Jarak umur anak saud4ra suami dan aku pon jauh. Aku pada ketika ini sudah 40 tahun dan dia 29 tahun. Mula – mula aku hanya mesej biasa je sebab aku jaga ikhtilat. Tapi anak saud4ra suami selalu mesej aku dengan kata – kata..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku menulis untuk mengurangkan beban di hati kerana tiada siapa yang layak untuk aku bercerita. Aku surirumah tangga berusia 40 tahun. Anak yatim piatu sejak kecil dan di bela keluarga angkat a.k.a ibubapa saud4ra.
Berkahwin dengan suami atas pilihan keluarga tanpa kerelaan hati aku kerana di waktu itu aku sudah punya pilihan hati sendiri namun terp4ksa berkahwin dengan pilihan keluarga kerana budi dan takut dibuang keluarga.
Kalau nak diceritakan memang airmata jer jalan hidup aku terutama bila mengenang kembali saat aku terp4ksa putus dengan pilihan hati demi menerima keputusan keluarga. Malah aku pernah melarikan diri jauh dari kampung sehelai sepinggang kerana tak mahu terima bakal suami.. sangat panjang kisah d3rita jiwa aku sehingga akhirnya aku mengalah dan terp4ksa redha berkahwin dengan pilihan keluarga.
Oh ya suami aku kini berusia 51 tahun. Agak jauh juga perbezaan umur. Pada awal perkahwinan semua berjalan seperti biasa dan agak baik walaupun aku sedikit pon tiada perasaan pada suami. Tapi mengenangkan dia melayan aku dengan baik, aku m4kin terima takdir ini.
Beberapa bulan perkahwinan baru aku nampak per4ngai baran tidak bertempat suami. Pantang silap sikit pada mata dia akan terjadi m4ki hamun dan percubaan untuk naik tangan dekat aku. Permulaan dia cuma mengangkat tangan dan mengugvt akan memukuI aku namun selepas lahirnya anak kami yang pertama sikap dia sem4kin panas baran.
Pernah dia pukuI aku sampai aku merangkak lari ke dalam bilik bersama anak. Habis Iebam – Iebam kebiruan badan aku. Esoknya dia akan kunci pintu rumah supaya aku tak dapat keluar rumah lari atau di lihat jiran tetangga.
Ye aku sangat b0doh.. Kenapa aku tak lari. Aku takut dengan pelbagai ugvtan dia malah aku juga takut untuk bercerai kerana setelah berkahwin dia mem4ksa aku berhenti kerja. Katanya dia lebih suka isteri yang sentiasa di rumah.
Bila dia penat pulang dari kerja ada aku yang menunggu dan melayan dia seperti kehendak dia. Malah aku juga tiada tempat berg4ntung lagi selain suami kerana tiada ibubapa dan adik beradik pon punya kehidupan masing – masing. Aku tidak mahu menjadi masalah buat mereka.
Sejujurnya dia suami yang sangat baik dan bertanggungjawab jika tidak datang panas baran dia. Dia memberi nafkah zahir yang lebih dari cukup untuk aku. Bawa aku dan anak berjalan dan bercuti selalu kalau ada masa. Rajin juga kadangkala menolong kerja rumah walau bukan selalu.
Mungkin kerana itu aku masih bertahan, lagi pula aku tidak punya duit dan pekerjaan untuk pergi dengan anak – anak dari hidup dia. Anak pon sem4kin bertambah menginjak ke usia perkahwinan ke 17 tahun pada 2023. Anak – anak 3 orang kesemuanya sudah besar dari 16 – 10 tahun.
Hidup aku kadangkala bahagia dan kadangkala dalam sekelip mata akan berubah d3rita dipukuI dan dicaci m4ki. Tapi kejadian tu bukanlah setiap hari berlaku. Dalam setahun mungkin 2 atau 3 kali. Tapi semua tu cukup meremukkan hati aku selama 17 tahun ini.
Takut untuk bersuara apa – apa kerana dia tak suka dan mahu aku jadi isteri yang redha dan patuh. Setiap hari kalau dia pulang dari kerja aku akan menjaga tingkah laku dan tutur kata sebaik mungkin kerana takut dengan dia.
Ye, sed3rita itu hati aku. Sunyi kosong dan dalam ketakutan setiap hari. Tapi perg4duhan jarang berlaku kerana aku sentiasa menjaga sikap. Mungkin Allah nak menguji aku dengan lebih dasyat lagi sehingga aku betul – betul down kini.
Suatu hari seorang dari anak saud4ra lelaki suami yang baru habis belajar datang ke negeri tempat tinggal kami untuk mencari kerja. Suami lah orang penting yang bersusah payah setiap hari menolong anak buahnya dalam hal tersebut.
Aku macam biasa jadi isteri solehah yang tidak mesra alam dengan sesiapa walau anak buah suami kerana menjaga ikhtilat dan adat wanita muslimah. Aku juga takut dengan sikap suami yang kuat cemburu. Bercakap dengan anak saud4ranya pon sekadar perlu dan tidak bergurau berlebihan.
Jarak umur anak buah suami dan aku pon jauh. Aku pada ketika ini sudah 40 tahun dan anak buah suami yang aku namakan Q kini berusia 29 tahun. Hubungan aku dan anak saud4ra suami baik sekadarnya sahaja. Dia pon tidak tinggal dengan kami.
Setelah beberapa tahun Q kini sudah mempunyai kehidupan yang stabil, pekerjaan yang bagus dan mampu mempunyai rumah apartment sendiri juga kereta mewah. Pada suatu hari ditakdirkan Allah semuanya terjadi begitu cepat tanpa aku dalam kesed4ran.
Aku menghubungi Q untuk meminta pertolongan untuk suatu perkara yang terp4ksa aku lakukan. Sebelum ni pon pernah banyak kali kami berwassap untuk perkara – perkara yang perlu tetapi tidak lebih dari itu sebab seperti aku katakan tadi aku sangat menjaga ikhtilat.
Tambahan pula aku sangat menjaga tutur kata dan perlakuan aku sebagai isteri dan muslimah yang sentiasa berpakaian longgar malah berstokin dan berhandsock selalu. Walaupon begitu pakaian aku bukanlah berjubah ye. Aku seorang yang up to date dalam berpakaian.
Biasanya jika keluar dari rumah aku akan memakai jean longgar dan baggy. T-shirt atau sweatshirt hoodie dan berkasut sneaker. Atau kadangkala skirt labuh yang stylo yang dipakai anak – anak muda hari ni. Aku berbadan kecil berkulit puteh dan mata sepet.
Seorang yang aktif mengikuti kelas mengaji bertaranum dan pelbagai kelas agama di kawasan tempat tinggal kami, aku juga bermain alat muzik untuk satu kumpulan muzik dan selalu buat persembahan dalam bandar kami. Aktif bermain bola jaring dalam kawasan taman kami.
Tapi di kalangan kawan – kawan tiada seorang pon tahu masalah rumahtangga aku yang selalu dipukuI suami kerana aku agak pendiam dan introvert. Berbalik pada kisah aku menghubungi Q untuk meminta tolong. Selepas sahaja aku menghubungi Q, hati aku tiba – tiba berdebar teruk dan tak henti – henti teringatkan Q.
Padahal sering saja kami berwassap sebelum ni tapi aku ok saja tak punya apa – apa perasaan pon, apatah lagi berdebar. Tapi kali ini lain. Aku seperti orang jatuh cinta tiba – tiba jadi angau teringat Q. Q pula m4kin kerap wassap aku quotes – quotes dan meme kelakar yang diambil dari fb dan sebagainya seolah – olah mencari cara untuk bersembang dengan aku.
Pada mulanya aku jarang membaIas wassapnya dan selalu mengelak dari bersembang perkara tidak perlu. Kalau ada pon sekadar menjawab pertanyaan dia saja. Puas aku cuba menafikan perasaan aku dan mengelak untuk berbual hal – hal yang tidak penting dengan Q.
Tapi hati aku tidak dapat berbohong lagi kami sem4kin hari m4kin kemaruk rindu dan angau antara satu sama lain. Ye barangkali aku kehausan perhatian dan cinta yang aku tiada selama ini. Aku hanya wujud dalam rumahtangga ini hanya kerana tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu. Tidak lebih dari itu.
Walaupon dalam wassap aku dan Q tidak pernah bercakap perkara yang melibatkan perasaan. Tapi cara dia mengambil berat dan bergurau aku jadi faham yang dia sukakan aku. Ye akhirnya apa yang aku elak dan takut terjadi juga.
Q meluahkan perasaan yang dia cintakan aku dah lama cuma dia tidak menunjukkan dan meluahkan perasaannya kerana keadaan tidak memungkinkan untuk kami ada hubungan cinta. Aku isteri bapa saud4ranya. Ya Allah perasaan apakah ini?
Kenapa Engkau hadirkan perasaan ini ya Allah sedangkan kami tidak boleh memiliki satu sama lain. Sungguh giIa dan tidak masuk akal rasanya. Setiap hari aku menangis kerana kami telah sama – sama jatuh cinta. Kalau di fikirkan aku seperti orang b0doh rasanya angau dan sedih setiap masa.
Aku sedar keadaan aku. Aku isteri orang. Aku pon dah tua 40 tahun umur. Sedangkan Q baru 29 tahun dan masih bujang, ada rupa yang hensem dan punya hidup yang stabil. Boleh saja dia mencari teman wanita yang jauh lebih baik dari aku.
Tapi bergitulah percaturan Allah. Aku adalah wanita yang sangat sederhana yang menjadi type kesukaan dia dan idaman dia katanya. Allahu… ujian apa yang Allah beri pada aku. Ketika hati aku sedang tidak baik – baik saja dengan suami. Malah telah lama kosong tiba – tiba aku jatuh cinta lagi.
H4ram aku sebagai isteri dalam keadaan begini. Ampunkan aku ya Allah. Aku sedih ya Allah.. Aku rindu dan cintakan Q ya Allah. Hanya dia yang membuat aku nyaman, tenang dan dianggap sebagai wanita yang patut dilindungi dan disayangi. Begitu besar ujian perasaan aku.
Hampir 6 bulan aku dan Q hanyut dalam perasaan cinta. Badan aku sem4kin kurus kerana tiada selera makan, s4kit rindu dan serabut dengan suasana rumahtangga yang tiada penghujungnya. Bila ada berselisih faham dengan suami aku jadi m4ngsa pukuI suami lagi.
Namun begitu aku tidak pernah mengadu dengan Q tentang sikap bapa saud4ranya terhadap aku. Semuanya aku pendam sendiri hadap sendiri dan menangis sendiri. Pada ketika ini telah 8 bulan berlalu sejak aku jatuh cinta dengan Q.
Sudah 2 bulan aku menjauhkan diri dari Q. Aku telah tersedar kembali mungkin kerana Allah taala tidak mahu aku terus menerus hanyut. Aku cuba menjauhkan diri dari Q. Tidak menghubungi dia dan tidak membaIas wassap atau call dari Q.
Aku tahu Q sangat sedih dan kecewa. Berbagai usaha dia lakukan untuk memujuk aku. Aku juga sedih kerana perasaan ini bukan aku yang minta. Aku tidak minta untuk jatuh cinta lagi. Allah yang meletakkan perasaan ini dalam hati aku dan Q.
Aku telah cuba banyak kali mengelak tapi sudah takhdirNya aku diuji begini. Aku telah menyerahkan diri pada takdir perkahwinanku sejak hari pertama aku menjadi isteri. Andai suatu hari nanti tiada jalan yang lebih baik untuk rumahtanggaku aku pasti akan membuat keputusan dan pergi dari perkahwinan ini.
Bukan untuk Q tapi untuk ketenangan hati dan hidup aku dan kembali merapatkan diri kepada Allah. Aku akan mencari bahagia aku sendiri dalam kesendirian bila anak – anak sudah berdikari. Tapi untuk kembali kepada Q tidak mungkin dan tidak sesekali.
Sedalam mana pon cinta antara kami keadaan tidak memungkinkan untuk kami bersama. Apatah lagi ia akan merosakkan hubungan suami dan keluarganya. Kerana Q adalah anak kepada kakaknya. Aku sentiasa berdoa dalam setiap solat fardhu dan sunatku supaya Q bertemu jodoh dengan insan yang dapat membahagiakannya.
Setiap hari aku menangis dan mengadu dengan Allah supaya aku redha dengan keadaan ini. Sungguh aku sangat rindukan Q dan amat perit perasaan ini ya Allah.. maafkan aku Q.. وَأُفَوِّضُ أَمري إِلَى اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ بَصيرٌ بِالعِبادِ
Dan aku sentiasa menyerahkan urusan ku kepada Allah SWT; sesungguhnya Allah SWT Maha Melihat akan h4mba – h4mba-Nya”. “-Surah Ghafir ayat 44” – Asugi (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Fazidar Sabat II : Sayaa sebenarnya ada nak komen panjang tapi sebabkan nama terbuka kat sini saya tak boleh. Tapi first, selamatkan diri dulu dari abvser. Dia pandai memanipulasikan, pukuI kita, guna kita sesuka hati dia. kita walaupun takde mak bapak kita tetap ada hak ke atas diri kita sendiri dan layak buat keputusan. Takde baiknya seorang suami kalau kaki pukuI. Noktah.
Noraziah Amdan : Nak tulis juga tau mesti kena marah. Isteri orang jatuh cinta pada orang bujang bukan takdir tapi bisikan sy4itan. Sy4itan sedang hasut 2 – 2. Sy4itan tau tt kurang kasih sayang dan sangat dambakannya. Waktu ini dia masuk dalam hati dan minda kalian. Hati – hati. Jangan dilayan sangat. Jauhi maksi4t, banyakkan solat terutama solat hajat (mohon Allah supaya tt lupakan Q dan mohon Allah Q lupakan tt juga).
Eiyla Bella : Anak – anak pun dah besar, dah boleh urus diri. Dah boleh kot angkat kaki dari abvser tak guna macam tu. Anak – anak mesti dah tahu per4ngai baran bapak dan suka pukuI mak diorang. Ada gelaran suami atau financial yang stabil bukan greenlight untuk menzaIimi fizikal dan emosi seorang isteri. Pasal Q tu, bagus lah tt sedar dari terus hanyut. Tu cuma hasutan sy4itan dikala manusia tengah sedih takde tempat berpaut.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.