Dengan gaji aku sebagai jurutera, aku rasa aku layak pakai baju mewah, berkereta mahal, minum air kopi mahal. Aku mewah berbelanja, buat pinjaman untuk kepuasan diri. Sehinggalah PKP, aku diberhentikan kerja. Aku masih tak sedar, aku buat lagi pinjaman dan bercuti di pulau. Pada May 2021 aku buat keputvsan balik kampung..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku di sini nak bercerita satu pengalaman yang membawa perubahan dalam hidup aku 360 darjah sepanjang MCO di Malaysia. Diharap apa yang aku ceritakan ini menjadi tauladan pada kita semua supaya tidak menghukum kehidupan orang lain yang kita rasa tak setaraf dengan gaya hidup kita.
Sebelum wabak C0vid-19 melanda negara kita, aku menikm4ti kehidupan bujang yang selesa, mewah dan boleh dik4takan setiap weekend atau cuti umum ada sahaja plan lepak dengan kawan – kawan aku di Universiti dulu.
Paling selalu kitorang naik Genting sebab jarak dari KL tak sampai 1 jam. GPO akan menjadi hentian pertama kami untuk berbelanja sakan. Kalau tak cukup cash, aku akan swipe credit card, berbelanja tanpa had. Gaji aku sebagai seorang jurutera di sebuah syarik4t tidaklah sebegitu besar kalau difikirkan semula, hanya RM2900 sebulan secara bersih.
Oleh kerana pendapatan aku yang atas 2500 aku merasa diri wajib memakai pakaian mahal, aksesori mahal, berkereta mewah. Makan makanan yang sedap, minum air kopi mahal – mahal hampir setiap hari menjadi rutin.
Tanpa memikirkan masa akan datang, aku mula membuat pinjaman peribadi untuk kepuasan sendiri dengan menggunakan wang tersebut membeli set komputer gaming kerana selain h4ngout dengan kawa – kawan, gaming juga merupakan hobi yang aku melabur begitu banyak duit tanpa aku sedar.
Kehidupan aku terasa begitu indah ketika itu, kerana setiap yang aku impikan aku berjaya mendapatkannya dengan mudah kerana aku mempunyai pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan. Satu hari, kawan baik aku dari kampung menelefon mengatakan dia akan berada di Kuala Lumpur untuk urusan kerja.
Aku mengajak Ami tidur di rumah sewa aku sahaja kerana selepas SPM kami tidak berkesempatan untuk berjumpa, hanya berhubung melalui whatsapp dan facebook sahaja itupun kadang – kadang. Petang selesai sahaja Ami menghabiskan tugasan kerja kami bertemu di sebuah restoran di KLCC.
Aku menyangka dia datang dengan keretanya sendiri tapi dia menaiki teksi dan aku rasa bersalah kerana tidak mempelawa untuk menjemput Ami di stesen kereta api. Aku melihat dia tidak seperti yang aku biasa lihat pada kawan – kawan Universiti aku.
Pakaiannya biasa dan begitu jauh dari trend sekarang. Aku ketika itu merasa sedikit malu jika aku terserempak dengan kawan – kawan lain dan tanpa aku sedar aku mengajak Ami menaiki kereta aku dan hanya melepak di sebuah warung Tomyam berdekatan dengan rumah aku.
Kami makan dan aku mula berbicara menanyakan perkembangan Ami selama kami tidak bertemu. Ami mengatakan dia hanya dapat menamatkan pengajian diperingkat Diploma dan terp4ksa mem4tikan hasrat untuk menyambung pengajian kerana ketika itu ayahnya s4kit tenat dan meninggaI dunia tidak lama lepas Ami tamat pengajian.
Dari ceritanya, dia mula bekerja di sebuah syarik4t di kawasan pekan kami sebagai kerani di syarik4t menjual motorsikal. Gajinya jauh lebih kecil berbanding dengan gaji aku. Tidak cukup kerja sebagai kerani, Ami juga bekerja sebagai part time sales assisstant pada hujung minggu di sebuah kedai pakaian bundle tidak jauh dari syarik4t motor.
Aku ketika itu merasa megah dengan apa yang aku kecapi dan aku bercerita tentang kehidupan yang aku jalani dengan bergaji RM2900. Ami mengangguk dan senyum melihat aku membuatkan aku begitu yakin untuk memberi nasihat padanya supaya mencari pekerjaan lain yang lebih menjaminkan pendapatan yang lumayan.
Tidak habis di situ, apabila sampai di rumah, aku menunjuk set gaming yang aku beli kepada Ami dan dia berasa terk3jut melihat harga yang aku bayar hanya untuk memenuhi kepuasan hobi aku. Malam itu aku memberi Ami bermacam kata yang aku rasa ketika ini hanyalah sebuah ejekan padanya dengan cara halus.
Aku begitu bangga dengan apa yang aku ada dan merasa kehidupan itu tidak akan berakhir. Sehinggalah satu hari, selepas tamat PKP 1 syarik4t kami mula mengalami sedikit kesukaran mendapatkan projek dan projek yang sedia ada telah dihentikan sementara.
Bermakna pekerja yang tidak diperIukan khidmat ketika itu akan dibuang atau diberhentikan dengan cara sukarela. Untuk fasa 1 aku terselamat dari senarai tersebut. Selama 3 bulan gaji dan pekerjaan aku masih macam biasa.
Hingga satu hari, wasap dari akak HR sampai pada aku mengatakan aku diberhentikan kerana syarik4t tidak mampu untuk menanggung kos pekerja yang tidak diperIukan ketika itu. Dunia aku belum lagi berputar kerana aku masih mempunyai jalan lain walaupun tidak bergaji lagi selepas dihentikan.
Aku mengambil langkah mengeluarkan duit di KWSP selepas 4 bulan aku tidak bekerja dan duit simpanan aku sem4kin susut. Hutang credit card, rumah sewa, kereta dan bil telefon dan langganan internet sem4kin membebankan aku.
Selepas berjaya mengeluarkan wang dari KWSP aku masih belum tersedar dari kesilapan. Perberlanjaan aku masih seperti sebelum ini, hari – hari aku menghabiskan masa dengan bermain game dari pagi hinggalah ke pagi seterusnya.
Takdir menimpa aku bila duit di dalam akaun sem4kin susut dan tidak terurus. Pernah baki akaun aku mencecah rm23.00 sahaja. Aku buntu kerana banyak bebanan kewangan yang perlu aku bayar. Sehinggalah MCO terbaru ini, pada MAY 2021 aku mengambil keputvsan untuk menelefon Ami memberitahunya tentang keadaan aku ketika itu.
Aku tidak mahu pulang ke rumah orang tua aku kerana aku tahu mereka pasti akan memarahi dan membebel jika mereka tahu aku boros berbelanja. Ami tanpa berlengah, terus mempelawa aku untuk menumpang di rumahnya sehingga aku berjaya mendapatkan pekerjaan baru.
Sebelum pulang ke kampung, aku menjual set komputer dan menggunakan wang tersebut membayar tunggakan card credit dan pinjaman bank. Oh aku lupa, sebelum aku mengetahui aku diberhentikan aku telah membuat satu lagi pinjaman personal untuk tujuan berjimba dengan kawan – kawan aku di sebuah pulau.
Kepulangan aku ketika itu masih belum menyedarkan aku. Eg0 aku masih meninggi. Kereta aku pandu laju memasuki kawasan kampung dan menuju ke rumah Ami. Aku disambut mak Ami dan adik – adiknya. Aku meminta mak Ami tidak memberitahu dahulu kepulangan aku kepada orang tua aku.
Selama seminggu aku menumpang di rumah Ami, aku masih bersikap eg0. Bermacam kerja kosong Ami tawarkan pada aku yang ada di pekan tapi aku menolak kerana tidak setaraf dengan kelayakkan aku. Dijadikan cerita, satu hari aku terserempak dengan adik aku di pekan.
Aku pulang ke rumah setelah adik aku mengetahui keberadaan aku di kampung. Aku tidak menceritakan pada emak tentang keadaan aku ketika itu. D0sa yang aku lakukan pada emak tidak mungkin dapat aku lupakan.
Aku gadai gelang pusaka emak untuk melunaskan hutang – hutang. Lebihan duit aku berjoIi lagi. Bila ayah aku mendapat tahu, aku dimarah dengan teruk dan emak hanya diam. Aku beng4ng dan tanpa segan aku ke rumah Ami lagi.
Di sini aku mula melihat dan tertanya – tanya kenapa Ami tidak terkesan sedikit pun dengan keadaan terkini sedangkan gajinya jauh lebih kecil dari aku sebelum ini. Hati aku menjadi marah, mem4ki hamun tanpa sebab. Ami seperti perasan akan sesuatu mengganggu fikiran aku.
Semua yang aku rasa ketika itu aku luahkan. Sikap Ami yang suka menyimpan dan berjimat dalam berbelanja menjadikan dia tidak terkesan dengan masalah kewangan. Syarik4t tempatnya bekerja juga merupakan kepunyaan seorang orang kaya dari Bandar.
Majikannya menjaga kebajikan pekerja dan Ami menjaga hubungan dengan keluarganya terutama emak Ami. Paling aku terkesan dia tidak pernah lupa menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Aku bertanya pada Ami bagaimana dengan jumlah gaji yang kecil masih mampu menyara kehidupan emak dan adik – adiknya.
Prinsip utama Ami ‘kalau rasa tak mampu membeli, tidak sesekali dia akan berhutang’. Kehidupan yang Ami jalani jauh berbeza dengan aku. Aku merasakan kehidupannya lebih selesa dan gembira tanpa masalah – masalah hutang credit card, pinjaman peribadi dan belanja yang bukan – bukan seperti aku.
Kejujuran dan ketekunan dalam menjalankan tanggungjawab dalam pekerjaan yang ada pada dirinya juga membuatkan dia dinobatkan sebagai pekerja cemerlang dan dihadiahkan majikannya sebuah kereta Axia. Duit – duit hasil kerja hanya berbelanja barangan dapur dan membayar bil – bil rumah.
Yang paling meng3jutkan aku, Ami mempunyai sebuah lot tanah yang siap dibina rumah untuk disewakan. Rupanya selama dia belajar, duit pinjaman pelajaran tidak dihabiskan dengan benda tidak berfaedah dan juga dia rajin bekerja semenjak dari di bangku sekolah.
Aku akui sejak dulu lagi Ami memang seorang yang rajin, ketika kami bermain game di siber kafe, dia bekerja di kedai runcit kampung kami. Baru aku sedar bahawa diri aku begitu banyak berbelanja dan pengurusan kewangan aku tidak begitu baik.
Kesed4ran yang aku ada begitu lambat, hanya kini aku bekerja cuma untuk membayar hutang – hutang aku. Kawan – kawan yang bersama ketika aku di KL dulu semuanya tidak mengambil tahu tentang aku. Malu aku rasa pada Ami bila aku ingatkan semula kata – kata aku padanya tentang pekerjaan yang dia ada.
Tentang pikiran aku pada pakaian yang dipakainya hanya dari Bundle sedangkan aku memakai pakaian mahal tapi poket kosong. Sekarang kereta aku dah aku jual dan hanya memiliki sebuah motor untuk aku gunakan pergi balik kerja.
Dari seorang jurutera aku menjadi seorang abang Panda. Pengajaran ini mengubah hidup aku disebabkan MCO, bayangkan jika wabak ini tidak wujud entah berapa banyak lagi timbunan hutang aku. Benar, setiap ujian ada hikmahNYA.
Pesanan aku, apapun pekerjaan kawan kita jangan pernah malu untuk bersamanya. Mungkin hari ini kita merasa megah esok lusa tidak kita ketahui. Wallahualam. – Zul Runsing (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Madamme Que ” Allah.. Bah4ya ni. Mujurla tak kawen lagi.. Takut baca cara dia berbelanja. Tergamak ko gadai gelang mak. Mencuri tu weh even harta mak sendiri. Dik, akak mohon ko jangan sesekali kahwin selagi ko takde simpanan tetap dan ubah tabiat boros ko yang meIampau ni.
Bimbang ko banyak duit pastu ko ulang lagi per4ngai gini. Naya anak bini pesen gini kan. Kalau tak diubah, rela berbelanja besar untuk diri sendiri asal bergaya tapi anak bini berdikit – dikit nak teruskan kehidupan dalam kepapaan. Kalau ko tak puas enjoy hidup single pleaseee jangan kahwin lagi.
Aisyah Nur : Alhamdulillah.. Ada sebab Allah bagi ujian. Kalau tak diuji berterusanlah tak beringat jadinya. Takpalah food panda pun ok. Rezeki halal. Kadang – kadang dapat customer yang tak ambik baki, bagi lebih sebagai sedekah pun rezeki jugak tu.
Ada kesempatan jangan berat hati nak bersedekah. Sehari seringgit pun Allah pandang asalkan ikhlas. Sebab dari situ datang keberkatan. Keberkatan ni tak bermakna kita akan kaya tapi kita akan rasa serba cukup selagi mana kita bersyukur.
Arman Shah : Terima kasih. Banyak pengajaran cerita tentang pengalaman Bro. Jangan kita berIagak bagus, jangan suka mengh1na dan merendahkan orang padahal kita tak tau masa ke depannya macam mana. Tentang erti sahabat yang sebenar sahabat.
Alhamdulillah bro dah sedar. Bro dah insaf. Bro nasihat. Sayangnya masih ada yang tak ambik ikhtibar cerita ni. Masih ada yang meriak – riak macam per4ngai bro yang dulu. Cerita ni sampai kat aku Bro. Sampai ke lubuk hati. Terima kasih Bro.. Aku doakan Allah mudahkan rezeki dan perjalanan hidup m4ti bro.. Amin.
Fara Lisya : Gaji 3k duduk KL selangor ni tahap miskin bandar. Ramai yang ala – ala ikut trend sekarang. Lagi – lagi anak muda. Even saye owner bisnes. Pakai hand bag rm 50 je. Lagi – lagi era c0vid sekarang semua tak menentu. Masak hari – hari . Beringat untuk hari akan datang nanti. Hidup bukan untuk impress orang lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.