Aku tulis semua ni sebab hari ni hari terakhir aku bergelar isteri. Esok aku akan diceraikan, Alhamdulillah, aku puas hati..

Sampailah satu hari, aku tanya anak aku, “kalau mama dan Baba nak berpisah, adakah Mimi setuju akan hidup tanpa Baba.” Anak aku yang berusia 8 tahun tu laju je jawab, dia tak kisah langsung takde baba, sebab baba jahat. Aku nekad, aku ikut plan step by step..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Hi semua. Aku tak tahu nak mulakan kisah aku dari mana dan part mana yang pembaca boleh ambil pengajaran. Tapi aku cuba juga menulis memandangkan esok aku akan diceraikan. Jadi, kisah perjuaangan aku untuk keluar dari perkahwinan yang bukan untuk aku ni, aku memorikan di sini.

Kalau tulis di wall FB satgi kang membuka aib banyak pihak pula. Jadi, aku buat keputvsan untuk tulis di sini sebagai kenangan terakhir bergelar isteri (buat masa sekarang HAHA). Nama Aku Wafda (bukan nama sebenar, aku suka nama ni, sebab maksudnya yang baik bila aku baca dalam quran), berusia awal 30-an, punya dua anak lelaki dan sudah 9 tahun memegang status sebagai isteri.

Untuk pengetahuan, 9 tahun lepas aku kahwin muda, sewaktu sem akhir diploma. Sebab jenis aku tak suka bercinta bertahun – tahun. Aku bagi pilihan dekat bakal bekas suami aku dulu, nak kahwin atau nak berpisah. Sebab aku tak suka bercinta lama – lama, dia pilih nak kahwin dengan aku.

Maka, bermulalah kisah perjuaangan aku untuk merdeka selepas nampak red flag dalam keluarga mertua. Sebelum berkahwin, Aku dah usulkan yang aku nak putvskan pertunangan sebab aku dah nampak macam ada sesuatu yang tak kena dengan keluarga mereka, di mana mereka tak suka aku dan tak terima aku.

Aku dapat rasa melalui cara layanan mereka pada aku dan keluarga aku sewaktu kali pertama bertemu empat mata. Sangat lah sombong ya mak ayah dia. Terutama maknya. Bila bercakap langsung takde eye contact. Riak wajah membenci tu nampak sangat.

Jadi aku tanya bakal bekas suami aku, mak dia terima ke aku ni? Aku rasa macam something wrong. Pastu dia tanya mak dia, punyalah solehah jawapan mak dia , “Ummi tak kisah pun dengan siapa anak ummi nak kahwin, asal bahagia”.

Cis.. Lepas akad nikah mak dia terus cakap dekat mak aku dengan angkuhnya, “Saya ni bagi dorang kahwin sebab takut jadi benda tak elok ja, kalau tak saya tak bagi”. Korang boleh bayangkan tak perasaan mak aku macamana?

Memang terasa giler lah, dah serupa aku yang kebulor nak kahwin dengan ko pulak. Selepas akad, bermulalah kehidupan jatuh bangun kami. Aku malas nak cerita zaman struggIe tu, tu kena buat part 2. Hehe. Aku nak cerita perjuaangan kemerdekaan aku je sekarang ni.

Bila aku masuk dalam famili dia, kakak – kakak dia dengan takde common sense terang – terang cakap diorang tak suka aku. Aku dijadikan bahan kutukan tu biasa dah. Paling menyedihkan bekas suami aku mengiyakan.

Langsung tak pertahankan aku dengan alasan b0doh dia, “saya ni tak pandai bercakap depan orang macam awak”. Jadi dia tolak aku je untuk pert4hankan diri sendiri bila famili dia mengata aku dan memfitnah aku. Motif diorang tak suka aku ni satu je, sebab jeles dan dengki.

Bekas suami aku tu anak kesayangan ramai, berbekalkan wajah takde d0sa dia, memang ramai takkan sangka per4ngai dia lagi teruk dari orang jahiI. Jadi, famili dia tak puas hatilah aku yang takde apa – apa kebaikkan (cite by sudin, 2023) ni dijadikan pilihan hidup.

Oh ya, aku cite nama bapak dia sebab bapak dia pernah cakap dekat mak ayah aku yang aku ni takde kebaikan apa langsung, anak dia je baik. Hahaha. Isu mak bapak dia selalu menyer4ng mak ayah aku ni lagiIah tak boleh hadam kalau aku cerita.

Tu sebab akhirnya mak ayah aku berusaha untuk aku merdeka. Aku ingat ayah aku cakap, perkahwinan ni kalau dapat suami je tak berguna boleh tahan lagi, tapi kalau mai pakej makpak dia sekali tak berguna, nak tunggu buat apa lagi..

Sejenis aku sebelum mengalah aku cuba sedaya upaya buat yang terbaik. Untuk 9 tahun ni, aku dah cuba ambil hati semua orang sampaikan akhirnya aku diagnose depr3ssion. Aku terlalu str3ss bila kebaikan aku tak dihargai, malah dibiar sepi.

Aku pula jenis manusia yang sweet, jadi bila orang pilih kasih dan tak hargai, benda tu jadi turn point aku relaps dengan depr3ssion. Lepas diagnose depr3ssion aku tekad, perkahwinan ni tak akan kekal lama. Jadi aku plan step by step untuk kukuhkan keadaan aku dari segi pendidikan dan ekonomi untuk aku dapat hak jagaan anak sepenuhnya..

Bermula lepas habis degree, aku tekad nak sambung master. Aku nak kejar cita – cita aku jadi pensyarah. Masa tu aku betul – betul takde duit, tapi aku tekad pasti ada bantuan Allah buat aku. Aku drive sendiri dari Kedah ke Johor untuk daftar kelas master. Masa tu anak baru sorang.

Pertama kali sampai selatan tanah air, tak tahu jalan semua, siap tidur dalam kereta depan mcd, sebab nak jimat duit, semua tu kenangan yang mendewasakan aku. Time master, macam – macam job aku buat untuk tampung pengajian master aku.

Aku ingat lagi, bekas suami aku suruh aku stop master sebab masalah kewangan. Aku menangis seharian, aku tekad bila aku dah mulakan aku perlu habiskan. Aku siap cakap dekat dia, kalau kewangan jadi masalah untuk master aku, dia tak perlu fikir, aku tahu nak cari duit.

Dan lepas pada tu memang dia tak pernah kisah macam mana aku nak cekau bayar yuran master aku. Hoho. Aku nak bebas dari dia dengan bergaya. Aku kena berpendidikan tinggi. Fiighting dengan depr3ssion, dengan mengandung anak kedua dan buat master, rasa macam nak giIa.

Tapi sungguh aku cakap, Allah maha baik, lancar ja perjalanan aku sampailah aku grad.. Dijadikan rezeki Aku, sewaktu sem 2 master, aku dapat tawaran sebagai lecturer tetap di borneo. Tanpa fikir panjang, atas sokongan keluarga aku, aku pergi lapor diri.

Masa tu aku tekad tinggalkan anak baru 8 bulan untuk sebuah perjuaangan masa depan yang lebih baik. Sebab matlamat aku bila dah stabil aku akan failkan perceraian. Peng0rbanan ni sekejap saja. Walaupun aku hidup di borneo berendam air mata, tapi aku yakin satu hari nanti kami bertiga akan bersatu jua.

Bila dah kerja dan hidup PJJ di borneo, ada juga ujiannya. Dan aku masih cuba buat yang terbaik supaya aku tak menyesal bila bercerai. Walaupun kadang kala ada sulaman m4kian pada bekas suami aku kerana aku terlalu tertekan dan hilang kew4rasan (bila tak makan ubat lama).

Sampailah satu hari, aku tanya anak aku, di mana mama dan Baba nak berpisah, adakah Mimi setuju akan hidup tanpa Baba. Anak aku yang berusia 8 tahun tu laju je jawab, dia tak kisah langsung takde baba, sebab baba jahat, bila Mimi s4kit baba tak kisah pun, baba tak sayang Mimi.

Begitulah apa anak aku cakap membuatkan aku tekad, kali ni aku akan failkan perceraian. Atas bantuan mak ayah dan keluarga aku, setelah 2 – 3 bulan berulang alik Borneo semenanjung, alhamdulillah esok insyaAllah Hari terakhir aku sebagai isteri.

InsyaAllah, aku akan dibebaskan dari sangkar tekanan jiwa. Dan aku sangat berpuas hati dengan apa usaha aku untuk dia. Dah takde benda nak dikesali. Doakan aku menang tuntutan nafkah anak sebanyak mungkin ya. Sebab bekas suami aku cakap dia nak bagi 300 je.

Fikir sendiri lah 300 untuk dua orang anak Di zaman Malaysia Madani? Boleh makan Apa je. Astagfirullah. Oh ya, bekas suami aku sejenis lembu DICUCUK HIDUNG. Jenis taat berlebihan. Jadi, korang nilai sendiri type suami macam ni. Haha.. Isteri Yang merdeka, – Wafda (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Noraziah Amdan : Kebanyakan lelaki anak emak ni memang lembik dan tiada ketegasan. Bagus lagi tt perempuan tapi penuh effort dan ada hala tuju. Tahniah Puan. Semoga bahagia , berjaya bersama anak – anak.

Nur Fatymah : Sis, Anda seorang yang hebat. Ada degree, mampu habiskan Pengajian Master dengan anak – anak yang kecil dan PJJ. Ianya tak mudah. Saya harap sis sentiasa happy di samping anak – anak dan mulakan hidup baharu.

N-Ainul Hastika M. Mokhtar : Puas hati!! Ramai doakan kejayan sis. Kuat demi anak. Whatever the other side downgrading your value, its not effecting you at all. You know your value, you more than worth it. Bangkit, sempena bulan merdeka..! Merdekanya seorang isteri yang dis4kiti..!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.