Aku datang dari keluarga miskin, lepas kahwin aku terk3jut bila suami belikan aku vaccum. Tak sangka macam ni

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami aku siap sediakan penapis air yang brand C.  Senang buat susu anak. Cepat pantas rupanya. Nak masak pun senanglah. Aku seronok. Nak minum air sejuk, mudah. Dulu, aku ni berasap muka, tunggu jerang air dengan dapur kayu.

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Ini aku seorang isteri kepada dua orang anak hasil 5 tahun perkahwinan dan Alhamdulillah, isteri kepada suami yang baik di mata aku. Tujuan confession ni bukanlah untuk menunjuk tapi mungkin ada pengajaran di sebalik ni. Ini adalah tentang aku dan suami, kisah kami.

Kami berdua pernah lalui kesusahan semasa kecil. Jadi sekecil – kecil perkara buat aku bersyukur dan gembira. Selepas kahwin dan duduk rumah sendiri. Suami aku belikan keperluan rumah. Yang pertama, tv lengkap dengan dia pasang astro dan wifi. Saiz yang biasa tapi aku rasa berbeza.

Dulu aku punya tv tapi tv biasa tekan – tekan, di era orang sudah pakai tv remote. Kemudian, tv aku tu rosak berkali – kali, arw4h ayah hantar repair. Sehinggalah tv tu macam dah putvs harapan repair. Maka lama juga kami tonton tv dengan warna merah.

Tapi masa tu syukur kami tak merungut, sebab bagi aku, ada orang yang langsung takde tv. Kini tv aku dah ada netflix astro. Dan aku masih lagi ucap terima kasih kat suami bilamasa aku seronok tengok drama yang aku pilih. Yang terlepas tengok pun dapat ulang.

Kemudian, suami beri aku peluang untuk pilih jenama vakum sendiri. Aku tak sangka aku ada vakum. Mudah kerja rupanya. Teringat dulu alah baru back to 15 years ago rumah aku ada karpet legend. Korang mesti tahu kan. Ada juga beberapa karpet lain yang keluar waktu raya.

Cuma karpet legend tu memang letak kat luar. Sebab dah nak uzur. Sapu kena guna penyapu atau lidi. Tapi gigih tak gigih mak dan aku selalu basuh tangan. Gulung angkat letak kat laman luar berus. Tunggu air kering sikit angkat dengan buluh, kemudian sangkut jemur.

Bila kering sikit, balun dengan batang mop sebab nak bagi habuk – habuk tersisa jatuh. Penat. Tapi masa tu tak mengeluh sebab ada kawan aku rumah tikar je, itupun lantai rumah pun hampir reput. Syukur dah. Kali ini, bila ada vakum baru aku tahu, tak perlu selalu macam tu.

Vakum selalu jadi karpet tak berat dengan habuk. Tapi kalau kotor basuh jugak, yang ringan boleh letak mesin basuh jee. Cerita tentang mesin basuh. Lepas kahwin aku merasa guna mesin auto, syukur sebab basuh je kemudian ambik jemur je.

Haha itu pun dah seronok belum lagi dapat dryer insyaAllah soon kalau ada rezeki. Dulu, awalnya kami usung kain kat sungai, basuh atas para, berus sabun. Siap pakej aku sempat bawak anak itik aku mandi lagi. Haha.

Lepastu ada rezeki sikit ayah bagi mesin basuh manual. Cuma nak kena pasang paip, lepastu siap basuh bilas – bilas perah. Tapi masa tu okay je. Lepastu, suami aku sediakan penapis air yang brand C.  Senang buat susu anak. Cepat pantas rupanya. Nak masak pun senanglah. Haha.

Aku seronok. Nak minum air sejuk, mudah. Dulu, aku ni berasap muka, tunggu jerang air dengan dapur kayu. Haha. Pernah time paip tak naik air, kena ambik dekat telaga. Lepastu rebus dalam periuk besar, tunggu tak panas baru isi dalam bekas.

Okay, bila diingat balik, masa tu boleh kita lalui dengan baik, walhal banyak je lagi orang yang lebih susah dari kita. Kadang – kadang kita lupa untuk rasa syukur (pesanan untuk diri aku jugak). Ada banyak benda lagi, tapi kalau korang berminat nak baca dan tahu nanti aku sambung. Kalau tak, takpe hihi. Risau tulis panjang – panjang sekaligus ke laut dalam nanti. Adios. – Bunga Kantan (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Hai memang lama betul ambik masa untuk aku berkongsi coretan seterusnya selepas confession aku isteri itu. Terima kasih yang memberi komen – komen positif. Banyak benda yang aku syukuri, tapi bukan bermaksud hidup aku itu semua sempurna tapi kita yang menjadikannya sempurna.

Seterusnya, tentang kend3raan. Sebelum ni, kend3raan aku adalah kereta lama arw4h ayah dan kereta kancil third hand kesayangan hadiah terakhir arw4h ayah yang aku gelar minikup. Banyak jasa dari aku kecil.. Kereta tu tak pernah aku merasa aircond.

Aku memang duduk seat depan, tukang sapu wap bila ayah drive masa hujan. Tergopoh – gopoh aku lap dengan kain kadang – kadang pakai tangan je. Itu belum air hujan yang tempias masuk melalui tingkap yang kita kena bukak sedikit untuk pengud4raan bila hujan, lepastu air hujan bercucuran disebabkan getah kereta lama yang dah longgar.

Masa tu dah biasa sangat sampai lah ayah dah takde, aku masih lagi guna kereta tu bawak mak jalan – jalan bila aku dah ada lesen memandu. Mak memang seronok pergi pasaraya yang jauh sikit. Cuci mata. Bawa mak bersilaturahim nak pergi rumah saud4ra mara. Memang aku turutkan jee jadi driver dia.

Kereta ayah lah menjadi peneman, terkadang aku nampak mak pegang dan gosok pipi. Katanya kenapa, mak jawab panas pedih sambil senyum. Kemudian kami ketawa. Ada satu saat masa kami berpeluh panas dalam kereta, kami nampak sekeluarga dengan anak kecil menaiki motor roda tiga dengan bag pakaian.

Aku dan mak berpaling dan senyum hiba. Aku cakap kat mak, syukur dah kita, diorang lagi panas kan mak. Mana taknya, kereta Ayah kan takde aircond, tinted jauh sekali. Itu kisah berpanas. Bila berhujan, kami ni kuyup dalam kereta, awning tudung tu sampai kelepet dek tirisan air dari getah yang longgar tu. Tapi kami ketawa.

Manis sungguh saat tu. Kemudian, ayah sempat hadiahkan si minikup tu sejak aku start praktikal luar negeri, Alhamdulillah. Besar nikmat waktu tu. Walau masa tu minikup aku takde aircond dan radio. Rosak tu dah macam komitmen tiap – tiap bulan. Tinggal di perantauan sendiri.

Tapi ayah tahu, aku mampu lalui waktu tu. Aku buat transporter tolong hantar student – student ke sana sini. Duit tu aku simpan untuk maintenance kereta dan untuk cover duit minyak. Jadiklah, student perempuan lagi percaya nak guna khidmat aku dari teksi masa tu. Haha.

Malam pun aku drive sebab ada student mintak tolong hantar ke stesen bas. Masa praktikal aku kena ulang alik dekat sejam lebih, minikup yang takde radio tu jugaklaa didik aku berzikir kalau mengantuk. Alhamdulillah untuk semua kenangan tu.

Selepas kahwin, suami ada belikan kami kereta baru, hadiah untuk aku selepas melahirkan anak pertama. Sempatlah aku merasa macam mana naik kereta baru di awal perkahwinan semasa aku masih bekerjaya. Kadang – kadang sampai aku terbiasa tak on radio, bila ada radio, rasa kurang pulak ingat nak berzikir.

Kemudian, suami ada buat pemasangan penghawa dingin dalam bilik utama. Suami aku ada tanya nak jugak ke untuk ruang tamu tapi aku takut membazir pulak, dalam bilik utama itupun sebab fikirkan anak – anak aku yang kulit sensitif bila panas.

Walaupun yang second hand, dah dua kali repair setakat ni, tapi aku suka sangat, ada kipas pun aku suka sangat musim panas ni. Lepastu terfikir balik, dulu aku nak dekat umur 20 tahun rumah takde kipas. Malam – malam masa kecil kalau panas, mak kipaskan dengan kulit buku sampai tertidur alih alih kulit buku terlangkup atas aku. Haha.

Alhamdulillah saat tu takdelah stre3ss. Rasa boleh je hidup. Mungkin saat tu kita takde media sosiaI yang kita boleh tengok kehidupan orang lain yang kita rasa selalu nak dibandingkan. Kita lebih kepada ‘enjoy the moment’.

Sekarang ni, kita dah macam ikut trend berlumba – lumba post sisi terbaik kita dekat sosiaI media kan. Lepastu, bila tengok kehidupan orang lain “untunglah itu dan ini.. bestnya kalau ada itu dan ini”. Sampai lupa nak bersyukur dengan nikmat yang Allah dah cukupikan sekarang kan (muhasabah diri sendiri jugak).

Moga bermanfaat dan menjadi asbab yang baik untuk kita. Terima kasih kalau ada yang senang dengan perkongsian dan penulisan aku. – Bunga Kantan (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Norizan Mamat : Salam, syukur kan ? Hehehehe.. Makcik juga susah dulu. Makcik berubah dengan ilmu dan pelajaran yang mak ayah bekalkan. Bila kami berkumpul ramai – ramai adik beradik, teringat cerita kecik kecik dulu dan beza sekarang, kami masing – masing dengan keluarga dan kehidupan yang selesa, buatkan kami rasa..

Ya Allah… nikmat mana yang kita nak dusta lagi? Kami sempat la berbakti pada mak ayah dan bagi mereka ikut rasa kesenangan waktu tu. Sekarang ni, dah tua – tua gini, melihat kehijauan pemandangan masa nak pi kerja pun rasa satu nikmat.

Macam – macam la nikmat. Lihat anak – anak membesar dan sebagainya. Nak kira pun banyak sangat… hehehe… Semoga kita terus sihat. Sebab itu nikmat yang paling besar yang kekadang kita lupa.

Nazira Mylisa : Betul. Media sosiaI ni pun buat manusia tu suka membanding hidup dengan manusia lain, jadi dengki dengan rezeki orang lain, padahal rezeki kita ni jauh hebat Allah beri. Syukur tak de perasaan iri macam tu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5155 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.