Masa mengandung mertua tatang mcm puteri tapi bila bersalin tak sangka aku dih1na dan dibenci

Dulu aka rasa, aku lah menantu paling bertuah di dunia dapat mertua yang baik. Dari mula kahwin sampai mengandung aku ditatang. Lepas aku bersalin, aku kena kursus di Indonesia dan dalam masa yang sama aku cari pembantu rumah orang sana. Tiba – tiba suami call cakap, kalau nak anak hidup, jangan cari pembantu rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Aku harap sangat admin siarkan masalah aku ni sebab dah buntu sangat. Selama ni aku rase akulah menantu yang paling bertuah punya mak mertua yang terbaik di dunia.

Dari mula aku kahwin sampai aku mengandung hanya layanan terbaik dorang bagi pada aku. Boleh katakan akulah segala – galanya. Sepanjang aku mengandung, aku ditatang bagai minyak yang penuh. Setiap kali aku balik kampung, segala – galanya disediakan, aku dilayan macam raja.

Walaupun aku sendiri rasa tak berapa selesa dengan keadaan tu tapi aku bersyukur sebab punya mertua yang tersangatlah baiknya. Tapi aku sangkakan panas sampai ke petang rupa – rupanya hujan di tengahari. Semuanya berubah lepas anak aku lahir.

Cerita dia begini, aku berpantang rumah mertua sebab mak mertua aku yang nak sangat jaga. Biasalah, anak aku cucu sulung dan menjadi cucu kesayangan dorang dan dalam masa yang sama mak aku mend3rita s4kit strok.

Bila dah habis pantang aku nak balik KL tapi dia tak bagi aku bawa anak aku sama. Macam – macam alasan dia bagi, katanya nursery jaga tak bagus nanti anak aku m4ti tercekik, kene d3ra dan macam – macam lagi yang buat aku takut tapi aku pekakkan telinga dan berkeras nak bawak anak aku jugak.

Lepas beberapa bulan aku naik kerja kemudian aku diarah pergi kursus di Indonesia 2 bulan setengah. Bermulalah episod aku terp4ksa hantar anak aku pada mak mertua jugak. Dekat sana aku gunakan kesempatan yang ade cari orang tempatan sana yang boleh jaga anak aku.

Aku dengan bantuan staf carik sorang wanita indonesia ni, kami dah sediakan segala documentation tinggal nak m4tikan setem dan submit ke imigresen je. Tup tup hal ni akhirnya sampai ke pengetahuan mak mertua. Dia terus pukuI canang pada semua sed4ra di kampung yang aku nak ambil pembantu rumah dan tak bagi dia bela anak aku lagi.

Aku dapat call dari hubby yang makcik dia call bagitau jangan sesekali ambil pembantu rumah kalau nak anak bernyawa lagi dekat rumah. Aku tersentap dengan tindakan dorang dan aku batalkan hasrat ambil pembantu rumah.

Bila aku balik dari kursus, aku nak ambik anak aku dan nak hantar ke nursery tapi mak mertua tak izinkan aku ambil anak aku. Dia bagi macam – macam alasan dan berdolak dalik. Dia janjikan macam – macam dekat aku, aku plak percaya dengan janji – janji dia.

Aku turutkan kehendak dia, aku bersabar kerana aku kesiankan hubby dan aku hormat dia sebagai mak mertua. Aku pujuk hati, hari – hari aku nangis rindukan anak aku. Tapi setiap kali aku nak ambil anak aku, mak mertua tetap berdolak dalik tak nak bagi.

Sampai anak aku umur 2 tahun setengah, aku rasa aku betul – betul dah ditipu oleh diorang. Segala janji – janji diorang palsu. Diorang memang tak nak lepaskan anak aku. Aku nekad ambil anak aku sebab aku dah tak sanggup hidup berjauhan dengan dia.

Bayangkan dah 2 tahun aku bersabar, kesabaran aku dah di luar batasan. Aku diherdik, dimarah, dih1na. Aku dik4takan tak kenang budi, lupa d4ratan dan macam – macam lagi. Aku dibuang oleh semua sed4ra mara di kampung semata – mata kerana aku ambil anak aku.

Aku hampir bercerai kerana pert4hankan hak penjagaan anak tapi syukur hubby aku masih sayangkan aku dan katanya dia tak sanggup hidup tanpa aku dan anak. Aku berjaya bawak anak aku balik ke KL. Sepanjang perjalanan aku menangis kenangkan kata – kata kesat dorang pada aku.

Sekarang anak aku dah duduk dengan aku tapi yang menjadi dilema aku sekarang mak ayah mertua aku kerap datang dan bawak anak aku balik kampung. Kadang – kadang sampai 3 minggu lamanya. Nursery pun bising, kejap hantar, kejap tak hantar.

Walaupun tanpa kerelaan aku tapi aku terp4ksa izinkan sebab hubby aku suruh bagi jugak. Walaupun zahirnya aku dah amik anak aku tapi hakik4tnya dorang tetap bolot anak aku. Tak ade bezanya aku dah ambil atau belum.

Aku tetap tak dapat hidup bersama anak aku. Dah la diorang dok jauh kat segamat sane. Kalau rumah dekat – dekat aku tak kisah lagi. Mak kandung aku tinggal di puchong pon aku tak sanggup tinggalkan anak aku bermalam kat sane.

Mak mertua aku buat anak aku macam hak mutlak dia. Dia control segala – galanya berkaitan dengan anak aku. Apa yang aku buat semua tak kena pada dia. Cara bagi susu aku salah, cara tidurkan anak pun salah, ape yang aku masak semua tak berkhasiat untuk anak aku.

Bagi mak mertua, anak aku tu hak dia sebab dia yang jaga dari kecik. Bila dah besar, dah pandai aku sibuk nak ambil. Sedangkan dari dulu dia yang tak bagi dengan macam – macam alasan dia bagi. Ada juga ipar yang suruh aku buat laporan polis tapi aku tak tahulah. Entah sampai bile aku nak berterusan hidup begini. Tolonglah nasihatkan ape yang perlu aku buat sekarang.

Komen Warganet :

Najihah : Cakap kat hubby awak, “kalu saya yang m4ti dulu, puas hati awak? ” :@ tapi jihah heran la, hubby tak rindu kat anak ke? dia as a daddy kan. Try sembang – sembang dengan hubby, citer pasal budak – budak, anak – anak jiran ke, etc..

Citer pasal budak – budak m4ti Iemas ke, anak yatim yang kena tanah runtvh tapi mak ayah tak jaga ke? Apa – apa yang leh menyentuh hati hubby tu. Jangan direct citer pasal anak tapi hubung kaitkan. Kalau apa – apa jadi kat kita as parent, jadi apa – apa kat anak ke? Menyesal sebab tak jaga, tengok dia membesar etc..

Kalau payah jugak, try la berlakon. Awat tetiba nangis, letak gambar anak bawah bantal ke, selalu dengar suara anak yang direcord. Biar hubby nampak jiwa u tertekan, rindukan anak. Harap usaha u berjaya. Apa pun u kena amik anak tu jugak – jugak.

Mazni Ahmad : Aku rasa TT sila ambil balik anak. Sila fight untuk anak awak dan hak awak. Sorry cakap ye.. Geram plak aku baca masalah awak ni. MIL tu dah dapat peluang besarkan anak – anak dia kan. Kalau awak tak bertegas dengan dia.

Awak akan hilang peluang membesarkan anak dan mendidik anak dengan cara awak sendiri. Yela, maybe cara kita mendidik anak dah tak sama dengan cara orang dulu – dulu. Then, MIL and cucu lak. Mestila berbeza ngan cara mak anak.

MIL aku ada gak cakap – cakap lepas pencen nak jaga anak aku. Siap dah surveykan Smart Reader nak suruh anak aku sekolah kat umah dia (ye la aku dok ceruk kampung mana ada Smart Reader). Padahal anak aku baru umur 2 1/2 tahun.

Mula – mula hubby aku tak terkata apa – apa. Tapi aku sound hubby “Papa, biarla susah mana pon, anak – anak biar kita jaga. Penat – penat mama mengandung 9 bulan, tapi takleh jaga anak sendiri”. So sekarang hubby bila MIL aku ckp je pasal ni, hubby aku akan cakap “Mana leh baby papa jauh – jauh ngan papa kan. Nanti papa dengan mama takleh wat keje tingat anak”.

Masa hubby aku cakap, dia tak cakap depan mak dia but dia cakap kat anak aku. Tapi suara dia kuat sebab nak bagi mak dia dengar.

Ayu jelita : Alhamdulillah, dapat mak mertua yang sayangkan anak kita. Sama macam kita sayang anak dia (get what I mean…rite?). Cakap je dengan mak tu slow – slow, tak apa lah mak, saya tak nak susah – susahkan mak, umur – umur macam mak ni patutnya dah boleh hidup tenang, sebab anak – anak dah besar dan dah berdikari.

Boleh jalan – jalan pegi mana – mana suka tengok dunia. Sekali sekala boleh datang melawat cucu. Sekarang ni, masa untuk anak – anak mak pulak yang perlu bersusah payah menjaga anak – anak masing – masing. Mak cuma perlu jadi penasihat je dan pakar rujuk untuk apa – apa masalah.

Anak – anak mak dulu pun mak yang bela sendiri kan. So biar anak – anak mak tu jaga dan asuh anak – anak dia orang sendiri pulak. Kalau tidak nanti, kami ni tak ingat pulak dah ada tanggungjawab yang berat. Asyik nak enjoy – enjoy macam zaman single dulu. This is our time, but we appreciate sangat – sangat apa yang mak dah buat selama ni. Harap mak tak salah faham.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.