seorang ustaz yang aku kenal masa di universiti. Dah 5 tahun kami berkahwin, awal kahwin aku bekerja tapi kemudian ada masalah yang sangat tidak boleh dielakkan, aku tidak lagi bekerja.

Status aku yang datang dari keluarga T20, berubah ke status B40. Suami aku sendiri dari keluarga B40. Hidup aku berubah, tak semua yang aku nak aku boleh dapat. Barang mahal, makanan mewah, pakaian ratusan ringgit. Semua tak ada lagi.

Tapi percaya tak aku cakap aku sangat bahagia dengan keluarga kecil aku ni walaupun takda lagi material mahal? Sebab selepas kahwin, pertama kali seumur hidup aku sosok lelaki yang halal, imamkan solat aku. Aku tak pernah merasa semua tu dengan keluarga aku.

Ayah tak pernah imamkan solat. Tak pernah sekali pun kami sekeluarga berjemaah. Sepanjang tempoh aku membesar, sangat jarang dan boleh kira pakai jari ayah dan ibu solat berapa kali. Aku mengimpikan kami solat berjemaah bersama – sama, bersalaman selepas habis solat tapi aku tak pernah dapat.

Aku nak harta aku dapat, aku nak jam RM300 – 400 aku dapat, aku nak handbag berjenama aku dapat, tapi solat berjemaah tak pernah aku dapat. Ayah pula tak pandai mengaji. Pernah sekali semasa bacaan yassin di rumah saud4ra, aku nampak ayah cuma mumbling je sambil pegang buku yassin.

Orang lain baca tapi ayah terkumat kamit yang bukan bacaan yassin. Lama aku perati ayah masa tu. Tert4mpar rasanya rupanya ayah tak boleh mengaji. Sebab tu ayah tak pernah imamkan solat kami. Sebab tu ayah tak pernah mahu bila diajak pergi umrah.

Kami sekeluarga dah travel jauh, ke mana je kami tak pergi tapi setiap kali aku atau ibu ajak pergi umrah, ayah akan menolak. Ayah tak mahu. Dia akan cipta beribu alasan. Aku tak pernah faham sampai lah kejadiaan bacaan yassin tu.

Tapi selepas kahwin, pertama kali seumur hidup aku diajar mengaji oleh suami. Merangkak aku baca satu persatu dibetulkan suami. Pertama kali aku menangis depan suami, sebak tak tahu nak cakap. Aku dah lama teringin diajar mengaji oleh man figure dalam keluarga aku tapi akhirnya aku dapat merasa semua tu dengan suami aku.

Dulu aku tak pernah rasakan keluarga yang sakinah mawaddah dengan ibu ayah. Aku selalu rasa kosong dengan mereka, rasa tak cukup. Bahagia dengan harta benda tapi tetap kosong dan tak tenang. Tapi dengan suami aku, bahagia tu lain dan tak sama macam dengan ibu ayah, aku tak lagi rasa kosong rasa sunyi rasa tak cukup.

Suami aku betul – betul hidupkan keluarga kami dengan Al-Quran dan Sunnah. Aku tak pernah rindukan kekayaan keluarga aku dulu. Hanya ini keluarga yang aku dambakan selama aku membesar. Keluarga yang sakinah, keluarga yang Allah berkati dan dikurniakan pula pasangan yang buat aku m4kin cinta dengan agama, m4kin berlumba – lumba untuk beribadah.

Ayah sediakan harta dan kekayaan untuk aku tapi tak pernah sediakan agama di rumah. Aku sendiri perlu mencari. Kami semua perlu mencari agama itu. Adik beradik aku tak solat tak mengaji sampai sekarang. Aku pula pada asalnya juga begitu tapi akhirnya terima hidayah semasa di universiti.

Aku mula solat, mengaji walaupun merangkak dan rajin ke masjid universiti untuk solat berjemaah. Masa itu lah aku bertemu dengan suami aku. Sejak berkenalan dengan dia, aku mula kenal agama dengan lebih mendalam. Dan lepas aku habis belajar dia terus masuk meminang dan kami berkahwin.

Ibu ayah walaupun T20 tapi mereka jenis terbuka. Mereka sangat setuju aku berkahwin walaupun bukan sekufu. Tapi mereka terima suami aku, layan seperti anak sendiri. Selepas berkahwin, aku ingat ayah akan berubah sebab terima menantu seorang ustaz. Rupanya m4kin hanyut dan terbuai dengan dunia.

Ayah aku usia hampir 70 tahun tapi masih kuat dan gagah. Orang takkan sangka umurnya hampir 70 tahun. Hobi dia berbasikal tapi hardcore. Hardcore sampai tinggal isteri seorang diri di rumah, anak – anak sangat jarang jumpa sebab boleh dik4takan setiap hari akan pergi berbasikal dengan group dia.

Pergi bermacam negeri. Sebulan boleh jumpa dia mungkin 5 – 6 kali sahaja. Dia habis berpuluh ribu sebab beli basikal bermacam jenama. Hubungan dengan isteri dan anak pun m4kin renggang. Aku tak lagi rasa rindu ayah. Sebab sangat jarang jumpa dia seolah dia langsung tak ada.

Kalau aku balik kampung setiap minggu, aku cuma rindukan ibu. Ayah dengan dunia dia seolah umur m4kin muda, hidup seolah takkan pernah m4ti. Di usia dia sepatutnya sudah ke masjid, ke majlis ilmu. Macam ibu dan bapa mertua aku.

Mereka orang alim. Sentiasa berdua ke masjid, ke majlis ilmu, bermacam aktiviti di masjid, di rumah sering mengaji bersama. Tapi ibu ayah aku tak begitu. Aku sebagai anak mengimpikan ibu dan ayah aku sama macam ibu dan bapa mertua aku.

Habiskan sisa umur dengan mendalami agama, dengan bersama berdua ke masjid. Usia dah lanjut tapi masih tiada perubahan. Aku setiap hari tak pernah putus doa, aku rajin bangun solat tahajjud dan solat hajat mendoakan mereka dikurniakan hidayah sebab aku takut dan aku taknak mereka diazab, aku taknak api ner4ka menyentuh mereka.

Selalu aku menangis merintih mengadu pada Allah tentang ibu ayahku. Alhamdulillah berkat doa aku, aku tengok sejak akhir ni ibu aku sudah mula dirikan solat. Sudah mula buka Al-Quran. Walaupun ayah belum lagi ikut jejak langkah ibu, tapi aku akan tetap doakan ayah.

Ayah seorang bapa yang baik cuma hanyut dengan dunia. Doakan ayah terima hidayah sebelum dia dipanggil Allah. Aku ingin dia kembali kepada penciptanya dalam keadaan dia bersedia. Semoga pengakhiran ibu dan ayahku husnul khatimah. – M (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Kird Ree : Moga dipermudahkan urusan keluarga tu ye TT? Takut baca sebab dalam masyarakat pun ramai je macam tu. Usia dah senja, tapi solat memang tinggal. Usia dah hujung – hujung, nak qada nanti bukan sikit. Ingat ye solat tu first sekali akan dihisab. Kalau tu pun dah lompong, amalan lain tu minta maap jelah. Tak diterima sebab tiang dah rvntuh.

Tun Ramos : Jangan jadi h4mba amal. Boleh masuk syurga bukan sebab amal yang banyak. Jangan kecam ayah. Ayah sponsor anda masuk universiti. Ayah juga jadi wali. Ayah tak beramal banyak tak bermaksud anda lebih baik dari dia. Jangan kutuk ayah.

Anda rasa ayah tak bagus? Anda rasa suami anda lebih bagus? Berhenti membanding – bandingkan. Nampak sangat anda masih jadi h4mba amal. Jadi h4mba Allah tak boleh kira berapa banyak amal kita. Hati tak bagus, amal banyak jadi tak guna.

Jangan selalu rasa amalan orang lain tak cukup. Tak bagus ada rasa begitu. Sentiasa rasa bersyukur. Syukur ada ayah. Syukur ayah sihat. Syukur ayah kuat. Syukur ayah kaya. Syukur Allah bagi semua itu kepada ayah. Bersihkan hati.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.